Screenshot 2022-03-21 at 12.07.01 AM

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

SlideShare uses cookies to improve functionality !

and performance, and to provide you with


relevant advertising. If you continue browsing the
site, you agree to the use of cookies on this website.
See our User Agreement and Privacy Policy.

Search %

Report kerja kayu ! " #

sppj1415

Jan. 07, 2016 • 6 likes • 19,916 views

$ Download Now

fakulti pendidikan-utm
Education

Recommended
Report kayu keyong
sppj1415

Keceriaan Bengkel
mzuraidy

Laporan kayu
sppj1415

jenis-jenis tanggam
ImanFitroni_PTSB

Report kayu
sppj1415

Bahan kerja kayu


Pak Sam

Sains Sukan
AsmidahIsdal

Bab 1.rekabentuk dan teknologi


Zaimi Husni

sains sukan penggsal 12.3 & 2.4


AsmidahIsdal

Pengurusan penyenggeraan
mohd Ikbal

More Related Content

" Report kerja kayu


1. 1. Page | i LAPORAN PROJEK KAYU TAJUK PROJEK:
PENYANGKUT KUNCI NAMA DAN KOD KURSUS : ASAS
KETUKANGAN (SPPE1012) FAKULTI: FAKULTI
PENDIDIKAN NAMA PELAJAR : ELLI AMIRAH BINTI
AZLAN NO MATRIK : A14PP3014 NAMA PENSYARAH : DR.
AMIRMUDDIN BIN UDIN TARIKH HANTAR: 23 /12/2015
MARKAH TUGASAN
2. 2. Page | ii ISI KANDUNGAN PENGENALAN ii BAB 1
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL 1 BAB 2
ALATAN TANGAN DALAM KERJA KAYU 5 BAB 3 LAPORAN
DALAM PROJEK KAYU 33 3.1 BAHAN 33 3.2 PERALATAN
33 3.3 BAHAN ALATAN KEMAS 33 3.4 LANGKAH-
LANGKAH KERJA 34 3.5 HASIL PROJEK 36 BAB 4
PERBINCANGAN 37 BAB 5 KESIMPULAN 37 BAB 6
RUJUKAN 37
3. 3. Page | iii PENGHARGAAN Pertama sekali, saya amat
bersyukur ke atas Illahi limpah kurinaNya saya dapat
menyiapkan laporan amali kayu ini dengan sempurna.
Saya juga amat berterima kasih kepada pensyarah saya
iaitu Dr. Amirmuddin Bin Udin yang telah banyak
menunjukkan serba sedikit yang dapat membantu saya
menyiapkan projek amali ini dengan jayanya. Saya juga
amat berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya
kerana dapat menampung semua perbelanjaan saya
dalam menyiapkan laporan projek amali kayu ini. Ibu
bapa saya juga telah menyokong saya untuk
menyiapkan projek amali kayu ini. Tidak lupa juga,
saya amat berterima kasih kepada rakan seperjuangan
saya kerana banyak membantu saya serba sedikit
dalam menyiapkan projek amali kayu ini. Mereka juga
telah menunjuk ajar sedikit sebanyak dalam
mengasilkan projek kayu yang terbaik ini. Sekian
Terima Kasih.
4. 4. Page | 1 BAB 1: ORGANISASI DAN PENGURUSAN
BENGKEL 1.1 ORGANISASI BENGKEL Secara umumnya,
organisasi adalah bermaksud, kesatuan atau gabungan
merangkumi manusia, alatan, kemudahan-kemudahan
dan bahan-bahan yang semuanya diselaraskan dan
disusun secara sistematik untuk mencapai matlamta
tertentu.‟Organisasi bengkel dan keselamatan
merupakan sistem pengurusan yang memerlukan
kerjasama diantara guru dan pelajar. Sistem ini dapat
menjamin keadaan bengkel yang teratur dan selamat
semasa bekerja.Organisasi makmal dan keselamatan
adalah aspek yang penting dalam pengurusan bengkel.
Dengan adanya struktur organisasi yang lebih baik dan
bersistematik, pengurusan bengkel adalah menjadi
lebih mudah dan berkesan. Aspek ini penting
diamalkan kerana: a) Memastikan setiap tugasan yang
di jalankan didalam bengkel berjalan dengan lancar
dan sempurna. b) Memastikan tugasan bengkel
sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih. c)
Memastikan semuakan tugasan makmal dapat
dijalankan dengan teratur dan sistematik mengikut
jadual yang telah di tetapkan. d) Memastikan alat dan
kelengkapan berada dalam keadaan teratur, baik dan
