L2cu2 - KP3

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 22

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

KEMENTERIAN PEDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA ETN 1023 : PEMASANGAN KELENGKAPAN PERALATAN UJIAN

PROGRAM / PROGRAM’S
EE-021-2:2012 : INSTRUMENT AND TEST EQUIPMENT SET
CODE & NAME
UP & HANDLING

TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / C02 INSTRUMENT AND TEST EQUIPMENT SET UP &
COMPETENCY UNIT NO. HANDLING
AND TITLE

1. IDENTIFY INSTRUMENT AND TEST EQUIPMENT SET


UP & HANDLING REQUIREMENTS
NO. DAN PENYATAAN 2. PREPARE FOR INSTRUMENT AND TEST EQUIPMENT
AKTIVITI KERJA / WORK SET UP & HANDLING ACTIVITIES
3. SET UP INSTRUMENT & TEST EQUIPMENT
ACTIVITIES NO. AND
4. PERFORM RECORDING & TAGGING OF INSTRUMENT &
STATEMENT TEST EQUIPMENT
5. REPORT INSTRUMENT & TEST EQUIPMENT SET UP
AND HANDLING ACTIVITIES
ID UNIT KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C02/P(3/5) Muka: 1 Drpd: 22
COMPETENCY UNIT ID
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(3/6)
Drpd / of : 22

KOMPONEN AKTIF

Komponen aktif merupakan komponen separuh pengalir yang memerlukan


sumber bekalan untuk berfungsi. Contoh komponen aktif adalah diod, transistor dan
litar bersepadu (IC). Di dalam modul ini, kita hanya belajar komponen diod dan
transistor sahaja.

SEPARUH PENGALIR (SEMICONDUCTOR)

Separuh pengalir merupakan bahan yang mempunyai antara pengalir dan


penebat. Pengalir ialah bahan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya
seperti logam dan cecair elektrolit. Penebat ialah bahan yang tidak membenarkan
arus elektrik mengalir melaluinya. Rintangannya tidaklah serendah pengalir dan tidak
pula setinggi penebat. Bahan separuh pengalir adalah germanium dan silikon.

Binaan Atom

i) Setiap atom terdiri daripada nukleus dan elektron. Nukleus terletak di tengah-
tengah atom. Proton bercas positif, elektron bercas negatif manakala neutron
tidak bercas. Nukleus dikelilingi oleh elektron yang berada di dalam orbit seperti
yang ditunjukkan dalam rajah 1.

Rajah 1 : Binaan atom

ii) Orbit yang terdekat dengan nukleus dinamakan orbit pertama, orbit kedua dan
seterusnya. Susunan elektron mengikut orbit ialah 2, 8, 18, 32, 50,dan 2N 2. N
ialah kedudukan orbit. Rajah 2 menunjukkan kedudukan elektron bagi atom
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(3/6)
Drpd / of : 22

silikon dan atom germanium. Silikon mempunyai 14 elektron dan germanium


mempunyi 32 elektron. Orbit luaran digunakan untuk menentukan elektron
valensi, sebagai contoh silikon dan germanium mempunyai 4 elektron valensi
seperti rajah 2. Bagi bahan separuh pengalir mesti mempunyai 4 elektron
valensi, maka silikon dan germanium merupakan bahan separuh pengalir.

Rajah 2 : Binaan Atom Silikon Dan Germanium

Ikatan Kovalen

i) Apabila dua atau lebih atom berkongsi elektron, ikatan kovalen akan dihasilkan
untuk menjadi atom dan ikatan yang stabil.
ii) Atom separuh pengalir seperti germanium dan silikon mempunyai empat
elektron pada orbit luaran. Atom-atom silikon ini akan berkongsi elektron antara
satu sama lain untuk membentuk ikatan kovalen. Setiap atom akan berpasangan
dengan satu elektron sahaja dari atom yang berhampiran dengannya seperti
rajah 3.
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(3/6)
Drpd / of : 22

Rajah 3 : Ikatan Kovalen Yang Terhasil Bagi Hablur Silikon Dan Germanium

3.0 DIOD

Diod ialah komponen separuh pengalir yang membenarkan arus mengalir satu
hala sahaja. Terdapat beberapa jenis diod seperti diod isyarat, diod zener, diod
terowong, diod varaktor, diod foto, diod pemancar cahaya (LED) dan diod LASER.

