Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 22

TERHAD

55
BAHAGIAN A
[20 Markah]
Jawab semua soalan dan bulatkan jawapan anda di halaman 21.

1. Antara kuantiti fizik berikut, yang manakah salah dipadankan dengan unitnya?

Kuantiti fizikal Unit


A Berat Kilogram
B Panjang Meter
C Arus elektrik Ampere
D Masa Saat

2. Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor fizikal yang terlibat dalam
homeostasis?
A. Tekanan osmosis
B. Aras gula dalam darah
C. Perubahan suhu badan
D. Perubahan kandungan air dalam badan

3. Rajah 1 menunjukkan seorang murid sedang meniup belon untuk menunjukkan sifat-
sifat udara.

Rajah 1
Antara sifat udara berikut, yang manakah digunakan untuk menunjukkan bahawa udara
ialah suatu contoh jirim?
A. Udara ialah sejenis atom
B. Udara mempunyai jisim
C. Udara mengembang
D. Udara memenuhi ruang

4. Antara berikut yang manakah satu unsur?


A. C.

B. D.

5. Antara proses berikut, yang manakah tidak menghasilkan gas karbon dioksida?
A. Respirasi
B. Pembakaran
C. Fotosintesis
D. Penguraian karbonat

1
TERHAD
55
6. Antara fenomena berikut, yang manakah merupakan kesan penyerakan cahaya?
A. Langit kebiruan
B. Langit kegelapan pada waktu malam
C. Pembentukan pelangi
D. Pembentukan cahaya putih

7. Antara golongan berikut, yang manakah memerlukan paling banyak kalori?


A. Seorang wanita yang berkerja di pejabat
B. Seorang bayi yang baru belajar berjalan
C. Seorang pemain bola sepak yang tinggal di negara sejuk
D. Seorang lelaki yang tinggal di padang pasir

8. Apakah proses yang ditunjukkan dalam Rajah 2?


Patogen

Rajah 2
A. Peneutralan
B. Fagositosis
C. Pencernaan
D. Pemvaksinan

9. Maklumat berikut menerangkan tentang suatu objek dalam sistem suria.

 Bergerak di dalam orbit


 Berada di antara planet Marikh dan Musytari
 Mempunyai permukaan yang sejuk

Apakah objek tersebut?


A. Meteoroid
B. Asteroid
C. Komet
D. Bintang super raksasa

10. Pak Mail telah disengat oleh seekor lebah semasa berkebun. Bahan manakah yang boleh
digunakan untuk melegakan kesakitan akibat sengatan lebah?
A. Cuka
B. Lemon
C. Syampu
D. Minuman berkarbonat

2
TERHAD
55
11. Rajah 3 menunjukkan empat proses, W, X, Y dan Z yang berlaku dalam kitar karbon.

Rajah 3

Antara proses berikut, yang manakah dikelaskan dengan betul?

Penyerapan karbon dioksida Penghasilan karbon dioksida


A W,X Y,Z
B Y,Z W,X
C W X,Y,Z
D X,Y,Z W

12. Rajah 4 menunjukkan kesan haba ke atas jalur dwilogam yang terdiri daripada kuprum
dan besi.

Kuprum

Besi

Rajah 4

Apakah yang menyebabkan pemerhatian ini?


A. Besi mengembang lebih banyak daripada kuprum
B. Besi mengecut apabila dipanaskan
C. Jirim mengembang apabila dipanaskan
D. Kuprum mengembang lebih banyak daripada besi

13. Mengapakah angkasawan menggunakan radio untuk berkomunikasi?


A. Bunyi merambat dengan cepat di dalam vakum
B. Tenaga bunyi akan berubah menjadi bentuk tenaga yang lain di dalam vakum
C. Bunyi tidak merambat di dalam vakum
D. Radio boleh meningkatkan kenyaringan bunyi

14. Bahagian X berubah saiz mengikut kuantiti cahaya yang memasuki mata. Apakah
bahagian X?
A. Bintik kuning
B. Retina
C. Kanta mata
D. Pupil
3
TERHAD
55

15. Rajah 5 menunjukkan insang ikan.

Unjuran insang
ikan

Rajah 5

Bagaimnakah banyak unjuran pada insang membantu meningkatkan kelajuan pertukaran


gas?
A. Dengan menyerap lebih banyak air.
B. Dengan meningkatkan kadar pengaliran air melalui insang.
C. Dengan meningkatkan luas permukaan yang bersentuhan dengan air.
D. Dengan memerangkap lebih banyak zarah-zarah habuk dalam air.

