Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

SARJANA KEPENGETUAAN, UNIVERSITI MALAYA SEMESTER II, SESI 10/11

TUGASAN YXGA 6101: GOVERNAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH PENSYARAH: PROF. DATIN DR RAHIMAH HAJI AHMAD

TAJUK TUGASAN: DASAR AWAM DAN DASAR PENDIDIKAN NEGARA

DISEDIAKAN OLEH: NORSHAM BIN ABIDIN (YGA100088)

DASAR AWAM Thomas R. Dye mentakrifkan dasar awam sebagai apa yang dilakukan oleh kerajaan, kenapa mereka melakukannya dan apakah perbezaan yang dilakukan. Harold Laswell pula mentakrifkan dasar awam sebagai satu perancangan program tentang matlamat, nilai-nilai dan latihan. Manakala David Easton menakrifkannya sebagai kesan daripada aktiviti kerajaan, dan Austin Ranney pula melihat dasar awam sebagai satu garis panduan yang telah ditetapkan untuk bertindak atau mengumunkan tujuan. Prof Dr Ahmad Atory Hussein pula menyatakan bahawa dasar awam adalah hasil daripada proses politik di mana segala perancangan dan pelaksanaan kerajaan seperti program atau projek adalah bertujuan untuk memberikan faedah kepada kelompok besar dan pembangunan negara. Takrifan yang pelbagai ini mempunyai maksud yang sama dari segi proses, siri, bentuk tindakan atau keputusan kerajaan yang dicipta untuk mengatasi beberapa masalah awam, sama ada benar atau imaginasi. Ciri utama dasar awam ialah ia dibentuk secara teratur, dilaksanakan dan dinilai oleh pihak berkuasa dalam sistem politik sesebuah negara contohnya oleh wakil rakyat, hakim, eksekutif dan pentadbir. Selepas merdeka, negara kita telah mula menetapkan matlamat utama iaitu menjadi sebuah negara yang makmur lagi bersatu padu berasaskan sistem demokrasi di dalam suasana pembangunan yang aman dan stabil. Maka negara telah mengubal dasar awamnya bersesuaian dengan ciri-ciri dan keunikan Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dan kaum yang berpegang kepada pelbagai fahaman, agama dan kebudayaan. Dasar awam negara diwujudkan untuk memberi gambaran mengenai matlamat dan keutamaan kerajaan dan ianya mengandungi strategi program ke arah pencapaian objektif berikut: a) matlamat wawasan 2020; b) matlamat dasar pembangunan nasional;
2

c) pertumbuhan dan pengagihan ekonomi; d) kedaulatan dan ketahanan negara; dan e) meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Dasar awam diketegorikan kepada dua kategori iaitu desakan dasar dan keputusan dasar. Desakan dasar merujuk kepada segala desakan, tuntutan atau paksaan yang dikenakan ke atas kerajaan oleh orang ramai akibat ketidakberkesanan sesuatu dasar. Berikut adalah beberapa contoh desakan dasar: a) Persatuan Alam Sekitar Malaysia (PASM) dalam dasar berkaitan alam sekitar, b) Kongres Kesatuan Sekerja dan Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dalam dasar berkaitan skim perkhidmatan kakitangan awam, dan c) Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dalam isu eksploitasi peniaga, harga dan bahan pengguna.

Keputusan dasar merujuk kepada suatu keputusan yang dibuat oleh pegawai kerajaan yang memberi kuasa atau petunjuk dan cara tindakan dasar awam. Termasuk juga tentang segala keputusan untuk mengeluarkan arahan, gubal undang-undang, edar peraturan, pentadbiran atau tafsiran kepada undang-undang. Sehubungan dengan itu, negara telah menggariskan tiga dasar utama negara iaitu: a) Dasar-Dasar Ekonomi; b) Dasar-Dasar Sosial dan Etika Kerja; dan c) Dasar-Dasar Luar.

