Tun Hussein Onn

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Lompat ke: pandu arah, cari

Hussein Onn

Jawatan Perdana Menteri


ke-3
Tempoh perkhidmatan 15 Januari 1976 -
16 Julai 1981
Timbalan Dr. Mahathir
Mohamad
(1976 - 1981)
Menurut Tun Abdul Razak
Menggantikan Dr. Mahathir
Mohamad
Parti politik UMNO
Tarikh lahir 12 Februari 1922
Tempat lahir Johor Bahru, Johor
Tarikh kematian 29 Mei 1990
Tempat kematian San Francisco
Selatan,
Amerika Syarikat
Pekerjaan Peguam
Agama Islam

Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri
Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau diperlihatkan
sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan
mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan
kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di
kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".

Isi kandungan
[sorokkan]

 1 Asal-usul
 2 Masa muda
 3 Pendidikan
 4 Kerjaya politik
o 4.1 Kebangkitan untuk berkuasa
o 4.2 Peranan dan sumbangan
o 4.3 Selepas persaraan
 5 Keistimewaan
 6 Garis masa
 7 Lihat juga
 8 Rujukan
 9 Pautan luar

[sunting] Asal-usul
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn menerima pendidikan awal di English College
(kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Malangnya pendidikan beliau tidak dapat
diteruskan selepas menamatkan Senior Cambridge kerana meletusnya Perang Dunia Kedua.
Tun Hussein terus menyertai Pasukan Tentera Johor (Johor Military Forces) dan menjalani
latihannya di Maktab Tentera Sandhurst di Dehra Dun, India dan setelah ditauliahkan beliau
menyertai Regimen Hyderabad ke-19.

Bermula tahun 1942 Tun Hussein terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria,
Palestin, Iran dan Iraq. Apabila Perang Dunia Kedua meletus di rantau Asia, Tun Hussein
ditempatkan di Cawangan Perisikan Ibu Pejabat Tentera British, India di New Delhi. Beliau
kemudiannya dipinjamkan ke unit pengambilan orang-orang baru dan melatih para pejuang
bawah tanah Malaya menentang tentera Jepun yang menawan Malaya. Dari Madras Tun
Hussein merancang dan menggerakkan operasi peperangan gerila terhadap Jepun.

Apabila Perang Dunia Kedua tamat pada tahun 1945, Tun Hussein kembali ke Tanah Melayu
dan memulakan tugasnya sebagai Pemerintah Polis Depot, di Johor Bahru. Beliau
kemudiannya bersara dari perkhidmatan ketenteraan dengan berpangkat kapten, satu
pencapaian yang cukup cemerlang bagi seorang bumiputera semasa penjajahan British.
Selama 6 tahun berkhidmat dalam tentera, Tun Hussein dikenali sebagai seorang yang
berdisiplin dan menepati masa.

Kemudiannya Tun Hussein menjadi ahli Perkhidmatan Pentadbiran Melayu. Beliau dihantar
ke beberapa tempat di Johor dan Selangor sebagai Penolong Pegawai Daerah.

Semangat Datuk Onn Jaafar menentang Malayan Union turut mengapikan semangat Tun
Hussein untuk bersama bapanya menentang Malayan Union. Tun Hussein kemudian
menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila ayahandanya menubuhkan Pergerakan
Melayu Johor Semenanjung. Apabila UMNO ditubuhkan, Tun Hussein dilantik sebagai
Penolong Setiausaha Agung UMNO dan kemudiannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO yang pertama pada usia 28 tahun. Beliau kemudiannya menjadi Setiausaha Agung
UMNO dan Tun Abdul Razak pula mengambil alih sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Di samping penglibatannya dalam politik, Tun Hussein memasuki Perkhidmatan Pentadbiran


Melayu dan berkhidmat di Kuala Selangor dan Kelang sebagai Penolong Pegawai Daerah.
Pada tahun 1950 beliau dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan di samping
menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.

Walau bagaimanapun penglibatan Tun Hussein mulai pudar apabila cadangan bapanya untuk
membuka pintu UMNO kepada orang bukan Melayu tidak dapat diterima oleh orang Melayu.
Apabila Datuk Onn bin Jaafar menarik diri dari UMNO, Tun Hussein kemudianya menyertai
ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada
tahun 1951 dan kemudiannya Parti Negara. Tun Hussein kemudiannya meninggalkan alam
politik apabila menukar arah dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di
Lincoln's Inn, England dan lulus pada tahun 1958.

