Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

TEKNIK MENJAWAB UNTUK KARANGAN

19 May

Penulisan karangan

· Bagi karangan Bahagian B, anda perlu menulis karangan anda melebihi 350 patah perkataan

· Bagi memastikan karangan anda pada tahap cemerlang, pastikan karangan anda


mempunyai tujuh perenggan atau melebihi tiga muka surat.

Saya mencadangkan anda menulis perenggan pendahuluan dalam anggaran 70 patah


perkataan, isi dalam anggaran 80 patah perkataan (80 X 5 isi = 400) dan penutup dalam
anggaran 70 patah perkataan.

· Jadi, jumlah keseluruhan karangan anda ialah 500 patah perkataan dan memenuhi kehendak
arahan soalan.

Formula penulisan karangan

PENDAHULUAN ( anggaran 70 patah perkataan )


Pendahuluan = PU/DEFINISI + AH + AC + AA

Penyataan Umum (PU) / Definisi

· Terdiri daripada satu ayat sahaja.

· Ditulis berdasarkan tajuk.

Ayat Huraian (AH)

· Terdiri daripada satu hingga tiga ayat.

· AH1 : Senario / perkembangan isu yang dibincangkan pada masa ini.

· AH2 : Faktor / Kepentingan / Kesan kepada individu / keluarga / masyarakat / negara


(bergantung kepada dimensi soalan).

· AH3 : Kesinambungan daripada ayat huraian 2 dan boleh menggunakan formula 5W 1H 1I /


MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)

Ayat Contoh (AC)

· Anda boleh memberikan satu atau melebihi satu contoh.

· Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan dengan
kehendak soalan.
Ayat Arah (AA)

· Menyatakan pendirian anda sama ada bersetuju atau tidak dengan soalan secara umum.

· Perlu menyatakan fokus arahan yang diberikan.

· Anda boleh menulis dalam bentuk ayat penyata atau ayat tanya bergantung kepada kreativiti
anda.

Peringatan :

· Baca arahan dengan teliti dan gariskan kata kunci dan fokus arahan.

· Jangan sesekali memasukkan isi dalam perenggan pendahuluan.

· Tidak perlu menyatakan isi utama dalam ayat arah.

ISI ( anggaran 80 patah perkataan X 5 ISI = 400 patah perkataan )

Isi = AT + AH + AC + AP
Ayat Topik (AT)

· Terdiri daripada satu ayat sahaja dan mestilah ringkas, padat dan jelas.

· Ditulis pada permulaan ayat.

· Menjadi pencetus idea untuk pengembangan ayat seterusnya.

Ayat Huraian (AH)

· Terdiri daripada satu hingga lima ayat.

· Dihuraikan secara mendalam menggunakan formula 5W 1H 1I / MASSBBD (Mengapaa,


Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)

· Setiap ayat huraian mestilah menunjukkan kesinambungan dengan cara


menggunakan penanda wacana yang sesuai.

Ayat Contoh (AC)

· Anda boleh memberikan sekurang-kurangnya satu contoh.

· Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan dengan
kehendak soalan.

· Kedudukan AC boleh di mana-mana sahaja tetapi mestilah sebelum AP.

Ayat Penegas (AP)


· Merupakan ayat kesimpulan kecil bagi setiap isi.

· AP menegaskan semula AT dengan menggunakan ayat berbeza tetapi masih mengekalkan


maksud yang sama dengan AT.

Peringatan :

· Setiap isi mestilah ditulis dalam satu perenggan sahaja.

· Tidak boleh menggabungkan 2 isi dalam satu perenggan.

· Tidak boleh menulis 1 isi dalam beberapa perenggan (dikira sebagai mengulang isi).

PENUTUP ( anggaran 70 patah perkataan )

Penutup = AK + AC + AH

Ayat Kesimpulan (AK)

· Terdiri daripada satu hingga dua ayat .

· Merumuskan keseluruhan karangan.

· Tidak menyenaraikan isi yang telah ditulis dalam perenggan isi (dikira salah).
·

Ayat Cadangan (AC)

· Terdiri daripada satu hingga dua ayat.

· Memberi cadangan yang relevan dan mengaitkan dimensi dengan fokus arahan yang diberikan.

· Tidak memerlukan huraian panjang.

Ayat Harapan (AH)

· Menyatakan harapan sekiranya cadangan yang diberikan dalam AC diguna pakai dalam usaha
menangani isu yang dibincangkan.

· Menggunakan kata hubung agar / supaya / demi untuk menyambungkan AC dengan AC.

· Kaitkan dengan dasar-dasar negara atau Wawasan 2020.

Peringatan :

· Jangan memasukkan isi dalam kesimpulan.

· Perenggan kesimpulan haruslah seimbang dengan perenggan pendahuluan.

· Mesti memasukkan ayat cadangan dan harapan.


