Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

TERHAD

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


2022

Soalan dan Skema Jawapan


(untuk Skrip Contoh)
Kerja Kursus Bahasa Melayu Semester 2
(910/4: Penulisan Esei Berformat)

Nama: _______________________________________________

No. Kad Pengenalan: _______________________________________________

Tandatangan:

PERINGATAN:
Soalan dan skema jawapan ini merupakan contoh soalan yang dipilih daripada sekolah yang
dipantau oleh MPM. Soalan dan skema jawapan ini hanya untuk kegunaan Mesyuarat Penyelarasan
Kebangsaan dan Taklimat Kerja Kursus Bahasa Melayu Semester 2 tahun 2022. Soalan dan skema
jawapan ini tidak boleh dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan.
TERHAD
Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan berdasarkan satu
daripada tajuk-tajuk di bawah.

Soalan 1: Laporan

Anda merupakan pengerusi sebuah kelab sukan dan permainan di sekolah. Anda diminta
menyediakan laporan tentang punca kelab sukan dan permainan yang kurang memberangsangkan dan
usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan prestasi kelab tersebut. Sediakan laporan
anda dengan selengkapnya.

Skema jawapan

Jawapan mestilah dalam bentuk laporan.

1.0 Pengenalan
- Latar belakang kelab
- Prestasi kelab
- Pencapaian semasa
- Tujuan laporan

2.0 Punca Kemerosotan Prestasi Kelab


2.1 Kekurangan pemain berbakat
2.2 Kelemahan jurulatih
2.3 Kekurangan komitmen pemain

3.0 Langkah-langkah untuk Meningkatkan Prestasi Kelab


3.1 Jadikan kelab bertaraf profesional pepenuhnya
3.2 Mendapatkan jurulatih luar

4.0 Kesimpulan

Laporan disediakan oleh

Tandatangan
NAMA DALAM HURUF BESAR
JAWATAN

3
Soalan 2: Format Syarahan

Bersempena dengan Kempen Anti Merokok, anda telah dipilih untuk mewakili Majlis Pelajar
Tingkatan Enam sekolah anda dalam pertandingan syarahan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Fokus syarahan anda tentang punca-punca remaja merokok. Tulis teks syarahan anda itu
selengkapnya.

Skema jawapan

Esei hendaklah ditulis berdasarkan format syarahan, yang mengandungi kata alu-aluan, kata sapaan,
dan penutup yang sesuai. Perenggan 1 mengandungi kata alu-aluan dan tajuk sahaja, manakala
perenggan 2 mengandungi pendahuluan karangan.

Pendahuluan
 Rokok ialah tembakau yang dibalut/dibalut dengan kertas/perlu dibakar/asapnya disedut.
 Jenis rokok/harga rokok/cukai.
 Kesan merokok.

Isi (punca-punca remaja merokok)


IS1 Pengaruh rakan sebaya
IS2 Kekeliruan identiti mendorong para remaja untuk merokok
IS3 Ibu bapa kurang memberikan perhatian dan pemantauan
IS4 Kelemahan penguatkuasaan undang-undang
IS5 Pengaruh media massa dan sosial
IS6 Tekanan dalam kehidupan
IS7 Pengaruh anggota masyarakat yang dihormati, ternama

Kesimpulan
 Merokok tiada membawa kebaikan.
 Penghisap rokok menanggung kerugian ekonomi/kesihatan. Hanya para peniaga mendapat
keuntungan.
 Semua pihak, khususnya ibu bapa memantau anak-anak agar tidak terlibat dalam gejala merokok.

4
Soalan 3: Format Teks Ucapan

Sempena program “Sehari Sebuah Buku”, anda selaku pengetua di salah sebuah sekolah di daerah
Tawau diminta untuk menyampaikan ucapan kepada seluruh murid anda tentang langkah-langkah
yang boleh diambil bagi menjayakan program tersebut. Sediakan teks ucapan tersebut selengkapnya.