Sekembalinya ke tanah air Tun Hussein membuka firma guamannya sendiri di Kuala
Lumpur. Pada masa itu beliau telah pun berumah tangga dengan Toh Puan Suhaila binti Tan
Sri Hj Mohd Noah dan mempunyai 6 orang anak. Ibarat sireh pulang ke ganggang beliau
menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Yang Di-
Pertua UMNO pada tahun 1964. Pada Jun 1969 Tun Hussein dilantik sebagai ahli
jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO). Walaupun beliau telah
lama menghilangkan diri dari arena politik, tapi UMNO yang mempunyai kepercayaan atas
kebolehan beliau mencalonkannya sebagai calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Johor
Bahru Timur. Kepercayaan ini tidak meleset kerana Tun Hussein memenangi kerusi Parlimen
ini dengan mudah sahaja pada Mei 1969.

[sunting] Masa muda


Dilahirkan di Johor Bahru, Hussein Onn adalah anakanda kepada Dato' Onn Jaafar yang
menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946. Bondanya
Datin Halimah Hussein.

Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura, kini Telok
Kurau Primary School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di English College (kini digelar
"Maktab Sultan Abu Bakar"), Johor Bahru. Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai
Pasukan Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar ke
Maktab Tentera Sandhurst di Dehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai
Regimen Hyderabad (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan.
Selepas peperangan, kerajaan British melantik Hussein Onn sebagai pengajar di "Pusat
Perekrutan dan Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi.

Hussein Onn pulang ke Malaysia pada 1945 dan dilantik sebagai Komandan Depot Polis
Johor Bahru. Pada tahun berikut, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya sebagai
Penolong Pegawai Pentadbir di Segamat, Johor. Hussein Onn kemudian ditugaskan untuk
bekerja di negeri Selangor, di mana beliau menjadi pegawai daerah untuk Klang dan Kuala
Selangor.

[sunting] Pendidikan
 English College Johor Bahru hingga lulus Senior Cambridge.
 1940 - Masuk Maktab Tentera di Dehra Dunn, India.
 1958 - Lulus Ijazah Undang-undang dari Lincoln's Inn, London.

[sunting] Kerjaya politik


Hussein Onn yang berasal daripada sebuah keluarga yang mempunyai semangat nasionalisme
dan akar politik yang mendalam, kemudian meletakkan jawatan perkhidmatan awam untuk
menyertai politik. Pada tahun 1949, beliau menjadi Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu (UMNO) yang pertama dan kemudian, pada tahun 1950, beliau dipilih
menjadi Setiausaha Agung. Bagaimanapun, Hussein Onn meninggalkan UMNO pada tahun
1951 untuk menyertai Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang ditubuhkan oleh ayahandanya.

Oleh sebab IMP tidak menerima sambutan yang baik, Hussein Onn pergi ke London untuk
belajar undang-undang di Lincoln's Inn dan berjaya melayakkan diri sebagai Barrister-at-Law
pada tahun 1958. Beliau pulang ke Malaya sebagai seorang peguam bertauliah dan bekerja di
Kuala Lumpur.

[sunting] Kebangkitan untuk berkuasa

Hussein Onn kembali ke politik untuk menyertai UMNO pada tahun 1968 selepas dipujuk
oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri ketika itu. Beliau bertanding dan menang dalam
pilihan raya umum pada tahun 1969 dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran.

Kenaikan pangkatnya yang pantas itu berterusan sewaktu beliau mewarisi Tun Dr Ismail
yang meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada 15 Januari
1976, Hussein Onn dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian
Tun Abdul Razak. [1]

Hussein Onn termasyhur dalam penegasannya terhadap persoalan perpaduan melalui dasar-
dasar yang bertujuan semata-mata untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi antara
kaum masyarakat. Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau meneruskan agenda pembangunan
Allahyaraham Tun Abdul Razak; usahanya dalam memajukan Malaysia tidak pernah lari dari
sasaran Dasar Ekonomi Baru. Hussein Onn sentiasa mencuba meningkatkan taraf hidup kaum
Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain pada waktu itu.
Dengan itu, pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang
merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti
bumiputera dalam ekonomi negara.

Hussein Onn juga memberi penekanan kepada konsep Rukun Tetangga dan perjuangan
terhadap ancaman dadah. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia juga
diperbesar dan dipermodenkan kerana kekalahan Vietnam Selatan oleh pihak komunis yang
menggemparkan seluruh rantau Asia Tenggara.

