Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 49

PEMARKAHAN

SEMESTER 2 SESI 2020/2021

GRU 60104 : KAEDAH PENYELIDIKAN UNTUK PENDIDIKAN

TUGASAN : PROPOSAL

TAJUK

PENGUASAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KETIGA DALAM


KALANGAN MURID KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN :
SATU KAJIAN KES

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK PROGRAM NO. TELEFON

NUR DIANA BINTI SARJANA


M20202000996 0174062747
AMRAN PENDIDIKAN
(PENDIDIKAN KHAS)

Kumpulan :K

Pensyarah : DR ZAHARI BIN SUPPIAN


KANDUNGAN

MUKA
SURAT

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 1

1.3 Pernyataan Masalah 3

1.4 Tujuan Kajian 4

1.4.1 Objektif Kajian 4

1.4.2 Soalan Kajian 4

1.5 Kerangka Konseptual Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.6.1 Bahagian Pendidikan Khas 6

1.6.2 Guru 6

1.6.3 Ibu bapa 7

1.6.4 Penyelidik 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Penguasaan 8

1.8.2 Bahasa Melayu 8

1.8.3 Bahasa Ketiga 9

1.8.4 Ketidakupayaan pendengaran 9

1.9 Rumusan 10
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 11

2.2 Murid Ketidakupayaan Pendengaran 11

2.3 Teori Kajian 13

2.3.1 Teori Analisis Kesilapan 13

2.3.2 Teori Monitor 14

2.4 Kajian Lepas 15

2.4.1 Kajian Lepas Tentang Penguasaan Bahasa Melayu 15

2.4.2 Kajian Lepas Tentang Penguasaan Bahasa Murid 15


Ketidakupayaan Pendengaran

2.5 Rumusan 16

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 17

3.2 Reka Bentuk Kajian 17

3.3 Sampel Kajian 18

3.3.1 Murid ketidakupayaan pendengaran 18

3.3.2 Guru pendidikan khas 19

3.4 Instrumen Kajian 19

3.4.1 Instrumen Penentu Penguasaan Membaca dan Menulis 19

3.4.2 Soalan Temu Bual 20

3.4.3 Senarai semak pemerhatian 20

3.5 Prosedur Pengumpulan Data 21

3.5.1 Prosedur menjalankan Instrumen Penentu Penguasaan 21


Membaca dan Menulis

3.5.2 Prosedur temu bual 22

3.5.3 Prosedur pemerhatian 23


3.6 Kaedah Menganalisis Data 23

3.6.1 Analisis Instrumen Penentu Penguasaan Membaca dan 24


Menulis

3.6.2 Analisis data temu bual 24

3.6.3 Analisis data pemerhatian 24

3.7 Rumusan 25

RUJUKAN 26

LAMPIRAN 31
BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan pengenalan kajian yang dijalankan. Perbincangan meliputi


pengenalan bab, latar belakang kajian, pernyataan masalah yang menghuraikan permasalahan
serta rasional berkenaan dengan penyelidikan kajian ini dan tujuan kajian selain daripada
objektif dan soalan kajian. Selain daripada itu, bab ini juga akan menerangkan mengenai
kerangka koseptual bagi kajian ini. Seterusnya, bab ini akan menerangkan mengenai
kepentingan kajian, batasan kajian serta definisi istilah yang digunakan dalam kajian ini.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini
dan akan datang nescaya tidak akan terlaksana tanpa usaha untuk meningkatkan akses dan
kualiti pendidikan secara menyeluruh termasuklah kepada murid berkeperluan khas. Malaysia
berada di landasan terbaik untuk mencapai matlamat ini apabila Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 turut menekankan kepada usaha untuk
meningkatkan pelaksanaan pelbagai inisiatif bagi melahirkan murid yang cemerlang menerusi
pendidikan tanpa mendiskriminasikan murid atas kekurangan mereka (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2013).

Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas (2013), murid berkeperluan khas boleh


dikategorikan kepada enam iaitu ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan penglihatan,
ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran dan
ketidakupayaan pelbagai. Murid-murid berkeperluan khas ini mempunyai keadaan dan
keperluan yang berbeza dengan murid-murid tipikal yang lain. Walau bagaimanapun, murid
ketidakupayaan pendengaran merupakan antara golongan murid berkeperluan khas yang
kadang-kala tidak disedari kewujudannya oleh masyarakat di sekeliling disebabkan kecacatan
yang dialami oleh mereka tidak dapat dilihat daripada ciri-ciri fizikal.

1
Menurut Bashiroh Omar (2016), secara umumnya, murid ketidakupayaan pendengaran
mempunyai tiga rangkaian kecacatan iaitu tidak mendengar, sukar menggunakan bahasa lisan
untuk berkomunikasi dan tahap pemikiran yang agak lambat berbanding murid tipikal. Hal ini
secara tidak langsung menyebabkan perkembangan kognitif mereka juga akan terbantut
disebabkan golongan ini telah kehilangan dua kemahiran berbahasa iaitu kemahiran
mendengar dan kemahiran bertutur. Namun, tiada kurikulum dan pentaksiran khas yang
disediakan kepada murid ketidakupayaan pendengaran ini. Murid ketidakupayaan
pendengaran yang ditempatkan di sekolah pendidikan khas, program pendidikan khas
integrasi atau di dalam program pendidikan inklusif akan mempelajari kurikulum yang sama
dengan murid tipikal di sekolah biasa. Malahan, murid-murid ketidakupayaan ini juga akan
mengikuti peperiksaan awam yang sama seperti Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).

Walau bagaimanapun, perkara yang perlu diperakui oleh semua pihak bahawa jurang
pencapaian antara murid ketidakupayaan pendengaran dengan rakan sebaya mereka adalah
agak ketara terutamanya melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu. Lembaga Peperiksaan
Malaysia (LPM) telah melaporkan bahawa kebanyakan murid masalah pendengaran tidak
berupaya memberi jawapan yang dikehendaki dalam soalan peperiksaan dan ini memberi
kesan terhadap pencapaian akademik mereka (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2015).
Menurut Rubashini et al. (2020), kehilangan pendengaran ini telah memberi kesan terhadap
dua kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur murid
ketidakupayaan pendengaran. Hal ini secara tidak langsung mempengaruhi pencapaian
akademik murid masalah pendengaran dalam Bahasa Melayu. Hal ini disokong oleh Reed
(2017) yang menyatakan bahawa murid ketidakupayaan pendengaran menunjukkan prestasi
lemah dalam mata pelajaran yang melibatkan penggunaan bahasa yang berpunca daripada
ketidakupayaan mereka untuk mendengar dan bertutur.

Sudah menjadi amalan di Malaysia, pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa


Melayu kepada murid masalah pendengaran adalah melalui pendekatan Komunikasi Seluruh
Kod Tangan Bahasa Melayu yang merupakan gabungan pendekatan Kod Tangan Bahasa
Melayu (KTBM) dan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) (Liong Kon Thai & Mohd. Hanafi
Mohd Yasin, 2017). Menurut Izuli et al. (2020), komunikasi seluruh merujuk kepada
penggunaan beberapa teknik seperti gerak geri, percakapan, isyarat biasa, ejaan jari, membaca

2
gerak bibir, membaca dan menulis. Komunikasi seluruh ini merupakan medium untuk murid
ketidakupayaan pendengaran memperoleh sesuatu bahasa di sekolah.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Seperti yang kita sedia maklum, Bahasa Isyarat Malaysia merupakan bahasa utama komuniti
ketidakupayaan pendengaran (Syar Meeze et al.,2017). Hal ini menyebabkan bagi kanak-
kanak pekak, mempelajari Bahasa Melayu merupakan satu kerja atau tugasan yang amat sukar
kerana Bahasa Melayu bukan bahasa utama mereka (Nor Hidayah Md Khanapiah, 2016).
Perkara menjadi lebih kritikal kepada murid ketidakupayaan pendengaran yang Bahasa
Melayu juga bukan bahasa kedua mereka. Hal ini kerana bahasa yang digunakan untuk
mereka berkomunikasi sesama komuniti ketidakupayaan mereka adalah Bahasa Isyarat
Malaysia, bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga di rumah adalah
bahasa ibunda masing-masing dan di sekolah mereka perlu mempelajari Bahasa Melayu yang
juga merupakan bahasa rasmi sistem pendidikan di Malaysia. Walau bagaimanapun, menurut
Zuraini Ramli (2018), dalam ilmu psikolinguistik, bahasa pertama mempunyai kedudukan
yang sangat istimewa dalam kehidupan seseorang manusia manakala status bagi bahasa kedua
boleh diaplikasikan kepada bahasa ketiga, keempat dan seterusnya. Namun, perkara ini dilihat
sedikit berbeza kepada pemerolehan bahasa murid ketidakupayaan pendengaran. Hal ini
kerana, jika Bahasa Melayu menjadi bahasa ketiga murid ketidakupayaan pendengaran
bermaksud murid-murid ini telah kehilangan satu faktor penting dalam pemerolehan bahasa
iaitu faktor persekitaran yang tidak menyokong murid-murid ini untuk berbahasa Melayu
selain pengaruh bahasa ibunda dalam lingkungan mereka yang pastinya memberi pengaruh
yang besar. Perkara ini semestinya memberi kesan terhadap penguasaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa ketiga murid ketidakupayaan pendengaran.

