Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

TRANSKRIP TEMUBUAL

Penemubual 1 = Luqman Azri Hakimi Bin Basiudi


Penemubual 2 = Mohammad Zafhareen Bin Zaluhi
Penemubual 3 = Muhammad Farhan Hakim Bin Mohd Yusuf
Penemubual 4 = Nurul Ainak Binti Mohd Zawawi
Penemubual 5 = Nor Khairina Binti Mohamad Ali
Penemubual 6 = Mohd Arif Bin Mohd Nor Azan
Penemubual 7 = Ismaail Bin Mat Zin
Penemubual 8 = Nur Aqielah Binti Azmi
Penemubual 9 = Nur Akmal Amni Binti Ghazali
Penemubual 10 = Muhammad Fadhil Firdaus Bin Roslan
Responden\Cikgu = Ustazah Zizah Binti Ibrahim
Responden 1 = Nur Insyirah
Responden 2 = Adam Adli Arif Bin kasimudin
Responden 3 = Nur Mastura Binti Johari
Responden 4 = Muhammad Amin Afiq Bin ramli
Responden 5 = Azhar Bin Azman
Responden 6 = Azlan Bin Yunus

Penemubual 1 : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi


kepada cikgu dan pelajar, kami merupakan pelajar daripada
Universiti Pendidikan Sultan Idris dan kami juga mengambil kursus
KPK 3012 iaitu pendidikan inklusif. Tujuan kami hari ini adalah untuk
menemubual cikgu dan pelajar. Kami ke sini untuk menimba ilmu
ataupun mendapatkan maklumat berkaitan dengan pelajar ataupun
bagaimana mereka belajar dan tujuan kami juga adalah untuk
menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh kami.

(Sesi Perkenalan Diri Antara Penemubual dengan Cikgu)

Penemubual 1 : Baik, semua sudah memperkenalkan diri. Sebelum kami


memulakan sesi temubual pada cikgu dan pelajar. Kami nak
meminta inzin daripada cikgu untuk kami rakam sesi temubual ini
bertujuan dijadikan sebagai bukti untuk tugasan kami. Kalau cikgu
rasa tidak selesa wajah cikgu dan pelajar dipaparkan dalam video
kami ataupun cikgu tak nak ada dalam video kami cikgu boleh bagi
tahu kami akan rahsiakan. Jadi saya memohon izin untuk temubual
cikgu. Jadi terlebih dahulu cikgu boleh memperkenalkan nama cikgu
pada kami terlebih dahulu.

Cikgu : Saya selaku kelas refleksologi 1, dalam pelajar saya ini ada 9 orang
sebagai asas refleksologi 1. Nama saya Puan Zizah Bt Ibrahim,
pelajar saya pelajar yang baru dikatakan asas kelas refleksologi
seramai 9 orang sekarang ini.

Penemubual 1 : Cikgu boleh kami tahu salah satu nama pelajar cikgu yang boleh
kami temubual.

(Berlaku masalah line internet)

Cikgu : Okay adik soalan-soalan.


Penemubual 1 : Okay, boleh diajukan kepada cikgu.

Penemubual 8 : Soalan pertama saya, bilakah cikgu mula berkhidmat sebagai guru
pendidikan khas ?

Cikgu : Sebenarnya saya ini asalnya guru arus perdana. Seterusnya saya
ambil ____(maklumat tidak jelas) selama 2 tahun, kena kursus apa
semua jadi 3 tahun setengah, baru jadi.

Penemubual 8 : Seterusnya apakah pandangan cikgu terhadap dasar pendidikan


inklusif ?, maksudnya yang mana pelajar berkeperluan khas ini
diwajibkan untuk belajar di sekolah.