Rajah 4 : Bentuk Fizikal Diod


3.1 Binaan Diod

Diod mempunyai dua tamatan iaitu anod dan katod. Anod adalah bahan jenis P
dan katod adalah bahan jenis N. Rajah 5 menunjukkan binaan diod dan simbol diod.

Anod Katod
+ -

Binaan Diod Simbol Diod

Rajah 5 : Binaan Dan Simbol Diod


Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(3/6)
Drpd / of : 22

3.2 Pincang Hadapan dan Pincang Songsang

Sambungan ke bekalan Ciri-ciri

Pincang Hadapan
 Arus dapat mengalir melalui diod
 Rintangan antara simpang PN rendah
D
Vs R  Lapisan susutan hilang
 Memerlukan voltan sawar bernilai
(0.7V untuk diod silikon dan 0.3 V
untuk diod germanium) bagi
mengalirkan arus.
Pincang Songsang  Arus tidak boleh mengalir melalui diod
 Rintangan antara simpang tinggi

D  Lapisan susutan bertambah tebal


Vs R
 Jika voltan sangat tinggi dikenakan,
arus mengalir dalam keadaan pincang
songsang

3.3 Simbol

i) Terdapat pelbagai jenis diod dengan kegunaan tertentu. Jadual 1 menunjukkan bentuk
fizikal beberapa diod dan simbol diod.
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(3/6)
Drpd / of : 22

Jadual 1: Bentuk fizikal dan simbol diod

DIODE GAMBAR FIZIKAL SIMBOL KHAS

Diod isyarat

Diod zener

Diod terowong

Diod varaktor

Diod pemancar
Cahaya (LED)

Diod foto

Diod LASER

3.4 Kerosakan dan Pengujian Diod

i) Diod boleh diuji menggunakan multimeter analog dan multimeter digital.


ii) Jika menguji diod menggunakan multimeter analog, julat rintangan mestilah
disetkan ke skala 1K. Jika setkan julat rintangan pada skala terendah boleh
menyebabkan kerosakan pada diod.
iii) Sambungkan multimeter dengan diod dalam keadaan pincang hadapan.
Multimeter akan menunjukkan bacaan. Kebiasaannya nilai bacaan akan
menunjukkan pada bacaan kurang 1K.
iv) Jika sambungan diod dalam keadaan pincang songsang, multimeter tidak
menunjukkan bacaan, jarum menunjukkan ke arah infiniti.
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(3/6)
Drpd / of : 22

v) Jika pengujian diod berlaku sebaliknya, maka diod itu telah rosak.
vi) Apabila menguji diod menggunakan multimeter digital, meter dilaraskan ke fungsi
pengujian diod.
vii) Bacaan bagi diod yang dipincang hadapan adalah 0.6 hingga 0.8 V (jenis silikon)
dan 0.2 hingga 0.4 V (jenis germanium).
viii) Rajah 6 menunjukkan cara pengujian diod menggunakan multimeter analog.
ix) Terdapat 2 jenis kerosakan diod iaitu terbuka dan terpintas.

Kato Anod

Anod
Kato
(a) (b)
(a) Pincang Songsang (b) Pincang Hadapan

Rajah 6 : Cara Pengujian Diod

Jadual 2 : Pengujian Diod Menggunakan Multimeter Analog

Pincang Hadapan Pincang Songsang

Kerosakan Terbuka Nilai rintangan infiniti Nilai rintangan infiniti

Kerosakan Terpintas Nilai rintangan 0 Nilai rintangan 0

Baik Nilai rintangan infiniti Nilai bacaan rendah

3.6 Langkah-langkah Keselamatan

i) Diod tidak boleh terdedah kepada haba tinggi yang berpanjangan.


ii) Tidak boleh pateri terlalu lama
iii) Bengkokkan kaki diod menggunakan playar muncung tirus
iv) Pastikan diod dipisahkan terlebih dahulu dari litar sebelum pengujian dibuat.

