Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Ada Apa Dengan Puisi

Puisi
Pemilihan kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik. Puisi dicipta untuk menimbulkan persoalan,
bukan memberi jawapan. Untuk memahami puisi, ada puisi yang perlu dibaca satu kali, ada yang
perlu dibaca dua kali, ada yang perlu dibaca tiga kali dan ada yang langsung tidak akan difahami.
Puisi yang terbaik ialah puisi yang perlu dibaca dua kali untuk difahami.

1. Berkenalan dengan puisi

 Puisi terasa begitu jauh dengan kita, sedangkan puisi tidak pernah meninggalkan kita. Kita
hidup dalam puisi, puisi hidup dalam diri kita.
 Alam ialah guru puisi. Pernahkah kau belajar daripadanya?
 Puisi memukau perasaan pembaca/pendengar. Kita selalu mendengar puisi, tetapi kita tidak
mengecamnya?

2. Memahami tema yang hendak ditulis

 Tahu sedikit lebih berbahaya, daripada tidak tahu apa-apa.


 Kumpulkan sebanyak mungkin maklumat tentang tema, fahami betul-betul.
 Tentukan mesej/isi yang hendak disampaikan dalam puisi.

3. Meniru ialah salah satu cara untuk belajar

 Cari contoh puisi yang anda rasa sedap didengar/dibaca.


 Tiru bentuk ayat dalam puisi. Sesuaikan mengikut tema sendiri.
 Tiru gaya puisi sama ada dari sudut pandangan orang pertama, orang kedua atau orang ketiga.
4. Memilih perkataan untuk puisi

 Mulakan puisi dengan menulis seperti sebuah karangan. Satu isi untuk satu rangkap. Satu
rangkap ada 3-5 ayat.
 Cantas perkataan yang kurang bermakna. Cantas supaya ayat menjadi pendek, tetapi jangan
merosakkan makna. (Gunakan lesen puitika secara berpada-pada).
 Elakkan klise! Cari perkataan-perkataan baharu yang boleh melambangkan makna yang sama.
Perhatikan alam, belajar daripada alam.
5. Selepas siap menulis, tinggalkan puisi dan tidur.

 Jangan cepat berpuas hati dengan puisi sendiri.


 Tinggalkan puisi untuk sehari, kemudian nilai semula puisi anda.
 Jangan takut untuk membakulsampahkan puisi sendiri.

Langkah pertama dalam penulisan ialah langkah yang paling penting. Ia bukanlah tentang mengejar
kesempurnaan, tidak ada sesiapa yang dapat berjalan sebaik sahaja dilahirkan. Langkah pertama ialah
jatuh dan bangun semula. Kemudian barulah kita dapat berjalan dengan lebih baik lagi.

每个作者第一次写作一定都有瑕疵,我不改内容,只改别字。
Di muka jendela ini
kubunuh diriku setiap hari
dan aku tidak mati.

(Nokturna: 37)

Kucari diriku yang lain di luar sana


Sedangkan aku masih lagi di sini; sembunyi.

(Nokturna: 50)

Melihatmu
aku ingin keluar
tetapi aku pintu

(Nokturna: 99)

Kau mengajarku erti kebasahan


sedangkan kau yang berpayung
setiap kali kita hujan.

Petugas kesihatan ialah payung putih


Walau basah kuyup seluruh badan
Tetap meneduhi (merangkul) kami seramai mungkin
Ke dalam pelukan paling selamat.

You might also like