Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA MAJLIS KHATAM AL-QURAN

IHYA RAMADHAN 1443H

PENGENALAN

Khatam al-Quran merupakan suatu aktiviti keagamaan yang perlu dilakukan bagi seseorang Muslim.
Al-Quran bukan sahaja untuk dibaca untuk mendapatkan pahala malah al-Quran juga perlu difahami
dan ditadbur akan isinya. Oleh itu, Majlis Khatam al-Quran yang dianjurkan di sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan manifestasi daripada program-program j-QAF yang
sewajarnya dilaksanakan pada setiap tahun persekolahan di Malaysia. Justeru itu, Majlis seumpama
ini diharapkan akan melahirkan kecintaan murid-murid terhadap al-Quran al-Karim

OBJEKTIF

1. Menanam sikap menyanjung dan memuliakan al-Quran.


2. Menarik minat murid membaca dan berusaha mengkhatam al-Quran.
3. Menyemaikan minat murid dalam menyertai program-program keagamaan.
4. Mencungkil bakat dan kepimpinan di kalangan murid dalam bidang al-Quran.
5. Murid berkeyakinan dengan bacaan dan penguasaan al-Quran serta melaziminya dalam kehidupan
seharian mereka

BUTIR PERLAKSANAAN PROGRAM

Program : Majlis Khatam AL-Quran Ihya Ramadhan


Tempat : Dewan
Masa : 11.50 pagi – 1.20 tengah hari

ATURCARA PROGRAM

Majlis Khatam PPKI

8.30 pagi : Ketibaan masuk Tuan Pengetua, GPK, Guru-guru dan pelajar PPKI
8.45 pagi : Majlis Khatam daripada pelajar PPKI bermula
9.30 pagi : Bacaan doa penutup khatam
Majlis bersurai

Majlis Khatam AL-Quran dan Penutupan Program Ihya Ramadhan

11.20 pagi : Ketibaan masuk Tuan Pengetua, GPK , Guru-guru dan Pelajar tingkatan
5 dengan diiringi bacaan selawat
11.30 : Ucapan alu-aluan pengerusi majlis

11.35 pagi : Majlis Khatam Al-Quran bermula

11.50 pagi : Bacaan doa penutup khatam


Bacaan doa perasmian penutupan
Tazkirah : Adab Berhari Raya
12.10 tengah hari : Ucapan Tuan Pengetua

12.20 tengah hari : Majlis Perpisahan Guru Mystep


12.30 tengah hari : Penyampaian cendehati guru Mystep, hadiah kepada pelajar khatam
dan simbolik pemberian duit raya
1.10 tengah hari : Agihan duit raya dan bubur lambuk
1.20 petang : Bersurai

Jawantkuasa Kerja

BIL PERKARA Catatan


1. Rewang Ketua: Haji Arifin
Bahan mentah dan memasak bubur lambuk Dibantu:
- Menyediakan bahan masakan untuk bubur lambuk En Shahrul
- Memasak bubur lambuk En Mizam
- Tempat: Surau En Zaki
En Shahril PPKI
En Redza PPKI
3. Bungkusan (packing) Pn Norasyikin PPKI
-membungkus bubur lambuk Guru-guru PPKI
- bungkusan mengikut jumlah pelajar , guru dan AKP
- mengagihkan bubur lambuk ke dewan, kelas-kelas dan AKP
4. Kemas En Mahadir
- Membantu mengemas kawasan masak En Ahmad Nizam
- Memastikan kawasan memasak kembali bersih En Redzuan
- Menyediakan tempat pembuangan sampah yang
teratur

5. Agihan
- Membuat agihan bubur lambuk bersama dengan Puan Hasnida
duit raya Pengawas
- Agihan di buat di kelas , dibantu oleh guru-guru
tingkatan
6. Majlis Khatam AL-quran Ustaz Hamzah
- Mengetuai dan memastikan majlis dan bacaan Ustaz Ibrahim
khatam berjalan lancar Guru Kelas Tingkatan 5
- Melantik 18 orang pelajar untuk membaca juzuk
amma semasa program khatam Al-Quran bermula.
- Membahagikan surah kepada setiap pelajar bagi
tujuan majlis khatam Al-Quran.
7. Persiapan tempat En Zaki
- Mengemas dewan untuk majlis khatam Pn Syahidayani
- Menyediakan ruang untuk peserta majlis khatam Pn Norazreen
- Menyediakan ruang tempat duduk VIP, guru dan
pelajar di dewan
- Menyediakan ruang tempat berucap

8. PA system En Yusmaredza
- Memastikan PA system di dewan berfungsi dengan
baik.
- Memastikan PA system kawasan sekolah dapat
menyampai bacaan khatam Al-Quran dengan jelas
dan baik
9. Pengacara Majlis Pn Arfah
- Mengacarakan majlis khatam al-quran, majlis
perpisahan guru Mystep, dan agihan duit raya dan
bubur lambuk

10. Hadiah Pn Hasni


- Menyediakan goodies untk VIP, pembaca bacaan Pn Naziza
khatam Al-Quran, hadiah perpisahan guru Mystep Pn Nurul Nazrien
- Membuat agihan duit raya dan sampul duit raya
- Memastikan agihan duit raya dibuat bersama
dengan agihan bubur lambuk.
- Membantu penyampaian hadiah kepada VIP,
pembaca bacaan khatam, hadiah guru Mystep di
dewan.
11. Kawalan pelajar Guru Tingkatan
- Memastikan semua pelajar tingkatan 5 berada di
dewan
- Memastikan kawalan pelajar di kelas terkawal
dengan dibantu guru tingkatan
12. Dokumentasi Puan Munirah
- Merekod, mengambil gambar dan video sepanjang Puan Shuhiza
program untuk tujuan laporan dan dokumentasi
13. Pengisian Pendidikan Moral Puan Azliawani
- Menyediakan bahan pengisian untuk pelajar bukan Pn Diana - Kaunselor
Islam di bilik Pendidikan Moral
14. Pembahagian Duit Raya Pn Hjh Nor Rashidah
Pn Noor Huda

PENUTUP

Pihak panitia berharap Majlis Khatam al-quran peringkat sekolah ini dapat dilangsungkan dengan
jayanya dan memberi kesan positif di kalangan peserta khatam. Semoga dengan adanya majlis
seperti ini, sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan
menghayati dan mengamalkan cara hidup Islam dan seterusnya dapat melahirkan insan-insan
pekerti mulia.

Disediakan Oleh, Disemak oleh,

……………………………………………….. ……………………………………………………
(MAIZATUL LIYANA BINTI SHAFIE) (USTAZ HAMZAH BIN ABD WAHAB)
Setiausaha Penyelaras
Program Ihya’ Ramadhan Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah
SMK Kayu Ara PAsong SMK Kayu Ara Pasong

Disahkan Oleh,

………………………………………………..
(PUAN SURIATI BIN SAILIN )
Pengetua
SMK Kayu Ara Pasong

You might also like