Contoh Dasar-Dasar Ekonomi: a) Dasar Perindustrian Negara b) Perspektif Wawasan 2020 c) Sogoshosha Malaysia d) Rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia e) Third National Agricultural Policy ( 1998 - 2010 ) f) The National Telecommunication Policy ( 1994 - 2020 ) g) Dasar Ekonomi Baru h) Dasar Perindustrian Berat di Malaysia i) Dasar Pertanian Negara j) Dasar Penswastaan k) Dasar Persyarikatan Malaysia l) Halacara Baru Pembangunan Kampung dan Luar Bandar m) Dasar Pengurangan Perbelanjaan Negara n) Dasar Kependudukan Ke Arah 70 juta o) Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara p) Dasar Pembangunan Nasional q) Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua r) Pelan Induk Perindustrian s) Dasar Sains dan Teknologi Negara t) Dasar Urbanisasi Negara

Contoh Dasar-Dasar Sosial dan Etika Kerja: a) Dasar Pendidikan Kebangsaan b) Dasar Sosial Negara c) Bersih, Cekap dan Amanah d) Dasar Wanita Negara e) Dasar/Program Pembaharuan dan Peningkatan Produktiviti dan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam f) Dasar Warga Tua Kebangsaan g) Dasar Kebajikan Masyarakat Negara h) Dasar Wanita Negara i) Dasar Orang Kurang Upaya j) Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara k) Dasar Kanak-Kanak l) Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam Pentadbiran m) Kepimpinan Melalui Teladan n) Dasar Bersih, Cekap dan Amanah o) Dasar Pandang Ke Timur p) Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Contoh Dasar-Dasar Luar: a) Antartika b) Konsep Kawasan Aman, Bebas & Berkecuali (ZOPFAN) Di Asia Tenggara

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya diwujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah telah melahirkan satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula pada 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib dan kemudiannya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan pada 1974 yang ditugaskan untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979. Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu:

"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya."

Objektif ini dinyatakan secara am tetapi Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi. Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi iaitu:

a) Menyatukan kanak-kanak sekolah daripada pelbagai kaum dan menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk tujuan pembangunan negara (Digariskan dalam Penyata Razak1956). b) Menggalakkan perkembangan sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan (Akta Pelajaran 1961). c) Membantu melahirkan tenaga kerja terlatih untuk jangka pendek dan panjang, bersatu dan berdisplin. d) Mewujudkan sistem pendidikan yang lebih berkualiti dan bertaraf antarabangsa Memastikan sistem pendidikan berupaya menangani perkembangan sains dan teknologi semasa.

Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan. Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut: a) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama; b) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah; c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
7

d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan; e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu; f) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun; g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman; h) Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh; i) Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978; j) Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan; k) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin; l) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan m) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.

Untuk melaksanakan strategi yang telah digubal, maka beberapa dasar telah diterjemahkan dari Dasar Pendidikan Kebangsaan iaitu: a) Dasar Kurikulum;  Kurikulum dan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, nilai, unsur kebudayaan untuk melahirkan insan seimbang-jasmani, rohani, mental dan emosi; tingkat nilai moral. b) Dasar Pendidikan Prasekolah;      Mengistitusikan pendidikan prasekolah Mewajibkan penggunaan KPK Memperluas kelas prasekolah KPM Menyediakan guru terlatih Menguatkuasakan dasar perlaksanaan prasekolah

c) Dasar Pendidikan Rendah;       Pendidikan wajib Prasekolah rendah 5 hingga 7 tahun Kemahiran 3M, Kemahiran sosial dan komputer Menempatkan guru siswazah di sekolah rendah PPSMI (dimansuhkan) Perlaksanaan j-QAF

d) Dasar Pendidikan Menengah;    PPSMI (dimansuhkan) Dasar 60 : 40 Memperluas Tingkatan 6


9

Pengambilan murid SBP

e) Dasar Teknik dan Vokasional;  Mewujudkan golongan murid yang berorientasikan kemahiran teknik dan vokasional bagi memenuhi keperluan guna tenaga negara. f) Pendidikan Islam dan Moral; dan     Pendidikan Islam wajib jika ada 5 murid Islam Murid Islam wajib mengambil Bahasa Arab Murid boleh berlajar agama lain dengan izin bertulis Murid Islam khatam Al-Quran di peringkat rendah

g) Pendidikan Guru.    CDP/KDP Pensiswazahan Guru Menaik taraf maktab kepada IPG

Bagi memenuhi kehendak WAWASAN 2020, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui 14 Sasaran Kerja Utama bagi mencapai matlamat Wawasan Pendidikan, iaitu: a) Pendemokrasian Pendidikan;    Menentukan tiada pelajar buta huruf dalam sistem pendidikan negara. Mewujudkan pendidikan umum selama 11 tahun. Menyediakan bilik darjah dan guru-guru terlatih yang mencukupi selaras dengan pertambahan penduduk.

