Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

TIPS MENULIS ULASAN (15 MARKAH)

1. MEMPUNYAI SATU PERENGGAN SAHAJA.


2. TIDAK KURANG DARIPADA 80 PATAH PERKATAAN DAN TIDAK MELEBIHI 100 PP.
3. MEMPUNYAI ISI TERSURAT DAN ISI TERSIRAT
4. ISI TERSURAT DIPEROLEH DARI BAHAN RANGSANGAN DAN ISI TERSIRAT DICARI OLEH
PELAJAR SENDIRI
5. MENGANDUNGI PENANCA WACANA SEPERTI :
- Selain itu,
- Antaranya,
- Seterusnya,
- Di samping itu,
- Hal ini demikian kerana,
6. MELETAKKAN JUMLAH PATAH PERKATAAN DI BAWAH SEBELAH KANAN ULASAN.
7. KIRA JUMLAH PERKATAAN DENGAN TEPAT.
A. DIKIRA SEBAGAI SATU
- Kata nama khas. Contoh : Hospital Ampang
- Kata ganda. Contohnya : murid-murid
- kata majmuk : jentera
B. DIKIRA SEBAGAI 2
- kata nama am
- penanda wacana
CONTOH ULASAN

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut,
tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Menyebabkan
masalah
kesihatan

Menjejaskan
KESAN-KESAN Mengehadkan jarak
penglihatan
kualiti udara
JEREBU

Mengganggu
aktiviti harian

Contoh Jawapan Lengkap

Sejak kebelakangan ini, negara kita sering dilanda jerebu. terdapat


banyak kesan buruk akibat jerebu. Antaranya ialah akan menyebabkan
seseorang mudah menghidapi masalah kesihatan. Contohnya, masalah
pernafasan, batuk dan asma akan berlarutan. Selain itu, jerebu juga akan
menjejaskan kualiti udara. Kita tidak digalakkan melakukan aktiviti luar atau
riadah kerana tidak selamat apabila berada di luar rumah. Di samping itu,
mengganggu aktiviti harian kerana kita tidak digalakkan keluar dari rumah
akibat asap jerebu tebal. Seterusnya, jerebu juga mengehadkan jarak
penglihatan pemandu menyebabkan pandangan kabur dan berkemungkinan
menghadapi sakit mata. Akhir sekali, jerebu berlaku disebabkan oleh pelbagai
faktor, oleh itu kita perlulah menjaga alam sekitar untuk mengelakkan
berlakunya jerebu.

( 106 patah perkataan )

You might also like