tidak rosak. e) Mengelakkan daripada berlaku
kemalangan semasa berada didalam bengkel dan
ketika menggunakan alatan yang terdapat dalam
bengkel. 1.2 PENGURUSAN BENGKEL Pengurusan pula
adalah satu aktiviti perancangan dan pergerakan atau
panduan oleh sesebuah organisasi atau institusi
berhubung dengan segala kaedah, peraturan,
tanggungjawab,dan tugas individu. Ia juga sebagai satu
proses sosial menetukan tanggumgjawab untuk
kecekapan atau kekesanan perancangan dan
pengendalian sesuatu tugas yang dilaksanakan. Tujuan
pengurusan bengkel yang berkesan adalah: a)
Merancang meningkatkan pengurusan bengkel yang
sistematik, efisyen dan produktif berteraskan konsep
tanpa cacat. b) Mewujudkan keselamatan bengkel,
alatan dan bahan. c) Mengelakkan pembaziran bahan
dan menjimatkan masa kerja.
5. 5. Page | 2 d) Mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan bengkel yang
kondusif lagi selamat. e) Menghasilkan produk yang
lebih bermutu, menjimatkan bahan dan masa yang
diperlukan untuk melaksanakan kerja amali seperti
yang dirancang. f) Menerapkan nilai-nilai murni di
kalangan pelajar. g) Mencegah daripada berlakunya
kemalangan ketika melakukan kerja amali. 1.3
PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL 1.3.1
PENGENALAN Sebelum kita memasuki bengkel atau
makmal maka perlulah kita mengetahui tentang
keselamatan di dalam bengkel atau makmal tersebut.
Pada peringkat awal, pensyarah akan menerangkan
peraturan keselamatan kepada pelajar-
pelajar.Peraturan keselamatan dalam bengkel haruslah
dipelajari dari semasa-kesemasa. Sewaktu kita bekerja
maka perlukan kita berwaspada bagi menggelakkan
satu kejadian yang tidak diingini berlaku. Punca-punca
keselamatan yang berkaitan dengan alat-alat perlulah
dikenalpasti dan tabiat kerja yang baik serta selamat
perlulah diamalkan selalu. Demikian juga bagi
membolehkan semua kerja-kerja atau peralatan
berkeadaan baik. Setiap kerja yang dilakukan di dalam
bengkel mesti dilaksanakan dengan
mempertimbangkan keselamatan diri sendiri dan juga
orang lain yang berada dipersekitaran kita. Terdapat
tiga bahagian yang penting dalam aspek keselamatan
di bengkel. Antaranya ialah: a) Keselamatan bengkel b)
Keselamatan alatan c) Keselamatan diri 1. Peraturan
Am Bengkel a) Bengkel hendaklah sentiasa berada
dalam keadaan yang bersih dan teratur. b) Tempat khas
disediakan untuk menyimpan alatan. c) Hendaklah
memastikan semua alat kawalan dan perlindungan
elektrik bengkel berfungsi dengan baik. d) Laporkan
kepada guru sekiranya terdapat satu keadaan bahaya.
e) Pastikan semua suis ditutup ketika meninggalkan
bengkel.
6. 6. Page | 3 f) Tidak bermain di bengkel. g) Tidak
menumpahkan minyak di atas lantai. h) Memastikan
bengkel dibekalkan dengan alat pemadam api i)
Memastikan bengkel sentiasa cerah dan mempunyai
pengudaraaan yang baik. j) Memastikan bengkel
dibekalkan dengan peti pertolongan cemas. k) Sentiasa
peka dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. l)
Sentiasa bersikap bertimbang rasa dan sentiasa
membantu rakan sekerja atau sekelas. m) Menyediakan
peralatan yang berkaitan sahaja dengan kerja amali
yang dilakukan. n) Hendaklah melaporkan dengan
segera kepada guru jika terdapat alatan dan mesin
yang digunanakan rosak dan merbahaya kepada orang
lain jika digunakan. o) Kesemua jenis alat yang tajam
hendaklah dibawa dengan matanya sentiasa menghala
kearah bawah. p) Membawa barang yang merbahaya
atau yang panjang melalui laluan yang luar supaya
tidak merbahaya kepada diri sendiri, orang lain dan