10

Memastikan kanak-kanak memasuki sistem persekolahan dan mencapai tahap competency yang minimum mengikut peringkat-peringkat tertentu.

 

Menyediakan kemudahan asas pendidikan mengikut piawaian yang ditetapkan. Menentukan kadar penyertaan di tahap yang berikut: i. Sekolah Rendah ii. Sekolah Menengah iii. Sekolah Menengah Atas iv. Lepasan Menengah (Tingkatan 6) v. Institusi Pendidikan Tinggi : : : : : 100% 100% 100% 60% 30%

  

Memastikan semua kanak-kanak memasuki sekolah pada umur 5 tahun. Perlaksanaan Pendidikan Wajib di sekolah rendah. Meritokasi

b) Perpaduan Negara;  Mewujudkan satu sistem Pendidikan Kebangsaan dengan menggunakan pendekatan seperti berikut: i. Semua sekolah pelbagai aliran dibina dalam satu kompleks. ii. Menyepadukan Sekolah Agama Rakyat / Kerajaan Negeri serta Sekolah Missionary selaras dengan Sistem Pendidikan Negara.  Memberi penekanan kepada tema dan focus perpaduan di dalam media cetak dan media elektronik.    Sekolah intergrasi. Sekolah Wawasan. SBP Intergrasi.

11

c) Kemudahan Pendidikan;  Memastikan hanya satu sesi persekolahan di semua peringkat rendah dan menengah.  Menentukan saiz kelas seperti berikut: i. Sekolah Rendah tidak melebihi 35 orang ii. Sekolah Menengah tidak melebihi 40 orang   Menetapkan sesi persekolah mulai dari 8.00 pagi dan hingga 4.00 petang. Membekalkan semua sekolah dengan kemudahan asas seperti bekalan air, jalan, elektrik, 12omputer telefon, mesin faks dan lain-lain.   Menyelenggara institusi pendidikan mengikut piawai tertentu. Memastikan kemudahan-kemudahan tambahan seperti rumah guru, asrama dan kemudahan sukan disediakan.  Memastikan kemudahan berikut dikemudahan berikut disediakan ke tahap optimum: i. Peralatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran ii. Buku teks iii. Biasiswa dan lain-lain    Menyatukan sekolah-sekolah kecil di Luar Bandar(Sekolah Rendah Berpusat) Sekolah Bestari Kolej Komuniti

12

d) Kemudahan Pendidikan Tinggi;  Menetukan 30% daripada penduduk yang berumur 19 hingga 24 tahun mendapat peluang untuk mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi.    Menubuhkan 20 buah kolej junior bagi menggantikan kelas tingkatan 6. Menaikkan taraf maktab-maktab perguruan / politeknik menjadi Kolej Universiti. Menentukan Institusi Pendidikan Tinggi tempatan dapat menampung antara 20,000 hingga 30,000 pelajar.  Menubuhkan 3 buah 13 omputer 13 c baru termasuk Universiti Terbuka dan Universiti Pendidikan. e) Pembelajaran Seumur Hidup;  Mewujudkan sistem pendidikan yang fleksibel di peringkat menengah ke peringkat pendidikan tinggi. i. Menyepadukan program dan aktiviti ii. Mewujudkan celik budaya saintifik dan teknikal iii. Menyediakan kelas lanjutan di semua peringkat dan memperbagaikan kurikulum kelas 13omputer iv. Menyediakan pelbagai laluan dan pilihan untuk memasuki bidang pengajian / kerjaya. f) Pendidikan Keperluan Khas;   Mengintergrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa. Membina sekolah untuk pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan khas yang tertentu.

13

Memperuntukan kemudahan kepada pelajar yang berbakat di dalam bidang tertentu seperti kesukanan dan kesenian.

