Keseluruhan Transkrip Temubual

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

TRANSKRIP TEMUBUAL

Penemubual 1 = Luqman Azri Hakimi Bin Basiudi


Penemubual 2 = Mohammad Zafhareen Bin Zaluhi
Penemubual 3 = Muhammad Farhan Hakim Bin Mohd Yusuf
Penemubual 4 = Nurul Ainak Binti Mohd Zawawi
Penemubual 5 = Nor Khairina Binti Mohamad Ali
Penemubual 6 = Mohd Arif Bin Mohd Nor Azan
Penemubual 7 = Ismaail Bin Mat Zin
Penemubual 8 = Nur Aqielah Binti Azmi
Penemubual 9 = Nur Akmal Amni Binti Ghazali
Penemubual 10 = Muhammad Fadhil Firdaus Bin Roslan
Responden\Cikgu = Ustazah Zizah Binti Ibrahim
Responden 1 = Nur Insyirah Binti Zaidi
Responden 2 = Adam Adli Arif Bin Kasimudin
Responden 3 = Nur Mastura Binti Johari
Responden 4 = Muhammad Amin Afiq Bin ramli
Responden 5 = Azhar Bin Azman
Responden 6 = Azlan Bin Yunus

Bahagian 1

Penemubual 1 : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi


kepada cikgu dan pelajar, kami merupakan pelajar daripada
Universiti Pendidikan Sultan Idris dan kami juga mengambil
kursus KPK 3012 iaitu pendidikan inklusif. Tujuan kami hari ini
adalah untuk menemubual cikgu dan pelajar. Kami ke sini untuk
menimba ilmu ataupun mendapatkan maklumat berkaitan
dengan pelajar ataupun bagaimana mereka belajar dan tujuan
kami juga adalah untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan
oleh kami.

(Sesi Perkenalan Diri Antara Penemubual dengan Cikgu)

Penemubual 1 : Baik, semua sudah memperkenalkan diri. Sebelum kami


memulakan sesi temubual pada cikgu dan pelajar. Kami nak
meminta inzin daripada cikgu untuk kami rakam sesi temubual ini
bertujuan dijadikan sebagai bukti untuk tugasan kami. Kalau
cikgu rasa tidak selesa wajah cikgu dan pelajar dipaparkan
dalam video kami ataupun cikgu tak nak ada dalam video kami
cikgu boleh bagi tahu kami akan rahsiakan. Jadi saya memohon
izin untuk temubual cikgu. Jadi terlebih dahulu cikgu boleh
memperkenalkan nama cikgu pada kami terlebih dahulu.

Cikgu : Saya selaku kelas refleksologi 1, dalam pelajar saya ini ada 9
orang sebagai asas refleksologi 1. Nama saya Puan Zizah Bt
Ibrahim, pelajar saya pelajar yang baru dikatakan asas kelas
refleksologi seramai 9 orang sekarang ini.
Penemubual 1 : Cikgu boleh kami tahu salah satu nama pelajar cikgu yang boleh
kami temubual.

(Berlaku masalah line internet)

Cikgu : Okay adik soalan-soalan.

Penemubual 1 : Okay, boleh diajukan kepada cikgu.

Penemubual 8 : Soalan pertama saya, bilakah cikgu mula berkhidmat sebagai


guru pendidikan khas ?

Cikgu : Sebenarnya saya ini asalnya guru arus perdana. Seterusnya


saya ambil ____(maklumat tidak jelas) selama 2 tahun, kena
kursus apa semua jadi 3 tahun setengah, baru jadi.

Penemubual 8 : Seterusnya apakah pandangan cikgu terhadap dasar pendidikan


inklusif ?, maksudnya yang mana pelajar berkeperluan khas ini
diwajibkan untuk belajar di sekolah.

