Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Mohd Rosdi bin Ismail

Nor Aini binti Embong


Perumahan PPRT Kampung Bukit Lawang,
21500 Permaisuri, Setiu

TUAN HAJI KIPAYATU ALLAH BIN DATO’ MOHD SAID


Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu,
Pejabat Pendidikan Daerah Setiu,
21500 Setiu,
Terengganu 21 Disember 2017

Assalamualaikum w.b.t

Tuan,

PEMOHONAN RAYUAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN 1 KE SEKOLAH


MENENGAH KEBANGSAAN LEMBAH BIDONG BAGI SESI 2018

NAMA MURID : SITI NURULDIANA ALYA BINTI MOHD ROSDI


NO. KP : 050109110058
ANGKA GILIRAN UPSR : TF0171008
SEKOLAH RENDAH : SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK TERAS
_________________________________________________________________________

Merujuk kepada perkara di atas, kami selaku ibu bapa dan penjaga kepada Siti Nuruldiana
Alya bt Mohd Rosdi ingin membuat rayuan kemasukan anak kami ke sekolah elit, Sekolah
Menengah Kebangsaan Lembah Bidong bagi sesi 2018.

2. Terdahulu pada 18 Disember 2017, kami membuat semakan keputusan kemasukan


ke sekolah kawalan Negeri Terengganu dan anak kami gagal untuk mendapat tempat di
SMK Lembah Bidong.

3. Oleh yang demikian, kami dengan rendah dirinya ingin membuat rayuan agar anak
kami dipertimbangkan semula untuk diterima di tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan
Lembah Bidong bagi sesi 2018 atas sebab-sebab berikut:

i. Untuk pengetahuan pihak tuan, anak kami amat berminat untuk meneruskan
pembelajaran di SMK Lembah Bidong memandangkan sekolah ini merupakan salah
satu sekolah Elit di Negeri Terengganu.

ii. Kami yakin anak kami, Siti Nuruldiana Alya mampu untuk mengikuti pembelajaran di
sekolah ini memandangkan beliau merupakan salah seorang pelajar yang cemerlang
di sekolah rendah beliau.

iii. Siti Nuruldiana Alya merupakah seorang murid yang sangat aktif di sekolah rendah,
samada di dalam kelas mahu pun di luar kelas. Beliau pada tahun ini telah dipilih
mewakili Negeri Terengganu ke Kejohanan Balapan dan Padang MSSM di Pulau
Pinang. Beliau juga merupakan pemenang pingat Emas acara 100M dan Lompat
Jauh di peringkat negeri. Malahan, beliau yang juga pemegang rekod daerah dalam
acara lompat jauh telah beberapa kali memenangi pingat Emas dan mengharumkan
nama daerah Setiu.

iv. Siti Nuruldiana Alya juga merupakan seorang pemain Bola Baling yang amat
berbakat. Anak kami ini telah beberapa kali dipilih mewakili Zon Setiu Timur dan
Daerah Setiu ke pertandingan peringkat tinggi. Beliau pada tahun 2016 telah berjaya
membantu pasukan beliau muncul Naib Johan Daerah dan pada tahun 2017 sebagai
Johan Zon Setiu Timur.

v. Beliau juga amat aktif dalam badan beruniform. Anak bongsu kami ini telah pun
ditauliahkan sebagai Koperal TKRS pada tahun 2015 dan Sarjan TKRS pada tahun
2016. Pada tahun ini, beliau sekali lagi telah dilantik oleh PPD Setiu sebagai
Jurulatih Cilik dan bertanggungjawab melatih kadet-kadet TKRS di seluruh daerah
dalam kemahiran kawad. Pada tahun ini juga, beliau dan rakan-rakan beliau telah
berjaya membawa Daerah Setiu mendapat Johan Pertandingan Kawad Kaki
Peringkat Negeri Terengganu.

vi. Di sekolah juga, Siti Nuruldiana Alya merupakan salah seorang murid yang
mempunyai daya kepimpinan yang amat tinggi. Selain daripada memegang jawatan
Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah, beliau juga telah dilantik sebagai Ketua
Majlis Kepimpinan Pelajar. Beliau banyak terlibat dengan pengurusan majlis-majlis
kecil mahu pun majlis-majlis besar di sekolah. Beliau juga aktif sebagai Pengacara
Majlis untuk majlis perhimpunan sekolah, Sambutan Hari Guru, Pelancaran Program
Nilam dan pelancaran program-program lain di sekolah.

vii. Selain daripada itu juga, beliau aktif dalam bidang ko-akademik. Pada tahun 2016,
beliau telah muncul sebagai Johan YDSM Smart English peringkat Zon Setiu Timur
dan Naib Johan peringkat daerah. Beliau juga merupakan jurulatih pasukan action
song sekolah di mana beliau telah berjaya membawa pasukan ini mendapat Naib
Johan di peringkat zon.

viii. Bakat, daya kepimpinan dan kesungguhan beliau dalam pelbagai bidang juga telah
menyebabkan beliau dipilih sebagai Tokoh Ko-Kurikulum SK Lubok Teras 2017.
Tidak cukup dengan itu, pihak sekolah telah mewujudkan satu anugerah khas yang
baru bagi mengiktiraf segala sumbangan beliau, iaitu Anugerah Srikandi SK Lubok
Teras.

ix. Kami percaya, hanya di SMK Lembah Bidong sahaja bakat dan kebolehan beliau
akan dapat diperkembangkan lagi. Kami juga percaya hanya SMK Lembah Bidong
yang mampu membawa beliau mengecapi kejayaan samada di dunia mahu pun di
akhirat.
4. Di sini juga kami sertakan nombor untuk dihubungi oleh pihak tuan sekiranya pihak
tuan ingin mendapatkan kesahihan maklumat-maklumat yang telah kami berikan.

Encik Zuhaidi bin Othman


09-8241082
Guru Besar SK Seri Payong

Encik Mohd Jamka bin Harun


013-9339242
Guru Besar SK Lubok Teras

En Mohd Razali bin Ismail


Penyelia Ko-Kurikulum, 017-9216298
Pejabat Pendidikan Daerah Setiu.

Encik Muhammad Hafiz Abdullah


013-2817130
Guru Penolong SK Lubok Teras

5. Akhir kata, semoga dengan kehadiran surat rayuan ini sedikit sebanyak mampu
memberikan peluang kepada Siti Nuruldiana Alya untuk mengikuti dan memperolehi
pendidikan yang terbaik dari sudut duniawi dan akhirawi di Sekolah Menengah Kebangsaan
Lembah Bidong. Saya mengharapkan agar rayuan ini mendapat pertimbangan sewajarnya
dari pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

__________________
(MOHD ROSDI BIN ISMAIL)
Bapa kepada Siti Nuruldiana Alya

_________________________________
(NOR AINI BINTI EMBONG)
Ibu kepada Siti Nuruldiana Alya

You might also like