Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Latihan 4

Taburan Pensampelan

Soalan 1
Apakah yang dimaksudkan dengan:
(a) Populasi
Sekumpulan individu yang mempunyai ciri-ciri yang sama di sesuatu tempat.

(b) Sampel
Kumpulan kecil daripada populasi yang menjadi sasaran penyelidik untuk melakukan
penyelidikan.

(c) Ralat Pensampelan (sampling error)


Ralat persampelan adalah ralat yang berlaku apabila sampel digunakan untuk membuat inferens
terhadap populasi.

(d) Saiz sampel


Saiz sampel merupakan bilangan peserta yang diggunakan daripada satu populasi oleh
penyelidik. Sebelum menentukan berapa saiz sampel yang perlu, anda perlu menentukan
populasi terlebih dahulu.

Soalan 2
Nyatakan perbezaan antara sisihan piawai (standard deviation) dengan selisihan piawai
(standard error of the mean).
Sisihan piawai - Ukuran serakan terhadap sesuatu taburan data.
Selisihan piawai - Ukuran ketepatan anggaran statistik

Soalan 3
Taburan jumlah jam individu yang mempunyai akuan facebook adalah tidak normal kerana
sebahagian dari mereka hanya tidak membuka facebook apabila mereka tidur (semasa berjaga
smartphone mereka sentiasa disamping mereka). Seorang pelajar siswazah ingin menjalankan
kajian tentang tabiat penggunaan facebook dikalangan pelajar UKM. Bincangkan saiz sampel
yang sesuai bagi kajian tersebut (kaitkan dengan Teori Teorem Memusat).

Beliau perlu mengambil saiz sampel lebih daripada 30 orang. Hal ini sedemikian taburan bagi
populasi adalah tidak normal. Malahan, mengikut Teori Teorem Memusat dengan pemilihan saiz
sampel n besar daripada 30 akan memberikan taburan sampel menghampiri dengan taburan
normal.

Soalan 4
Skor IQ pelajar kolej bertaburan secara normal dengan min 107 dan sisihan piawai 15. Jika satu
sampel 25 orang pelajar dipilih secara rawak, apakah kebarangkalian min sampel adalah

a) Lebih besar dari 110

b) Antara 103 dan 113.

c) Kurang dari 101

Soalan 5
Adalah dianggarkan perbelanjaan membeli makanan pelajar sekolah rendah di kantin bagi dalam
seminggu mengikut taburan normal dengan min RM 20 dan sisihan piawai RM 2.50.
a) Jika seorang pelajar dipilih secara rawak, cari kebarangkalian bahawa perbelanjaannya
adalah
i) Kurang dari RM 25

ii) Di antara RM 16 dan RM 28

iii) Lebih dari RM 30

b) Jika satu sampel rawak 10 orang pelajar dipilih, cari kebarangkalian bahawa min
perbelanjaan sampelnya adalah lebih daripada RM 22

You might also like