Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Soalan Tutorial 4 EDUP3073

Sebagai seorang guru, bincangkan tindakan anda dalam merancang pentaksiran


untuk kelas yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik serta aspek-aspek yang
perlu diambil kira semasa menyediakan soalan. Perbincangan perlu merangkumi
tujuan pentaksiran, peranan guru, prinsip-prinsip, ciri-ciri serta jenis-jenis pentaksiran
berasaskan mesra budaya.

Tindakan saya dalam merancang pentaksiran untuk kelas yang terdiri


daripada pelbagai kumpulan etnik ialah saya akan memastikan soalan pentaksiran
harus bersifat adil kepada semua murid. Amalan penilaian harus merangkumi
prinsip-prinsip inklusif dan menyokong ekuiti. Amalan-amalan ini harus dapat
memenuhi kepelbagaian sama ada secara individu atau kumpulan murid agar
pelajar tidak berasa terabai dan kehilangan keyakinan untuk mencapai keputusan
yang cemerlang dalam pentaksiran. Bahasa yang digunakan untuk soalan
pentaksiran harus difahami semua dan tidak bias kepada kumpulan murid yang
dominan bagi mengelakkan bias dari segi gender, perkauman, budaya atau bahasa.

Selain itu, saya akan mengambil kira perbezaan individu murid dalam
pembelajaran bagi aktiviti pentaksiran yang akan dilaksanakan. Pentaksiran tersebut
harus berlandaskan objektif–objektif pembelajaran dan membolehkan murid
mendemonstrasikan pencapaian hasil pembelajaran dalam pelbagai cara serta
sesuai dengan tahap penguasaan murid pelbagai kaum. Lantaran itu,
pengubahsuaian kandungan harus dilakukan dengan baik dan kandungannya harus
melambangkan budaya murid, latar belakang murid, bahasa utama, keluarga dan
komuniti. Pengetahuan kandungan dan kemahiran yang akan diuji perlu diserasikan
dan merentasi semua mata pelajaran sepanjang masa. Hal ini selaras dengan
pendapat Gordon (1996) iaitu proses penilaian yang dilaksanakan perlu menyokong
pengalaman pembelajaran pelbagai, pelbagai konteks, dan memastikan pelbagai
jenis item ujian digunakan. Bentuk penilaian perlu distrukturkan untuk memberi
sokongan kepada aktiviti pengajaran dan terdiri daripada kepelbagaian dalam jenis
item untuk menilai objektif pembelajaran secara berkesan.

You might also like