Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
27200 KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR

Nama : TENG EN CI

No. K/P : 020929130364

Alamat Tetap : LOT 1208, LORONG 10, TAMAN BINTANG, 96500

BINTANGOR, SARAWAK

No. Telefon : 01118667271

E-mel : 520-19-teng@epembelajaran.edu.my

Ambilan : PISMP JUN 2021

Pengkhususan : BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Tahun dan Semester : TAHUN 1 SEMESTER 2

Tarikh PBS : 21 MAC 2022 HINGGA 25 MAC 2022


3.1 PERNYATAAN SEBELUM PBS
Sebelum kami menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), kami telah
diberi suatu taklimat mengenai PBS daripada pensyarah penyelaras PBS dari IPGKTAA.
Sesi taklimat kami diadakan dengan menggunakan platform Microsoft Team. Kumpulan
yang terlibat dalam taklimat tersebut ialah seluruh pelajar ambilan Jun 2021. Ini
merupakan kali pertama kami guru pelatih tahun satu semester dua menjalankan PBS.
Program ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada guru pelatih tentang alam
persekolahan dan juga memahami perspektif seorang guru.

Menerusi program ini, kami dapat melihat melalui pemerhatian, penelitian


dokumen, refleksi tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan juga pengurusan bilik
darjah di sekolah, guru pelatih akan dapat memahami sekolah sebagai sebuah institusi
pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah untuk melaksanakan secara teori dan
amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Secara ringkasnya, dengan menjalani program
PBS, guru pelatih akan dapat memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid
belajar dan juga bagaimana pengurusan sekolah mentadbir sekolah tersebut.

Selepas mendengar taklimat daripada pensyarah, barulah kami memahami


serba sedikit tentang PBS kali ini dan sangat teruja untuk menjalankannya. Selain
mengenali budaya sekolah sewaktu menjalankan PBS, kami juga dikehendaki mencari
bahan untuk tugasan PBS. Menerusi tugasan yang kami perolehi, kami dikehendaki
membahagikan masa yang ada selama satu minggu untuk mengkaji dan mendapatkan
semua bahan bagi tugasan tersebut.

Selain itu, saya juga dikehendaki menyelesaikan soalan tugasan yang telah
ditetapkan oleh pihak institut. Saya dikehendaki mengumpul maklumat tentang
persekitaran bilik darjah, pelan bilik darjah, peranan pihak pengurusan sekolah, guru
dan organisasi sekolah, program dan aktiviti yang dijalankan di sekolah tersebut.

Saya bercadang untuk menjalankan PBS pertama saya di Sekolah Jenis


Kebangsaan Cina Ping Ming bermula pada hari Isnin (21 Mac 2022) sehingga hari
Jumaat (25 Mac 2022). Saya berharap saya dapat menjalankannya dengan sebaik
mungkin.
3.2 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS
Semasa menjalani PBS selama 5 hari, saya telah melaksanakan beberapa
aktiviti seperti yang telah dirancang berpandukan senarai semak tugasan yang
disediakan. Berikut merupakan tindakan yang telah saya lakukan sepanjang tempoh
PBS di Sekolah Kebangsaan Cina Ping Ming.

HARI AKTIVITI
Isnin ● Melaporkan diri kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran
(21/03/2022)
● Mendapatkan maklumat umum daripada Guru Penolong Kanan
Pentadbiran tentang sekolah
● Sesi suai kenal dengan guru-guru dan staf sokongan di sekolah

Selasa ● Meninjau dan mengenal pasti kewujudan prasarana sekolah


(22/03/2022)
● Mendapatkan maklumat umum berkenaan dengan sekolah

● Sesi kolaboratif bersama kakitangan sekolah

● Temu bual bersama Guru Penolong Kanan Pentadbiran


Rabu ● Mengumpul maklumat-maklumat umum mengenai sekolah
(23/03/2022) ● Mendapatkan maklumat pengurusan dan organisasi sekolah seperti logo
sekolah dan carta organisasi

● Sesi kolaboratif bersama guru bahasa Cina


Khamis ● Memastikan kewujudan prasarana sekolah seperti kemudahan sekolah,
(24/03/2022) mural sekolah, kata-kata motivasi, paparan nilai-nilai murni dan bilik
darjah.