Kesukaran untuk mempelajari Bahasa Melayu kepada murid ketidakupayaan


pendengaran boleh dikaitkan dengan keperluan untuk memahami konsep-konsep seperti
konsep ‘pemerolehan bahasa’ dan ‘pembelajaran bahasa’ terhadap ciri-ciri Bahasa Melayu
yang kompleks dan kecelaruan tentang penggunaan Bahasa Melayu (KTBM) dan BIM (Nor
Hidayah Md Khanapiah , 2016) . Tahap penguasaan Bahasa Melayu murid ketidakupayaan
pendengaran dalam kalangan mereka yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga
adalah berada pada tahap lemah dan sangat membimbangkan walaupun sepatutnya murid

3
ketidakupayaan pendengaran perlu mengikuti sukatan kurikulum yang sama dengan murid
tipikal yang lain. Namun, didapati kebanyakan murid yang menjadikan Bahasa Melayu
sebagai bahasa ketiga ini tidak berupaya mengikutinya disebabkan kelemahan penguasaan
Bahasa Melayu tersebut. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengetahui sejauh mana
penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga murid ketidakupayaan pendengaran
memandangkan golongan ini memerlukan pemerhatian yang khusus bagi mengurangkan
jurang berbahasa mereka dengan murid-murid tipikal.

1.4 TUJUAN KAJIAN

Secara keseluruhannya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan Bahasa
Melayu sebagai bahasa ketiga dalam kalangan murid ketidakupayaan pendengaran.

1.4.1 Objektif Kajian

Objektif bagi melaksanakan kajian ini adalah untuk :-

1.Mengenal pasti tahap penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga murid-murid
ketidakupayaan pendengaran.

2.Mengklasifikasikan jenis kesilapan asas Bahasa Melayu murid-murid ketidakupayaan


pendengaran.

3.Mengenal pasti faktor-faktor ekstralinguistik yang mempengaruhi penguasaan Bahasa


Melayu sebagai bahasa ketiga murid-murid ketidakupayaan pendengaran.

1.4.2 Soalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, maka kajian ini akan menjawab soalan-soalan berikut:

1.Apakah tahap penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga murid-murid


ketidakupayaan pendengaran?

2.Bagaimanakah kesilapan asas Bahasa Melayu murid-murid ketidakupayaan pendengaran


dapat diklasifikasikan?

4
3.Apakah faktor-faktor ekstralinguistik yang mempengaruhi penguasaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa ketiga murid-murid ketidakupayaan pendengaran?

1.5 KERANGKA KONSEPTUAL

Kerangka konseptual kajian amat penting kerana ia memberi gambaran secara menyeluruh
tentang proses yang berlaku dalam kajian tersebut (Abdul Rahman Habibi, 2016). Kerangka
konseptual yang dikemukakan ini merupakan kerangka konsep kajian dan andaian asas untuk
memberi panduan kepada pengkaji untuk membina dan seterusnya menjawab soalan-soalan
kajian.

Pembelajaran Bahasa Melayu


sebagai bahasa ketiga

Teori Analisis Teori Monitor


Kesilapan

1. Tahap penguasaan Bahasa Melayu

2. Kesilapan asas Bahasa Melayu

3. Faktor-faktor ekstralinguistik yang


mempengaruhi penguasaan Bahasa
Melayu

Penguasaan Bahasa Melayu


sebagai bahasa ketiga

Rajah 1 Kerangka Konseptual Kajian

5
Kerangka konseptual bagi kajian ini adalah dibina dan diadaptasi daripada kajian yang
dilakukan oleh Nur Fatin Zulkifli (2017) dan kajian Low Lee Kean (2015). Gabungan dua
teori penting iaitu Teori Analisis Kesilapan Corder (1981) dan Teori Monitor (Krashen, 1982)
yang dilakukan dalam kajian ini dapat membantu pengkaji dalam menganalisis tahap
penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga murid ketidakupayaan pendengaran, jenis
kesilapan asas Bahasa Melayu yang dilakukan oleh murid dan faktor-faktor ekstralinguistik
yang mempengaruhi penguasaan Bahasa Melayu murid ketidakupayaan pendengaran.
Hasilnya, akan membantu pengkaji mengetahui sejauh mana penguasaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa ketiga murid ketidakupayaan pendengaran.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Oleh itu, hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pihak berkepentingan melaksanakan
penambahbaikan mengikut saluran yang bersesuaian dalam usaha membantu meningkatkan
tahap penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga murid ketidakupayaan pendengaran.

1.6.1 Bahagian Pendidikan Khas

Hasil daripada kajian yang dijalankan ini diharapkan dapat memberi gambaran kepada pihak
Bahagian Pendidikan Khas tentang permasalahan bahasa terutamanya melibatkan penguasaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga dalam kalangan murid ketidakupayaan pendengaran.
Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat menjadi rujukan Bahagian Pendidikan Khas dalam
merancang pelaksanaan intervensi yang bersesuaian terhadap murid-murid ketidakupayaan
pendengaran dengan cara yang lebih berkesan dan efektif. Hal ini kerana, dapatan yang
diperoleh terutamanya yang melibatkan faktor-faktor ekstraliguistik yang mempengaruhi
penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga dapat membantu kita mengenal pasti
intervensi yang diperlukan dalam usaha mengurangkan jurang penguasaan bahasa seterusnya
membantu menambahbaik pelaksanaan program pendidikan khas di negara kita.

1.6.2 Guru

Hasil daripada kajian yang dijalankan ini juga, dapat dijadikan rujukan kepada guru-guru
yang terlibat secara langsung dengan murid-murid ketidakupayaan pendengaran khususnya
dalam mengenal pasti jenis-jenis kesilapan asas Bahasa Melayu murid-murid ini. Dapatan
6
kajian ini diharapkan dapat memberi idea kepada guru-guru untuk merancang strategi
pengajaran dengan lebih berkesan. Seterusnya, guru-guru juga boleh menjadikan kajian ini
sebagai panduan dalam menyediakan bahan-bahan untuk sesi pembelajaran dan
pemudahcaraan selain pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian bagi mengajar murid
ketidakupayaan pendengaran terutamanya yang melibatkan penggunaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa ketiga. Guru pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran juga boleh
memikirkan cara untuk menginteprestasikan kandungan kurikulum ke dalam bentuk yang
sesuai dengan latar belakang murid yang dipengarahi oleh bahasa isyarat dan bahasa ibunda
keluarga masing-masing.

1.6.3 Ibu bapa

Diharapkan hasil kajian ini juga dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang
pentingnya faktor persekitaran dalam membantu perkembangan bahasa terutamanya
melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi di negara kita.
Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat menjadi suntikan kesedaran kepada ibu bapa untuk
memastikan intervensi awal yang bersesuaian dapat dilaksanakan kepada murid
ketidakupayaan pendengaran untuk mengurangkan jurang berbahasa murid ketidakupayaan
pendengaran dengan murid tipikal yang lain.

1.6.3 Penyelidik

Diharapkan hasil kajian ini dapat menyediakan satu ruang supaya penyelidikan berterusan
dapat dilakukan oleh para penyelidik dan cendiakawan Bahasa Melayu dalam usaha
menambahbaik dan menangani masalah pembelajaran Bahasa Melayu terutamanya kepada
golongan yang menjadikannya sebagai bahasa kedua, ketiga atau seterusnya. Pengaruh bahasa
ibunda dalam pembelajaran Bahasa Melayu tidak boleh dipandang remeh dalam usaha
memastikan kedaulatan Bahasa Melayu terus dipelihara, diperluas dan dikekalkan. Selain itu,
penyelidik dalam bidang pendidikan khas terutamanya pendidikan khas ketidakupayaan
pendengaran juga dapat menjadikan kajian ini sebagai panduan supaya kajian berterusan
dapat dilakukan dalam usaha membantu menangani masalah penguasaan bahasa murid
ketidakupayaan pendengaran yang sememangnya menjadi masalah utama golongan
ketidakupayaan pendengaran ini.