16. Rajah 6 menunjukkan struktur jantung manusia.

Rajah 6

Antara salur darah berikut, yang manakah membawa darah beroksigen?


A. I dan IV
B. III dan IV
C. II dan III
D. I dan II

17. Rajah 7 menunjukkan satu eksperimen bagi mengkaji tindak balas antara logam dan
oksigen.
Serbuk logam

Hablur
kalium
manganat
(VII) dipanaskan
Rajah 7

Apakah fungsi hablur kalium manganat (VII)?


A. Membekalkan oksigen untuk tindak balas
B. Mempercepatkan kadar tindak balas
C. Memberi tindak balas eksotermik
4
TERHAD
55
D. Mempercepatkan proses pemanasan logam

18. Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri tindak balas eksotermik?
A. Tenaga haba dibebaskan
B. Suhu persekitaran menurun
C. Tenaga kimia ditukarkan kepada tenaga haba
D. Suhu bahan menurun

19. Dua kipas elektrik dengan kuasa 200W setiap satu digunakan selama 4 jam. Jika satu unit
tenaga berkos 20 sen, berapakah jumlah kos menggunakan kedua-dua kipas?
[Kos penggunaan tenaga elektrik (kW/j) = Kuasa (kW) X Jam (j)]
A. 2 sen
B. 32 sen
C. 30 sen
D. 25 sen

20. Rajah 8 menunjukkan Naim terjun ke dalam kolam renang dari papan anjal.

Papan anjal

Air
Rajah 8
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan dengan betul perubahan tenaga
keupayaan graviti dan tenaga kinetik dari P ke Q?

Tenaga keupayaan graviti Tenaga Kinetik


A Berkurang Bertambah
B Bertambah Berkurang
C Bertambah Bertambah
D Berkurang Berkurang

5
TERHAD
55

BAHAGIAN B
[20 Markah]
Jawab semua soalan di ruang jawapan yang disediakan.

1. Rajah 1 menunjukkan satu sel tumbuhan.

P:

Q:

Rajah 1

a) Namakan bahagian yang berlabel P dan Q dengan menggunakan pilihan jawapan


di bawah.

Nukleus Kloroplas Sitoplasma

[2 markah]

b) Tandakan (/) bagi pernyataan yang betul tentang sel tumbuhan dan sel haiwan.

Sel Tumbuhan Sel Haiwan

Mempunyai dinding sel Tidak mempunyai vakuol

Tidak mempunyai bentuk Menyimpan makanan dalam


yang tetap. bentuk granul kanji.

[2 markah]

2. a) i) Bulatkan kumpulan vetebrata yang betul bagi ciri-ciri berikut.

Ciri – ciri Kumpulan vetebrata

i) Berkulit lembap, bertelur Reptilia

Amfibia

ii) Berdarah panas, persenyawaan Burung


dalam
Ikan

[2 markah]

6
TERHAD
55

b) Padankan tumbuhan berikut dengan ciri-ciri fizikal yang betul.

Tumbuhan Ciri-ciri fizikal

Monokotiledon

Dikotiledon

[2 markah]

3. Sebahagian daripada bahan kimia adalah berbahaya kepada sistem respirasi manusia.

a) Tandakan (/) bagi peyakit respirasi yang betul hasil daripada pencemaran udara.

i) Emfisema

ii) Kanser hati

iii) Bronkitis

iv) Batu karang

[2 markah]

b) Karsinogen dan nikotina adalah bahan kimia berbahaya dalam asap rokok. Padankan
setiap bahan kimia tersebut dengan kesannya.