objek itu sendiri. 2. Peraturan Keselamatan Alatan a)
Pastikan alatan dalam keadaan selamat sewaktu
digunakan. b) Gunakan alatan yang sesuai dengan
kerja yang dilakukan. c) Bersihkan alatan yang telah
digunakan. d) Laporkan kepada guru sekiranya alatan
yang digunakan itu rosak, hilang dan merbahaya untuk
digunakan. e) Menyimpan semua kayu yang tidak
digunakan untuk projek dalam setor selepas habis
kerja. f) Menyimpan barang-barang yang mudah
terbakar di tempat yang selamat. 3. Peraturan
Keselamatan Diri a) Hendakalah sentiasa mematuhi
peraturan bengkel. b) Hendaklah melengkapkan diri
dengan pengetahuan rawatan asas pertolongan cemas.
c) Laporkan kepada guru serta-merta sekiranya berlaku
kemalangan. d) Pemakaian seperti jaket, tali leher,
barang-barang kemas perlu dielakkan semasa
melakukan kerja-kerja bengkel. e) Seseorang yang
berambut panjang perlu mengikat rambutnya.
7. 7. Page | 4 f) Baju berlengan panjang perlu digulung
hingga ke siku. g) Gunakan kasut yang sesuai. h) Beri
perhatian kepada kerja dan alatan yang digunakan. i)
Jangan melakukan kerja-kerja bengkel dalam keadaan
yang penat, mengantuk atau kurang sihat. j) Gunakan
cermin mata keselamatan dan alat pelindung muka
untuk melindungi mata. k) Gunakan alat perlindungan
telinga ketika menggukan mesin-mesin elektrik. l)
Gunakan alat penapis habuk ketika berada dalam
bengkel kayu. m) Menutup suis setiap kali hendak
melakukan penyesuaian. n) Mendapatkan kebenaran
daripada guru sebelum menggunakan mesin. 1.4
PERALATAN KESELAMATAN BENGKEL 1.4.1
PENGENALAN Di dalam susunan keutamaan mengenai
langkah-langkah kawalan yang diambil untuk
keselamatan dan kesihatan di bengkel, kegunaan
peralatan keselamatan untuk mencapai matlamat ini,
berada di tahap yang paling rendah berbanding
dengan langkah-langkah kawalan yang lain seperti
penghapusan penggunaan bahan-bahan berbahaya
melalui proses- proses baru; penggantian bahan-bahan
berbahaya dengan bahan-bahan yang kurang
berbahaya melalui pengubahsuaian proses;
pengurangan kegunaan bahan-bahan berbahaya dan
akhir sekali kawalan kejuruteraan seperti peredaran
udara,pengasingan proses dan lain- lain bagi
mengurangkan pendedahan. Peralatan keselamatan
diri: i. Cermin mata keselamatan (gogle) ii. Pelindung
muka iii. Sarung tangan iv. Selimut kebakaran v. Kasut
(safety boot) vi. Pelindung telinga vii. Peti pertolongan
cemas (first aid) viii. Alat pemadam api
8. 8. Page | 5 BAB 2: ALATAN TANGAN DALAM KERJA KAYU
2.1 ALAT MENGUKUR DAN MENANDA a) Pembaris keluli
Pembari keluli ini diperbuat daripada keluli
berkarbon tinggi yang tahan karat dan keras.
Permukaan pembaris keluli ini ditandai dengan ukuran
imperial (inci dan kaki) dan juga metric (sentimeter dan
meter). terdapat tiga saiz,adalah 150mm, 300mm
1000mm. Digunakan pengukuran panjang.
Kegunaan alat ini ialah untuk: i. Mengukur dan
memindahkan ukuran ii. Membina garisan lurus pada
permukaan. iii. Menguji keratan permukaan b) Pita
pengukur Pita pengukur ini diperbuat daripada
plastik atau keluli. Saiz biasa pita ini 3 meter, 5 meter,
7.5 meter dan 8 meter. Unit yang digunakan adalah
imperial (inci dan kaki) dan juga metrik (sentimeter
danmeter) Ukurunya tepat Kegunaan pita
pengukur ialah: i. mengukur jarak yang pendek serta
panjang. ii. memindahkan ukuran c) Pisau penanda
Diperbuat daripada jenis keluli khas. Kegunaan pisau
penanda adalah: i. Untuk menanda garisan yang akan
dipotong dengan mrnggunsksn
9. 9. Page | 6 gergaji atau pahat semasa membuat
tanggam. ii. Terdapat pisau penanda yang bergabung