7
1.7 BATASAN KAJIAN

Kajian yang dilakukan ini terbatas kepada beberapa aspek penting iaitu tempat kajian,
informan dan skop kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji. Kajian ini hanya memfokuskan
kepada murid sekolah rendah yang menghadapi ketidakupayaan pendengaran di sebuah
sekolah di daerah Hulu Selangor. Murid yang dipilih adalah seramai tiga orang iaitu hanya
melibatkan murid yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga mereka setelah
bahasa isyarat dan bahasa ibunda masing-masing. Oleh sebab itu, hasil kajian ini kurang
sesuai untuk digeneralisasikan kepada semua populasi murid-murid ketidakupayaan
pendengaran yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga.

1.8 DEFINISI ISTILAH

1.8.1 Penguasaan

Penguasaan yang dikaji dalam kajian ini adalah melibatkan penguasaan kosa kata Bahasa
Melayu sebagai bahasa ketiga murid ketidakupayaan pendengaran. Menurut Isah Cahyani &
Daris Hadianto (2018) kemampuan menguasai sesuatu bahasa terutamanya melibatkan bahasa
tambahan dapat dikembangkan melalui proses pemerolehan dan proses pembelajaran.
Pemerolehan bahasa ini boleh berlaku di bawah sedar atau secara tidak formal sama seperti
kanak-kanak memperoleh bahasa pertamanya. Hal ini berbeza dengan proses pembelajaran di
mana proses ini berlaku dalam minda sedar manusia atau dalam suasana yang formal seperti
pembelajaran di dalam kelas yang mempunyai sukatan pelajaran. Dalam konteks kajian ini,
penguasaan merujuk kepada sejauh mana penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga
murid ketidakupayaan pendengaran yang telah diperoleh oleh murid melalui dua proses iaitu
proses pemerolehan dan proses pembelajaran.

1.8.2 Bahasa Melayu

Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, bahasa perpaduan dan mata
pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid pada semua peringkat persekolahan,
sama ada di sekolah menengah mahupun di sekolah rendah (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2018). Mata pelajaran Bahasa Melayu ini penting dalam sistem pendidikan negara
Malaysia dan harus dikuasai oleh semua insan yang bergelar murid di negara ini (Ooi Chwee

8
Hwa & Vijayaletchumy Subramaniam, 2017). Dalam konteks kajian ini, mata pelajaran
Bahasa Melayu merujuk kepada kosa kata asas Bahasa Melayu yang perlu dipelajari oleh
murid ketidakupayaan pendengaran di sekolah.

1.8.3 Bahasa ketiga

Seperti yang kita sedia maklum, BIM telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi atau bahasa utama
orang pekak di Malaysia seperti yang telah termaktub dalam Akta 685, Akta Orang Kurang
Upaya 2008. Bahasa kedua bagi murid ketidakupayaan pendengaran adalah merupakan
bahasa ibunda keluarga masing-masing. Bahasa ini telah dipelajari secara semula jadi oleh
murid-murid ini di rumah terutamanya bagi murid yang mempunyai keluarga yang normal.
Bahasa ketiga bagi murid ketidakupayaan pendengaran dalam kajian ini merujuk kepada
bahasa rasmi negara yang mesti dipelajari secara formal di sekolah iaitu Bahasa Melayu.
Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga ini mungkin menjadi satu permasalahan
kerana melibatkan proses mempelajari pengetahuan baharu. Justeru, dalam proses
pembelajaran Bahasa Melayu ini, gangguan daripada bahasa utama dan bahasa ibunda murid
ketidakupayaan pendengaran sering terjadi disebabkan lingkungan kebudayaan bahasa isyarat
dan bahasa ibunda sering mempengaruhi proses pembelajaran bahasa ketiga mereka. Oleh itu,
dalam konteks kajian ini, bahasa ketiga akan memfokuskan kepada penguasaan Bahasa
Melayu sebagai bahasa ketiga murid ketidakupayaan pendengaran.

1.8.4 Ketidakupayaan pendengaran

Menurut Akta Pendidikan Individu dengan Ketidakupayaan (Individual with Disabilities


Education Act, IDEA, 2004) murid pekak bermaksud ketidakupayaan pendengaran yang
sangat teruk sehingga kanak-kanak tidak berupaya memproses maklumat linguistik menerusi
pendengaran sama ada dengan amplifikasi atau tidak. Di Malaysia, istilah-istilah seperti
“bermasalah pendengaran”, “pekak”, “cacat pendengaran”, “tuna pendengaran” sering kali
digunakan untuk merujuk kepada individu dengan ketidakupayaan pendengaran. Namun,
menurut Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (2013), istilah rasmi yang digunakan dalam
sistem pendidikan di Malaysia adalah ketidakupayaan pendengaran. Menurut Siti Muhibah
Nor & Zetty Nurzuliana Rashed (2018), murid yang mempunyai ketidakupayaan pendengaran
cenderung untuk mengalami kelewatan dalam perkembangan bahasa dan pertuturan,

9
kemahiran komunikasi, kognitif dan sosial jika pengesanan dan intervensi awal tidak
dilakukan. Dalam kajian ini, murid-murid ketidakupayaan pendengaran merujuk kepada
murid-murid yang menghadapi masalah pada deria pendengarannya sehingga memberi kesan
kepada kemahiran berbahasanya.

1.9 RUMUSAN

Di dalam bab ini, pengkaji telah menjelaskan tentang latar belakang kajian iaitu meliputi latar
belakang murid pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran, masalah dan keperluan
mereka. Seterusnya, tujuan, objektif dan persoalan kajian dibentuk daripada perrnyataan
masalah yang diutarakan. Hal ini sekaligus membantu pengkaji membina kerangka
konseptual kajian yang akan menjadi panduan sepanjang kajian ini dilaksanakan. Kajian ini
sememangnya penting untuk dilaksanakan namun terdapat beberapa batasan kajian dan
istilah khusus yang digunakan dalam kajian ini bagi mengenal pasti tahap penguasaan Bahasa
Melayu sebagai bahasa ketiga murid ketidakupayaan pendengaran.

10
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Dalam bab ini pengkaji membincangkan berkenaan konsep dan aspek kajian yang berkaitan
dengan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga murid ketidakupayaan
pendengaran. Bab literatur ini juga membincangkan tentang aspek berkaitan definisi dan teori
kajian. Seterusnya, pengkaji akan membincangkan mengenai kajian lepas tentang kajian yang
berkaitan dengan penguasaan Bahasa Melayu dan mengenai penguasaan bahasa murid
ketidakupayaan pendengaran. Tinjauan literatur yang dibuat ini juga dijadikan satu kaedah
untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti jalan penyelesaian yang terbaik dan efektif
seterusnya meningkatkan keberkesanan serta kesahan kajian ini.

2.2 MURID KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN

Ketidakupayaan pendengaran merujuk kepada masalah yang melibatkan fungsi deria


pendengaran. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2014), terdapat tiga jenis kecacatan
pendengaran iaitu konduktif yang melibatkan gangguan aliran bunyi, sensorineural yang
melibatkan saraf deria dan gabungan kedua-dua kecacatan ini. Kecacatan pendengaran jenis
konduktif adalah disebabkan oleh masalah pada bahagian tengah dan luar telinga. Hal ini
biasanya akan menyebabkan semua gelombang bunyi mempunyai kesan yang sama.
Manakala, kecacatan pendengaran jenis sensorineural pula adalah disebabkan masalah pada
bahagian dalam telinga atau saraf auditori. Hal ini menyebabkan bunyi yang diterima berubah
kerana gelombang menjadi tidak sama rata walaupun dengan menggunakan alat bantuan
pendengaran.

Ketidakupayaan pendengaran ini pula boleh dikategorikan kepada empat tahap iaitu
ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk (Institusi Hears UKM, n.d.). Menurut World Health
Organization (2016), tahap pendengaran ringan (mild) ialah 26 hingga 40 dB, sederhana
(moderate) ialah 41dB hingga 60dB, teruk (severe) ialah 61dB hingga 80dB dan amat teruk
(profound) ialah 81dB dan lebih. Tahap pendengaran bagi seseorang individu hanya boleh
diketahui melalui ujian saringan sama ada secara saringan ataupun diagnostik.

11
Pelbagai istilah digunakan untuk merujuk kepada individu yang mempunyai
ketidakupayaan untuk mendengar seperti pekak, tuli, cacat pendengaran, pekak bisu dan
sebagainya sehingga membawa kepada stigma negatif dan kurang disenangani oleh
masyarakat. Namun menurut Bashiroh Omar (2016), dalam bidang perubatan, individu
dengan ketidakupayaan pendengaran dikategorikan mengikut tahap pendengaran yang diukur
dalam unit decibel (dB). Jadi, Individu dengan ketidakupayaan pendengaran ialah individu
yang tahap pendengarannya menjadi penghalang untuk memahami pertuturan melalui telinga
sahaja atau dengan kata lain adalah ketidakmampuan untuk menerima bunyi bahasa.