● Sesi kolaboratif dengan Pengurus Sekolah

● Sesi kolaboratif bersama GPK 1

Jumaat ● Menyemak dan mengumpul bahan-bahan dan maklumat-maklumat yang


(25/03/2022) diperolehi

● Sesi kolaboratif bersama guru bimbingan dan kaunseling dan murid

● Mendapatkan pengesahan kedatangan dan penilaian daripada Guru Besar


4.1 PEMERHATIAN
Dalam pengumpulan data berkaitan tugasan ini, instrumen pertama yang saya
guna ialah melalui pemerhatian. Apa yang saya dapat melalui pemerhatian adalah
mengenai infrastruktur dan prasarana yang terdapat di sekolah ini. Di setiap kelas di sini
telah dilengkapkan dengan TMK. Komputer dan LCD projektor telah disediakan di setiap
kelas. Secara keseluruhannya, infrastruktur dan prasarana yang disediakan di sekolah
ini adalah mencukupi dan sesuai dengan bilangan murid-murid di sekolah tersebut.

Selain itu, saya juga mendapati bahawa sekolah ini mengamalkan dan
mengaplikasikan gaya pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Kebanyakan kelas
mempunyai bahan PAK 21 seperti parking lot, traffic light dan sebagainya. Sekolah
tersebut secara kasarnya mempunyai keluasan yang agak luas. Hal ini kerana, sekolah
ini juga mempunyai beberapa bilik dan makmal khas untuk murid-murid seperti bilik
muzik, bilik kaunseling, bilik pemulihan, makmal sains, kemahiran hidup dan komputer.

Bukan itu sahaja, saya juga turut mengambil peluang untuk memerhatikan
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah di sekolah ini. Pelbagai teknik
dan cara pendekatan yang digunakan oleh guru-guru semasa proses ini berlangsung
sesuai dengan perbezaan individu setiap murid. Hal ini kerana, guru mengambil kira
perbezaan individu setiap murid dan seterusnya cuba menyesuaikan agar murid-murid
dapat memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru sepanjang proses itu
berlangsung. Bilangan murid dalam setiap kelas tidak seimbang. Purata bilangan murid
bagi setiap kelas ialah antara 20-25 orang.
4.2 SENARAI SEMAK

