Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Dasar Pertubuhan Pandu Puteri

Dasar pandu puteri adalah membolehkan ahli menghayati dan menguasai ilmu kepanduan
serta menyemai minat dalam pelbagai bidang. Ahli pandu puteri terdiri daripada remaja
yang berumur antara 11 hingga 16 tahun.

Setiap pasukan pandu puteri perlu disahkan oleh pesuruhjaya daerah. Borang
pendaftaran perlu dilengkapan dan dihantar melalui pesuruhjaya daerah dan pesuruhjaya
negeri kepada Ibu Pejabat Kebangsaan bersama-sama yuran pendaftaran.

Pembaharuan pendaftaran dan mengemas kini bilangan ahli dengan Ibu Pejabat
Kebangsaan melalui pesuruhjaya daerah dan pesuruhjaya negeri perlu dilakukan tidak
lewat daripada 31 Mac setiap tahun.

Jumlah minimum ahli pandu puteri adalah 16 orang dan maksimum 36 orang. Setiap
pasukan pandu puteri perlu mempunyai seorang pemimpin yang dikenali sebagai Kapten
dan sekurang-kurangnya seorang penolong yang dikenali sebagai Leftenan. Pasukan
pandu puteri perlu melantik satu jawatan-kuasa terdiri daripada:- Pengerusi, Penolong
Pengerusi, Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, Ketua Kumpulan.
Pengerusi terdiri daripada kapten dan penolong pengerusi pula adalah leftnan.

Pembentukan Kumpulan

Dalam pasukan pandu puteri, setiap kumpulan dianggotai oleh tidak melebihi lapan orang
ahli termasuk seorang ketua kumpulan dan seorang penolong ketua kumpulan.

Ketua kumpulan memakai dua calit pita putih di poket sebelah kiri blaus dan memakai
lanyard. Penolong ketua kumpulan memakai satu calit pita putih di poket sebelah kiri
blaus dan lanyard. Setiap kumpulan boleh menyediakan bendera kecil (pennant)
kumpulan.

Lambang kumpulan dilekatkan di sebelah kiri atas poket blaus pakaian seragam. Setiap
kumpulan dikenali dengan nama bunga yang ditetapkan oleh Persatuan Pandu Puteri
Malaysia seperti berikut:
Ketua Kumpulan
 Dipilih oelh ahli kumpulannya. Selepas dipilih, beliau wajib hadir Kursus Ketua
Kumpulan
 Dibenarkan memakai lanyard.
 Perlu lulus Ujian Pra-Persetiaan dan sudah menjadi ahli pasukan pandu puteri
sekurang-kurangnya tiga bulan.
 Menerima arahan daripada pemimpin bagi disalurkan kepada ahli kumpulannya.
 Bertanggungjawab ke atas kebajikan dan kemajuan ahlinya.
 Wajib hadir dan bersara dalam mesyuarat jawatankuasa pasukan mewakili
kumpulannya.

Penolong Ketua Kumpulan


 Dipilih oelh ketua kumpulan sendiri bagi membantunya.
 Membantu ketua dalam menjaga kebajikan dan kemajuan ahli.
 Mewakili ketua kumpulan dalam mesyuarat jawawtkuasa pasukan apabila ketua
kumpulan tidak dapat hadir.

Ketua Pasukan
 Dipilih oleh ahli jawatankuasa pasukan bagi menjadi pembantu pemimpin.
 Menjadi salur perhubungan antara pemimpin dengan ketua kumpulan serta ahli.
 Memakai lanyard dan tiga jalur putih di poket sebelah kiri blaus pakaian seragam.

Majlis Jawatankuasa Pasukan

Mesyuarat jawatankuasa pasukan perlu diadakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun.


Ia dipengerusikan oleh kapten dengan mewajibkan kehadiran:
 Leftenan
 Semua ketua pasukan
 Semua ketua kumpulan

Agenda mesyuarat jawatankuasa pasukan adalah seperti berikut:


 Meluluskan minit mesyuarat yang lalu.
 Perkara berbangkit.
 Laporan aktiviti pasukan.
 Laporan kewangan pasukan.
 Laporan kumpulan.
 Perangan aktiviti seperti perkhemahan, pertandingan, ujian, istiadat dan lain-lain
hal berkaitan dengan pasukan.
 Hal-hal lain.
 Tarikh mesyuarat akan dating.

Minit mesyuarat dicatat dan direkodkan oleh setiausaha kehormat. Akuan pasukan perlu
disimpan dengan baik oleh bendahari kehormat dan diaudit setiap tahun. Jawatankuasa
ini akan menguruskan hal ehwal pasuakan dan bertanggungjawab ke atas perjalanan
pasukannya.

Pakaian Seragam

Ahli yang sudah dilantik wajib memakai pakaian seragam lengkap pada:
 Perjumpaan pasukan
 Majlis istiadat pandu puteri
 Majlis rasmi persatuan pandu puteri
 Majlis rasmi anjuran pihak lain
Ahli baru dibenarkan memakai pakaian seragam tanpa Lencana Pelantikan.

Pelantikan Pandu Puteri


Seorang ahli baru perlu terlebih dahulu lulus Ujian Pra-Persetiaan sebelum dilantik.
Istiadat pelantikan ini dijalankan oleh kapten yang berwaran bagi semua ahli baru.
Pesuruhjaya ataupun pemimpin berwaran boleh dijemput bagi melantik ahli baru. Cara
pelantikan:
Kapten : Apakah kemuliaan anda sebagai seorang pandu puteri?
Ahli Baru : kemuliaan saya adalah saya boleh dipercayai.
Kapten : Bolehkah saya menaruh kepercayaan di atas kemuliaan anda iaitu dengan
sedaya upaya menunaikan kewajipan anda kepada Tuhan, raja dan Negara
Malaysia, menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang
kepanduan.
Ahli Baru : Ya

Ahli baru yang akan dilantik, semua pandu puteri dan pemimpin yang sudah dilantik
memberi isyarat kepanduan apabila baru melafazkan ikrarnya.

Ahli Baru : Bajawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya
upaya saya, menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, raja dan nefara
saya Malaysia, menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-
undang pandu puteri.
Kapten : Saya percaya yang anda akan memelihara kemuliaan, anda akan cuba
mematuhi ikrar persetiaan ini serta akan cuba membuat khdmat sekurang-
kurangnya sekali sehari.
Kapten menyematkan Lencana Pelantikan pada skaf pandu puteri yang baru dilantik itu.
Kapten : Anda sekarang adalah seorang ahli Pandu Puteri Sedunia.

Kapten berjabat tangan dengan pandu puteri baru. Seterusnya pandu puteri baru akan
memberi hormat kepada bendara dan pasukan. Sekiranya ramai ahli baru dilantik, mereka
memberi hormat serentak selepas pelantikan setiap ahli.

You might also like