Walau bagaimanapun, mereka sebahagian daripada komuniti dan murid-murid


ketidakupayaan pendengaran ini mempunyai hak untuk mendapatkan akses dan kualiti
pendidikan seperti murid-murid tipikal yang lain seperti yang dihasratkan oleh telah
dihasratkan oleh KPM. Menurut laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan
Khas (2020), bilangan murid ketidakupayaan pendengaran di Malaysia adalah seperti jadual
berikut:

Jadual 1

Data murid ketidakupayaan pendengaran di Malaysia pada tahun 2020

Peringkat SPK PPKI PPI Jumlah

L P L P L P

Prasekolah 19 24 12 15 11 7 88

Rendah 307 326 364 310 298 271 1876

Menengah 118 101 548 440 363 295 1865

Jumlah 3829

Sumber : Buku Data Pendidikan Khas 2020 (Bahagian Pendidikan Khas, 2020)

Berdasarkan jadual 1, jumlah murid ketidakupayaan pendengaran di semua peringkat


persekolahan pada tahun 2020 adalah seramai 3829 orang. Walaupun bilangan murid
ketidakupayaan pendengaran hanya 4.08% daripada jumlah keseluruhan murid
ketidakupayaan pendengaran (Bahagian Pendidikan Khas, 2020), hal ini tidak bermaksud hak

12
mereka untuk mendapatkan pendidikan berkualiti boleh diabaikan. Murid-murid ini
seharusnya diberikan perhatian dan sokongan supaya dapat bersaing dengan murid-murid
tipikal yang lain.

2.3 TEORI KAJIAN

2.3.1 Teori Analisis Kesilapan

Teori Analisis Kesilapan oleh Corder (1981) menjadi asas kepada pengkaji untuk mengukur
kemajuan dalam pembelajaran bahasa dengan mencatat dan mengklasifikasikan kesilapan-
kesilapan yang dilakukan oleh murid. Menurut Corder (1973), dalam pembelajaran bahasa
tambahan, murid cenderung untuk melakukan kesalahan-kesalahan seperti pengguguran
unsur-unsur yang perlu, penambahan unsur yang tidak perlu atau tidak tepat, pemilihan unsur
yang tidak tepat dan penyusunan unsur yang salah. Oleh itu, kesilapan dapat menjadi kayu
ukur pengetahuan dan kemahiran berbahasa seseorang.

Menurut Nor Hidayah Md Khanapiah (2016) jika dahulu, kesilapan dianggap sebagai
petunjuk kegagalan guru dan murid dalam proses PdPc terhadap pembelajaran bahasa. Namun
kini, kesilapan dikatakan sebagai normal dan semula jadi dalam proses penguasaan sesuatu
bahasa. Teori ini turut berpegang bahawa terdapat dua punca yang menjadi kekangan terhadap
penguasaan sesuatu bahasa baharu. Pertama, sifat input atau data yang disampaikan tidak
dapat diproses oleh penutur. Kedua, keadaan penutur yang tidak menerima input tersebut.
Oleh sebab itu, adalah penting untuk penutur mengetahui beberapa perkara sebelum
mempelajari perkara baharu. Jadi, kajian ini akan melihat faktor-faktor ekstralinguistik yang
mempengaruhi penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga.

Menurut Corder (1973), kesilapan sebagai ‘significant’ iaitu sesuatu yang mempunyai
makna tertentu bukan sahaja untuk murid tetapi juga untuk pengkaji dan guru. Jadi, kajian ini
dijalankann khas untuk mengkaji dan mengenal pasti kesilapan leksikal iaitu
mengklasifikasikan jenis kesilapan Bahasa Melayu yang dilakukan oleh murid
ketidakupayaan pendengaran semasa pembelajaran Bahasa Melayu. Hal ini pastinya
membantu mencerminkan kesulitan yang dihadapi mereka dalam pembelajaran Bahasa
Melayu sebagai bahasa ketiga. Hal ini sekaligus dapat membantu guru-guru mengenal pasti

13
daerah-daerah kesilapan murid bukan Melayu dalam pembelajaran bahasa ketiga mereka.
Justeru, analisis kesilapan penting dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu
terutama melibatkan murid yang Bahasa Melayu merupakan bahasa ketiga mereka.

2.3.2 Teori Monitor

Menurut Zuraini Ramli (2018), dalam ilmu psikolinguistik, bahasa pertama mempunyai
kedudukan yang sangat istimewa dalam kehidupan seseorang manusia manakala status bagi
bahasa kedua boleh diaplikasikan kepada bahasa ketiga, keempat dan seterusnya. Oleh itu,
teori kedua yang digunakan oleh pengkaji ialah Teori Monitor oleh Stephen D. Krashen.
(Krashen, 1981). Teori ini terhasil daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh Krashen
berkaitan pemerolehan bahasa kedua atau boleh dirujuk sebagai bahasa tambahan. Pengkaji
menggunakan teori ini untuk digandingkan dengan Teori Analisis Kesilapan Corder (1981).
Hal ini kerana, kedua-dua teori ini saling melengkapi dan akan membawa kepada
pemerolehan bahasa tambahan dalam usaha mengenal pasti tahap penguasaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa ketiga murid ketidakupayaan pendengaran.

Menurut Ellis (2008), Teori Monitor merupakan suatu teori komprehensif yang
diperkenalkan khusus bagi mengkaji proses yang berlaku semasa pemerolehan dan
pembelajaran bahasa tambahan. Teori Monitor terbahagi kepada lima hipotesis (prinsip)
antaranya ialah ‘The Acquisition-Learning Hypothesis’, ‘The Monitor Hypothesis’, ‘The
Natural Order Hypothesis’, ‘The Input Hypothesis’ dan ‘The Affective Filter Hypothesis’.

Rajah 2 Model Teori Monitor oleh Krashen

14
2.4 KAJIAN LEPAS

2.4.1 Kajian Lepas Tentang Penguasaan Bahasa Melayu

Penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid di Malaysia perlu dimantapkan lagi
bersesuaian dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara
(Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan). Oleh sebab itu, kajian berterusan mengenai
penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid di Malaysia perlu terus dijalankan. Kajian
yang dijalankan oleh Nora' Azian Nahar (2020) terhadap Penguasaan Kemahiran Membaca
dan Menulis Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Bukan Penutur Natif Di Sekolah Jenis
Kebangsaan (SJK) mendapati bahawa tahap kecekapan kemahiran membaca murid bukan
penutur natif masih berada pada tahap sederhana. Jika dibandingkan dengan kemahiran
membaca, kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling kritikal bagi murid bukan
penutur natif di SJK iaitu hampir tiga perempat murid di SJK tidak mahir menulis
menggunakan Bahasa Melayu standard.

Selain itu, kajian juga telah dilakukan oleh Sylvester et.al (2020) mengenai
penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu murid bukan penutur jati di Bintulu
Sarawak. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa hanya tiga daripada sepuluh responden
mempunyai asas bacaan yang baik dan kebanyakan responden belum mencapai tahap
kemahiran berfikir aras tinggi dan kurang memahami teks naratif yang dibaca. Oleh itu,
kajian ini mencadangkan kepelbagaian strategi digunakan dalam pembelajaran kognitif iaitu
bermula daripada penggunaan strategi asas sehinggalah kepada strategi yang kompleks.

2.4.2 Kajian Lepas Tentang Penguasaan Bahasa Murid Ketidakupayaan Pendengaran

Menurut Nor Hidayah Md Khanapiah (2016) murid pekak menghadapi masalah untuk
memahami bahasa. Masalah bahasa ini akan memberi kesan kepada kemampuan mereka
untuk berkomunikasi dan menyebabkan masalah dalam pembelajaran mereka kerana murid
ketidakupayaan pendengaran tidak dapat menggunakan deria pendengaran mereka sebagai
alat untuk menerima maklumat (Hallahan & Kauffman, 1991).

15
Kajian yang dijalankan oleh Ruth Anna Spooner (2016) mengenai ideologi pelajar
ketidakupayaan pendengaran apabila guru mengintegrasikan terjemahan bahasa isyarat
kepada mata pelajaran bahasa mendapati bahawa murid ketidakupayaan pendengaran
menyatakan bahawa pembelajaran bahasa adalah sukar kerana mempunyai peraturan bahasa
yang ketat yang menyukarkan mereka untuk memahami bahasa isyarat. Hal ini merupakan
antara faktor utama yang mendorong kepada masalah penguasaan bahasa dalam kalangan
murid ketidakupayaan pendengaran.

Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Rubashini Ramakrishnan et.al (2020) pula
mendapati bahawa murid ketidakupayaan pendengaran mempunyai masalah dalam
mempelajari tatabahasa Bahasa Melayu dan membina ayat mengikut struktur yang betul. Oleh
itu, menurut kajian ini adalah penting untuk guru memastikan kaedah pengajaran bahasa
difokuskan pada terminologi bahasa dan pengembangan komunikasi.