Hussein Onn menjalani pintasan koronari pada awal 1981. Pada 17 Julai dalam tahun itu,
beliau bersara daripada politik aktif dan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri atas
sebab-sebab kesihatan. Jawatan Perdana Menteri diambil alih oleh timbalannya, Mahathir bin
Mohamad. Disebabkan perkhidmatannya kepada negara, Hussein Onn dikurniakan dengan
gelaran Tun yang merupakan anugerah diraja yang tertinggi di Malaysia.
[sunting] Peranan dan sumbangan

Rencana ini mungkin perlu dirapikan bagi memenuhi piawai kualiti Wikipedia.
Sila perbaiki rencana ini mengikut kemampuan anda.

Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila dilantik
menjadi Menteri Pelajaran oleh Perdana Menteri Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein. Di bawah pentadbiran Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn, Kementerian
Pelajaran terus meningkat maju. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn maju setapak lagi
apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972, beliau menjadi salah seorang
daripada tiga orang Naib Presiden yang dipilih. Di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO
pada 8 Ogos 1973 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan
Presiden UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail. Apabila Tun Dr Ismail meninggal
dunia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
pada 13 Ogos 1973, merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Kepulangan
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein ke Rahmatullah pada 14 Januari 1976 telah
mengejutkan seluruh negara. Berikutan itu dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi
pada 17 Januari Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn telah disahkan sebagai pemangku
Presiden UMNO. Pada hari Khamis, 15 Januari 1976, Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga di Istana
Negara. Pada 1978 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menang tanpa bertanding bagi
jawatan Presiden UMNO. Ketika menjadi Perdana Menteri Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn telah meneruskan agenda pembangunan yang telah digariskan oleh Allahyaraham
Tun Abdul Razak Dato' Hussein khususnya dalam menggerakkan 'Dasar Ekonomi Baru'.
Sebagai seorang perwira, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn fasih tentang hal ehwal
keselamatan. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan
dan dipermodenkan apatah lagi rantau Asia Tenggara ketika itu gempar ekoran jatuhnya
Vietnam Selatan ke tangan komunis dan termashyurnya cita-cita 'Teori Domino' komunis.
Semasa pentadbirannya usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan di bandar-
bandar semasa tempoh darurat, telah diperhebatkan malah golongan yang bersimpati dengan
aliran komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengitipan (intelligen) yang berjaya.
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang
melayari Malaysia meniti arus pembangunan dengan konsisten tanpa banyak kontroversi.
Dasar-dasar dan program-program yang diketegahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar
Ekonomi Baru. Walaupun pada masa itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi
dunia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya mengawal keadaan dan membantu
Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial. Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn pernah menjalani rawatan jantung pada awal 1981. Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn berjaya melancarkan Rancangan Malaysia yang ke 4 pada bulan April 1981.
Seperti bapanya, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sentiasa mencuba meningkatkan
taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum
lain terutamanya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981, Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang
merupakan satu dana amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera
dalam ekonomi negara. Keamanan negara yang diperkukuhkannya telah menarik pelabur luar
menjadikan Malaysia sebuah negara yang stabil politik dan ekonominya. Sumbangan
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan
yang kukuh. Akibat kesihatan beliau yang merosot, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus
mengundurkan diri dari kepimpinan negara. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 15 Mei 1981 atas sebab
kesihatan dan diambil alih oleh Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad pada 18 Julai 1981.
Tetapi beliau masih aktif dalam pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata dan
ISIS.

[sunting] Selepas persaraan

Selepas persaraannya sebagai Perdana Menteri, Tun Hussein meneruskan sumbangannya


kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan. Beliau memainkan peranan utama dalam
pertubuhan Hospital Mata Tun Hussein Onn. Tun Hussein juga menjadi Pengerusi Institut
Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan penasihat kepada Petronas.

Sewaktu krisis kepimpinan UMNO yang berlaku pada tahun 1987, hubungan Tun Hussein
dengan Dr. Mahathir menjadi buruk, dan beliau menyokong 'Team B' bersama-sama dengan
Tunku Abdul Rahman. Mulai dari saat itu, Tun Hussein dan Tunku menjadi pengkritik yang
kuat terhadap pentadbiran Mahathir.

Tun Hussein menghembuskan nafas terakhir pada hari Selasa, 29 Mei 1990, sewaktu berumur
68 tahun di Pusat Perubatan Seaton, San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit
jantung, dan disemadikan pada hari Jumaat di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala
Lumpur.

Tun Hussein mempunyai dua anak lelaki serta empat anak perempuan. Isterinya Toh Puan
Suhaila Tan Sri Haji Mohd Noah. Pada 30 Mac 2004, anak lelakinya, Datuk Seri
Hishamuddin Tun Hussein, menjadi Menteri Pelajaran Malaysia.Kemudian selepas
Permulaan pentadbiran Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Dato' Seri Hishamuddin
dilantik pula sebagai Menteri Dalam Negeri. Sebaliknya, anak perempuan sulungnya, Datin
Roqiyah Hanim, meninggal di Kuala Lumpur pada 17 September 2005 sewaktu berumur 56,
kerana menghidap penyakit barah payu dara.