Skema jawapan

Esei hendaklah ditulis berdasarkan format teks ucapan, yang mengandungi kata alu-aluan, kata
sapaan, dan penutup yang sesuai. Perenggan 1 mengandungi kata alu-aluan dan tajuk sahaja,
manakala perenggan 2 mengandungi pendahuluan karangan.

Pendahuluan
 Gambaran tentang membaca sebagai satu cara mendapatkan ilmu pengetahuan.
 Definisi program “Sehari Sebuah Buku”.
 Merujuk kepada arahan soalan tentang tajuk ucapan yang akan disampaikan.

Isi (langkah-langkah menjayakan program “Sehari Sebuah Buku”)


IS1 Memupuk kesedaran seluruh murid tentang program ini
IS2 Membuka pusat sumber dan perpustakaan sekolah sepanjang masa bermula 7:00 pagi hingga
6:30 petang sepanjang tempoh program
IS3 Menyemak rekod pembacaan buku di kalangan murid
IS4 Mempromosikan program ini secara aktif
IS5 Mengadakan pertandingan yang berkaitan dengan program ini
IS6 Mengadakan kerjasama dengan badan korporat
IS7 Mengadakan lawatan ke tempat ilmiah

Kesimpulan
 Berharap supaya program ini memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah.
 Menjadi tanggungjawab kolektif semua piak untuk menjayakan program ini.
 Hasrat Malaysia menuju Wawasan 2020 dengan membentuk masyarakat yang berilmu dan
bertamadun tinggi.

5
Soalan 4: Format Ceramah

Anda sebagai pegawai kesihatan dari Jabatan Kesihatan Daerah telah diminta untuk menyampaikan
ceramah kepada sekumpulan penduduk dalam kempen menghapuskan nyamuk Aedes di sebuah
taman perumahan. Fokus ceramah anda adalah tentang langkah-langkah mencegah demam denggi.
Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.

Skema jawapan

Esei hendaklah ditulis berdasarkan format ceramah, yang mengandungi kata alu-aluan, kata sapaan,
dan penutup yang sesuai. Perenggan 1 mengandungi kata alu-aluan dan tajuk sahaja, manakala
perenggan 2 mengandungi pendahuluan karangan.

Pendahuluan
 Demam denggi ialah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk
Aedes Aegypti.
 Tanda-tanda demam denggi: demam panas, sakit kepala, sakit sendi-sendi, loya dan muntah,
ruam dan sakit biji mata

Isi (langkah mencegah denggi)


IS1 Memusnahkan tempat pembiakan nyamuk
IS2 Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
IS3 Melindungi diri daripada terkena gigitan nyamuk
IS4 Menghindari kawasan yang berisiko tinggi
IS5 Mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan
IS6 Menyebarluaskan maklumat tentang bahaya demam denggi

Kesimpulan
 Demam denggi boleh membahayakan kesihatan seseorang sehingga membawa maut.
 Semua pihak perlu berganding bahu dalam usaha menghapuskan nyamuk aedes.
 Usaha ini hendaklah sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk kesihatan dan kesejahteraan
hidup.

6
Soalan 5: Format Memorandum

Penyiaran iklan makanan segera dan makanan ringan melalui media massa dilihat semakin
membimbangkan dari hari ke hari. Sebagai pengerusi Persatuan Pengguna di tempat anda, anda
diminta untuk mengemukakan satu memorandum kepada Menteri Penerangan, Komunikasi, dan
Kebudayaan. Dalam memorandum tersebut, anda ingin menyatakan kekesalan tentang kesan negatif
penyiaran iklan tersebut, di samping menggariskan beberapa usul yang perlu diambil bagi mengatasi
masalah tersebut. Tulis memorandum itu selengkapnya.

Skema jawapan
Jawapan mestilah dalam bentuk memorandum.