Cikgu : Memang lah kalau kita tengok dari segi zaman sekarang, saya rasa
memang patut lah ibubapa mereka menghantar mereka ke kelas
inklusif ini. Satu-satunya kalau kelas kita ini banyak pelajaran
ataupun bidang yang di ajar, misalnya kalau kelas saya ini ikut
urutan dan boleh belajar urutan dia boleh bawa kepada arena di luar
nanti dan ada juga kawan saya bahagian asas masakan. Kalau
asas masakan, dia belajar berkenaan dengan masakan. Kita tengok
dia punya belajar, cara masak misalnya buat nasi goreng ke, dia
boleh bimbing dirinya sendiri dan ada juga kelas saya ini berkenaan
dengan dobby dia boleh urus berkenan dengan pakaian dia sendiri,
cara pakai, cara lipat baju, cara basuh dan macam-macam lagi. Itu
dikatakan memang salah satunya patut ibubapa menghantar
anaknya ke sekolah pendidikan khas. Adik nampak tak mereka
ramai-ramai ini ?

Penemubual : Nampak-nampak.

Cikgu : Memang mereka suka tapi kadang-kadang kita tanya dia, dorang
tak boleh jawab, itu memang susah sikit. Ada yang malu tapi dia
boleh, macam kelas saya ini memang ada dari segi pelajaran
memang dia tak boleh, nak baca tak boleh, nak mengira pun dia
memang tak boleh tapi kalau kita ajar dia berkenaan dengan urutan
ada yang okay maknanya dia sedar kita suruh dia urut. Rasanya
okay, kalau kita sakit tangan kita bagi dia urut dia okay, bagus,
maknanya dia pandai. Tapi dari segi baca, mengira dia memang ada
yang boleh tapi kebanyakan memang tak boleh. Ke nak tanya
pelajar saya ?

Penemubual 10 : Soalan seterusnya, Adakah pelajar menerima sokongan daripada


luar sama ada daripada pihak kerajaan atau Non-governmental
organization (NGO) ?

Cikgu : Kalau daripada luar memang adalah. Masuk adik dari segi kos
belanja ke atau dari segi mana ?

Penemubual 10 : Tidak kesah daripada mana-mana Cikgu.

Cikgu : Biasanya kalau kita ini bantuan dari kerajaan, memang dia ada
peruntukan untuk satu tahun. Peruntukan itu memang banyak
beratus ribu. *Sebab tu la kalau kita nak menyelesaikan ini bukan
setakat saya mengajar sahaja saya bertani iaitu tanaman timun
baby. Tanam timun baby jadi permulaan itu kita ambil dari duit itu
yang di bagi oleh pihak kerajaan. Dalam setahun dia bagi dalam 120
ribu ke, tapi kita akan kongsi bagi kepada pertanian berapa, kalau
ada penternakan. Sebelum PKP kita ada peruntukan penternakan
ayam. (Maklumat x jelas) Macam kelas saya kita ajar urutan dan
kadang-kadang mereka jemu ja kita bawa kejap ke pertanian, kejap
tengok binatang, penternakan macam itu.

Penemubual 10 : Soalan seterusnya, Apakah alat bantu mengajar yang digunakan


ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) berlangsung di
dalam kelas ?

Cikgu : Biasanya kalau bahagian urutan ini saya guna cara mengurut
daripada video ataupun YouTube, daripada Google. Kebanyakan
cara dia. Di samping itu, sambil belajar mengurut, kita tengok juga
hiburan dorang juga. Dia tak boleh fokus satu, memang tak boleh.

Minit Ke 14

Penemubual 10 : Baik, faham cikgu. Okay seterusnya, boleh cikgu nyatakan jenis-
jenis teknik yang boleh dipraktikkan oleh cikgu dalam menangani
murid yang berkeperluan khas ?

Cikgu : Murid pendidikan khas ya ?

Penemubual 10 : Ya

Cikgu : Kalau saya tengok dia punya teknik ni, anak-anak saya la. Saya
anggap dia sebagai anak-anak saya. Pertama kita mengajar dorang
ni, kita jangan (mudah terasa dengan pelajar) dia payah nak di ajar,
kita kena dekat dengan dia, macam dia ini memerlukan manja, kita
kena panggil dia dengan gaya dia, kita kena tengok dengan
keadaan dia, mood dia, kadang-kadang mood dia sudah datang,
mood dia ni kurang, itu susah juga la, kita kena banyakkan teknik.
Salah satunya, kita kena ajak dia keluar kelas, tengok keadaan
sekeliling, bukan setakat duduk dalam kelas. Sebab tu saya
walaupun bahagian urutan, saya boleh pergi ke pertanian,
penternakan, haa begitu. Untuk mencerahkan sekejap-sekejap.
(minit ke 15.14)

Penemubual 10 : Okay, terima kasih.