3.7 Aplikasi Diod Dalam Litar


Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(3/6)
Drpd / of : 22

Rajah 7 menunjukkan rajah blok bekalan kuasa AT. Bahagian yang terdapat di
dalam rajah blok ialah pengubah, penerus, penapis, pengatur dan beban. Pengubah
akan menurunkan voltan bekalan 240 AU ke nilai yang dikehendaki. Voltan AU di
pengubah sekunder masuk ke penerus untuk ditukarkan kepada voltan AT berdenyut.
Apabila voltan AT berdenyut melalui penapis, voltan AT tulen dihasilkan. Walaupun
voltan AT tulen telah dihasilkan, nilai voltan AT masih tidak stabil.Untuk mengatasi
masalah ini, pengatur voltan digunakan. Pengatur voltan akan menstabilkan nilai
voltan AT tulen pada voltan AT yang tetap seperti yang dikehendaki. Di dalam litar
bekalan kuasa, diod berfungsi sebagai penerus litar.

Rajah 7 : Rajah Blok Bekalan Kuasa


Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(3/6)
Drpd / of : 22

Rajah 8 : Bentuk Gelombang Pada Litar Bekalan Kuasa

3.8 Penerus Gelombang Separuh (1 Diod)

Ketika voltan masukan AU, arus kitar positif akan mengalir melalui diod.
Keluaran gelombang positif akan terhasil pada perintang R L.
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(3/6)
Drpd / of : 22

Apabila arus kitar negatif pula mengalir, arus ini tidak dapat mengalir melalui diod
kerana pincang songsang. Maka tiada gelombang dihasilkan pada perintang R L.

Proses di atas diulang bagi kitaran berikutnya.

3.9 Penerus Gelombang Penuh (2 Diod)

Rajah di atas menunjukkan litar penerus gelombang penuh positif. Litar penerus
gelombang penuh positif menggunakan pengubah tap tengah.

Apabila arus positif dibekalkan, arus ini akan mengalir ke diod D1. Diod D1
dipincang hadapan.
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(3/6)
Drpd / of : 22

Apabila arus negatif pula dibekalkan, arus ini akan mengalir ke diod D2. Ketika diod D2
dipincang hadapan

Maka, voltan keluaran akan terhasil seperti rajah di atas.

3.10 Penerus Gelombang Titi (Bridge Rectifier) – 4 Diod

Penerus gelombang titi menggunakan 4 diod sebagai penerus.

Merujuk rajah di atas, semasa setengah kitar positif, diod D 4 dab D2 dipincang
hadapan manakala diod D1 dan D3 dipincang songsang. Arus akan mengalir melalui
D4, RL dan D2. Gelombang yang terhasil merentas beban berbentuk gelombang AT
berdenyut.
Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(3/6)
Drpd / of : 22

Semasa setengah kitar negatif, diod D3 dan D1 dipincang hadapan manakala diod D2
dan D4 dipincang songsang. Arus akan mengalir melalui D 3, RL dan D1. Gelombang
yang terhasil merentas beban berbentuk gelombang AT berdenyut.

Rajah di atas menunjukkan kombinasi bentuk gelombang merentasi beban semasa


setengah kitar positif dan setengah kitar negatif. Gelombang yang terhasil berbentuk
gelombang AT berdenyut.

Apabila bekalan AU dibekalkan, bentuk gelombang akan terhasil daripada voltan AU kepada
voltan AT berdenyut.
Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(3/6)
Drpd / of : 22

3.11 Penapis

Pemuat digunakan sebagai penapis litar dan pelicin voltan DC. Jika penapis pintas ia
akan memutuskan fius pelindung. Pemuat yang terbuka boleh memberi kesan
gangguan riak di keluaran. Selain dari pintas dan terbuka, penapis kerap juga berlaku
bocor. Ini akan menyebabkan arus tidak stabil. Jenis-jenis litar penapis adalah seperti:
i) Penapis RC
ii) Penapis LC
iii) Penapis RLC
iv) Penapis Phi (π)