Nur Haliza et.al (2020) juga ada menjalankan kajian untuk mengkaji mengenai
pemerolehan bahasa murid ketidakupayaan pendengaran dalam memahami bahasa. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa murid ketidakupayaan pendengaran mengalami masalah dalam
berkomunikasi secara lisan, ekspresif mahupun secara reseptif yang secara tidak langsung
menyebabkan mereka sukar untuk berkomunikasi dengan orang tipikal. Walau
bagaimanapun, menurut kajian ini, pemerolehan bahasa pertama dapat dilakukan dengan
komunikasi total iaitu dengan menggunakan komunikasi lisan, aktiviti membaca, aktiviti
menulis, membaca ujaran dan dilengkapi dengan isyarat.

2.5 RUMUSAN

Tinjauan literatur yang dilakukan adalah untuk meninjau pendapat pengkaji-pengkaji lain
tentang hal-hal yang berkaitan dengan penguasaan bahasa Melayu dan penguasaan bahasa
yang melibatkan murid ketidakupayaan pendengaran. Teori yang mendasari kajian ini adalah
gabungan teori Analisis Kesilapan dan teori Monitor. Kesemua aspek ini dijadikan panduan
untuk menjalankan kajian ini.

16
BAB 3 METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Bab ini menerangkan tentang metodologi yang digunakan di dalam kajian ini. Metodologi
penyelidikan merupakan kaedah dan teknik memilih reka bentuk, mengumpul dan
menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang dapat menyokong sesuatu kajian
dan merumuskan perkara yang telah dikaji (Syed Ismail Syed Mustafa Ismail, Ismail Raduan
& Bushro Ali, 2018). Tujuan kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah untuk mengenal
pasti tahap penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga murid ketidakupayaan
pendengaran. Bab ini akan menjelaskan metodologi serta prosedur bagi melaksanakan kajian
yang meliputi reka bentuk kajian, populasi dan sampel, instrumen kajian, prosedur
pengumpulan, kaedah menganalisis data dan rumusan kajian.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian merupakan aspek yang penting dalam membuat perancangan bagi
menjayakan sesuatu kajian. Hal ini kerana, reka bentuk kajian adalah kerangka yang
digunakan oleh sesebuah kajian bagi mengutip dan menganalisis data (Bryman, 2016).
Menurut Chua Yan Piaw (2021) reka bentuk sesebuah kajian seharusnya ditentukan oleh
objektif kajian.

Oleh itu, bagi mengkaji tahap penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga
dalam kalangan murid ketidakupayaan pendengaran, pengkaji akan menggunakan reka bentuk
kajian kes yang dilaksanakan dengan kaedah kualitatif. Menurut Mohd Yusri Ibrahim (2017)
kajian kes bermaksud pengkaji mengeksplorasi sesuatu peristiwa, aktiviti atau fenomena
secara mendalam. Pengkaji menggunakan kajian kes kerana kajian jenis ini jelas dapat
digunakan untuk meneliti kaitan antara faktor-faktor yang mempengaruhi sesuatu keadaan.
Oleh itu, kajian kes ini dapat digunakan untuk mengenal pasti tahap penguasaan Bahasa
Melayu, jenis-jenis kesilapan asas Bahasa Melayu yang dilakukan oleh murid ketidakupayaan
pendengaran serta faktor-faktor ekstralinguistik yang mempengaruhi proses pembelajaran
Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga.

17
3.3 SAMPEL KAJIAN

Bahagian ini akan membincangkan tentang pemilihan sampel dalam kajian ini iaitu murid-
murid ketidakupayaan pendengaran dan guru-guru yang mengajar murid ketidakupayaan
pendengaran. Menurut Fraenkel et.al (2019) pengkaji perlu meneliti dan mempertimbangkan
beberapa asas sebelum informan dan tempat kajian dipilih. Hal ini disokong oleh Gay et.al
(2012) yang menyatakan bahawa antara perkara yang perlu dititikberatkan dalam memilih
informan bagi kajian kualitatif ialah informan tersebut mestilah sesuai dengan tujuan kajian
dan sanggup untuk menyertai kajian. Istilah informan dipilih untuk digunakan di dalam kajian
ini kerana menurut Low Lee Kean (2015) informan merupakan seseorang yang dapat
memberi maklumat mengenai budaya atau keadaan sekolah.

Oleh sebab itu, selari dengan tujuan kajian dilaksanakan iaitu untuk mengenal pasti
tahap penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga dalam kalangan murid
ketidakupayaan pendengaran, informan yang diutamakan adalah murid ketidakupayaan
pendengaran yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga. Kaedah persampelan
yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah persampelan bertujuan. Informan yang dipilih
mempunyai sifat yang ingin dikaji, unik dan mudah berurusan. Persampelan bertujuan
merujuk kepada prosedur persampelan di mana sekumpulan peserta mempunyai ciri-ciri
tertentu dipilih dan terlibat secara langsung sebagai peserta kajian (Chua Yan Piaw, 2021).
Selain daripada murid ketidakupayaan pendengaran yang dipilih sebagai informan dalam
kajian ini, guru-guru pendidikan khas yang mengajar murid ketidakupayaan pendengaran ini
juga dipilih sebagai informan dalam kajian ini.

3.3.1 Murid ketidakupayaan pendengaran

Dalam kajian ini, seramai tiga orang murid ketidakupayaan pendengaran yang bukan
berbangsa Melayu di mana Bahasa Melayu adalah bahasa ketiga mereka telah dipilih untuk
menjadi informan dalam pengumpulan data. Pemilihan ini adalah tidak terikat dengan isu
jantina. Tahap kepekakan bagi setiap murid ketidakupayaan pendengaran dan latar belakang
mereka juga akan dikumpul dan dicatatkan. Tahap kepekakan informan yang dipilih boleh
terdiri daripada tahap pendengaran ringan (26dB-40dB), sederhana (41dB-60dB), teruk
(61dB-80dB) dan amat teruk (81dB ke atas) (World Health Organization, 2016)

18
Kajian ini juga tidak mengambil kira tahap umur informan yang dipilih. Hal ini
kerana, pemerhatian awal yang telah dilakukan terhadap murid-murid ketidakupayaan
pendengaran bagi mengenal pasti penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid
pendengaran telah membawa kepada satu penemuan baru iaitu didapati di sekolah A murid
yang mempunyai tahap pencapaian yang rendah dalam semua mata pelajaran kecuali bahasa
Inggeris di sekolah tersebut adalah terdiri daripada murid yang Bahasa Melayu merupakan
bahasa ketiga mereka. Hal ini telah mendorong pengkaji untuk melakukan kajian ini untuk
melihat sejauhmana tahap penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga murid
ketidakupayaan pendengaran. Walau bagaimanapun, informan yang dipilih adalah dalam
lingkungan 11 hingga 12 tahun sahaja.

3.3.2 Guru Pendidikan Khas

Guru pendidikan khas yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai dua orang iaitu guru yang
mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu murid ketidakupayaan pendengaran. Guru-guru ini
dipilih kerana mereka mempunyai pengalaman mengajar murid-murid ketidakupayaan
pendengaran sekurang-kurangnya dua tahun khasnya melibatkan mata pelajaran bahasa.
Selain daripada temu bual, proses pemerhatian terhadap sesi Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) mata pelajaran Bahasa Melayu yang dikendalikan oleh guru-guru ini
juga akan dilakukan. Hal ini secara tidak langsung dapat melihat proses interaksi dan
komunikasi yang berlaku di antara guru dengan murid ketidakupayaan pendengaran.

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan Instrumen Penentu Penguasaan Membaca Dan
Menulis, soalan temu bual dan senarai semak pemerhatian sebagai instrumen dalam kajian ini.
Instrumen ini akan dijadikan komponen untuk saling menyokong maklumat-maklumat yang
diperoleh dalam kajian ini.

3.4.1 Instrumen Penentu Penguasaan Membaca dan Menulis

Instrumen Penentu Penguasaan Membaca dan Menulis yang dipilih ini merupakan instrumen
yang telah diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Khas (2019). Tujuan instrumen ini
dihasilkan adalah untuk mengenal pasti murid tahap dua yang tidak menguasai kemahiran

19
asas 3M supaya pentaksiran bersesuaian dapat dijalankan. Oleh itu, pengkaji berpendapat
bahawa instrumen ini sesuai digunakan untuk mengenal pasti tahap penguasaan Bahasa
Melayu murid ketidakupayaan pendengaran kerana pengiraan skor yang disediakan instrumen
ini mampu menentukan sejauh mana tahap penguasaan bahasa murid. Instrumen ini
disediakan meliputi dua kemahiran iaitu kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Hal ini
kerana Instrumen Penentu Penguasaan Membaca dan Menulis ini telah dibina berdasarkan 32
kemahiran Bahasa Melayu yang terdapat di dalam Buku Panduan Pelaksanaan Program
Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan Khas.