Penemubual 2 : Aku lagi ke Fadhil ?

Penemubual 10 : Ya Zafh

Penemubual 2 : Okay seterusnya soalan dari saya, apakah teknik pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan oleh cikgu ?

Cikgu : Okay teknik pembelajaran, itu je ke adik ? Okay biasanya teknik


pembelajaran yang di gunakan oleh saya kebanyakannya kita bagi
penerangan, selepas bagi penerangan kita akan adakan aktiviti
ataupun dia tu berpraktiskan urutan teknik dan kita tengok teknik dia
banyak dari video, video tentang cara urutan. Itu sahaja la teknik
pembelajaran saya. Kebanyakannya penerangan la. Penerangan
dari urut.

Penemubual 2 : Okay soalan seterusnya cikgu, bagaimanakah susun atur


persekitaran bilik darjah bagi pelajar berkeperluan khas ?

Cikgu : Bagaimanakah, kurang jelas adik ?

Penemubual 2 : Bagaimanakah susun atur. Eh jap jap. Bagaimanakah susun atur


persekitaran bilik darjah bagi pelajar berkeperluan khas ? Macam
suasana sekolah, kelas.

Cikgu : Ah suasana dia, okay, k, k. Sekarang musim Covid, jadi kita ni


memang aturannya jauh-jauh la tapi dia orang ni tengok la suka
duduk dekat-dekat juga memang....

Penemubual 2 : Cabaran

Cikgu : Haa, jadi kita atur memang seperti kelas jarak jauh, menggunakan
meja kurusi seperti biasa la tetapi kalau kita ada aktiviti misalnya
urutan kita akan duduk di kerusi. Ah macam urutan betul-betul la.
Ha suasana macam tu. Sebab sekarang musim Covid tak boleh nak
dekat takut orang datang tengok kan. Tapi sekarang ni dia orang
budak-budak macam ini kan tak boleh nak ni, kadang-kadang dia
orang datang duduk dekat kita, tak elok nak tempias dia
(memindahkan mereka) jadi duduk begini la (duduk dekat-dekat).
Tengok ni ah.

Penemubual 2 : Ya betul cikgu. Okay seterunya soalan dari saya, berdasarkan


pengalaman cikgu, apakah cabaran yang dihadapi selama menjadi
guru pendidikan khas ?

Cikgu : Okay, kalau kita tengok cabaran memang banyak la adik, sebab itu
la kita perlukan kesabaran, banyak bersabar. Kalau kita tengok
contoh sekarang ini, pihak kerajaan suruh kita duduk jauh-jauh tak
boleh dekat- dekat, itu cabaran dia tapi dia orang tu masih dekat
dengan kita kadang-kadang datang cium macam cium kita, macam
pegang. Itu cabaran la, kalau orang datang tengok tu kita rasa
macam bersalah, macam tak ikut SOP kan. Nak buat macam mana
pelajar kita memang macam ini. Okay yang seterusnya cabarannya,
salah satunya, apabila dia orang ada masalah, moodnya ada yang
tak kena, kadang-kadang dia merajuk tu perlukan mmm, kadang-
kadang dia macam dengan kawan tu dia macam nak berkeliaran itu
salah satunya juga. Dia memerlukan pujuk rayu dia orang ni
memang kita kena sabar dari segi tingkah laku dia. Kadang-kadang
dia bawa daripada rumah lagi, ibu bapa dia bawa tu memang dia
bermasalah. Jadi kita juga kena tangguh, jadi kita juga kena pujuk
dia. Okay yang seterusnya, saya rasa kalau di sekolah ini, SMK
Panjung ni memang masalah berat tu tiada la, Cuma yang tadi tu ja
la misalnya contohnya yang dia bung air tu tiada tu sebab dari
sekolah menegah dia sudah di atur tapi kalau ada itu mungkin dia
sakit perut ke apa itu lain la. Itu sahaja dia punya cabaran.
Penemubual 2 : Okay terima kasih cikgu. Seterunya saya akan serahkan kepada
Amni.