iaitu untuk menanda dan memotong veneer atau
polywood tidak lebih dari 4mm. d) Pensil tukang
Mata dan badan pensil tukang ini lebar dan besar.
Permukaannya berbentuk segi empat tepat dan pensil
ini direka khas untuk kerja kasar sahaja. Kegunaan: i.
Untuk membuat garisan semasa kerja merancang
tanda. ii. Untuk menanda bentuk atau bahagian benda
kerja dan lain-lain e) Pembaris lipat Pembaris lipat
diperbuat daripada kayu keras yang boleh dilipat.
Hujung pembaris ini diperkuat dari Loyang supaya
tahan lasak. Saiznya berbeza-beza daripada saiz
90cm hingga 480cm. Alat ini berfungsi sebagai alat
pengukur atau memindahakan ukuran ke benda kerja
yang sedang dibuat. f) Aras spirit Aras spirit ini
digunakan untuk menentukan keadaan mendatar bagi
penyilang ufuk dan penyilang pugak. Skru klip dan skru
pelarasan gelembung digunakan untuk mengubah
kedudukan. Gelembung mesti dilaraskan supaya
berada di tengah-tengah. Diperbuat daripada logaam
atau kayu yang lurus dan rata pada kedua-dua
mukanya. Panjang aras spirit biasanya diantara 200
milimeter hingga 1.5 meter. g) Sesiku serong boleh
laras Bentuk badannya serupa dengan sesiku‟L‟
tetapi matanya tidak dipasang tetap.
10. 10. Page | 7 Panjang matanya antara 150mm hingga
400mm. Sudutnya boleh berubah-ubah dengan
diketatkan skru. Digunakan untuk menguji dan
menandakan sesuatu garisan yang sudutnya lain
daripada 45˚ dan 90˚ h) Sesiku bergabung Badan
matanya diperbuat daripada keluli. Matanya boleh
dilaraskan atau diubahsuaikan kedudukan pada
badannya. Badannya mempunyai satu muka yang
bersudut 90˚ dan mukanya yang lain bersudut 45˚
dengan matanya. i) Tolok penanda Tolok penanda
diperbuat daripada kayu. Tolok penanda mempunyai
badan dan pelaras. Mata yang terdapat pada kayu
pelaras. Terdapat dua jenis tolok penanda iaitu Tolok
Penanda Satu Paku (mata) dan Tolok Penanda
Tanggam Puting (dua mata). Kegunaannya:
Digunakan untuk menandai ukuran tebal atau lebar
kayu. Tebal atau lebar kayu itu dapat ditandai
dengan garisan selari dengan iras kayu yang dibuat
pada sisi atau permukaan kayu. Garisan ini
menunjukkan tebal atau lebar ukuran kayu dalam
ukuran yang seragam. Cara menanda tebal kayu,
garisan selari dibuat pada sisi kayu lebar kayu, garisan
selari dibuat pada permukaan kayu. Langkah
keselamatan: berhati-hati agar tangan tidak terkena
mata taji yang tajam. j) Angkup vernier Digunakan
untuk mengukur, menguji dan menanda.
11. 11. Page | 8 Unit ukuran Metrik dan imperial.
Ukuran yang boleh diambil ialah diameter luar,
diameter dalam, panjang dan ke dalaman. k)
Mikrometer Digunakan untuk mengukur, menguji
dan menanda. Unit ukuran dalam metrik dan
imperial. Ukuran boleh diambil pada diameter luar,
diameter dalam, panjang dan kedalaman. Jenis-jenis
micrometer: i. Micrometer luar ii. Micrometer dalam iii.
Tolok dalam micrometer iv. Micrometer benang skru v.
Micrometer gigi gear 2.2 ALAT MENGAPIT
DANMENYANGGA Proses kerja-kerja pemasangan,
samada kerja logam atau kerja kayu, terdapat alat-alat
khas hendaklah digunakan untuk mengapit dan
menyangga benda-benda kerja yang berasingan
supaya aktiviti amali dapat dilakukan dengan mudah
dan selamat.Peralatan ini direkabentuk khas untuk
jenis pemasangan yang tertentu seperti menngapit dan
menyangga ialah ragum meja, apit G, apit F, apit
panjang, Apit rencong, kakak tua, dan lain-lain lagi. a)
Ragum Meja Ragum meja terdapat pada meja kerja
kayu dan logam. Ragum meja dilapik dengan kayu
pada kedua-dua rahangnya untuk mengelakkan
permukaan benda kerja daripada rosak semasa diapik.