MEMORANDUM

Kepada:
Daripada:

1.0 Pendahuluan
 Iklan memainkan peranan penting.
 Iklan disiarkan melalui televisyen, radio, surat khabar, dan media sosial.
 Pelbagai kesan iklan makanan segera dan makanan ringan.
 Beberapa langkah perlu diambil.

2.0 Pernyataan Masalah


Pihak persatuan berasa kesal kerana penyiaran iklan makanan segera dan makanan ringan
mendatangkan banyak kesan negatif kepada penonton.
2.1 Penonton mudah terpengaruh
2.2 Makanan kurang berkhasiat
2.3 Pembaziran wang kerana harganya mahal

3.0 Usul
3.1 Menetapkan garis panduan
3.2 Kekerapan siaran perlu dikurangkan
3.3 Menguat kuasakan undang-undang

4.0 Kesimpulan
 Pelbagai kesan negatif penyiaran iklan makanan segera dan makanan ringan.
 Penyiaran iklan perlu dikawal dan dipantau.
 Semoga rakyat terus sihat.

Disediakan oleh, Tarikh

Tandatangan
(NAMA DALAM HURUF BESAR)
Jawatan

7
Soalan 6: Format Minit Mesyuarat

Persatuan Bahasa Melayu Kolej Tingkatan Enam Bandar Baru Uda telah mengadakan mesyuarat
untuk membincangkan perancangan dan pelaksanaan Bengkel Tatabahasa. Sebagai setiausaha
persatuan, anda dikehendaki untuk menyediakan minit mesyuarat tersebut.
Sediakan minit tersebut selengkapnya.

Skema jawapan

Format jawapan mestilah dalam bentuk minit mesyuarat.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUSA BENGKEL TATABAHASA


PERSATUAN BAHASA MELAYU KTE BANDAR BARU UDA, SELANGOR
BIL.2/2022
Tarikh: 22.2.2022
Hari: Selasa
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Dewan Pristana KTE Bandar Baru Uda
Selangor

Kehadiran:

Yang Hadir

Yang Turut Hadir

Yang Tidak Hadir

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Ucapan Pengerusi
1.2 Menyatakan tujuan mesyuarat
1.3 Harapan pengerusi

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

3.0 Perkara Berbangkit


3.1 Perubahan tarikh dan tempat
3.2 Bayaran penyertaan

4.0 Perbincangan Aktiviti


4.1 Aktiviti yang akan dilaksanakan
Slot 1: Ceramah Tatabahasa 1
Slot 2: Ceramah Tatabahasa 2
Slot 3: Bengkel
Slot 4: Pembentangan dan perkongsian ilmu
Slot 5: Rumusan
Tindakan: Makluman

4.2 Pembahagian Tugas


Tindakan: AJK yang berkenaan

8
4.3 Penceramah Bengkel Pemantapan Tatabahasa
Tindakan: Setiausaha

4.4 Kos/Kewangan
Tindakan: Bendahari

5.0 Hal-hal Lain

5.1 Lawatan Sambil Belajar ke DBP


Tindakan: Makluman

5.2 Kutipan Derma untuk pelajar miskin


Tindakan: Makluman

6.0 Penangguhan/Penutup Mesyuarat

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(NAMA DALAM HURUF BESAR) (NAMA DALAM HURUF BESAR)


JAWATAN JAWATAN

9
Soalan 7: Format Kertas Cadangan

Kelab Seni & Kreatif kolej anda bercadang untuk mengadakan pertunjukan fesyen pakaian daripada
barangan terpakai sempena Hari Kitar Semula peringkat sekolah. Tujuannya adalah untuk
memberikan pendedahan kepada warga sekolah tentang kepentingan kitar semula bagi menjaga alam
sekitar. Sebagai setiausaha persatuan, anda dikehendaki menyediakan kertas cadangan untuk program
tersebut bagi mendapatkan kelulusan pengetua. Sediakan kertas cadangan tersebut selengkapnya.