Cikgu : Apa dia ?

Penemubual 2 : Seterusnya saya akan serahkan kepada Amni untuk bertanya


soalan.

Penemubual 9 : Okay cikgu, soalan saya apakah pengalaman yang cikgu dapat
setelah melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran murid
pendidikan khas?

Cikgu : Pengalaman dik, pengalaman cikgu mengajar, sebab saya tidak


berapa dengar, pengalaman saya mengajar ke ?

Penemubual 2 & : Ya, pengalaman yang cikgu perolehi.


Penemubual 9

Cikgu : Oh pengalaman saya. Pengalaman saya mengajar di sini. Kalau


saya ini daripada arus perdana, jadi level saya macam, kita ni kan
apabila dari arus perdana kelas ini kita akan 3 4 jadi biasanya saya
ni pelajar, mencari pelajar yang pandaikan apabila datang sini. Saya
tak tahu apa yang nak ajar jadi macam tu, nak ajar campur yang
tinggi-tinggi, darab tak boleh, sekejap-sekejap. (ada gangguan,
cikgu sedang mengurus pelajarnya)

Cikgu : Cabaran ke adik? (Cikgu lupa mengenai soalan yang diajukan)

Penemubual 2 : Pengalaman cikgu. (Zafhareen mengingatkan semula tentang


soalan yang diajukan)

Cikgu : Ah pengalaman, jadi apabila berada disini banyak la pengalaman


saya. Salah satunya, daripada suasana kita tak biasa dengan
pelajar yang bermasalah, jadi kita rasa kita bertua kerana dapat
mengajar mereka yang memerlukan pertolongan daripada kita. Itu
la pengalaman saya. Apa yang kita ada misalnya terdahulu.
sebelum saya mengajar dekat sini biasanya pertanian tak ada,
memang tak ada dik, penternakan pun tak ada, apabila saya duduk
di sini, saya ambil salah satu slotnya pertanian dan akhirnya dia
berjaya. Hinggakan saya pengalaman saya duduk di sini, dah 2 fasa
saya bertani ataupun saya menanam timun baby 2 fasa daripada
budak tak pandai saya boleh ajar cara menanam tadi la. Daripada
biji sampai dia menjana, saya akan bagi tau dia peringkat-peringkat
dia, ni masa biji, ni masa anak lagi, ni masa dia boleh mengeluarkan
buah, jadi itu la pengalaman saya yang saya rasa tak boleh di ni la
(guru mungkin menyatakan pengalaman yang dia tidak boleh
lupakan). Yang seterusnya pengalaman saya ni apabila duduk di
sini kita tahu keadaan pelajar, kemampuan dia, kemampuan pelajar
tu tak boleh berfikir secara cepat misalnya, ada juga pelajar saya,
saya pelihara ayam, saya tanya ayam ada berapa kaki ?, dia boleh
jawab “ada 6, ada 4”. Ayam macam dia masih keliru dengan lembu,
dengan kambing. Macam dia mudah lupa, sampai kadang-kadang
“bila cikgu nak potong ayam” (cikgu memberi tahu pelajar bertanya
soalan seperti itu). Dia macam mudah lupa (pelajar mudah lupa). Itu
pengalaman saya apabila kita pelihara ayam dia boleh tahu, ini
ayam, dia boleh beza. Kalau kita tengok dia punya gambar kadang-
kadang dia macam “eh ye ke ayam ni ?” ah macam itu dia tanya.
Jadi belajar saya ini dia macam mudah lupa, ah mudah lupa. Kalau
kita tanya hari ini, kita tanya sekejap lagi, dia boleh lupa. Itu
pengalaman saya la. Okay adik, ada lagi ke ?

Penemubual 9 : Okay, baik cikgu. Soalan ke dua daripada saya adalah macam
mana cara cikgu nak kenal ciri-ciri pelajar pendidikan khas ?

