Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TINGKAT 1, 2, 5 - 13, BLOK E11
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
EXAMINATION SYNDICATE
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA
LEVEL 1, 2, 5 - 13, BLOK E11
GOVERNMENT COMPLEX PARCEL E TEL: 03-88843330
FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE
62604 PUTRAJAYA FAKS: 03-88843344

SULIT KPM.LP.S.600-7/35/7 ( )
15/02/2022

NURUL AINI BINTI RAZALI


SMK SULTAN ALAUDDIN
78300 MASJID TANAH
MELAKA

Tuan/Puan,

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2021


PELANTIKAN SEBAGAI PEMERIKSA BAHASA MELAYU 1
KOD PEMERIKSA: M2006
KOD KERTAS: 1103/1

Dengan sukacitanya saya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia melantik


tuan/puan sebagai Pemeriksa bagi mata pelajaran peringkat SPM tahun 2021. Sekiranya tuan/puan
bersetuju menerima pelantikan ini, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara yang dinyatakan di
bawah. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan pelantikan ini dibatalkan.

2.1 Merahsiakan pelantikan dan segala urusan berkaitan pemeriksaan (mesyuarat


penyelarasan, peraturan pemarkahan, maklumat skrip jawapan peperiksaan yang diterima
dan markah calon) yang diklasifikasikan SULIT seperti yang termaktub bawah Akta Rahsia
Rasmi 1972.

2.2 Menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Pemeriksaan yang akan diadakan oleh Lembaga
Peperiksaan mengikut tarikh, masa dan tempat mesyuarat yang ditetapkan. Meminta
kebenaran Pengetua sekiranya mesyuarat berkenaan diadakan pada hari persekolahan.

2.3 Mematuhi Peraturan Pemarkahan, prosedur operasi standard, arahan keselamatan dan
jadual kerja yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan semasa menjalankan tugas
pemeriksaan. Tidak mengikuti sebarang kursus sepanjang tempoh menjalankan tugas
pemeriksaan.

2.4 Pelantikan tuan/puan adalah sah untuk tahun semasa sahaja.

2.5 Bertanggungjawab mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap sebagaimana


ditetapkan oleh kerajaan ke atas penjawat awam.

SULIT
PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2021
PELANTIKAN SEBAGAI PEMERIKSA BAHASA MELAYU 1
KOD PEMERIKSA: M2001
KOD KERTAS: 1103/1
KPM.LP.S.600-7/35/7 ( ) 15/02/2022

SULIT

3. Maklumat Ketua Pasukan tuan/puan adalah seperti berikut:

3.1 Nama: ENCIK MD ISA BIN OTHMAN

3.2 Alamat: SMK ADE PUTRA


MASJID TANAH MELAKA
78300 MASJID TANAH
MELAKA

3.3 No. Telefon: Sekolah/Pejabat: 063841200


Rumah/Bimbit: 013-6382301

4. Tuan/Puan layak menuntut elaun ikhtisas, elaun perjalanan dan lain-lain tuntutan yang berkaitan
mengikut kadar tuntutan Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa. Lembaga Peperiksaan
mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan berharap tuan/puan dapat melaksanakan tugas yang
diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Nota :
Surat ini adalah cetakan komputer. Tandatangan tidak diperlukan.

SULIT

You might also like