Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

NAMA:

KELAS:

KERJA KURSUS SEJARAH 940/4 – CADANGAN PENYELIDIKAN

TEMA: SEJARAH PENDIDIKAN

1. TAJUK:

Perkembangan Sukatan Pelajaran Mata Pelajaran Sejarah SPM Di Malaysia Dari Tahun 2005 –
2015

2. PENGENALAN

Pendidikan adalah sangat penting kepada semua orang di seluruh negara. Sistem pendidikan
akan diubahsuaikan mengikut keperluan semasa dan peredaran masa. Selepas negara kita
mencapai kemerdekaan, telah wujud sistem pendidikan berdasarkan dengan keadaan dan
keperluan negara kita.

Sistem pendidikan turut mengalami perubahan mengikut perkembangan dan keperluan semasa.
Ia akan mempengaruhi dan menentukan perkembangan dan kemajuan sesebuah negara khasnya
dari segi ekonomi. Sistem pendidikan juga turut berubah dengan penetapan dasar negara. Dalam
kajian ini, pengkaji akan tumpu perhatian kepada perkembangan sukatan pelajaran mata
pelajaran Sejarah SPM di Malaysia antara tahun 2005 – 2015.
3. OBJEKTIF KAJIAN

Penulisan kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti latar belakang mata pelajaran Sejarah
SPM. Dengan adanya kajian ini, masyarakat akan dapat mengetahui latar belakang mata
pelajaran Sejarah SPM.

Selain itu, tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk menjelaskan sukatan pelajaran mata
pelajaran Sejarah SPM di Malaysia. Hal ini kerana dalam tempoh kajian, mata pelajaran tersebut
telah mengalami perubahan dalam sukatan pelajaran sepanjang tempoh kajian.

Di samping itu, kajian juga bertujuan untuk menjelaskan pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Sejarah SPM di Malaysia. Hasil perbincangan kajian membolehkan masyarakat
menilai pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah SPM.

4. PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian dilakukan untuk mengetahui apakah latar belakang mata pelajaran Sejarah
SPM. Hal ini kerana latar belakang mata pelajaran Sejarah SPM adalah sangat penting
ditonjolkan sebagai usaha memperkenalkan mata pelajaran Sejarah SPM kepada masyarakat dan
dapat memberikan gambaran yang jelas tentang mata pelajaran Sejarah SPM.

Selain itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji bagaimanakah perkembangan sukatan
pelajaran mata pelajaran Sejarah SPM di Malaysia. Melalui kajian ini, masyarakat dapat
mengetahui sukatan pelajaran mata pelajaran Sejarah SPM antara tahun 2005 - 2015.

Akhirnya, kajian ini dijalankan untuk menilai sejauhmanakah pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Sejarah SPM di Malaysia dalam tempoh kajian.
5. SKOP KAJIAN

Aspek tema kajian dipilih melibatkan sukatan pelajaran dalam mata pelajaran Sejarah SPM di
mana subjek tersebut merupakan subjek yang sangat penting kerana merupakan subjek wajib
lulus dalam SPM.

Dalam usaha menonjolkan perkembangan sukatan pelajaran dalam mata pelajaran Sejarah SPM
ini, skop masa yang dipilih meliputi tempoh 10 tahun iaitu dari 2005 - 2015. Tempoh kajian
tersebut dipilih memandangkan sepanjang tempoh kajian terdapat perubahan dalam sukatan
pelajaran mata pelajaran Sejarah SPM di Malaysia.

Bagi skop kawasan pula, Malaysia dilihat sebagai sangat sesuai memandangkan perubahan
sukatan pelajaran bagi semua subjek SPM adalah dilaksanakan pada peringkat kebangsaan.

6. SOROTAN KAJIAN

Terdapat beberapa sorotan kajian lepas yang digunakan dalam usaha penghasilan kajian
berkaitan sukatan pelajaran mata pelajaran Sejarah SPM. Antaranya Buku Sejarah Tingkatan 4
oleh Mary Tan Swee Ee, terbitan 2013, Sasbadi Publication. Buku ini telah memberi beberapa
maklumat penting berkaitan perkembangan sukatan pelajaran mata pelajaran Sejarah SPM di
Malaysia.