Menubuhkan Institusi Pendidikan Khas.

g) Penilaian dan Pengukuran;   Melaksanakan sistem peperiksaan terbuka. Menggubal alatan-alatan ukuran dalam domain afektif, domain bakat dan domain minat.  Menggubal alatan pengukuran kecerdasan jenis intra perseorangan, muzik, spatial, kinestik, selain daripada kecerdasan logika matematik dan bahasa.   Memastikan 60% soalan-soalan hendaklah berupa critical thinking. Memantapkan alatan pernilaian 14omputer14c dalam semua mata pelajaran di semua peringkat persekolahan.   Mewujudkan sistem pensijilan terbuka di peringkat SPM. Mewujudkan kaedah pernilaian bagi kurikulum baru rekacipta.

h) Kurikulum;  Mengubahsuai kurikulum sekolah rendah dan menengah untuk menghadapi dan mengalami isu-isu berikut:       Perpaduan Negara Pendidikan Moral Kesepaduan Nilai Patriotisme Mengubah kurikulum rekacipta untuk dimasukkan ke dalam kurikulumsekolah. Memastikan sains dan teknologi merentasi semua peringkat mata pelajaran.

14

    

Memastikan kesinambungan kurikulum prasekolah ke peringkat pendidikan tinggi. EteMS EST(English for Science and Technology) MPV Bahasa Tambahan di sekolah rendah ( Bahasa Arab, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil)

i)

Pendidikan Prasekolah;  Menyepadukan pendidikan prasekolah yang dikehendaki oleh agensi-agensi kerajaan yang lain di bawah Kementerian Pelajaran.   Memastikan semua kanak-kanak mengikuti pendidikan prasekolah. Menyelaras dan memastikan kurikulum prasekolah dilaksanakan

j)

Tenaga Manusia;  Memastikan 80% daripada keperluan tenaga manusia dipenuhi dalam bidangbidang seperti berikut: i. Kejuruteraan / Teknikal ii. Perakaunan iii. Perubatan dan Pergigian iv. Senibina v. Ukur vi. Perguruan  Memastikan nisbah sains dan sastera seperti berikut, dicapai tahun 2010. i. 60% - Sains ii. 40% - Sastera

15

k) Tenaga Pengajar;  Memastikan tenaga pengajar di peringkat- peringkat tersebut di bawah ini mempunyai kelulusan-kelulusan tertentu: i. Menengah ii. Rendah     : 100% berkelulusan ijazah : 50% berkelulusan ijazah/sekurang-kurangnya tahun 2010

Semua Pengetua / Pengurus utama mempunyai Ijazah Lanjutan Semua Guru Besar mempunyai kelayakan / latihan pengurusan Menyediakan guru-guru yang mencukupi dalam bidang khas. Memastikan guru-guru diberi latihan khas seperti PJ, kesihatan dan kaunseling, dan Pendidikan Khas.

Memastikan guru-guru diberi latihan dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

   

Melaksanakan program prapersaraan bagi semua pegawai pendidikan. Menubuh dan mengembangkan cawangan-cawangan Institut Aminuddin Baki. Penerapan budaya guna teknologi moden (ICT, LCD, 16omputer dll.) Penerapan budaya penyelidikan ilmiah (Penyelidikan Tindakan) / budaya saintifik di sekolah.

l)

Sistem Pengurusan;  Menurunkan kuasa pengurusan keperingkat sekolah, daerah, bahagian dan Jabatan Pendidikan Negeri, meliputi staf dan pernilaian berdasarkan pengendalian sekolah.  Mewujudkan strategi bagi memastikan kesinambungan pengurusan yang berkesan melalui system succession dan pelapis di dalam perkhidmatan pendidikan.  Mengamal prinsip perkhidmatan penyayang melalui antara lain:

16

i. Kesatuan Bekas Pendidik ii. Koperasi guru iii. Majlis Guru Besar  Melaksanakan pekeliling-pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam dan pekeliling-pekeliling ikhtisas dengan sepenuhnya bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan di semua peringkat. m) Penglibatan Masyarakat;   Memantapkan rangkaian pemuafakatan di seluruh negara. Mewujudkan PIBG Daerah, Negeri dan Kebangsaan bagi membantu perancangan pendidikan negara.  Menentukan masyarakat membiayai sebahagian daripada kos pendidikan.

n) Penyelidikan dan Sistem Informasi;  Mewujudkan jaringan Teknologi Maklumat (on line system) di seluruh negara yang meliputi sekolah, PPD/PPB, JPN dan Kementerian Pelajaran.    Mewujudkan Institut Penyelidikan Pendidikan Negara. Mewujudkan sistem maklumat yang mantap. Memantapkan penghantaran maklumat mengenai pendidikan dan meningkatkan imej korporat Kementerian Pelajaran melalui media cetak dan media elektronik.