Penapis RC

Penapis LC
Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(3/6)
Drpd / of : 22

Penapis RLC

Penapis Phi (π)

3.12 Pengatur

Diod zener digunakan sebagai pengatur voltan di dalam litar bekalan kuasa.
Apabila voltan AU dari pengubah masuk ke penerus, voltan AU akan ditukarkan
kepada voltan AT berdenyut. Voltan AT berdenyut akan masuk ke penapis akan
ditukarkan kepada voltan AT tulen. Voltan AT tulen yang dihasilkan adalah tidak
Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(3/6)
Drpd / of : 22

stabil. Maka, pengatur voltan adalah untuk menstabilkan voltan AT. Dengan cara ini,
voltan keluaran menjadi stabil walaupun voltan bekalan AU pada punca kuasa
berubah-ubah.

Tetapi keupayaan diod zener sebagai pengatur voltan adalah terhad. Untuk
meningkatkan keupayaan diod zener mengawal arus yang lebih tinggi, transistor
perlu digunakan. Dua jenis pengatur voltan yang menggunakan transistor iaitu :

i) Pengatur voltan siri


ii) Pengatur voltan selari

Pengatur Voltan Siri Pengatur Voltan Selari

4.0 TRANSISTOR DWIKUTUB

Fungsi transistor ialah sebagai penguat, sebagai litar pensuisan dan komponen
pemecah fasa.

Rajah 11 : Bentuk Fizikal Transistor


Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(3/6)
Drpd / of : 22

4.1 Jenis Dan Binaan Transistor

Transistor diperbuat daripada tiga lapisan bahan separuh pengalir dan


mempunyai dua simpang. Terdapat 2 jenis transistor iaitu transistor NPN dan
transistor PNP. Komponen ini mempunyai tiga lapisan bahan, setiap lapisan
mempunyai tamatan iaitu tapak (B), pengeluar (E), dan pemungut (C).

a. Struktur binaan transistor PNP b. Simbol

Rajah 12 : Struktur Binaan Dan Simbol Transistor PNP

a. Struktur binaan transistor NPN b. Simbol

Rajah 13 : Struktur Binaan Dan Simbol Transistor NPN


Muka Surat / Page : 17
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(3/6)
Drpd / of : 22

4.2 Pincang Transistor

a. Transistor PNP b. Transistor NPN

Rajah 14 : Kaedah Memincang Transistor

Transistor akan berfungsi jika simpang tapak ke pengeluar (V BE) dikenakan


pincang hadapan dan simpang tapak ke pemungut (V BC) dikenakan pincang
songsang.

4.3 Arus Transistor

Rajah 15 : Arah Pengaliran Arus Litar Transistor PNP Dan NPN


Muka Surat / Page : 18
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(3/6)
Drpd / of : 22

Menurut hukum arus Kirchoff, jumlah arus yang memasuki simpang adalah
sama dengan jumlah arus yang keluar simpang.

IE = I B + I C

Arus pengeluar (IE), arus pemungut (IC) dan arus tapak (IB).

4.4 Tatarajah Transistor

Terdapat 3 tatarajah penyambungan transistor iaitu :

i) Tapak Sepunya
ii) Pengeluar Sepunya
iii) Pemungut Sepunya

Rajah 16 : Tatarajah Sambungan Transistor


Muka Surat / Page : 19
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(3/6)
Drpd / of : 22

4.5 Kerosakan dan Pengujian Transistor

i) Terdapat 2 jenis kerosakan transistor iaitu kerosakan terbuka dan terpintas.


ii) Transistor boleh diuji dengan menggunakan multimeter.

Kedua-dua meter jarum tidak Kedua-dua meter jarum bergerak


bergerak (bacaan tinggi/infiniti) (bacaan rendah) - ada sambungan
- tiada sambungan

Rajah 17 : Cara Menguji Transistor

iii) Multimeter juga boleh digunakan untuk menentukan kaki transistor.


iv) Rajah 18 di bawah menunjukkan langkah untuk menentukan kaki tapak,
pemancar dan pemungut, seterusnya menentukan sama ada transistor NPN/PNP.

