Download as pps, pdf, or txt
Download as pps, pdf, or txt
You are on page 1of 14

SENI VISUAL

STPM
KERTAS 1
CONTOH SOALAN
DAN JAWAPAN
Oleh :
Azmir Shafizi Tukiran
SMK Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor.
BAHAGIAN A
(SOALAN STRUKTUR)

A SOALAN
1
A SOALAN
2
A SOALAN
1
Nyatakan tiga bidang yang terdapat
dalam pengkaryaan seni halus.
(i)..........................................................
(ii).........................................................
(iii)........................................................
[3]
A SOALAN
2
Jelaskan secara ringkas tentang maksud
seni visual.
…………………………………………
…………………………………………
…….
…………………………………………
…………………………………………
……………….……………………
[5]
A JAWAPAN
1

(i) Lukisan
(ii) Catan
(iii) Arca
Kembali
A JAWAPAN
2
Seni visual merupakan satu bidang ilmu atau
kemahiran yang menghasilkan, mencipta dan
menggubahkan sesuatu yang boleh dinikmati melalui
deria mata serta yang dianggap cantik dan indah. Ia
boleh dibahagikan kepada pengkaryaan (seni halus)
dan perekaan (komunikasi visual, senireka teknologi
dan senireka persekitaran). Contohnya, lukisan, catan,
arca, poster, landskap dan sebagainya adalah seni
visual.

Kembali
BAHAGIAN B
(SOALAN ESEI)

B SOALAN
1
B SOALAN
2
B SOALAN
1
Penggunaan media
konvensional mempunyai
batasan tertentu bagi
menghasilkan perekaaan
grafik berbanding dengan
media elektronik.
Bincangkan.
B SOALAN
2
Terdapat hubungan timbal balik
antara idea dengan teknologi
dalam perkembangan dan
penghasilan karya Seni Visual.
Huraikan pernyataan ini dengan
memberikan 3 contoh.
B JAWAPAN
1
Pendahuluan:
-komponen perekaan grafik
-maksud media konvensional(m.k)
-maksug media elektronik (m.e)
 
Isi:
1. batasan masa - guna m.k makan masa lebih lama.
2. batasan kos - kos m.k lebih mahal dalam j.masa lama.
3. batasan teknik dan skil - m.k perlukan kemahiran melukis dan
mewarna yang tinggi.
 (untuk setiap isi, pelajar beri huraian dan contoh)
 
Penutup:
m.e telah beri impak baru dalam industri kreatif.

Kembali
B JAWAPAN
2

Penghasilan karya Seni Visual dapat dibahagikan kepada


pengkaryaan dan perekaaan. Pengkaryaan seperti penghasilan
catan, arca dan cetakan berkait rapat dengan nilai makna
manakala perekaan, contohnya Seni Grafik atau Reka Bentuk
Teknologi amat mementingkan nilai fungsi. Idea merupakan
faktor penting dalam penghasilan karya seni. Idea kreatif
berperanan menterjemahkan maksud dan fungsi karya seni. Idea
juga bukanlah milik mutlak seseorang pengkarya. Idea seseorang
pengkarya boleh pula diperkembangkan lagi oleh pengkarya atau
pereka yang lain supaya penghasilan kerja seni akan lebih
pelbagai dan lebih kreatif.

sambungan
Tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan dan penghasilan
pengkaryaan atau perekaan Seni Visual kini mempunyai hubungan timbal balik
dengan dunia teknologi. Daripada proses penjanaan idea lagi, teknologi dapat
memainkan peranan yang penting. Contohnya, seseorang pengkarya yang ingin
menghasilkan sebuah catan, Teknologi Maklumat atau internet mmembolehkan
pengkarya melihat idea-idea atau pengaruh karya artis-artis yang terdahulu.
Beliau boleh mempelajari gaya atau stail yang dapat menterjemahkan ekspresi
diri dan idea yang ingin disampaikan.

Melalui internet juga, mengkaji hal benda atau 'subject matter' menjadi
lebih efisien. Bagi seseorang pereka, misalnya seorang pereka tekstil yang ingin
menghasilkan rekaan bermotifkan bunga orkid; beliau tidak perlu lagi
menghabiskan masa dan wang ringgit untuk ke Taman Orkid atau masuk ke
dalam hutan untuk mencari jenis-jenis orkid yang unik dan luar biasa. Pereka
tersebut hanya perlu mengadap komputer dan pelbagai gambar orkid dari
pelbagai sudut dapat disaksikan. Dari situ, pereka dapat membuat lakaran-
lakaran kajian bagi mendapatkan idea untuk motif rekaan yang dikehendaki.

sambungan
Bagi seorang pereka grafik pula, idea rekaan dapat pula
diterjemahkan dengan menggunakan perisian komputer grafik.
Menghasilkan risalah atau kulit buku dan majalah menggunakan perisian
komputer menjadikan kerja-kerja grafik lebih mudah, cepat dan kemas.

Teknologi juga membolehkan seseorang artis seni visual


menghasilkan ciptaan lukisan maya benda-benda yang tidak pernah wujud
di dunia. Contohnya, filem animasi seperti Avatar memerlukan idea yang
hebat dengan skil melukis yang hebat juga bagi mewujudkan kesan visual
yang realistik. Kerja-kerja melukis untuk filem animasi menjadi lebih
mudah dengan adanya teknologi perisisan komputer dan teknologi
maklumat.

Justeru, sama ada pengkarya atau pereka Seni Visual sepatutnya


dapat memanfaatkan teknologi terkini bagi menghasilkan idea-idea kreatif
yang hebat dan dapat menyuntik fungsi penghasilan seni ke dalam
masyarakat.

Kembali
Sekian, Terima Kasih..

SEMOGA BERJAYA DENGAN


CEMERLANG

You might also like