17

BERAKHIRNYA DILEMA PPSMI Tanggal 8 Julai 2009 merupakan tarikh berakhirnya pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan bermulalah era pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). PPSMI yang dilaksanakan pada tahun 2003 di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad melalui tahun-tahun yang penuh getir akibat bantahan dari beberapa pihak NGO dan juga masyarakat terhadap dasar ini yang dilihat sebagai menyimpang jauh usaha memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantara utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Pelbagai bantahan telah disuarakan oleh pelbagai pihak termasuklah tokoh-tokoh ilmuan yang terkenal seperti Sasterawan Negara A. Samad Said yang akhirnya perjuangan mereka ini mencapai noktah kejayaan dengan pengisytiharan pemasuhan Dasar PPSMI oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri. Saya melihat Dasar MBMMBI merupakan satu dasar yang amat penting dalam memastikan kualiti pendidikan di negara kita terjamin kerana mulai tahun 2011, murid tahun satu sekolah Kebangsaan akan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam P&P sains dan matematik, manakala di SRJK(C) dan SJK(T) menggunakan bahasa pengantar masingmasing. Dalam kata lain, sistem pendidikan kita kini kembali kepada sistem yang dulu tetapi dengan beberapa sedikit penambahbaikan. Rasional pelaksanaan Dasar MBMMBI menggantikan Dasar PPSMI adalah disebabkan status Dasar PPSMI yang tidak begitu kukuh kerana keputusan peperiksaan sains dan matematik UPSR di Sekoah Kebangsaan (SK) menunjukkan penurunan pencapaian gred ABC bagi kohort pertama yang melalui PPSMI sepenuhnya di sekolah rendah. Laporan Trends in Mathematics

18

Science Study (TIMSS) 2007 menunjukkan pencapaian murid Malaysia merosot dari tempat ke10 pada tahun 2003 ke-20 bagi matematik dan bagi mata pelajaran sains dari tempat ke-20 pada tahun 2003 ke-21 pada tahun 2007. Manakala kajian dari universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah normal, iaitu tidak lebih 2 peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI. Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, pihak KPM telah mengambil langkah terbaik iaitu memansuhkan Dasar PPSMI secara soft landing di mana mata pelajaran sains dan matematik di ajar dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah. P&P bagi sains dan matematik bagi tahun 4 tahun 2012, 2013 dan 2014, tahun 5 pada tahun 2013, 2014 dan 2015 dan tahun 6 pada tahun 2014, 2015 dan 2016 akan dilkasanakan dalam dwibahasa. Sehubungan itu, peperiksaan UPSR akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga tahun 2016. Manakala P&P bagi sains dan matematik bagi Tingkatan 4 pada tahun 2012, 2013 dan 2014, dan Tingkatan 5 pada tahun 2013, 2014 dan 2015 dilaksanakan dalam dwibahasa. Sehubungan itu, peperiksaan sains dan matematik SPM akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga tahun 2015. Secara kesimpulannya, saya melihat perubahan dasar ini mewujudkan satu pendekatan baru dalam pengajaran sains, matematik, bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia, memperkukuhkan bahasa Inggeris dan meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai ilmu sains dan teknologi yang amat penting untuk masa depan negara. Ini sekaligus, meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi mencapai WAWASAN 2020.

19

Rujukan Ahmad Atory Hussin (2008), Pembentukan Polisi Awam: Ke pemahaman yang lebih sistematik dan analitis. Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. Najeemah Md. Yusof (2007), Konsep Pendidikan. Professional Publishing Sdn Bhd. http://www.moe.gov.my http://www.moe.gov.my/mbmmbi/ http://cuepacs.blogspot.com/ http://www.consumer.org.my/ http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=190:dasardasar-negara&catid=13:maklumat-kenegaraan http://kemahiransangpurba.blogspot.com/2010/08/dasar-pendidikan-kebangsaan.html

20

You might also like