3.4.2 Soalan Temu Bual

Teknik temu bual tidak berstruktur telah digunakan oleh pengkaji bagi mengumpul data-data
bagi kajian ini. Soalan-soalan temu bual dibentuk bertujuan untuk memperoleh maklumat
mengenai i)mengenal pasti tahap penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga murid-
murid ketidakupayaan pendengaran, ii)mengklasifikasikan jenis kesilapan asas Bahasa
Melayu murid-murid ketidakupayaan pendengaran, iii)mengenal pasti faktor-faktor
ekstralinguistik yang mempengaruhi penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga
murid-murid ketidakupayaan pendengaran.

Soalan-soalan temu bual ini membolehkan pengkaji memperoleh maklumat secara


terus daripada subjek kajian. Dalam kajian ini, soalan-soalan temu bual telah ditujukan
kepada dua orang guru pendidikan khas yang mengajar murid ketidakupayaan pendengaran
yang terlibat dalam kajian ini.

3.4.3 Senarai semak Pemerhatian

Menurut Ciesielska et.al (2018) seorang pemerhati perlu bijak menyeimbangkan antara
menjadi ‘orang dalam’ untuk memastikan informan selesa menunjukkan rutin sebenar dengan
menjadi “orang luar” supaya data dapat dianalisis dari jarak jauh sekaligus membantu
mengesan sesuatu yang menjadi rutin kepada subjek dan perkara yang boleh membawa
kepada pemahaman konteks. Pemerhatian memerlukan objektif yang ditetapkan serta
perancangan yang rapi. Pemerhatian yang baik adalah dilakukan dengan sistematik, berfokus
dan dicatatkan dengan rapi agar catatan tepat, sah dan boleh dipercayai (Kway, 2011).

20
Dalam kajian ini, pengkaji menjadikan senarai semak pemerhatian untuk mendapatkan
data sokongan daripada temu bual yang dijalankan bagi memastikan persoalan kajian dapat
dijawab. Senarai semak pemerhatian ini digunakan untuk melihat penguasaan Bahasa Melayu
iaitu bahasa yang digunakan untuk murid berkomunikasi dengan orang persekitarannya
seperti guru dan rakan sebayanya semasa mata pelajaran Bahasa Melayu berlangsung.

3.5 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Bagi menjawab persoalan kajian ini, tiga kaedah pengumpulan data telah dipilih iaitu
menggunakan Instrumen Penentu Penguasaan Membaca dan Menulis, prosedur temu bual dan
prosedur pemerhatian. Kepelbagaian kaedah dalam kajian ini adalah bertujuan untuk
mendapatkan data yang lengkap dan terperinci bagi menjawab persoalan dalam kajian ini.
Sebagai contoh, Instrumen Penentu Penguasaan Membaca dan Menulis telah dilaksanakan
bagi mengumpulkan maklumat tentang penguasaan Bahasa Melayu murid ketidakupayaan
pendengaran Namun, penggunaan instrumen semata-mata adalah terhad untuk mengukur
tahap penguasaan Bahasa Melayu seseorang murid. Oleh itu, kaedah pemerhatian semasa sesi
PdPc berlangsung dapat melihat secara terus penggunaan Bahasa Melayu di dalam kelas
semasa mata pelajaran Bahasa Melayu diajar bagi membantu menilai tahap penguasaan
murid. Selain itu, kaedah temu bual yang dijalankan dengan guru juga dapat membantu
mengaitkan tahap penguasaan bahasa yang diperoleh hasil daripada instrumen dan
pemerhatian yang dijalankan.

3.5.1 Prosedur Menjalankan Instrumen Penentu Penguasaan Membaca dan Menulis

Ujian berbentuk soalan berstruktur ini melibatkan 50 item dengan lapan bahagian iaitu huruf,
suku kata terbuka, suku kata tertutup, suku kata tertutup ‘ng’, diftong dan vokal berganding,
konsonan bergabung dan digraf, membaca dan membina ayat mudah dan pemahaman. Murid
dikehendaki menjawab instrumen ini selama 1 jam 30 minit.

Proses bagi melaksanakan instrumen ini ialah pengkaji akan dibantu oleh guru mata pelajaran
Bahasa Melayu. Guru Bahasa Melayu akan menerangkan secara ringkas kepada murid
mengenai arahan-arahan soalan yang terdapat dalam instrumen ini.

21
3.5.2 Prosedur temu bual

Menurut Noor Haslinda Shuib (2019), protokol temu bual yang dirancang terlebih dahulu dan
berkualiti dapat memudahkan peserta kajian memberikan maklum balas tepat dan bersesuaian
untuk menjawab persoalan kajian. Menurut Seidman (2019), protokol temu bual ialah senarai
soalan dan panduan perbualan berbentuk kerangka perancangan atau senarai semak soalan
yang ditulis terlebih dahulu sebelum temu bual dijalankan. Protokol temu bual ini akan dibina
berdasarkan objektif kajian dan rujukan kajian lepas agar dapat menjawab persoalan kajian
yang dikehendaki. Oleh itu, pengkaji akan memastikan bahawa protokol temu bual akan
dibina terlebih dahulu sebelum sesi temu bual dijalankan.

Dalam kajian ini, soalan temu bual berbentuk terbuka digunakan sebagai instrumen
temu bual. Hal ini penting kerana jika soalan terbuka diajukan, informan pastinya perlu
menghuraikan jawapan dengan memberi penjelasan atau 'cerita' untuk menjawab persoalan
yang diberikan. Jadi, melalui penggunaan soalan berbentuk terbuka ini bukan sahaja
membantu pengkaji mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menjawab persoalan
kajian, tetapi secara tidak langsung membantu pengkaji memperoleh maklumat-maklumat
baharu atau isu baharu yang mungkin dinyatakan oleh informan berpandukan tema yang telah
ditetapkan terlebih dahulu.

Selain itu, sewaktu perlaksanaan sesi temu bual, pengkaji akan menggunakan pita
rakaman untuk merekodkan perbualan pengkaji dan informan. Sewaktu temu bual
dilaksanakan, beberapa teknik yang dicadangkan oleh Chua Yan Piaw (2021) akan
digunakan. Antara terknik yang telah dicadangkan adalah untuk memastikan hubungan yang
baik di antara pengkaji dan informan telah dipupuk terlebih dahulu sebelum sesi temu bual
dijalankan. Hal ini penting kerana akan membantu sesi temu bual berjalan dengan lancar
selain data yang diperolehi juga pastinya lebih lengkap. Oleh itu, antara kaedah yang akan
pengkaji gunakan untuk memupuk hubungan yang baik antara pengkaji dengan informan
adalah pengkaji akan berada di dalam kawasan kajian pada satu jangka masa yang agak
panjang. Seterusnya, menurut Syafrimen Syafril & Nova Erlina Yaumas (2018), teknik
penyoalan yang baik juga perlu diterapkan oleh pengkaji. Hal ini turut ditegaskan oleh
Fraenkel et.al (2019) yang menyatakan bahawa adalah penting bagi seseorang pengkaji untuk
mengamalkan teknik menyoal yang sesuai sewaktu melaksanakan sesi temu bual. Di samping
itu, pengkaji juga perlu memainkan peranan sebagai seorang pendengar yang baik,

22
menghormati informan, serta memberi masa yang mencukupi untuk informan menjawab
soalan yang dikemukakan.

3.5.3 Prosedur Pemerhatian

Selain daripada temu bual, pemerhatian juga merupakan salah satu kaedah yang penting
dalam perlaksanaan kajian ini. Bagi mendapatkan data yang lengkap mengenai tahap
penguasaan Bahasa Melayu murid ketidakupayaan pendengaran, data yang dikumpulkan
hanya melalui Instrumen sahaja adalah tidak mencukupi. Hal ini kerana, seperti yang kita
sedia maklum, medium untuk murid ketidakupayaan pendengaran berkomunikasi adalah
melalui bahasa isyarat. Jadi, kaedah pemerhatian dapat membantu pengkaji mengenal pasti
sejauh mana elemen KTBM digunakan oleh murid seterusnya membantu menilai tahap
penguasaan Bahasa Melayu murid.