Rahang ragum meja logam pula dilapik dengan logam
lembut (biasanya aluminium) untuk menjaga
permukaankerja. Kegunaan utama ragum meja ialah
untuk memegang benda semasa kerja. b) Apit G dan
Apit F Bahagian pemidang Apit G dan Apit F
diperbuat daripada bahan keluli.
12. 12. Page | 9 Saiz Apit G dan Apit F ditentukan oleh
jarak bukaan maksimum antara bahagian rahang apit.
Kegunaan Apit G dan Apit F adalah sama iaitu : i.
Mengapit kayu ketika proses mengglukan dua kepingan
kayu. ii. Untuk memegang kayu yang hendak
digerudikan, dipahat atau digergajikan. Apit G
digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu
untuk melindungi permukaan benda kerja yang diapit
supaya tidak rosak. c) Apit panjang Apit panjang
diperbuat daripada besi tuangan atau aluminium
dengan panjangnya 0.6meter, 0.9meter, 1.2meter,
1.5meter, dan 1.8meter. Apit panjang digunakan
untuk proses seperti pemasangan tanggam, pemidang
pintu, tingkap, perabut, papan yang hendak dicantum
atau digunakan. d) Apit Rencong Apit rencong
diperbuat daripada aluminium atau besi tuangan.
Fungsinya adalah untuk menetapkan kedua-dua
bahagian kayu yang bertanggam rencong apabila
hendak diglu atau dipakukan seperti dalam kerja
pemasangan kerangka gambar
13. 13. Page | 10 2.3 ALAT MEMOTONG 1. GERGAJI Alat-alat
dalam bahagian ini ialah untuk menyediakan kayu
kepada bentuk dan saiz yang diinggini. Alat memotong
ialah gergaji kerat, gergaji belah, gergaji puting, dan
gergaji lengkung halus. 1. Gergaji kerat Gergaji kerat
digunakan khas untuk mengerat kayu secara melintang
kayu. Gergaji kerat mempunyai gigi berbentuk pisau
dihujungnya dan tepi hadapannya bersudut diantara
70 darjah- 80 darjah kepada garisan giginya. Gergaji
kerat mempuyai bilangan giginya 5 hingga 9 batang
bagi setiap 25mm. Gergaji kerat biasanya panjang
diantara 550mm-700mm. Cara-cara menggunakan
gergaji tangan. Condongkan gergaji kepada 45˚
daripada benda kerja apabila menggergaji belah.
Condongkan gergaji kepada 60˚ daripada benda kerja
apabila menggergaji kerat. Langkah keselamatan:
mesti berhati-hati agar mata gergaji tidak terkena
tangan. Jangan rapatkan tangan pada benda kerja yang
hendak di potong. 2. Gergaji putting Gergaji puting
mempunyai mata yang sangat nipis yang terpaksa
diperkuatkan oleh jalur logam (patil keluli) di belakang
matanya. Ia merupakan gergaji kecil yang
mempunyai gigi-gigi yang halus sesuai untuk
memotong kayu-kayu jenis kecil.
14. 14. Page | 11 Biasanya penahan tepi digunakan
semasa menggergajikan adalah menggunakan gergaji
puting. Bentuknya hampir sama dengan gergaji kerat
dan mempunyai mata kecil antara 12hingga 14 bilah
bagi setiap 25 mm. Kegunaannya adalah untuk
mengerat secara lurus untuk membuat tanggam
seperti membuat puting dan lainnya. 3. Gergaji
lengkung halus Gergaji ini mempunyai mata yang
sangat halus dipasang pada bingkai logam tegak.
Panjang matanya 150mm. Gergaji lengkung halus ini
digunakan untuk membuat lengkung yang sempit pada
papan nipis yang terdapat pada bahagian dalam dan
luar. 4. Gergaji bajang Bentuk gergaji bajang seperti
dengan gergaji puting tetapi lebih kecil. Giginya pula
lebih kecil adalah 18 hingga 22 bagi setiap inci.
Gergaji bajang digunakan untuk membuat tanggam
yang pemasangannya lebih ketat serta tepat. 5. Gergaji
Tebok gergaji tebok matanya halus dan berbentuk
tirus. Panjangnya 300mm hingga 450 mm. Gergaji
tebok digunakan untuk memotong benda kerja yang
lurus dan melengkung di bahagian dalam. 6. Gergaji
Ekor Tikus Mata gergaji ekor tikus lebih halus