Rajah 18 : Langkah Menentukan Elemen Tapak Transistor

Langkah menentukan kaki tapak transistor :


Muka Surat / Page : 20
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(3/6)
Drpd / of : 22

i) Setkan multimeter analog ke julat R X 10Ω.


ii) Uji transistor mengikut langkah 1 - langkah 6 sehingga mendapat bacaan antara
kedua-dua pengujian.
iii) Contoh langkah di atas, langkah 1 dan langkah 6 multimeter menunjukkan
bacaan. Maka kaki no 2 adalah kaki tapak transistor.
iv) Kaki no 1 = hitam (negatif – N), kaki no 2 = merah (positif – P) Kaki no 3 = hitam
(negatif – N), maka transistor ini adalah jenis NPN

Rajah 19 : Langkah Menentukan Elemen Pemancar Dan Pemungut Transistor

Langkah menentukan kaki pemancar dan penerima transistor :

i) Setkan multimeter digital ke fungsi pengujian diod.


ii) Contoh langkah rajah 19 di atas, kaki tapak adalah kaki no 2 dan jenis transistor
adalah transistor PNP.
iii) Kenalpasti antara langkah 1 dan langkah 2. Nilai susutan voltan langkah 2 adalah
lebih tinggi dari langkah 1. Maka kaki no 1 adalah pemancar dan kaki no 3 adalah
pemungut.

4.6 Langkah-Langkah Keselamatan

i) Elakkan daripada mengenakan tekanan mekanikal kepada tamatan transistor.


ii) Elakkan daripada mengenakan haba yang tinggi kepada transistor.
iii) Jangan memateri transistor terlalu lama.
iv) Pastikan transistor dipisahkan daripada litar terlebih dahulu sebelum membuat
pengujian.
v) Untuk transistor kuasa, heatsink perlu dipasang untuk menyejukkan transistor.
Muka Surat / Page : 21
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(3/6)
Drpd / of : 22

4.7 Penggunaan LCR Meter Untuk Mengukur Induktor

Tekan tombol POWER


Tekan tombol L/C/R sehingga layar menunjukan huruf L.
Hubungkan kaki-kaki inductor pada probe LCR meter.
Tekan tombol 1KHz/120Hz.
Hasil pengukuran akan dipaparkan di layar
Lepaskan probe dari kaki inductor.

4.8 Penggunaan LCR Meter Untuk Mengukur Kapasitor

i) Pilih julat LCR meter pada bahagian C dan pilih nilai farad yang menghampiri
dengan nilai kapasitor yang diukur.
ii) Sekiranya nilai kapasitor tidak diketahui, pilih nilai farad yang paling tinggi.
iii) Sambungkan probe –ve pada negatif kapasitor dan probe +ve pada positif
kapasitor.
iv) Ataupun masukkan kaki kapasitor pada terminal kapasitor mengikut kekutuban
yang betul.
v) Nilai bacaan akan terpapar pada skrin LCR meter.
vi) Jika bacaan menunjukkan nilai yang sangat kecil, turunkan nilai julat sehingga
mendapat bacaan yang dikehendaki.
Muka Surat / Page : 22
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C02/P(3/6)
Drpd / of : 22

RUJUKAN / REFERENCE:

1. http://www.myelectrical4u.blogsport.com
2. Mohd Isa Bin Idris, Sabariah Binti Haji Bohanudin, Norjah Binti Janudin, Norani Binti
Hamzah, Salwani Binti Mohd Daud (2003). Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, ISBN NO. 983-62-
7430-8.
3. Boylestad, Robert L,Nashelsky, Louis . 1996. Electronic Devices and circuit theory,
Sixth Edition. Prentice Hall
4. Md. Nasir Abd Manan. 1992. “Teknologi Elektronik”. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
5. “Pengajian Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik” (1996), Kementerian Pendidikan
Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka dan Dasar Padu (M) Sdn. Bhd.

You might also like