SENARAI SEMAK BAGI PENGUMPULAN DATA DI SJK (C) PING MING

SENARAI SEMAK KEMUDAHAN KELAS


BIL PERKARA ADA TIADA CATATAN

1. Papan notis

 Visi dan misi sekolah /

 Peraturan kelas /

 Jadual waktu /

2. Keceriaan kelas /

3. Kelengkapan kemudahan /

 Kerusi dan meja /

 Tong sampah /

 Lampu dan kipas /

 Jam dinding /

 Papan hitam /

 Sudut pembacaan /

SENARAI SEMAK PERWATAKAN GURU GURU DI SEKOLAH

BIL PERKARA YA TIDAK CATATAN

1. Peramah /

2. Keterampilan yang kemas /

3. Prihatin /

4. Berkomunikasi dengan berkesan /


5. Mengamalkan budaya ilmu /

SENARAI SEMAK BILIK BILIK KHAS

BIL PERKARA ADA TIADA CATATAN

1. Pejabat /

2. Bilik guru besar /

3. Bilik bilik gpk /

4. Bilik guru /

5. Bilik komputer /

6. perpustakaan /

7. Bilik spbt /

8. Stor sukan /

9. Makmal sains /

10. surau /

11. Bilik jqaf /

12. Bilik rehat guru /

13. Bilik bbm /

14. Bilik dokumentasi /

15. Bilik seni /

16. Bilik mesyuarat /

17. Bilik Kelab Doktor Muda /

18. Sudut Pekebun Cilik /


19. Bilik Pendidikan Khas /

20. Bilik Pemulihan /

21. Bilik Media /

22. Bilik Kaunseling /

4.3 TEMU BUAL


Kaedah temu bual juga telah saya gunakan dalam menjalani tugasan ini. Saya
telah menemu bual beberapa orang guru seperti, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Guru Bahasa Cina dan Guru Bimbingan dan Kaunseling. Semasa menjalankan temu
bual ini, saya telah mengemukakan beberapa soalan kepada mereka. Kerjasama yang
diberikan oleh mereka sangat baik dan saya mendapat jawapan yang saya inginkan.
Akhirnya tugasan untuk kerja khusus mata pelajaran Murid dan Pembelajaran juga
dijalankan untuk memudahkan saya menyiapkan kerja khusus yang diberikan.

Guru yang saya temu bual mengatakan tentang langkah menangani isu masalah
murid dalam PDP. Beliau telah berkongsi strategi yang telah diambil dalam membantu
pelajar slow learner. Contohnya, beliau membuat kelas tambahan atau kelas pemulihan
khas 2 kali seminggu untuk pelajar-pelajar slow learner. Beliau juga menggunakan
“ABM” iaitu alat bantu mengajar yang bersesuaian. Selain itu, kerjasama dengan ibu
bapa turut penting dalam membantu pelajar.
BORANG SOAL SELIDIK

NAMA:

DARJAH:

JANTINA:

Sila tandakan (/) pada ruang yang disediakan.

NO. PERKARA YA TIDAK

1. Adakah anda suka berkawan di sekolah?

2. Adakah guru anda mengajar dengan menarik?

3. Adakah anda akan membuat kerja rumah setiap hari?

4. Adakah anda mengambil tuisyen selepas sekolah?

5. Adakah latihan tambahan yang diberikan adalah


menambah beban anda?

6. Adakah anda suka melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti


permainan sukan sekolah?

7. Adakah anda suka menyertai kokurikulum di sekolah?

8. Adakah anda berasa puas hati terhadap kebersihan


sekolah?
6.1 PEMERHATIAN

Dalam proses pemerhatian yang telah saya jalankan, terdapat beberapa


pengalaman baru yang saya perolehi iaitu tentang pengurusan dan budaya sekolah.
Melalui aspek fizikal, saya dapat perhatikan tentang susun atur serta keceriaan yang
terdapat di sekolah tersebut yang amat menarik bagi murid-murid yang bersekolah di
situ. Sekolah di situ menghias di dinding dengan pelbagai kata-kata semangat,
keagamaan, patriotik dan pengetahuan am. Warna yang digunakan juga amat menarik
dan menarik minat murid -murid untuk tetap hadir ke sekolah. Sekolah itu juga
mempunyai taman herba yang mempunyai tumbuh-tumbuhan hijau untuk membekalkan
oksigen kepada warga sekolah dan untuk melepaskan tekanan dan melegakan
perasaan mereka. Selain itu terdapat mini perpustakaan, sudut pekebun cilik dan juga
taman burung nuri. Tambahan pula, kemudahan dan alatan untuk pendidikan jasmani
seperti kayu hoki, bola, gelung rotan dan sebagainya. Selain itu, dari sudut disiplin pula,
secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan disiplin yang telah ditunjukkan
oleh murid-murid semasa kelas dalam talian. Murid-murid di sekolah tersebut
menunjukkan kerjasama dan sikap menghormati para guru yang tinggi dalam diri murid
kerana ia amat ditekankan oleh pihak sekolah sejak di tahun 1 lagi.
6.2 SENARAI SEMAK

