Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Nota Pengajian Am 900/1 (Kertas 1): Bahagian Kenegaraan Malaysia – Nota Cikgu

Manisah Ahmad

Bab 1: Konsep Kenegaraan

Beza antara pembahagian kuasa dengan pengasingan kuasa

1. Pembahagian kuasa – contoh di Malaysia kuasa dibahagikan antara kerajaan


persekutuan, kerajaan negeri & kerajaan tempatan
2. Pengasingan kuasa – kuasa diasingkan kepada tiga bidang kuasa iaitu kuasa
kehakiman, kuasa eksekutif & kuasa perundangan demi elak pertindihan kuasa &
penyalahgunaan kuasa.

Ciri-ciri sistem birokrasi:

1. Terdapat pembahagian kerja / pengkhususan kerja


2. Ada hierarki / lapisan kuasa bertingkat-tingkat
3. Mempunyai prosedur yg membebankan orang ramai
4. Penyelenggaran fail / dokumen yang banyak

Bab 3: Perlembagaan Malaysia

Kewarganegaraan (Nota-nota penting!)

1. Kuatkuasa undang-undang
a. Sebelum hari Malaysia (16 September) & selepas hari Malaysia
b. Lahir di persekutuan sebelum merdeka & sebelum Oktober 1962

2. Pendaftaran

A) Isteri bukan warganegara tetapi ingin jadi sebagai warganegara. Manakala suami adalah
warganegara Malaysia.
Syarat bagi isteri yang ingin jadi warganegara Malaysia:

 Telah menetap 2 tahun di Malaysia sebelum memohon jadi warganegara


 Berkelakuan baik & berniat untuk bermastautin tetap
 Perkahwinan didaftarkan dalam persekutuan

B) Anak bukan warganegara tapi ingin jadi warganegara

Terdapat tiga kategori:


Kategori 1:

 Berumur kurang 21 tahun & salah sorang sama ada ibu / bapa adalah warganegara
Malaysia
 Berumur 18 tahun & lebih (lahir di persekutuan sebelum merdeka)

Kategori 2:
 Telah bermastautin 5-7 tahun sebelum memohon
 Berniat bermastautin tetap, baik & berpengetahuan asas Bahasa Melayu
 Berumur 18 tahun & lebih (bermastautin di Sabah & Sarawak)

Kategori 3:

 Telah mastautin 7-10 tahun sebelum memohon


 Berniat bermastautin tetap, baik & berpengetahuan asas Bahasa Melayu

3. Masukan atau naturalisasi

Berumur lebih 21 tahun. Bukan warganegara & ingin jadi warganegara

 Mastautin sekurang-kurangnya 10-12 tahun


 Berniat bermastautin tetap, baik & berpengetahuan asas Bahasa Melayu

4. Percantuman wilayah

 Wilayah baru yang masuk ke Malaysia selepas hari Malaysia


 Rakyat wilayah itu akan jadi warganegara Malaysia

Bab 4: Sistem Pentadbiran Malaysia

A) SPR

 jalankan pilihanraya bg parlimen & DUN


 sedia & semak daftar pemilih /pengundi

B) Suruhanjaya Perkhidmatan ada 5 iaitu:

1. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)


2. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
3. Suruhanjaya perkhidmatan Kehakiman & undang-undang
4. Suruhanjaya Pasukan Polis
5. Majlis Angkatan Tentera
( Tugas – urusan hal ehwal pentadbiran awam seperti perlantikan, pengesahan jawatan, naik
pangkat & tindakan tatatertib kakitangan awam)

C) SUHAKAM – pupuk kesedaran & pendidikan hak asasi manusia.

D) Suruhanjaya Sementara iaitu Suruhanjaya Khas


Contoh :

1. Suruhanjaya Diraja
2. Suruhanjaya khas penambahbaikan jalan
3. Suruhanjaya kaji sesuatu kes sama ada kes kematian ahli parlimen, kes
penyelewengan, kes salah guna kuasa, kes mala petaka dsb.
(wujud hanya sementara, selepas kes yg disiasat selesai dan suruhanjaya dibubarkan).

MRR (Majlis Raja-Raja):

1. Jawatan pengerusi Majlis Raja-Raja (MRR) dipegang oleh 9 orang raja secara bergilir-
gilir (tidak semestinya dipengerusikan oleh Yang Di-Pertuan Agong).

2. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja merupakan setiausaha MRR yang bertanggungjawab


untuk menyampaikan keputusan bertulis tentang keputusan pemilihan YDA kepada Parlimen.

3. MRR berhak melantik timbalan YDA.

4. Persetujuan MRR & sokongan 2/3 ahli parlimen diperlukan bagi menentukan:
 Kedudukan bahasa kebangsaan
 Hak-hak istimewa orang melayu & bumiputera Sabah & Sarawak
 Pengubahan sempadan negeri

Tiga kementerian yang mengakaun sendiri:

1. Kementerian Pelajaran
2. Kementerian Pertahanan
3. Kementerian Kesihatan

*Kementerian yang tidak mengakaun sendiri, akan diakaun oleh Jabatan Akauntan Negara,
akaun itu kemudian diaudit Ketua Audit Negara

MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri)

1. Ketua Menteri / Menteri Besar mempengerusikan MMKN & menjalankan kuasa eksekutif
yang dipegang oleh raja / sultan.

2. Menyerupai Kabinet di peringkat persekutuan (Sabah dikenali sebagai Kabinet & di


Sarawak dikenali sebagai Majlis Tertinggi).

3. Ketua Menteri mengetuai MMKN bagi negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah & Sarawak.

4. Ahli MMKN dilantik oleh Sultan / Yang Dipertuan Negeri atas nasihat Menteri Besar.

5. Ahli MMKN memegang jawatan selama diperkenan oleh sultan / Yang Dipertuan Negeri.

6. Bidang kuasa MMKN:

 Meluluskan pertukaran hak milik tanah


 Mengeluarkan lesen pemaju perumahan
 Menggubal undang-undang kecil tentang tanah negeri untuk kegunaan premis
perniagaan
 Menguruskan tanah rizab melayu & harta karun yang ditemui
 Membuat dasar-dasar negeri & terlibat dlm penggubalan undang-undang dalam
senarai negeri & senarai bersama

7. Terdiri dari tiga orang ex-officio (ahli majlis tertinggi):

 S/U Kerajaan Negeri


 Pegawai Kewangan Negeri
 Penasihat Undang-undang Negeri

You might also like