Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PROJEK KECERIAN SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN
Dalam mewujudkan suasana sekolah yang kondusif, pihak sekolah sewajarnya
mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan menarik. Pelbagai projek yang
boleh dijalankan bagi menceriakan lagi kawasan sekolahseperti membuat mural
di dinding sekolah, menghasilkan taman mini, menceriakan kawasan bilik darjah
dan sebagainya.

Sekolah juga merupakan pusat bagi murid-murid untuk menimba ilmu


pengetahuan. Sekolah yang baik ialah sekolah yang mempunyai iklim yang
kondusif, dimana sekolah yang mereka berada selamat, ceria dan sesuai dengan
untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Justeru itu, warga SKJM bersama PIBG akan menjalankan gotong royong di
sekolah ini bersepakat untuk menghasilkan mural untuk warga Sekolah
Kebangsaan Jeram Mengkuang sebagai satu langkah yang progresif untuk
menceriakan lagi kawasan persekitaran sekolah ini dengan sebaik mungkin.

2.0 MATLAMAT
Projek keceriaan sekolah ini bermatlamat untuk mewujudkan dan menyediakan
persekitaran yang bersih, ceria dan cantik untuk warga sekolah bagi memberikan
suasana persekitaran sekolah yang kondusif.

3.0 LATAR BELAKANG MASALAH


Bangunan sekolah sudah lama tidak diceriakan dan dicat semula untuk menjadi
satu tempat yang ceria bagi anak-anak didik SKJM dan warga SKJM. Tiga blok
bangunan ini kelihatan kusam dan pudar akibat cat yang telah lama.
Pihak pengurusan sekolah mahukan kelainan dan keceriaan untuk memastikan
murid dan guru serta warga sekolah merasa keseronokan berada di permis yang
sangat kondusif.

4.0 OBJEKTIF
Projek ini dijalankan berdasarkan objektif berikut

i. Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan menarik serta


dijadikan sumber perhatian terutamanya murid dan juga para tetamu
yang mengunjungi ke sekolah ini.

ii. Hasil kerja warga sekolah dan PIBG dapat dijadikan sebagai salah

1
satu sumbangan kepada pihak sekolah yang yang membantu serta
sebagai tanda kenang – kenangan.

iii. Memotivasikan murid supaya sentiasa seronok ke sekolah dan


meningkatkan rasa ingin belajar.

iv. Membantu pihak pengurusan sekolah dalam menceriakan kawasan


sekolah dan menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN


Bermula bulan Mei hingga Oktober

6.0 TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Jeram Mengkuang

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN


Berikut merupakan pelan tindakan dalam projek membina sudut bercerita ;

Bil Tarikh Aktiviti Tindakan


• Perbincangan mengenai
01.10.2021 projek. Pentadbir
1
• Perancangan Kertas Kerja dan PIBG
• Perancangan bahan
• Mula mencat
• Membuat mural WARGA SEKOLAH
OKTOBER
2 • Menampal banner DAN PIBG
HINGGA yang berbentuk
NOVEMBER ilmiah disetiap
dinding kelas.

2
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

JUMLAH
BIL ITEM UNIT HARGA JUMLAH
UNIT UNIT
Cat Pelaka
1 10 RM18.00 10 X RM18.00 RM180.00
(Pelbagai Warna)
2 Kayu Roller 6 RM4.00 6 X RM4.00 RM24.00
3 Roller Cat 10 RM3.00 10 X RM3.00 RM30.00
4 Berus Cat 5 RM 2.00 5X RM3.00 RM15.00
5 Cat Emulsi Putih 1 RM40.00 1 X RM40.00 RM40.00
6 Papan roller cat 6 RM4.00 6 X RM4.00 RM24.00
7. Banner 10 RM 60.00 10XRM60.00 RM600.00
8. Spray gun cat 1 RM 100.00 1XRM 100.00 RM 100.00
9 Simen 3 RM 17.00 3XRM17.00 RM 51.00
10 Cat undercoat 3 (18l) RM60.00 3XRM60.00 RM180.00
11 Cat dinding 5 RM 75.00 5XRM75.00 RM375.00
12 Cat minyak 2 RM50.00 2XRM50.00 RM 100.00
13 Pasir 1lori RM120.00 1XRM120.00 RM120.00
14 Dawai jaring 1gulung RM 161.00 1XRM161.00 RM161.00
JUMLAH BESAR RM2000.00

9.0 PENUTUP
Program ini diharapkan dapat dapat mencapai objektifnya. Semoga pelaksanaan
program ini kelak akan memberikan input yang berguna kepada para semua warga
SKJM dengan menimba pengalaman berharga dalam menjalankan gerak kerja yang
sistematik dan dinamik untuk menjayakan program ini. Diharapkan apa yang telah
dirancangkan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga projek
keceriaan sekolah ini dapat meningkatkan motivasi diri murid di samping
mengindahkan lagi kawasan sekolah. Sehubungan itu, sokongan dan kerjasama
daripada semua pihak adalah amatlah dihargai.

3
Disediakan oleh,

(SITI NOR AZIAH BT MOHD.YUSOF)


GURU BESAR

Disemak oleh,

(CHRISTINA A/P MARK)


GURU KANAN KURIKULUM

Disahkan oleh,

(MOHAMED ZAID BIN MOHAMED SABRI)


YDP PIBG

You might also like