Walau bagaimanapun, semasa pemerhatian berlangsung, pengkaji hanya berperanan


sebagai pemerhati luar dan tidak turut serta dalam aktiviti-aktiviti semasa sesi PdPc
berlangsung. Hal ini penting bagi mengelakkan sebarang kesan dan akibat yang timbul
disebabkan kehadiran pengkaji yang mungkin boleh mengubah tingkah laku sebenar
informan. Oleh itu, pengkaji akan melaksanakan beberapa langkah bagi memastikan informan
dan murid-murid lain terbiasa dengan kehadiran pengkaji di sekolah tersebut. Pertama adalah
dari segi jangka masa berada di lokasi kajian. Pengkaji bercadang untuk berada di lokasi
kajian dalam tempoh yang agak panjang iaitu sekurang-kurangnya selama tiga minggu. Selain
itu, pengkaji juga akan memastikan cara berpakaian adalah mengikut kebiasaan guru-guru di
dalam sekolah tersebut. Di samping itu, bagi mengelakkan informan merasakan dirinya
diperhati sehingga menyebabkan mereka mengubah perlakuan sebenar, senarai semak
pemerhatian tidak akan dilakukan semasa tempoh pemerhatian tetapi dilakukan sesegera
mungkin selepas sahaja peristiwa pemerhatian itu berlaku. Proses pemerhatian ini juga akan
dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga kali bagi memastikan dapatan yang diperoleh lebih
tepat.

3.6 KAEDAH MENGANALISIS DATA

Penganalisisan data adalah proses mencari dan menyusun secara sistematik data yang
diperoleh daripada hasil temu bual, catatan lapangan, pemerhatian dan bahan-bahan lain

23
sehingga ianya mudah difahami oleh orang lain dan dapatan yang diperoleh daripada kajian
dapat memberikan maklumat kepada pembacanya (Hengki Wijaya, 2018). Dapatan kajian ini
akan dilaporkan berdasarkan analisis Instrumen Penentu Penguasaan Membaca dan Menulis,
laporan pemerhatian dan laporan temu bual.

3.6.1 Analisis Instrumen Penentu Penguasaan Membaca dan Menulis

Kaedah analisis Instrumen Penentu Penguasaan Membaca dan Menulis informan kajian
dilakukan secara manual berdasarkan teori Pemerolehan Bahasa dan teori Analisis Kesilapan.
Analisis dilakukan berdasarkan pengiraan skor-skor yang telah ditetapkan. Instrumen ini
dijalankan ke atas ketiga-tiga murid ketidakupayaan pendengaran bagi menentukan
penguasaan mereka dalam Bahasa Melayu yang meliputi kemahiran membaca dan menulis.

3.6.2 Analisis Data Temu Bual

Data temu bual yang telah dirakam akan ditranskripsi. Setelah transkripsi dibuat, pengkaji
akan membacanya berulang kali bagi memahami keseluruhan isi kandungan dengan lebih
jelas. Kemudiannya, data ini akan dikategorikan mengikut tema-tema yang dikenal pasti.
Tema-tema yang disusun ini akan didefinisikan semula supaya persoalan kajian dapat dijawab
dengan baik.

3.6.3 Analisis Data Pemerhatian

Analisis data pemerhatian akan dilakukan menggunakan senarai semak yang telah diisi
semasa pemerhatian dilakukan. Memandangkan proses pemerhatian akan dilaksanakan
sekurang-kurangnya tiga kali. Pengkaji akan membuat data silang di dalam jadual untuk
memudahkan pengkaji mengenalpasti dapatan secara tepat. Pengemaskinian data amat
penting untuk memudahkan pengkaji melihat kesinambungan data.

24
3.7 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, bab ini menyentuh mengenai reka bentuk kajian, populasi dan
sampel, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan kaedah menganalisis data. Bagi
menjawab persoalan kajian, data akan dikumpul melalui kaedah instrumen, pemerhatian dan
temu bual. Seterusnya, analisis data akan dilakukan selari dengan proses pengumpulan data.
Hal ini bagi membolehkan data yang lebih berfokus diperolehi.

25
RUJUKAN

Abdul Rahman Habibi. (2016). Kesediaan Pengetahuan Kemahiran Dan Sikap Guru
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Mengajar Kemahiran Hidup
Pertanian. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdullah Yusoff & Che Rabiaah Mohamed. (2012). Memartabatkan Bahasa Orang Kurang
Upaya Pendengaran. Deaf Empowerment Through Sign language Research, 73-98.

Akta 685, Akta Orang Kurang Upaya 2008.

Bahagian Pendidikan Khas. (2019). Instrumen Penentu Penguasaan Membaca Dan


Menulis Tahap 2. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Khas.

Bahagian Pendidikan Khas. (2020). Data Pendidikan Khas 2020. Putrajaya: Bahagian
Pendidikan Khas.

Bashiroh Omar. (2016). Intervensi Pemulihan Rehabilitasi Pertuturan Terhadap Murid


Bermasalah Pendengaran. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Bryman A. (2016). Social Research Methods 5th Edition. Oxford: Oxford University
Press.

Chua Yan Piaw. (2021). Kaedah Penyelidikan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: McGraw-
Hill Education.

Ciesielska M., Bostrom K. W. & Ohlander M. (2018). Observation Methods. In C. M. D.,


Qualitative Methodologies in Organization (pp. 33-52). United Kingdom: Palgrave
Macmillan.

Corder, S.P. (1967). The Significance of Learner's Error. IRAL,5(4), 161-170.

Corder, S.P. (1973). ntroducing Applied Linguistics. Harmondsworth, UK: Penguin Books
Ltd.

Corder, S.P. (1981). Error Analysis and Interlanguage. Oxford: Oxford University Press.

Ellis, R. (2008). The Study of Second Language Acquisition. Oxford: Oxford University
Press.

26
Fenny Lau Yeo Feng, Kee Guek Fen, Khoo Phau Liang & Lee Huoy Shin. (2021). Kaedah
Pengajaran Dalam Talian Guru Bahasa Melayu Dan Motivasi Murid Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 57-74.

Fraenkel, J., Wallen, N, & Hyun H. (2019). How to Design and Evaluate Research in
Education 10th Edition. New York: McGraw-Hill.

Gay L.R., Mills G.E. & Airasian P. (2012). Educational Research : Competencies for
Analysis and Applications 10th Edition. United States: Pearson Education.

Hallahan, D.P., & Kauffman, J. M. (1991). Exceptional Child (5th ed.). Boston: Allyn &
Bacon.

Hengki Wijaya. (2018). Analisis Data Kualitatif Ilmu Pendidikan Teologi. Sulawesi
Selatan: Sekolah Tinggi Theologia Jaffray.

Individuals with Disabilities Education Act (United States 2004).

Institusi Hears UKM. (n.d.). Tahap Masalah Pendengaran. Retrieved from Institusi Hears
UKM: http://www.ukm.my/ihears/ms/masalah-pendengaran/#tahap

Isah Cahyani & Daris Hadianto. (2018). Rekonstruksionisme : Metode Komunikatif Dalam
Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa untuk Mengembangkan Kemampuan
Berbahasa. Jurnal Kata , 118-123.

Izuli Dzulkifli, Asmawati Suhid, Fathiyah Mohd Fakhruddin & Nor Aniza Ahmad. (2020).
Cabaran Komunikasi dalam Pengajaran Pendidikan Islam kepada Murid Kurang
Upaya Pendengaran. International Journal of Islamic Thought, 13-26.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2014, Jun 20). Kecacatan Pendengaran. Retrieved


from Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia:
http://www.myhealth.gov.my/kecacatan-pendengaran/

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013-2025. Bahagian Pendidikan Guru.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018, November 20). Retrieved from Portal Rasmi
Kementerian Pendidikan Malaysia: www.moe.gov.my

27
Krashen, S. D. (1981). Second Language Acquisition and Second Language Learning.
Oxford: Pergamon Press.

Kway Eng Hock. (2011). Perbandingan kaedah A-J+3+6 dengan kaedah konvensional
dalam penulisan kod Braille gred 1 menggunakan slate dan stylus. Bangi:
Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (n.d.). Retrieved from Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan
Malaysia: http://lp.moe.gov.my/

Liong Kon Thai & Mohd. Hanafi Mohd Yasin. (2017). Amalan Pengajaran Guru
Matematik Dalam Kalangan Murid Kurang Upaya Pendengaran. Melaka: Institut
Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka.

Low Lee Kean. (2015). Intervensi Awal Bahasa Isyarat Terhadap Penguasaan Kod
Tangan Bahasa Melayu (KTBM) Dalam Kalangan Kanak-Kanak Bermasalah
Pendengaran. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Yusri Ibrahim. (2017). Sembang Santai Penyelidikan. Besut: Bandar Ilmu.

Noor Haslinda Shuib. (2019). Penggunaan Protokol Temu Bual Dalam Menghasilkan
Dapatan Kajian Kualitatif Yang Berkualiti : Satu Perkongsian Pengalaman. Jurnal
Refleksi Kepemimpinan Jilid II, 97-112.

Nor Hidayah Md Khanapiah . (2016). Analisis penggunaan imbuhan kata kerja dalam
penulisan murid pekak. Universiti Malaya.

Nora' Azian Nahar. (2020). Penguasaan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa
Melayu Bukan Penutur Natif Di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Issues in
Language Studies, 107-123.

Northern, J., & Downs, M. (2002). Hearing in children. Philadelphia: Lippincott Williams
& Wilkins.