Bahan Kimia Kesan

i) Karsinogen Mengurangkan kandungan


oksigen dalam darah

ii) Nikotina Ketagihan merokok

Menyebabkan kanser

7
TERHAD
55
[2 markah]

4. a) Rajah 4 menunjukkan satu mineral. Mineral adalah unsur atau sebatian yang
wujud secara semula jadi di dalam kerak bumi.

Rajah 4

Tuliskan Unsur atau Sebatian pada mineral di bawah.

Mineral Unsur / Sebatian

Bauksit

Perak

[2 markah]

b) Bulatkan tiga unsur yang terdapat dalam sebatian Ferum Karbonat.

Karbon Ferum Natrium Helium Oksigen

[2 markah]

5. Rajah 5 menerangkan tindak balas eksotermik dan tindak balas endotermik.

8
TERHAD
55
Rajah 5

a) Berdasarkan rajah di atas, tentukan sama ada pernyataan yang diberi adalah
Benar atau Palsu. Tuliskan jawapan kamu pada ruang yang disediakan.

Pernyataan Benar /
Palsu

i) Tindak balas X adalah eksotermik.

ii) Haba dibebaskan ke persekitaran di dalam tindak balas X.

iii) Suhu persekitaran akan menurun di dalam tindak balas X.

iv) Haba diserap ke persekitaran di dalam tindak balas Y.

v) Suhu persekitaran akan naik di dalam tindak balas Y.

[4 markah]

BAHAGIAN C
[60 Markah]
Jawab semua soalan di ruang jawapan yang disediakan.

6. Puan Murni menjalani pemeriksaan kesuburan di sebuah klinik. Daripada diagnosis


doktor, Puan Murni didapati mempunyai Tiub Falopio yang tersumbat. Rajah 6.1
menunjukkan satu sistem pembiakan wanita.

Rajah 6.1

a) Label tiub falopio dan ovari dalam rajah di atas.

[2 markah]

b) Nyatakan satu rawatan yang dicadangkan oleh doktor untuk mengatasi masalah
kemandulan Puan Murni. Terangkan kaedah rawatan ini.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

9
TERHAD
55
_________________________________________________________________

[3 markah]

c) Liana mengalami perubahan fizikal apabila mencapai akil baligh seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 6.2.

Rajah 6.2

Nyatakan tiga perubahan fizikal pada Liana apabila mencapai akil baligh.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

[3 markah]

d) Semasa remaja, Liana mempunyai jerawat di muka. Nyatakan dua faktor yang
menyebabkan pertumbuhan jerawat.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

[2 markah]

7. a) Rajah 7.1 menunjukkan Keshvin menggunakan penyepit ais untuk menyepit ais.

Rajah 7.1

10
TERHAD
55

i) Nyatakan kelas tuas yang terlibat.

_____________________________________________________________

[1 markah]

ii) Lukiskan kelas tuas bagi penyepit ais untuk menunjukkan kedudukan
fulkrum, beban dan daya.

[1 markah]

iii) Berikan satu contoh alat yang sama kelas tuas dengan penyepit ais.

_____________________________________________________________

[1 markah]

b) Rajah 7.2 menunjukkan kedudukan yang berbeza untuk penyepit ais.

Rajah 7.2

Kedudukan yang manakah menggunakan daya yang paling besar untuk menyepit
kiub ais itu? Berikan alasan bagi jawapan anda.

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

[2 markah]

11
TERHAD
55

c) Minggu lalu, Encik Syahmi memandu kereta di dalam hujan yang lebat dan tayar
belakang keretanya terbenam di dalam lumpur. Dia cuba untuk mengangkat tayar
keretanya dengan menggunakan kaedah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
7.3.

Rajah 7.3

i) Berdasarkan Rajah 7.3, gariskan jawapan yang sesuai untuk menggambarkan


keadaan Encik Syahmi.

Encik Syahmi menggunakan (lebih / kurang) daya untuk mengangkat tayar


kereta itu.