daripada mata gergaji tebok.
15. 15. Page | 12 Terdapat tiga jenis mata yang boleh
ditukar. Gergaji ekor tikus bersaiz lebih pendek
daripada gergaji tebok iaitu 200 mm hingga 400 mm.
Kegunaannya ialah untuk memotong atau mengerat
benda kerja yang lurus atau melengkung di bahagian
dalam yang lebih sempit. 2. KETAM Terdapat pelbagai
jenis ketam tangan yang terdapat didalam bengkel
kayu. Ketam yamg sentiasa digunakan dalam proses
membuat kerja kayu dan perabut seperti berikut: a)
Ketam Kasar Terdiri daripada jenis kayu atau logam
Digunakan untuk mengetam permukaan kayu secara
kasar kepada saiz yang diperlukan dengan cepat dan
pantas Permukaan kayu yang dihasilkan adalah
kasar dan perlu diketam semula dengan ketam pelicin
kepada saiz yang lebih tepat. Panjang ketam kasar ini
antara 355-380 mm b) Ketam Pelicin Badan ketam
pelicin diperbuat daripada logam dan kayu.
Badannya terdapat yang berukuran 203- 208 mm.
Mata kelulinya tajam dan lurus selebar 37mm hingga 62
mm. Kegunaannya adalah untuk mengetam
permukaan kayu selepas diketam dengan ketam kasar
kepada saiz yang lebih tepat. c) Ketam Tetingkat
Ketam ini dibina khas untuk membuat tetingkat pada
tepi atau hujung kayu. Ketam ini juga terdapat
pelbagai bentuk dan jenis. Ketam ini boleh didapati
untuk kerja
16. 16. Page | 13 khas seperti ketam tetingkat berlaras,
ketam tetingkat mata hujung dan ketam tetingkat mata
tepi. a) Ketam Pangkas Ketam ini diperbuat khas
untuk mengetam penghujung atau pangkal kayu secara
melintang ira. Ketam ini sangat berguna untuk
membuat kerja-kerja penyudah atau kerja kecil yang
tidak dapat dikerjakan dengan ketam lain seperti
menyediakan kumai serong. Ketam pangkas ini
bersaiz kecil, panjangnya adalah 170 mm dan lebarnya
50 mm. d) Ketam Lurah Ketam lurah ini dibina
dengan dengan mata yang seumpamanya bagi
membina lurah atau saluran yang selari di sepanjang
ira kayu dengan jarak yang dikehendaki. Ketam lurah
ini mempunyai satu penahan di bahagian tepi yang
boleh dilaraskan untuk menetapkan jarak dari tepinya.
e) Ketam Golek Ketam golek digunakan untuk
mengetam bahagian tepi permukaan kayu kecil yang
cembong. Ketam ini diperbuat daripada logam.
Bermata lengkung ataupun lurus untuk kerja yang
berasingan. f) Ketam Pancaguna Ketam ini besar dan
berat.oleh itu digunakan untuk membuat tetingkat dan
lura
17. 17. Page | 14 3. PAHAT Terdapat empat (4) jenis pahat
dalam proses kerja kayu. Pahat-pahat ini mempunyai
fungsi pelbagai dalam membuat sesuatu kerja.pahat ini
biasanya diperbuat daripada jenis keluli. Manakala
bahagian pemegang atau hulu pula diperbuat daripada
kayu atau plastik yang tahan diketuk dan tahan lama.
a) Pahat Pelubang atau Pahat Kukuh Pahat Pelubang
dibuat dengan matanya yang tebal supaya tahan
diketuk dengan gandin semasa membuat lubang,
Sudut menajamkan mata menggunakan batu asah pula
antara 30° hingga 35°. Semasa mencanai matanya
mestilah bersudut 20° hingga 25°. b) Pahat Peraut atau
Pahat Tepi Serong mata pahat ini adalah serong pada
bahagian tepinya serta serongan itu adalah lebih
panjang dan nipis.Matanya tebal dibahagian tengah
dan nipis pada bahagian tepi.Ini menyebabkan ia tidak
sekuat pahat pelubang. Lebar matanya antara 3 mm
hingga 50 mm Sudut menajamkan mata pahat ini
ialah 25°. Pahat peraut sesuai untuk kerja-kerja meraut
seperti mengemaskan tanggam danacuan yang
mempunyai pelbagai bentuk kumai. Ganding
diperlukan semasa mengetuk pahat ini.
18. 18. Page | 15 c) Pahat Kuku Jenis Parut-serong dalam
Pahat jenis ini digunakan untuk mendapat permukaan