Nur Fatin Zulkifli. (2017). Tahap Penguasaan Bahasa Melayu Pelajar Cina di Sebuah
Sekolah Menengah Persendirian Cina Klang. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

28
Nur Haliza, Eko Kuntarto & Ade Kusmana. (2020). Pemerolehan Bahasa Anaka
Berkebutuhan Khusus (Tunarungu) Dalam Memahami Bahasa. Jurnal Metabahasa,
35-41.

Ooi Chwee Hwa & Vijayaletchumy Subramaniam. (2017). Faktor Timbulnya Pengaruh
Bahasa Pertama dalam Mempelajari Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua. Ulum
Islamiyyah, 35-45.

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013. (2013). Warta Kerajaan


Persekutuan.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia . (1957).

Reed, V. A. (2017). An Introduction to Children with Language Disorders (5th Edition).


London: Pearson.

Rubashini Ramakrishnan, Norshidah Mohammad Salleh & Aliza Alias. (2020). Impact of
Language Learning Software on Hearing-Impaired Students' Language Skills.
Akademika 90 (Isu Khas 3), 103-114.

Ruth Anna Spooner. (2016). Languages, Literacies, and Translations: Examining Deaf
Students’ Language Ideologies through English-to-ASL Translations of Literature .
United States: University of Michigan.

Seidman, I. (2019). Interviewing as qualitative research: A guide for researchers in


education and the social sciences. Fifth Edition. London: Teachers College Press.

Siow Heng Loke, Abu Talib Putih, Lee Siew Eng, Sandiyao Sebestian & Adelina Asmawi.
(2005). Pedagogi Merentas Kurikulum. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd.

Siti Muhibah Nor & Zetty Nurzuliana Rashed. (2018). Peranan dan Cabaran Guru-Guru
Pendidikan Khas Membentuk Kemenjadian Murid-Murid Masalah Pendengaran
dalam Abad Ke-21. Jurnal of Quran Sunnah Education and Special Needs.

Syafrimen Syafril & Nova Erlina Yaumas. (2018, Disember 14). Menyiapkan Protokol
Interview, Memilih Informan dan Melakukan Probing dalam Penelitian Kualitatif.
Retrieved from https://doi.org/10.31219/osf.io/pvsh3

29
Syar Meeze Mohd Rashid, Norlidah Alias & Zawawi Ismail. (2017). Isu dan Cabaran
dalam Penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) untuk Pengajaran Perkara Asas
Fardhu Ain (Pafa). Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs .

Syed Ismail Syed Mustafa, Ismail Raduan & Bushro Ali. (2018). Asas Penyelidikan dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: Sasbadi Sdn. Bhd.

Sylvester Lau Yueh Wei, Alizah Lambri & Rosliah Kiting. (2020). Penguasaan Kemahiran
Membaca Bahasa Melayu Murid Bukan Penutur Jati Di Bintulu, Sarawak. Journal
of Social Science, 33-42.

World Health Organization. (2016). Childhood Hearing Loss : Strategies for prevention
dan care. WHO Library.

Zuraini Ramli. (2018). Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. In Tinta Bahasa
(pp. 69-91). Universiti Pendidikan Sultan Idris.

30
INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN
MEMBACA DAN MENULIS
(IPP2M)

TAHAP 2
(TAHUN 4, 5, 6)
SK & SJK

BAHAN MURID

1 JAM 30 MINIT

NAMA : …………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………….……

TAHUN : …………………………………………………………………………………

SEKOLAH : …………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………….……

TARIKH : …………………………………………………………………………………

Edisi 2019

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1.(a) Huruf vokal

1(a) Tulis huruf vokal berdasarkan gambar.

Contoh:
1.

5. 2.
Huruf Vokal

4. 3.

INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN MEMBACA DAN MENULIS (IPP2M)


BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1
1.(b) Huruf kecil

1(b) Tuliskan huruf awal dengan menggunakan huruf kecil


berdasarkan gambar.

Contoh:

__aju
b

1. 2.

___ata ___en

3. 4.

___awan ___arpu

INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN MEMBACA DAN MENULIS (IPP2M)


BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2
1.(c) Huruf besar

1(c) Tuliskan huruf awal dengan menggunakan huruf besar


berdasarkan gambar.

Contoh:

S
___

1. 2.

___ ___

3. 4.

___ ___

INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN MEMBACA DAN MENULIS (IPP2M)


BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
3
2. Suku kata terbuka

2(a) Lengkapkan perkataan dengan suku kata yang diberi.

ba ke ro pi su bi
Contoh:

1.

___ti
ro u____

2. 3.
.. ..

a____ pa____

4. 5.
.. ..

re____ na ____reta

INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN MEMBACA DAN MENULIS (IPP2M)


BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
4
2(b) Pilih dan tulis perkataan berdasarkan gambar.

Contoh:

Saya ada kamera baharu. (kamera/ kemeja)


________

1. _______ mendukung adik. ( Ubi / Ibu )

2. Ini _______ bapa Raju. ( feri / lori )

3. Air _________ muda sedap diminum.


( kelapa / kepala )

INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN MEMBACA DAN MENULIS (IPP2M)


BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
5
3. Perkataan suku kata tertutup

3(a) Lengkapkan suku kata dan tulis semula perkataan.

Contoh:

jam = jam

1.

a + =

2.

po + =

3.

+ ci =

4.

ba + si + =

5.

+ bu + tan =

INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN MEMBACA DAN MENULIS (IPP2M)


BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
6
3(b) Tulis perkataan berdasarkan gambar.

singa kipas baldi landak ketupat

Contoh:

ketupat
Ibu rebus ____________ di dapur.

1.

Kipas letak __________ atas meja.

2.

Ibu beli __________ di pasar raya.

3.

Duri __________ sangat tajam.

INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN MEMBACA DAN MENULIS (IPP2M)


BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
7
4. Perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ”ng”

4. Lengkapkan suku kata dan tulis perkataan berdasarkan gambar.


Contoh:

bu + rung = burung

1.
u + =

2.
kam + =

3.
+ ga =

4.

+ kat
=

INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN MEMBACA DAN MENULIS (IPP2M)


BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
8
5. Perkataan diftong dan vokal berganding

5. Pilih dan isi perkataan yang betul pada tempat kosong yang
sesuai.

Contoh:

Adik bermain buih sabun di dalam bilik air.

buih tapai pisau paip kerbau tupai

1.

Bapa potong daging guna ___________ yang


tajam.

2.

Sila tutup ___________ air selepas digunakan.

3.

_____________ meragut rumput di padang.

4.

Seekor ___________ melompat di atas pokok.

4
INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN MEMBACA DAN MENULIS (IPP2M)
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
9
6. Perkataan digraf dan konsonan bergabung

6. Pilih dan tulis semula ayat yang sesuai berpandukan gambar.

Nyamuk membiak di dalam takungan air.

Ali mewarna menggunakan krayon.

Singa mengaum kelaparan.

Yati menyimpan duit syiling di dalam tabung.

Ahli pengakap bermalam di dalam khemah.

Contoh:

Ali mewarna menggunakan krayon.

1.

2.

3.

4.

4
INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN MEMBACA DAN MENULIS (IPP2M)
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10
7. (a) Menyusun perkataan menjadi ayat yang betul

7(a) Susun semula perkataan-perkataan supaya menjadi ayat yang


betul.

pintu . kuat menutup


Aiman dengan

Contoh ayat: Aiman menutup pintu dengan kuat.

1. patah Raket . Misbun

telah badminton abang

2. membeli pasar belimbing di

buah Emak .

3. baharu . Teropong Ah Choi

mahal dan

INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN MEMBACA DAN MENULIS (IPP2M)


BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
11
7. (b) Membina ayat berpandukan gambar dan frasa

7(b) Bina ayat berpandukan gambar dan frasa yang diberi.

Contoh:
memberus gigi

Abu memberus gigi setiap hari.

1.
surat khabar

2.

pokok bunga

INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN MEMBACA DAN MENULIS (IPP2M)


BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
12
8. Bacaan dan pemahaman

8. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Berkelah di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

Pada hari Sabtu yang lalu, Sani dan keluarga berkelah


di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Mereka ke sana
menaiki kereta. Bekalan yang dibawa ialah nasi lemak dan
ayam goreng. Abang membawa segulung tikar mengkuang
manakala adik pula membawa pelampung. Mereka
sekeluarga sungguh seronok berkelah bersama-sama.

INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN MEMBACA DAN MENULIS (IPP2M)


BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
13
Jawab soalan-soalan di bawah.

1. Bilakah mereka pergi berkelah?

2. Di manakah keluarga Sani berkelah?

3. Siapakah yang membawa pelampung?

4. Apakah aktiviti yang boleh dilakukan di pantai?

INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN MEMBACA DAN MENULIS (IPP2M)


BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
14

You might also like