[1 markah]

ii) Berikan alasan untuk jawapan anda di dalam 7 (c) (i).

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

[1 markah]

d) Rajah 7.4 menunjukkan Tharnya dan Chien Hwa sedang bermain jongkang
jongkit di taman permainan.

Tharnya Chien Hwa

12
TERHAD
55

Rajah 7.4

Berdasarkan Rajah 7.4,

Hitungkan nilai bagi d.

[1 kg = 10N]

Berat :

Tharnya = 20kg Chien Hwa = 30kg

Ruang jawapan :

[3 markah]

13
TERHAD
55
8. a) Rajah 8.1 menunjukkan Zali dan rakan-rakannya berserta dengan kumpulan darah
masing-masing.
Zali (A)

Anna (AB)
Mimi (A)

Dinesh (O) Mei Lin (B)

Rajah 8.1

i) Zali mengalami kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja dan


mengalami kecederaan yang serius dan perlukan pemindahan darah.
Siapakah antara rakannya yang sesuai mendermakan darah kepadanya?
Terangkan mengapa.

______________________________________________________________

______________________________________________________________

[2 markah]

ii) Siapakah penerima universal dalam kalangan rakan-rakan Zali? Terangkan.

______________________________________________________________

______________________________________________________________

[2 markah]

iii) Ramalkan apa yang akan berlaku jika pemindahan darah dilakukan antara
dua individu yang mempunyai kumpulan darah yang tidak sesuai. Terangkan
jawapan anda.

______________________________________________________________

______________________________________________________________

[2 markah]

b) Rajah 8.2 menunjukkan dua jenis salur darah yang berlainan, P dan Q.

14
TERHAD
55
Lumen

Rajah 8.2

i) Salur darah manakah mengangkut darah yang berwarna merah cerah?

Terangkan jawapan anda.

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

[2 markah]

ii) Berikan dua perbezaan salur darah P dan Q.

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

___________________________________________________________

[2 markah]

9. a) Rajah 9.1 menunjukkan fenomena kilat. Kilat berlaku di antara awan dan
bangunan-bangunan tinggi.

Rod Rod
logam logam

Rajah 9.1

i) Terangkan bagaimana kilat berlaku.

15
TERHAD
55
______________________________________________________________

______________________________________________________________

[2 markah]

ii) Rod logam biasanya dipasang di atas bumbung bangunan-bangunan yang


tinggi. Namakan rod logam tersebut dan nyatakan fungsinya.

______________________________________________________________

______________________________________________________________

[2 markah]

b) Puan Salmah ingin membeli sebuah cerek elektrik untuk anak perempuannya.
Rajah 9.2 menunjukkan cerek yang ingin dibelinya.

Cerek P Cerek Q

Rajah 9.2

Cerek manakah merupakan pilihan yang paling baik? Jelaskan jawapan anda.

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

[2 markah]

c) Semasa kelas sains di sekolah, guru sains telah menunjukkan maklumat tentang
situasi-situasi yang berbahaya dalam pengendalian elektrik di rumah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 9.3.

Rajah 9.3

Berdasarkan Rajah 9.3, jelaskan bahaya yang mungkin berlaku.

16
TERHAD
55
__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

[2 markah]

d) Sebiji mentol berfilamen mempunyai kecekapan tenaga sebanyak 8%. Berapakah


peratuskah tenaga yang dibazirkan? Nyatakan bentuk tenaga yang dibazirkan itu.

______________________________________________________________

______________________________________________________________

[2 markah]

10. a) Rajah 10.1 menunjukkan seorang budak lelaki menjatuhkan sebiji guli berjisim
35g dari ketinggian 1.4m. Hitung tenaga keupayaan graviti guli tersebut.
Tunjukkan pengiraan anda dalam kotak di bawah. Diberi pecutan graviti ialah
10ms-2. [Tenaga keupayaan graviti = mgh)

Rajah 10.1

17
TERHAD
55
[3 markah]

b) Sebiji buah durian berjisim 1.5 kg telah jatuh daripada pokok yang mempunyai
ketinggian 20m.

i) Nyatakan Prinsip Keabadian Tenaga.