Selain itu, buku Sejarah Tingkatan 4 oleh Akashah Ismail, terbitan 2014, Pelangi Publication
dilihat dapat membantu kajian dan memberi gambaran kepada pengkaji akan perkembangan
sukatan pelajaran mata pelajaran Sejarah SPM kepada masyarakat dan negara.

Di samping itu, buku Sejarah Tingkatan 4 oleh Mohd. Azmin Abdullah, terbitan 2015, Ilmu
Bakti Publication dapat memberi gambaran dengan lebih jelas tentang sukatan pelajaran mata
pelajaran Sejarah SPM.
7. KAEDAH KAJIAN

Dalam penghasilan kajian sejarah ini, kaedah kajian yang diguna pakai sangat penting dalam
usaha mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tajuk yang dikaji.

Antaranya ialah kaedah kepustakaan di mana pusat sumber menjadi lokasi utama bagi
mendapatkan sumber rujukan bertulis yang sesuai sama ada dari sumber buku, jurnal, akhbar dan
lain – lain.

Kaedah seterusnya ialah kaedah temubual bagi memperolehi sumber primer secara lisan.
Temubual dianggap antara kaedah yang sangat penting kerana melaluinya pelbagai sumber
primer dapat diperolehi.

Akhirnya, kaedah lapangan turut digunakan bagi melengkapkan maklumat berkaitan tajuk.
Kerja lapangan ini melibatkan pengkaji mengunjungi kawasan kajian bagi menjalankan soal
selidik terhadap responden yang pernah belajar Sejarah. Maklumat kerja lapangan mampu
memperkukuhkan maklumat berkaitan kajian pendidikan tersebut.

8. PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara keseluruhanya, kajian saya dapat dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu
pengenalan, isi dan kesimpulan.

Bahagian Pengenalan menerangkan perkara umum berkaitan mata pelajaran Sejarah SPM
seperti latar belakang dan tujuan kajian dilakukan. Melalui pengenalan, dapat membantu
masyarakat mengenali sukatan pelajaran mata pelajaran Sejarah SPM secara umum.

Bahagian Isi pengkaji memberi dan fokus kepada 3 aspek utama yang menjadi persoalan kajian
iaitu latar belakang, perkembangan dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah SPM.
Dengan ini menunjukkan sukatan pelajaran mata pelajaran Sejarah SPM banyak mengalami
perubahan di Malaysia.

Bahagian Kesimpulan menjelaskan rumusan hasil kajian berkaitan sukatan pelajaran mata
pelajaran Sejarah SPM di negara kita di mana kajian ini bakal menjadi kajian rintis berkaitan
sukatan pelajaran mata pelajaran Sejarah SPM di negara kita.
9. PENUTUP

Kepentingan kajian dilakukan adalah sebagai kajian sulung berkaitan sukatan pelajaran mata
pelajaran Sejarah SPM kerana pengkaji mendapati bahawa tiada kajian yang spesifik berkaitan
sukatan pelajaran mata pelajaran Sejarah SPM dilakukan sebelum ini. Di samping itu, kajian ini
berperanan dalam menilai pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah SPM. Oleh itu, hasil
kajian ini membolehkan generasi muda untuk mengetahui perkembangan sukatan pelajaran mata
pelajaran Sejarah SPM di Malaysia. Akhirnya, kajian ini juga menjadi panduan dan rujukan
berharga kepada pengkaji berkaitan sukatan pelajaran pada masa yang akan datang.

10. BIBLIOGRAFI

Akashah Ismail, Sejarah Tingkatan 5, Pelangi Publication, 2014

Mary Tan Swee Ee, Sejarah Tingkatan 5, Sasbadi Publication, 2013

Mohd. Azmin Abdullah, Sejarah Tingkatan 5, Ilmu Bakti Publication, 2015

You might also like