Skema jawapan

Jawapan mestilah menepati format kertas cadangan.

LOGO

KOLEJ TINGKATAN ENAM SERI ISTANA

KERTAS CADANGAN

CADANGAN UNTUK MENGADAKAN PERTUNJUKAN FESYEN PAKAIAN


DARIPADA BARANGAN TERPAKAI SEMPENA HARI KITAR SEMULA
PERINGKAT KOLEJ

ANJURAN
KELAB SENI DAN KREATIF KOLEJ TINGKATAN ENAM SERI ISTANA

10
1.0 Pengenalan
 Kelab Seni dan Kreatif kolej ingin mengadakan pertunjukan fesyen pakaian daripada
barangan terpakai sempena Hari Kitar Semula.
 Untuk memberikan pendedahan kepada warga kolej tentang kepentingan kitar semula.
 Penganjurannya pada tahun yang lalu mendapat sambutan.

2.0 Objektif Program


Program ini mempunyai objektif seperti yang berikut, iaitu:
2.1 melatih pelajar mempraktikkan amalan kitar semula dalam kehidupan
2.2 memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam diri pelajar
2.3 menerapkan nilai kesedaran dan nilai tanggungjawab terhadap diri dengan adanya aktiviti
mengitar semula

3.0 Rasional
Program ini diadakan atas pertimbangan yang berikut:
3.1 Mendedahkan pelajar dengan amalan kitar semula bagi memberikan kesedaran
tentang kepentingan kitar semula
3.2 Menarik minat pelajar untuk menjaga kebersihan dan menimba pengalaman
yang diperoleh dan menyedarkan mereka tentang adanya barangan yang
boleh dikitar semula
3.3 Menimbulkan kesan terhadap setiap pelajar untuk mengitar semula barangan
yang boleh digunakan semula
3.4 Menerapkan beberapa amalan yang berkesan untuk mengitar semula

4.0 Tarikh, Hari, Masa, dan Tempat


4.1 Tarikh:
4.2 Hari:
4.3 Masa:
4.4 Tempat

5.0 Peserta
Anggaran peserta adalah seramai 180 orang. Pelajar tingkatan enam wajib menyertainya.Yuran
adalah sebanyak RM15.00.

6.0 Tetamu Kehormat/Jemputan


(i) Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kangsar
(ii) Pereka Fesyen Melinda Looi (juri undangan)
(iii) Pengetua Kolej Tingkatan 6 Seri Istana
(iv) Pengerusi PIBG
(v) Guru Penasihat

7.0 Program Tentatif

Tarikh/hari Masa Aktiviti Catatan


7 Mac 2022 8:00-9:00 pg Ceramah tentang kitar
semula
8 Mac 2022 2:30-4:30 ptg Aktiviti mengumpul
bahan terpakai
9 Mac 2022 2:30-4:30 ptg Mereka fesyen
10 Mac 2022 2:30-4:30 ptg Pertandingan peringkat
saringan
11 Mac 2022 8:00-10:00 pg Pertandingan akhir Juri undangan

11
8.0 Kewangan
Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan

Pendapatan (RM) Perbelanjaan (RM)


Pungutan yuran penyertaan XXX.XX Hadiah pertandingan XXX.XX
Sumbangan PIBG XXX.XX Bayaran kepada juri XXX.XX
Sumbangan persatuan XXX.XX Makanan dan minuman XXX.XX
Sumbangan juri XXX.XX Lain-lain XXX.XX
Jumlah XXXX.XX Jumlah XXXX.XX

9.0 Jawatankuasa
Penaung: Pengetua
Penasihat: Guru Persatuan Kelab Seni dan Kreatif
Pengerusi: Danish Harriz bin Malek
Setiausaha: Aira Nabila binti Izuan
Bendahari: Nabil bin Hisham
AJK Pelaksana:
(i) Pendaftaran: Azwan Hafir (Ketua)
(ii) Jamuan: Alia Amir (Ketua)
(iii) Jemputan dan sambutan: Kamalia Kamal (Ketua)
(iv) Buku program: Wani Wahab (Ketua)
(v) Siar raya: Norman Ismail (Ketua)
(vi) Dokumentasi: Katrina Kassim (Ketua)

10.0 Penutup
Persatuan berharap agar program ini mendapat sokongan kewangan dan moral, bimbingan, serta
nasihat. Persatuan yakin bahawa program ini akan berhasil dan mencapai objektifnya.