Kelebihan menggunakan formula dalam aktiviti mengarang

1. Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan.

2. Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang hendak ditulis.

3. Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk.

4. Perenggan yang seimbang dan sekata.

5. Komponen karangan lengkap – ada pendahuluan, perenggan isi yang jelas, dan kesimpulan.

Contoh penulisan menggunakan formula

FOKUS ARAHAN : LANGKAH-LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA 

PENDAHULUAN = PU + AH + AC + AA

'Bahasa jiwa bangsa', itulah frasa yang paling sesuai untuk melambangkan signifikan
sesuatu bahasa kepada bangsa-bangsa di Malaysia (PU). Pelbagai polemik telah
dibangkitkan sejak akhir-akhir ini bagi membicarakan identiti bahasa Malaysia
sebagai bahasa kebangsaan bagi sebuah rumpun bernama Malaysia (AH). Bahasa
Malaysia telah diadaptasikan daripada frasa asal 'Bahasa Melayu' yang disifatkan
berjiwa perkauman sekaligus tidak relevan dengan gagasan 1Malaysia (AC). Namun
begitu, apakah inisiatif yang perlu diimplementasikan demi memartabatkan bahasa
Malaysia dalam kalangan masyarakat? (AA)
(67 patah perkataan)

ISI = AT + AH + AC + AP

Langkah pragmatik yang patut diambil termasuklah menggesa semua urusan rasmi di
semua jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam bahasa ibunda (AT). Mutakhir ini,
jabatan-jabatan kerajaan lebih cenderung memilih bahasa Inggeris yang dianggap
berdarjat tinggi berbanding bahasa Malaysia untuk digunakan dalam urusan syarikat
mereka (AH) tamsilnya dalam mesyuarat yang diadakan (AC). Sifat nafsi yang
menggunung dalam jiwa mereka wajar diibaratkan seperti kacang lupakan kulit
kerana mereka persis mengenepikan sebuah bahasa yang telah mendewasakan
pemikiran mereka. Oleh itu, pihak-pihak ini haruslah menjaga seterusnya
memartabatkan bahasa Malaysia supaya tidak hilang ditelan zaman.

(82 patah perkataan)

PENUTUP = AK + AC + AH

Konklusinya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk meledakkan darjat


bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian, selain status
utamanya sebagai bahasa kebangsaan (AK). Janganlah kita menjadi manusia yang
khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan mementingkan bahasa asing
sebaliknya menidakkan kebolehan bahasa Malaysia untuk membawa kita ke mata
dunia. Pepatah Melayu ada menyebut, “yang kurik itu kendi, yang merah itu saga,
yang baik itu budi, yang indah itu bahasa” (AC). Oleh hal yang demikian, marilah
kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal
nirmala dan 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas' (AH).

(73 patah perkataan)

Pembahagian masa

· Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 90 minit.

· Peruntukkan masa yang saya cadangkan adalah seperti berikut:

Strategi  Masa yang dicadangkan

Membaca dan memahami arahan soalan 5 minit

Menyediakan rangka karangan 10 minit

Mengarang 55 minit

Menyemak 10 minit

Menyemak dan menyusun jawapan 10 minit

Jumlah masa 90 minit


PENILAIAN

Ciri-ciri Karangan Cemerlang

Sesebuah karangan yang cemerlang harus memenuhi kriteria-kriteria yang berikut :

· Sekurangnya-kurangnya menuis dua ungkapan menarik seperti peribahasa, hadis, cogan kata,


kata-kata orang ternama, pantun dan seumpamanya.

· Sekurang-kurangnya terdapat dua variasi ayat seperti ayat tanya, ayat majuk, ayat aktif, ayat
pasif dan seumpamanya.

· Sekurang-kurangnya terdapat dua kosa kata berdarjat tinggi seperti macapada ini, anjakan


paradigma, menggembleng sinergi dan sebagainya.

· Karangan mesti ditulis berselang sebaris antara perenggan.

· Lima perenggan isi mesti terdiri daripada isi pokok, huraian, contoh dan penegas.

· Setiap ayat yang ditulis mesti mempunyai subjek dan predikat yang lengkap.

Tulisan kemas, bersih dan selesa dipandang.

TEKNIK IMBaKUP
Terdapat pelbagai cara atau teknik yang boleh digunakan dalam menulis perenggan isi karangan.
Antaranya ialah menggunakan teknik IMBaKUP. 