Semasa menjalani PBS, saya telah belajar menggunakan senarai semak dengan
betul. Ketika mencari maklumat berhubung dengan tugasan ini, senarai semak
digunakan sepenuhnya agar tiada perkara yang dikehendaki tertinggal. Senarai semak
merupakan satu borang yang sangat penting dalam menjalankan tugasan atau kajian.
Perkara yang terdapat dalam senarai semak yang perlu saya penuhi adalah pengurusan
dan organisasi sekolah, prasarana, maklumat murid dan berkenaan dengan kokurikulum
sekolah. Semasa proses mencari dan mengumpul maklumat-maklumat ini, banyak
pengetahuan mengenai pendidikan, pengurusan pentadbiran telah saya pelajari dan
perolehi. Sebagai contoh mengenai bilangan murid dan guru yang terdapat di sekolah
tersebut.
LAMPIRAN 1-5
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan Pemerhatian

terhadap persekitaran sekolah.

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan

2.1 Kekuatan

- Persekitaran sekolah dipenuhi dengan sudut pembelajaran.


- Persekitaran sekolah yang bersih dan kemas.
- Maklumat-maklumat sekolah dipaparkan dengan jelas.

2.2 Kelemahan

- Terdapat beberapa maklumat sekolah yang masih belum dikemaskini.


- Terdapat kawasan lapang yang tidak diusahakan.

3. Cadangan Penambahbaikan

- Pihak sekolah boleh mengemaskini maklumat sekolah berdasarkan maklumat terkini.


- Kawasan-kawasan lapang boleh diusahakan agar kelihatan lebih ceria.
LAMPIRAN 1-5
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan

- Menemu bual Guru Penolong Kanan Pentadbiran


- Menemu bual Guru Bahasa Cina
- Menemu bual Guru Bimbingan dan Kaunseling
- Menemu bual Kakitangan Sekolah
- Menemu bual Pelajar

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan

2.1 Kekuatan

- Kesemua responden memberi kerjasama yang baik sepanjang temu bual dan soal selidik
dijalankan.
- Tempat temu bual dilakukan selesa dan kondusif.

2.2 Kelemahan

- Menganggu masa peribadi responden.

3. Cadangan Penambahbaikan

- Perlu membuat temu janji terlebih dahulu agar tidak menganggu masa mereka.
LAMPIRAN 1-5
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan

Mendapatkan tandatangan Guru Besar untuk dokumen yang berkaitan seperti borang Laporan
Perkembangan Pelajar dan Borang Kehadiran.

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan

2.1 Kekuatan

- Aktiviti yang dilakukan mengambil masa yang singkat sahaja.


- Guru Besar memberikan kerjasama yang baik.

2.2 Kelemahan

- Mengganggu waktu peribadi Guru Besar.

3. Cadangan Penambahbaikan

- Temu janji boleh diadakan agar tidak mengganggu waktu peribadi Guru Besar.
LAMPIRAN 1-5
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan

Membuat temu bual bersama Guru Penolong Kanan Pentadbiran bagi mendapatkan maklumat untuk
borang kolaboratif.

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan

2.1 Kekuatan

- Guru Penolong Kanan Pentadbiran memberikan kerjasama dengan amat baik.


- Masa yang diperuntukkan untuk mengadakan sesi temu bual adalah sangat mencukupi.

2.2 Kelemahan

- Mengganggu waktu peribadi Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

3. Cadangan Penambahbaikan

- Temu janji boleh diadakan agar tidak mengganggu waktu peribadi Guru Penolong Kanan
Pentadbiran.
LAMPIRAN 1-5
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan

Membuat pemerhatian di kelas 1B sewaktu mata pelajaran Cina sedang berlangsung.

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan

2.1 Kekuatan

- Guru berjaya mengawal kelas dengan baik.


- Murid-murid rajin bertanya soalan mengenai pembetulan ujian.
- Murid-murid berada di tempat-masing-masing.

2.2 Kelemahan

- Terdapat segelintir pelajar yang tidak fokus terhadap arahan guru.


- Terdapat pelajar yang tidak membuat pembetulan seperti yang diarahkan guru
- Murid agak bising ketika menanyakan soalan.