___________________________________________________________

___________________________________________________________

[1 markah]

ii) Kirakan halaju buah durian itu sejurus sebelum ia menghentam permukaan
tanah. Anggapkan jumlah tenaga kinetik adalah sama dengan jumlah tenaga
keupayaan graviti. Diberi pecutan graviti ialah 10ms-2.

[Tenaga kinetik = ½ mv2 ; Tenaga keupayaan graviti = mgh]

[3 markah]

c) Marissa suka bermain buaian di taman permainan. Rajah 10.2 menunjukkan


Marissa sedang berayun di atas buaian.

18
TERHAD
55
Rajah 10.2

i) Nyatakan kedudukan yang manakah mempunyai tenaga kinetik maksimum?

___________________________________________________________

[1 markah]

ii) Nyatakan perubahan tenaga yang berlaku semasa Marissa berayun daripada
kedudukan J ke K.

Tenaga Kinetik : ______________________________________________

Tenaga keupayaan graviti : ______________________________________

[2 markah]

11. Amin menemani ibunya ke hospital untuk vaksinasi Aisha. Di dalam lif, Amin melihat
corak titik yang berbeza pada butang lif seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11.1.

Rajah 11.1

a) Namakan satu reseptor pada kulit manusia.

_______________________________________________________________

[1 markah]

b) Apabila Amin menyentuh butang lif, dia dapat merasakan corak titik yang
berbeza. Nyatakan deria yang diransang.

_______________________________________________________________

[1 markah]

c) Semasa menunggu adiknya, Amin melayari internet dan memperolehi data seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 11

Bahagian Badan Ketebalan epidermis (mikrometer)

Abdomen 46.6

19
TERHAD
55
Pipi 38.8

Leher 38.0

Cuping telinga 30.0

Jadual 11

i) Berdasarkan Jadual 11, nyatakan bahagian badan manakah yang akan


mengesan kesejukan dengan paling cepat.

__________________________________________________________

[1 markah]

ii) Jelaskan jawapan anda di 11(c)(i).

___________________________________________________________

__________________________________________________________

___________________________________________________________

[2 markah]

d) Aisha sedang mendapat vaksinasi melalui suntikan di Klinik Kanak-kanak.


Cadangkan bahagian badan Aisha yang lebih sesuai untuk suntikan. Wajarkan
jawapan anda.

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

[2 markah]

e) Sekolah Amin akan menerima seorang pelajar kelainan upaya yang buta. Amin
dan rakan sekelasnya ingin membantu rakan mereka yang buta untuk pergi ke
tandas dengan selamat. Pengubahsuaian di koridor perlu dibuat tanpa
menjadi gangguan kepada murid yang lain.

Cadangkan pengubahsuaian pada koridor dengan menggunakan bahan-bahan


yang diberi.

 Penutup botol

 Gam PVC

20
TERHAD
55
Lakarkan pengubahsuaian pada pelan lantai di bawah.

[1 markah]

Terangkan bagaimana ia berfungsi.

_______________________________________________________________

______________________________________________________________

_______________________________________________________________

[2 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh : Disemak Oleh : Disahkan Oleh :

__________________ _______________________ _______________________


Suraya Binti Ismail Che Fatanah bt Che Man Santhi A/P Saminathan
(Guru Sains Tingkatan 3) (Ketua Panitia Sains) (GKMP Sains & Matematik)

Nama : …………………………………………………………. Kelas : …………….

Ruang Jawapan bagi Bahagian A

1 A B C D

2 A B C D

3 A B C D

4 A B C D

5 A B C D

21
TERHAD
55
6 A B C D

7 A B C D

8 A B C D

9 A B C D

10 A B C D

11 A B C D

12 A B C D

13 A B C D

14 A B C D

15 A B C D

16 A B C D

17 A B C D

18 A B C D

19 A B C D

20 A B C D

22

You might also like