Cikgu : Macam mana nak kenal dia ke ? nak kenal budak itu pendidikan
khas ?

Penemubual 9 : Ye

Cikgu : Okay, macam mana nak kenal pelajar tu pendidikan khas ?

Penemubual 2 : Ya betul cikgu.

Cikgu : Biasanya kita, memang saya mengajar daripada arus perdana ada
juga pelajar daripada arus perdana memang dia. Memang boleh
diperkatakan, boleh dikategorikan sebagai pelajar pendidikan khas.
Salah satunya apabila kita ajar, ajar dia suatu benda dia lambat nak
tangkap apa yang kita ajar. Macam kita tanya tu dia masih lagi “ ye
ke ?” dia macam masih ragu-ragu. Pemikiran itu lambat sikit dari
segi pembelajaran dan ada juga kita tengok dari segi tingkah laku
dia. Salah satu tingkah laku dia ni, sekejap dia boleh tahan dia
punya duduk tu, duduk okay, sekejap tu dia boleh duduk, tapi dah
lama sikit, dia macam boring, dia nak keluar, nak keluar. Itu salah
satunya. Okay dik.

Penemubual 4 : Mengikut sistem pendidikan khas di Malaysia, pada peringkat umur


berapakah Murid Berkeperluan Khas perlu mengikuti pendidikan
formal di sekolah ? (ingin bertanya soalan namun terdapat sedikit
gangguan, masalah line, soalan tak jelas)

Cikgu : Tak berapa jelas dik. Peringkat ?

Penemubual 4 : Peringkat umur berapakah Murid Berkeperluan Khas ni perlu


mengikuti pendidikan formal di sekolah ? Kalau ikutan pendapat
cikgu.

Cikgu : Tak berapa jelas dik.

Penemubual 4 : Okay cikgu, Soalan saya, peringkat umur berapakah murid


berkeperluan Khas ni perlu mengikuti pembelajaran secara formal
di sekolah ?

Cikgu : Ow secara formal, begini dik. Kalau biasanya dia ni di sekolah


pendidikan khas dia termasuk dalam pendidikan khas. Kalau nak
bagi formal tu, saya rasa tak ada dik. Memang dia habis semasa 19
tahun, memang habis la. Dia tidak akan ke formal la. Memang dia
daripada Tingkatan 1, umur 13 atau 14 maka sampai 19 tahun. Tapi
dia tidak akan ke formal la. Paling-palingnya kalau dia okay, kita
sendiri cikgu akan cari kerja untuk dia, misalnya dia akan kerja
tempat cuci kereta, ataupun tempat buat batik, kita sendiri akan
bawa ke bidang kerja dia. Dia tidak akan ke arus perdana.

Minit Ke 28.50

Penemubual 4 : Soalan ke dua, apakah penyelesaian atau tindakan cikgu sekiranya


murid berkeperluan khas (MBK) ini mengalami masalah dari segi
tingkah laku, kerana mungkin MBK ini berbeza tingkah laku
berbanding pelajar normal, jadi apakah cadangan atau
penyelesaian dari cikgu sendiri untuk uruskan tingkah laku mereka?

Cikgu : Semasa mengajar, kalau dia ada masalah tingkah laku dia yang tak
berapa, kadang-kadang ada juga yang kelas ni kita akan
kebiasaannya kita akan tengok terlebih dahulu kalau tingkah laku
dia boleh dikawal cikgu akan ambik alih atau ppm kita ada pembantu
kan, tolong dia dulu. Tapi kalau rasa kita tak boleh handle, teruk
sangat biasanya kita akan telefon ibu bapa dia. Akhir sekali, kita
akan telefon ibubapa dia.

Penemubual 4 : Soalan terakhir kebiasaannya murid berkeperluan khas ini perlu


diberi perhatian yang lebih dari pelajar normal dan dorongan oleh
orang sekeliling termasuklah pendidik, jadi apakah cabaran dalam
mendapat suasana pembelajaran dua hala antara mereka dan
langkah yang diambil oleh cikgu?