Berikut merupakan keterangan bagi teknik IMBaKUP :

CONTOH TEKNIK IMBaKUP

TAJUK: Peranan ibu bapa untuk menangani gejala sosial

Isi: 

- memberikan didikan agama

Mengapa: 

1. menjadi benteng pertahanan diri yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir negatif yang
dibawa masuk melalui tingkap globalisasi

2. panduan hidup yang berkesan daripada terjerumus ke lembah kehinaan


Bagaimana:   

1. mendidik sejak kecil lagi amal makruf nahi mungkar - melentur buluh biar dari rebungnya

Kesan: 

1. takut balasan Tuhan - tidak terlibat dalam gejala sosial

2. dapat melahirkan modal insan yang beriman dan berakhlak mulia

Ungkapan Menarik: 

Albert Eistein, “Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan lumpuh.” 

Penegasan: 

Didikan agama yang mantap merupakan elemen /wahana/wadah yang berkesan untuk mengekang
gejala sosial daripada meruncing.

Contoh perenggan isi yang lengkap

        Peranan yang signifikan untuk menangani gejala sosial pada hari ini ialah ibu bapa perlulah
memberikan didikan agama yang teguh kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana agama
merupakan benteng pertahanan diri yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir negatif yang
dibawa masuk melalui tingkap globalisasi. Dengan adanya didikan agama, ia dapat menghindari anak-
anak daripada terjerumus ke lembah kehinaan seperti vandalisme, gengsterisme, merempit, ponteng
sekolah dan sebagainya.  Oleh itu, ibu bapa perlulah memberikan didikan agama sejak kecil lagi kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ini, mereka akan sentiasa melakukan amal makruf nahi
mungkar.  Sebagai kesan, anak-anak yang memiliki didikan agama yang mantap akan berasa takut akan
balasan Tuhan lalu tidak terlibat dalam gejala sosial yang akan merosakkan masa depan mereka. Secara
implisitnya, usaha kerajaan untuk modal insan yang beriman dan berakhlak mulia dapat dilahirkan serta
gejala sosial dapat ditangani. Benarlah kata Albert Eistein, “Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa
agama akan lumpuh.” Jelaslah bahawa, didikan agama yang mantap merupakan antara wahana yang
berkesan untuk mengekang gejala sosial daripada meruncing.

PENANDA WACANA ISI DAN PERKEMBANGANNYA

1.      Isi pertama:(I)

-          Salah satu langkah yang signifikan ialah ...

-          Salah satu punca yang memangkin kepada masalah ini ialah

2.      Isi yang seterusnya:

-          Selain itu,

-          Jika kita lihat / tinjau / kaji dari sudut / dimensi / perspektif yang berbeza, …

-          Seperkara lagi,

-          Pada masa yang sama,

-          Meninjau dari skop yang lebih luas,

-          Dari kaca mata yang lain,

-          Di samping itu,

-          Sementara itu,

-          Lebih-lebih lagi,

-          Seperkara lagi,
3.      Penanda wacana Mengapa (M)

-          Hal ini dikatakan / berlaku demikian kerana

-          Hal ini berlaku / terjadi kerana

-          Hal ini disebabkan oleh

-          Hal ini wujud akibat daripada

-          Hal ini bersangkut-paut dengan

-          Hal ini berpunca daripada

-          Hal ini tercetus apabila

-          Hal ini timbul apabila

-          Dalam konteks / hal ini

* * * ‘Hal’ boleh ditukarkan kepada senario / situasi / kemelut / masalah / fenomena

4.      Penanda wacana Bagaimana (Ba)

-          Dalam hal ini...

-          Dengan berbuat demikian...

-          Dengan itu,

-          Oleh sebab itu,

-          Dengan demikian,

-          Oleh hal demikian

-          Oleh yang demikian,

5.      Penanda wacana CONTOH:


-          Tamsilnya,

-          Buktinya,

-          Hal ini dapat kita lihat

-          Misalannya,

-          Contohnya / Sebagai contoh,

-          Misalnya,

-          Biar kita lihat/ Biar kita ambil contoh

-          Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah

-          Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

6.      Penanda wacana KESAN (K)

-          Sehubungan dengan itu,

-          Ekoran daripada peristiwa / isu itu,

-          Rentetan daripada hal itu,

-          Lanjutan daripada ....,

-          Implikasinya / impaknya,

-          Kesannya,

-          Natijahnya,... (kesan negatif sahaja)

7.      Penanda memulakan atau memasukkan PERIBAHASA/UNGKAPAN (U)

-          bak / persis kata peribahasa, .......


-          bak / persis kata peribahasa Melayu, ............

-          bak / persis kata orang tua-tua, ...........

-          bak / persis kata mutiara, .........

-          bak / persis kata peribahasa, ............

-          bak / persis kata cendekiawan, .............

-          Hal ini sama dengan peribahasa ..........

-          Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......

-          Fenomena ini dikatakan

-          Masalah ini sama dengan peribahasa ...........

8.      Penanda wacana PENEGASAN (P)

-          Ringkasnya

-          Tegasnya,

-          Izharlah bahawa

-          Sesungguhnya,

-          Pendek kata,

-          Jadi, 

-     Oleh itu,

You might also like