Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Sediakan nota ringkas berkaitan aspek pengurusan dalam Pengurusan Bilik Darjah Mesra

Budaya Aspek pengurusan.


- Fizikal
- Emosi
- Sosial
-Sosiolinguistik
Aspek Fizikal
- Bilik darjah yang kondusif haruslah mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang baik.
- Susunan kerusi dan meja harus sesuai dan rapi di mana hal ini memberikan kemudahan
mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan.
- Memastikan bilik darjah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan ceria bagi
mewujudkan rasa bersedia untuk belajar dalam diri murid.
- Memastikan ruang pergerakan yang mencukupi agar guru dapat meronda kelas untuk
melihat perkembangan murid semasa aktiviti dilaksanakan.

Aspek Emosi
- Guru harus memberi galakan atau pujian kepada murid sekiranya murid menjawab dengan
betul dan baik berkaitan latihan atau soalan yang diberikan.
- Hal ini secara tidak langsung boleh memberi semangat dan motivasi kepada murid-murid
untuk terus aktif dalam aktiviti bilik darjah.
- Guru perlu membina hubungan yang positif dengan murid
- Murid perlu dibimbing agar dapat berinteraksi dengan semua rakan tanpa mengira
kelas sosial dan budaya.
- Hal ini dapat mengeratkan hubungan antara murid dan mewujudkan perpaduan antara
murid pelbagai kaum.

Aspek Sosial
- Guru perlu menggunakan strategi pemusatan murid bagi pelaksanaan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
- Strategi ini dapat mengalakkan murid saling berbincang dan bertukar pendapat bersama
ahli-ahli kumpulan pelbagai budaya bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan.
- Hal ini selaras dengan penggunaan pedagogi pak-21 terkini iaitu pembelejaran koperatif
bagi memaksimakan interaksi dan kerjasama antara murid-murid dalam bilik darjah.
- Guru perlu memberi pendedahan dalam pengurusan sosial yang sesuai bagi membantu
murid mengalami perkembangan sosial yang sihat.
- Contohnya, guru meminta murid meraikan hari lahir rakan sekelas agar dapat
menggembirakan murid yang diraikan di samping merapatkan hubungan murid daripada
pelbagai etnik.

- Dengan ini, murid akan didedahkan dan dilatih menghargai rakan-rakan, menghormati latar
belakang rakan-rakan dengan membawa makanan yang boleh dimakan oleh semua rakan
sekelas di samping memahami perbezaan amalan dan kepercayaan agama.

Aspek Sosiolinguistik
- Guru boleh mengadakan aktiviti bahasa, sastera dan budaya dalam kalangan murid.
- Hal ini dapat mendorong murid memahami dan menguasai kosa kata bahasa etnik rakan-
rakan mereka di samping memupuk kesefahaman antara murid pelbagai kaum.
- Guru perlu menjadi model pertuturan kepada murid dengan menggunakan bahasa Melayu
dengan baik bagi membantu murid yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar di rumah untuk bertutur bahasa kebangsaan tersebut dengan lancar.
- Kelancaran murid menggunakan bahasa kebangsaan untuk berinteraksi dengan rakan
sekelas yang pelbagai budaya dapat mewujudkan komunikasi berkesan antara murid
pelbagai kaum agar dapat memahami antara satu sama lain.

You might also like