Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 3
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak ! Tet +0824 r Jalan Diplomatik Off Jalan Bako a ore Petra Jaya Portal Resmi: jpnsarewakmoe gov.my 93050 Kuching, Sarawak Emel dpn.sarawak@moe.gov.my Ruj. Kami : JPNSWS5.600-9/15/5 (06 ) Tarikh —: Februari 2022 Semua Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Sarawak YBrs. Dr./ Tuan/ Puan, TINJAUAN KEMUDAHAN ALAT KOMUNIKAS! BAG! MURID DI SEKOLAH BERASRAMA Dengan segala hormatnya surat daripada Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) rujukan: KPM.600-8/16/4 jld.4 (26) bertarikh 16 Februari 2022 mengenai perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman YBrs. Dr/ Tuan/ Puan, Mesyuarat Pengurusan Top 7, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 2/2022 telah memutuskan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) perlu melaksanakan kajian terperinci berhubung penggunaan telefon bimbit murid di sekolah. Selaras dengan keputusan mesyuarat tersebut, BPPDP sedang dalam proses mendapatkan input bagi tujuan kertas cadangan kajian dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) berperanan membantu menyelaras maklumat berkenaan bagi murid yang tinggal di asrama sekolah harian 3. Sehubungan dengan itu, pihak YBrs Dr Tuan/ Puan dimohon untuk memaklumkan kepada semua Pengetua dan Guru Besar asrama sekolah harian di bawah seliaan masing-masing untuk melengkapkan tinjauan tersebut bersama-sama Penolong Kanan dan wakil PIBG bagi mendapatkan input awal tentang kemudahan alat komunikasi bagi murid yang tinggal di asrama sekolah harian melalui kod QR tinjauan seperti datam Lampiran A mulai pada 21 Februari hingga § Mac 2022. wh iLANG PENDIOIKAN NEGERI SARAWAR™ "FLY KENYALANG FLY,FLY HIGH Ruj. Kami : JPNSW5.600-9/15/5 (06) 4. Perhatian dan kerjasama YBrs Dr/ Tuan/ Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Pegawai yang dipertanggungjawabkan datam perkara ini ialah Puan Julia Anak Dolen dan Encik Chee Ka Siong, Sub Unit Pengurusan Asrama, Sektor Pembangunan Murid di talian 082-473634. Sekian. “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA " Saya yang menjalankan amanah, (Hi ZAITUL AKMAL HISHAM BIN AHMAD ) Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid b.p. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak s.k. | Fail Timbul Pengarah Pendidikan Sarawak ao. suinARonjevanaltkomunkast.2072 Lampiran A QR kod tinjauan tentang kemudahan calat komunikasi bagi murid asrama sekolah harian. httpv//bit.dovtinjauanalatkomunikasikPM

You might also like