[sunting] Keistimewaan
Rencana ini mungkin perlu dirapikan bagi memenuhi piawai kualiti Wikipedia.
Sila perbaiki rencana ini mengikut kemampuan anda.

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn adalah seorang yang amat berhati-hati apabila
membuat keputusan yang melibatkan hal-ehwal negara. Beliau sangat tegas dan berpegang
teguh kepada prinsip hidupnya. Pengalaman ketenteraan menjadikan Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn seorang yang berdisiplin dan mementingkan ketepatan masa.
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn memberi kebebasan akhbar dan majalah untuk
memberi kritikan dan komentar dengan harapan ini akan meningkatkan prestasi
pentadbirannya. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn adalah seorang negarawan yang
disegani dan dihormati. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn terkenal dengan sifat
merendah diri serta jujur dan beliau disanjungi oleh masyarakat Malaysia sebagai seorang
pemimpin. Dalam sejarah, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn akan sentiasa dikenang
sebagai 'Penyambung Warisan Yang Terbilang'. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
juga dikenali sebagai 'Bapa Perpaduan' kerana berjaya memupuk semangat perpaduan
berbilang kaum yang lebih erat dalam masyarakat Malaysia. Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh ayahandanya, mewarisi
program pembangunan yang dijana oleh sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh
setia. Malah Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn pula mewariskan kerajaan kepada Dr.
Mahathir dalam keadaan yang stabil dan UMNO dalam keadaan yang begitu kukuh.

[sunting] Garis masa


 1922: Dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Februari.
 1942 (umur 20): Terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin dan
Iraq.
 1945 (umur 23): Pulang ke tanah air dan dilantik sebagai Komandan Polis Johor
Bahru.
 1946 (umur 24): Menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila Dato’ Onn bin
Jaafar menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung dan dilantik sebagai
Penolong Setiausaha Agung UMNO.
 1950 (umur 28): Dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama;
juga dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan disamping menduduki Majlis
Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.
 1951 (umur 29): Menyertai ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan
Independent of Malaya Party (IMP) dan kemudiannya Parti Negara.
 1958 (umur 36): Mendapat ijazah undang-undang di Lincoln's Inn, England.
 1964 (umur 42): Menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul
Razak, Yang DiPertua UMNO
 1969 (umur 47): Dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja
Tertiggi UMNO) pada Jun.
 1970 (umur 48): Menjadi Menteri Pelajaran pada September.
 1972 (umur 50): Dipilih sebagai Naib Presiden UMNO
 1973 (umur 51): Dilantik sebagai pemangku Timbalan Presiden pada 8 Ogos oleh
Majlis Tertinggi UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail. Juga dilantik sebagai
Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos dan memegang portfolio Menteri
Perdagangan dan Perindustrian.
 1976 (umur 54): Disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO berikutan kematian
Tun Razak. Menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga pada 15 Januari.
 1978 (umur 56): Menang jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding.
 1981 (umur 59): Menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan
Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri dari kepimpinan negara. Meletakkan
jawatan sebagai Perdana Menteri negara pada Julai 1981 atas sebab kesihatan dan
diambil alih oleh Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.
 1990 (umur 68): Pulang ke Rahmatullah pada 29 Mei 1990 di San Francisco, Amerika
Syarikat kerana serangan sakit jantung. Allahyarham disemadikan di Makam
Pahlawan Masjid Negara.

[sunting] Lihat juga


 Datuk Jaafar bin Haji Muhammad (Datuk)
 Dato' Onn Jaafar (Bapa)
 Datuk Seri Hishamudiin Tun Hussein (Anak)
[sunting] Rujukan
* Tan, Chee Khoon & Vasil, Raj (ed., 1984). Without Fear or Favour, m.s. 38. Eastern
Universities Press. ISBN 967-908-051-X.

[sunting] Pautan luar


 (Melayu) Maklumat mengenai Tun Hussein bin Dato Onn atau laman sokongan.
 Universiti Utara Malaysia

Penyandang Terdahulu Perdana Menteri Penyandang Kemudian


Tun Abdul Razak Malaysia Tun Dr. Mahathir
Dato' Hussein 1976–1981 Mohamad
Penyandang Terdahulu Presiden UMNO Penyandang Kemudian
Tun Abdul Razak 14 Januari 1976 – 28
Dato' Hussein Jun 1981

You might also like