Disediakan oleh,

Airanabila
(AIRA NABILA BINTI IZUAN)
Setiausaha Kelab Seni dan Kreatif
Kolej Tingkatan Enam Seri Istana
7 Januari 2022

Disemak dan disokong oleh,

Juliza Jamal
(JULIZA BINTI JAMAL)
Guru Penasihat Kelab Seni dan Kreatif
Kolej Tingkatan Enam Seri Istana
7 Januari 2022

Diluluskan oleh

Zahidiishak
(ZAHIDI BIN ISHAK)
Pengetua Kolej Tingkatan Enam Seri Istana
9 Januari 2022

12
Soalan 8: Format Surat Kiriman Rasmi

Jalan raya di kampung anda berada dalam keadaan yang teruk untuk sekian lama. Keadaan ini amat
berbahaya kepada penduduk terutamanya kanak-kanak dan warga emas. Selaku setiausaha
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, anda telah diminta oleh ahli-ahli untuk
mengemukakan surat aduan kepada pihak berkenaan agar masalah yang dihadapi dapat diselesaikan.
Tulis surat berkenaan selengkapnya.

Skema jawapan
Jawapan mestilah dalam bentuk surat kiriman rasmi.

Nama pengirim,
Alamat pengirim,
………………………..
………………………..

Nama penerima,
Alamat penerima
………………………..
……………………….. Tarikh

Tuan,

Aduan tentang Keadaan Jalan Raya yang Teruk di Kampung …………………………………………..

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Saya selaku Setiausaha JKKK Kampung …………….. ingin membuat aduan kepada pihak
tuan tentang keadaan jalan raya yang teruk di kampung saya. Pihak JKKK pernah membuat aduan
pada tahun lepas, namun tiada tindakan yang diambil.

3. Keadaan jalan raya di kampung ………………… adalah seperti yang berikut:


(i) Keadaan jalan yang berlubang-lubang. Keadaan ini menyukarkan pemandu terutamanya
pemandu motosikal. Hal ini lebih berbahaya apabila musim hujan kerana lubang-lubang
tersebut digenangi air. Pemandu kenderaan tidak nampak akan lubang-lubang tersebut
yang menyebabkan banyak kemalangan berlaku.
(ii) Jalan raya sempit. Keadaan ini menyukarkan pemandu, lebih-lebih lagi apabila berselisih
dengan kenderaan berat seperti lori dan bas. Keadaan ini juga menyebabkan keadaan
jalan sesak kerana apabila bas berhenti mengambil penumpang, kenderaan di belakangnya
tidak dapat memotongnya. Hal ini menimbulkan tekanan kepada penduduk kampung ini,
terutamanya pada waktu puncak iaitu waktu pergi dan balik kerja.
(iii) Permukaan jalan yang pecah dan berpasir. Keadaan ini amat membahayakan kenderaan
terutamanya motosikal kerana keadaan tersebut menyebabkan pemandu motosikal
memandu dalam keadaan tidak stabil dan berdebu. Jalan yang berpasir juga
menyebabkan jalan menjadi licin dan motorsikal mudah terbabas. Telah banyak
kemalangan motorsikal berlaku di jalan ini.

13
4. Semoga aduan ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak
tuan demi keselamatan penduduk kampung ……………………

5. Atas kerjasama yang diberikan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

……………………………………….
NAMA PENUH
Jawatan

14

You might also like