3. Cadangan Penambahbaikan

- Guru-guru perlu memantau perlakuan murid-murid agar mereka tidak melakukan


perkara yang tidak sepatutnya.
- Guru boleh meminta murid mengangkat tangan sekiranya mempunyai soalan.
- Guru perlu memberikan arahan dengan jelas.
6.3 TEMU BUAL

Temu bual ini telah dijalankan semasa PBS tempoh hari untuk mengumpulkan
maklumat tentang sekolah dan apa-apa yang berkaitan dengan kerja khusus. Temu bual
yang dilaksanakan telah melibatkan beberapa pihak guru sekolah iaitu terdiri daripada
Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Bahasa Cina dan Guru Bimbingan dan
Kaunseling. Guru yang pertama saya temu bual ialah Guru Penolong Kanan
Pentadbiran untuk mengetahui pengalamannya sebagai GPK 1. Menerusi temu bual ini
saya dapat mengetahui kelakuan guru dan cara pembelajaran setiap guru di kelas. Guru
yang kedua yang saya temu bual ialah Guru Bahasa Cina. Temu bual ini dijalankan
untuk mengetahui maklumat tentang pendekatan yang guru tersebut gunakan dalam
menangani isu masalah murid dalam PDP. Akhirnya saya menemu bual guru bimbingan
dan kaunseling. Melalui ini saya dapat mengetahui peranan guru bimbingan dan
kaunseling dalam sekolah.
7.2 PERBINCANGAN/ INTERAKSI

Berdasarkan perbincangan dan interaksi yang dijalankan bersama warga


sekolah, saya mendapati bahawa banyak lagi ilmu pendidikan yang perlu saya pelajari
untuk menjadi seorang guru yang profesional. Hal ini demikian kerana terdapat banyak
cabaran yang perlu ditempuhi oleh insan bergelar guru dalam dunia pendidikan. Selain
itu, saya juga memperoleh pelbagai ilmu baru melalui perbincangan dengan guru-guru
khususnya yang berkaitan dengan strategi menangani isu masalah murid dalam PDP.
Melalui perbincangan dengan guru-guru juga saya menjadi lebih bersemangat untuk
belajar bersungguh-sungguh bagi mempersiapkan diri dengan ilmu yang secukupnya
untuk menjadi seorang guru yang mampu mendidik anak bangsa ke arah
kecemerlangan. Selain itu, saya juga berazam untuk menjadi lebih rajin dan fokus dalam
pengajian di institut bagi menimba ilmu secukupnya untuk menjadi seorang guru yang
berilmu tinggi dan berdedikasi.
LAPORAN AKHIR
Berdasarkan PBS yang dilaksanakan, saya telah memperoleh pelbagai
maklumat yang berguna untuk diaplikasi dan diamalkan ketika menjadi guru kelak.
Dalam pemilihan sekolah, saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Cina Ping Ming. Hal
ini demikian kerana sekolah tersebut merupakan sekolah yang cemerlang di negeri
Melaka.

Pelaksanaan PBS di sekolah ini juga berpotensi untuk membina sikap positif
dalam diri saya iaitu saya dapat membina keyakinan diri untuk berinteraksi dan bersosial
dengan warga sekolah iaitu guru-guru dan kakitangan sekolah yang lain begitu juga
dengan murid-murid. Hal ini secara tidak langsung turut mengajar saya mengenai cara-
cara berkomunikasi dalam suasana yang formal dengan baik seperti ketika sesi temu
bual. Ketika berhadapan dengan murid pula, saya belajar cara-cara untuk berinteraksi
dengan mereka dengan menggunakan pendekatan yang mesra dan lemah-lembut
dengan harapan mereka akan berasa selesa dengan kehadiran saya di sekolah
berkenaan.

Kesimpulannya, aktiviti PBS ini sememangnya memberikan pengalaman yang


sebenar kepada saya tentang suasana sekolah dan pengetahuan tentang budaya
sekolah, pengendalian kelas, organisasi sekolah dan sebagainya.
Bangunan sekolah

Logo sekolah

Perpustakaan sekolah Kantin sekolah

Taman permainan Tempat letak kereta

You might also like