yang melengkung. Pahat jenis ini bersaiz antara 3mm
hingga 40 mm d) Pahat Kuku Jenis Peraut-serong luar
Pahat jenis ini digunakan untuk membuat lurah tepat.
sesuai membuat lengkung dalam kerja ukir-
mengukir. Matanya bersaiz antara 3mm hingga 40
mm. 2.4 ALATAN MENUKUL DAN MEMUTAR Proses kerja
kayu di dalam bengkel kerja kayu melibatkan berbagai
jenis alatan menukul dan memutar. A. Alat Menukul : 1)
Tukul Kuku Kambing(Tukul Besi Berkuku) 2) Tukul Besi
Warrington 3) Tukul Besi Kepala atau Bongkol Bulat 4)
Gandin 5) Pembenam Paku
19. 19. Page | 16 B. Alatan Memutar : 1) Pemutar Skru Jenis
Alur dan Pemutar Skru Philip 2) Gerudi tangan 3)
Gerudi Giarsala A. ALATAN MENUKUL 1) Tukul Kuku
Kambing(Tukul Besi Berkuku) Tukul kuku kambing
mempunyai pemegang yang dibuat daripada kayu atau
besi dan bahagian bongkolnya bengkok dan terbelah
Saiznya ditentukan mengikut berat kepala antara 260 g
hingga 1.2 kg. Saiz lazimnya antara 0.5 kg hingga 0.6
kg Tukul ini digunakan untuk mengetuk dan
mencabut paku. 2) Tukul Besi Warrington Tukul
warrington mempunyai bongkol berbentuk baji yang
melintang. Bongkol berbentuk baji ini dapat
mengetuk paku halus yang dipegang di celah jari.
Bongkol berfungsi menukul paku yang kecil seperti
paku panel serta menekan kayuhiasan dan venir ke
temaptnya semasa diglu dan bahagian untuk
mengetuk paku di bahagian tepi perabut yang sempit.
3) Tukul Besi Kepala atau Bongkol Bulat Bongkol
kepala tukul ini berbentuk separuh bulat. Bahagian
permukaan rata digunakan untuk menatal dan
membuat kerja-karja am seperti untuk menukul kepala
pahat dan alat-alat menanda. Bonkol bulat
digunakan untuk meribet.
20. 20. Page | 17 4) Gandin Gandin kayu digunakan untuk
memahat, dan memasang atau menanggalkan
tanggam. Kepala gandin berbentuk selinder atau pun
segi empat . Gandin ini diperbuat daripada kayu
keras. Saiz ditentukan oleh saiz kepalanya itu. 5)
Pembenam Paku Ia diperbuat daripada keluli dan
matanya didapati dalam dua bentuk iaitu bentuk bulat
dan bentuk persegi. Pembenam paku yang bermata
bulat adalah digunakan dalam kerja membuat perabut.
Saiznya ditentukan oleh diameter mata dan terdapat
dalam pelbagai saizantara 1mm hingga 4mm. Alat ini
digunakan bersama dengan tukul besi untuk menukul
kepala paku supaya terbenam kedalam kayu dan
lubangnya ditampal dengan menggunakan ‘dempo’.
Selepas kemasan bekas paku tidak kelihatan. B. ALAT
MEMUTAR Alat memutar adalah alat yang digunakan
untuk memasang antara dua kayu dengan pelbagai
cara pusingan sama ada mengikut arah jam ataupun
lawan jam dengan menggunakan skru. a) Pemutar Skru
Jenis Alur dan Pemutar Skru Philip Terdiri daripada
dua jenis iaitu jenis biasa dan pub bergear. Matanya
dibuat daripada keluli aloi berbentuk bulat dan hujung
samada kepala atauPhilips. Panjang matanya antara
75mm hingga 300mm Pemegangnya dibuat daripada
kayu ataupun plastik. Kegunaan alat ini adalah untuk
memasang atau menanggalkan skru.
21. 21. Page | 18 b) Gerudi Gerudi terdiri daripada dua
jenis : Gerudi bergear lebih ringan Gerudi jenis gear
sal(engkol) Kegunaan gerudi ialah untuk
memudahkan kerja melubang. Terdapat pelbagai
jenis mata antaranya ialah : Mata tengah Mata
terlaras Mata paku Mata pulas Mata Froster
Mata Pelubang benam a) Gerudi tangan Gerudi
tangan digunakan untuk membuat lubang yang
diameter tidak melebihi 8mm. Bahagian utama
gerudi ini ialah hulu, pemegang tepi, tangkai engkol,
piring gear, pinion, bindi dan rahang. Gerudi tangan
digunakan bersama mata gerudi pintal. Saiz mata