Cikgu : Cabaran dalam pendidikan khas, kalau kita tengok cabaran tu


memang banyak dik. Terutamanya cikgu atau pendidik. Kalau
tengok keadaan sekarang, kalau kita nak tumpukan pada satu-satu
subjek ataupun satu-satu pelajaran tu kalau nak ajar tu memang
payah la. Kalau objektif kita tu kalau nak buat memang tak tercapai.
Sebab tu kalau tengok pendidikan khas ni kebanyakannya objektif
dia satu je. Dia tak boleh banyak.

Salah satunya, kalau kita mengajar kadang-kadang kita mengajar


tapi diorang tu bukannya tumpu, tumpuan diorang bukan tumpu
kepada kita. Kita ingatkan dia tumpu kepada kita rupanya bila tanya
tak tahu. Jadi itupun cabaran.

Seterusnya, kadang- kadang kita nak mengajar dia kata tak payah
mengajar la, dia tak suka mengajar, dia kata okay hari ni cikgu kita
tak payah mengajar, hari ni kita duduk tengok video ke apa ke.
Lepas tu kita kena ikut step dia. Apabila dia kata okay kita tengok
video sekejap lepas tu kita mengajar, dia kata okay macam tu. Jadi
kita kena ikut rentak dia. Kita tak boleh ikut suka kita nak buat
macam mana. Hari ni contohnya, cikgu nak ajar ni kita tak boleh.
Memang la dalam objektif tu kita ada saja nak capai nak ajar dia tu
capai objektif. Kadang-kadang objektif kita tu tak tercapai. Itu
cabaran dia.

Penemubual 4 : Jadi, apakah langkah yang cikgu ambil?


Cikgu : Langkah yang diambil, salah satunya kita kena ikut rentak pelajar
itu sendiri, asalkan benda tu okay kita kena ikut. Kena ikut
kemahuan mereka selagi mana waktu dia okay, baik la. Kita tak
boleh ikut 100% apa yang kita buat. Tak boleh.

Kalau dia kata hari ni nak keluar bertani, kena keluarlah. Nak tengok
pokok-pokok atau cabut rumput ke. Sebenarnya dia ni bukannya
pandai bertani tu cumanya kita suruh tengok ni rumput, haa cabut-
cabut rumput. Bukannya nak suruh bertani tu taklah, maknanya
suruh dia cabut rumput yang lain tu kita yang buat. Pendapat saya,
salah satunya kita kena ikut rentak dia.

Penemubual 7 : Okay cikgu soalan daripada saya, apakah kaedah yang cikgu
gunakan untuk bantu pelajar memahami sesi pembelajaran ?

Cikgu : Okay, terima kasih. Sebenarnya kaedah yang saya terapkan


kepada pelajar saya untuk memahaminya, salah satunya kita
tengok dia punya rentak. Kalau dia kata okay hari ni cikgu kita nak
buat urutan tapi nak tengok video. Jadi kita kena tengok video la.
Kalau dia kata hari ni nak tengok tanaman kita, jadi kita kena pergi
la. Tu dia punya salah satu kita kena ikut rentak pelajar. Kalau kita
tak ikut pon kita akan mengajar tapi tidak mengambil masa yang
lama, sekejap je. Kita ajar sekejap je, okay sekarang kita tengok
video misalnya.

Walaupun masa saya tu kadang-kadang misalnya dari pukul 9


sampai pukul 11.30. memang la masa saya tu dalam satu hari tu
ada 6 masa setiap masa ada 30 minit, tapi kita bukan mengajar
semua tu. Masa sahaja banyak, panjang tetapi banyak kaedah yang
kita guna ataupun banyak pelajaran yang kita masuk. Tak
semestinya kita mengajar refleksologi tetapi kita juga bawa kepada
pelajar ni luar daripada bilik darjah. Contohnya, tengok tanaman,
cabut rumput. Ini aktiviti sebelum PKP la. Sekarang ini PKP, aktiviti
kita terhad. Tak boleh 100% mengajar macam dulu la. Kena ikut
SOP yang telah ditetapkan.

Transkrip Bahagian 1 Selesai

You might also like