gerudi pintal ialah 0.4mm hingga 12.5mm. boleh
membuat lubang pada kayu dan logam Semasa
mengerudi logam, mata gerudi hendaklah dibubuh
minyak untuk mengelak mata panas dan terbakar b)
Gerudi Engkol Gerudi engkol digunakan untuk
menebuk lubang pada kayu. Saiznya ditentukan
pada hayunan pemegangnya. Bahagian utama ialah
kepala, pemegang, rangka, cincin sesondol, gear
sehala, bindu, dan rahang. Gerudi engkol digunakan
bersama
22. 22. Page | 19 mata gerimit. Saiz mata gerimit adalah
lebih besar jika dibanding dengan mata gerudi pintal.
tidak boleh membuat lubang pada logam. c) Senggerek
Senggerek digunakan untuk membuat lubang kecil
pada kayu. Untuk membuat lubang, pusingkan mata
senggerek ke kanan dan ke kiri sambal menekannya.
2.5 ALAT MENAJAM 1. Kikir Menajam Sejenis alatan
tangan yang diperbuat daripada keluli yang bermutu
tinggi. Kegunaan kikir ialah untuk memotong, menipis,
dan melicinkan permukaan sesuatu kerja. Bagi
menghasilkan sesuatu kerja dengan cepat, permukaan
yang licin, pemilihan kikir mestilah dibuat dengan
tepat. Pelbagai jenis kikir yang terdapat di dalam
bengkel kayu. Kikir berbeza dari segi panjang, bentuk,
jenis potongan gigi dan kasar atau halus
matanya.Panjang kikir- diukur dari hujung hingga ke
bahunya. Kikir yang biasa digunakan berbentuk
segiempat sama, segitiga tirus, separuh bulat dan
bulat. Jenis potongan gigi: I. Gigi selari. II. Gigi
bersilang. III. Gigi lengkong. IV. Gigi parut Kasar atau
halus gigi bergantung pada berapa rapat gigi tersebut
dipotong pada permukaan kikir. Gred kehalusan gigi
kikir boleh dikelaskan paling kasar,kasar,sederhana
halus dan sangat halus.
23. 23. Page | 20 Jenis-jenis kikir: a) Kikir Pipih Terus
Kegunaannya untuk kerja am kerana giginya terdiri dari
kasar, sederhana, halusdan sangat halus. Pada satu
permukaan kikir, giginya dipotong bersilang dan
terdapat gigi lurus dikedua-dua tepi kikir Dua pertiga
panjangnya dari pangkal berbentuk selari dan satu
pertiga panjangnya berbentuk tirus. b) Kikir pipih kasar
Digunakan untuk penyudahan rata. Salah satu
daripada tepinya tidak ada bergigi dan disebut sebagai
tepi selamat kerana tepi selamat digunakan semasa
mengukir penjuru dalam. c) Kikir Belah Rotan
Digunakan untuk menyudahkan bahagian-bahagian
yang telah siap. Gigi pada permukaan rata bentuk
silang wajik dan gigi pada permukaan melengkong
berbentuk silang. Gred gigi kikir ini terdiri dari kasar,
halus dan sangat halus.
24. 24. Page | 21 d) Kikir bulat Kikir ini juga disebut kikir
ekor tikus. Digunakan untuk membesarkan lubang
berbentuk bulat dan melengkung. Gred gigi kikir ini
terdiri dari kasar hingga sangat halus. e) Kikir Segi
Empat Sama Digunakan untuk membesarkan lubang
segi empat sama secara kasar. Kikir ini boleh
mengikir lurah atau alur. Gred gigi kikir ini terdiri dari
kasar dan sangat halus. f) Kikir Bentuk Pisau Kikir
bentuk pisau digunakan untuk menajamkan gigi-gigi
yang terdapat mata gergaji dan alat-alat pemotong.
Bentuknya sama seperti pisau dengan bersudut 15˚.
Grednya pula terdiri daripada kasar hingga sangat
halus. g) Kikir Jarum. Kikir ini terdapat dalam satu
set. Satu set biasanya mengandungi antara 4hingga 12
jenis kikir. Kikir jenis ini digunakan untuk kerja-kerja
penyudahan selepas sesuatu benda kerja siap dimesin.
Ianya juga digunakan oleh tukang pembuat jam dan
tukang pembuatacuan. Grednya dikelaskan daripada
00, 0, 1, 2 hingga 6. Gred no.6 ialah yang paling halus.
Saiznya iaitu 100mm, 140mm dan 160mm.
25. 25. Page | 22 Gaya mengikir Mengikir memerlukan

You might also like