Cikgu : Memang lah kalau kita tengok dari segi zaman sekarang, saya
rasa memang patut lah ibubapa mereka menghantar mereka ke
kelas inklusif ini. Satu-satunya kalau kelas kita ini banyak
pelajaran ataupun bidang yang di ajar, misalnya kalau kelas saya
ini ikut urutan dan boleh belajar urutan dia boleh bawa kepada
arena di luar nanti dan ada juga kawan saya bahagian asas
masakan. Kalau asas masakan, dia belajar berkenaan dengan
masakan. Kita tengok dia punya belajar, cara masak misalnya
buat nasi goreng ke, dia boleh bimbing dirinya sendiri dan ada
juga kelas saya ini berkenaan dengan dobby dia boleh urus
berkenan dengan pakaian dia sendiri, cara pakai, cara lipat baju,
cara basuh dan macam-macam lagi. Itu dikatakan memang salah
satunya patut ibubapa menghantar anaknya ke sekolah
pendidikan khas. Adik nampak tak mereka ramai-ramai ini ?

Penemubual : Nampak-nampak.

Cikgu : Memang mereka suka tapi kadang-kadang kita tanya dia, dorang
tak boleh jawab, itu memang susah sikit. Ada yang malu tapi dia
boleh, macam kelas saya ini memang ada dari segi pelajaran
memang dia tak boleh, nak baca tak boleh, nak mengira pun dia
memang tak boleh tapi kalau kita ajar dia berkenaan dengan
urutan ada yang okay maknanya dia sedar kita suruh dia urut.
Rasanya okay, kalau kita sakit tangan kita bagi dia urut dia okay,
bagus, maknanya dia pandai. Tapi dari segi baca, mengira dia
memang ada yang boleh tapi kebanyakan memang tak boleh. Ke
nak tanya pelajar saya ?

Penemubual 10 : Soalan seterusnya, Adakah pelajar menerima sokongan


daripada luar sama ada daripada pihak kerajaan atau Non-
governmental organization (NGO) ?

Cikgu : Kalau daripada luar memang adalah. Masuk adik dari segi kos
belanja ke atau dari segi mana ?
Penemubual 10 : Tidak kesah daripada mana-mana Cikgu.

Cikgu : Biasanya kalau kita ini bantuan dari kerajaan, memang dia ada
peruntukan untuk satu tahun. Peruntukan itu memang banyak
beratus ribu. *Sebab tu la kalau kita nak menyelesaikan ini bukan
setakat saya mengajar sahaja saya bertani iaitu tanaman timun
baby. Tanam timun baby jadi permulaan itu kita ambil dari duit itu
yang di bagi oleh pihak kerajaan. Dalam setahun dia bagi dalam
120 ribu ke, tapi kita akan kongsi bagi kepada pertanian berapa,
kalau ada penternakan. Sebelum PKP kita ada peruntukan
penternakan ayam. (Maklumat x jelas) Macam kelas saya kita
ajar urutan dan kadang-kadang mereka jemu ja kita bawa kejap
ke pertanian, kejap tengok binatang, penternakan macam itu.

Penemubual 10 : Soalan seterusnya, Apakah alat bantu mengajar yang digunakan


ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) berlangsung di
dalam kelas ?

Cikgu : Biasanya kalau bahagian urutan ini saya guna cara mengurut
daripada video ataupun YouTube, daripada Google.
Kebanyakan cara dia. Di samping itu, sambil belajar mengurut,
kita tengok juga hiburan dorang juga. Dia tak boleh fokus satu,
memang tak boleh.

Minit Ke 14

Penemubual 10 : Baik, faham cikgu. Okay seterusnya, boleh cikgu nyatakan jenis-
jenis teknik yang boleh dipraktikkan oleh cikgu dalam menangani
murid yang berkeperluan khas ?

Cikgu : Murid pendidikan khas ya ?

Penemubual 10 : Ya

Cikgu : Kalau saya tengok dia punya teknik ni, anak-anak saya la. Saya
anggap dia sebagai anak-anak saya. Pertama kita mengajar
dorang ni, kita jangan (mudah terasa dengan pelajar) dia payah
nak di ajar, kita kena dekat dengan dia, macam dia ini
memerlukan manja, kita kena panggil dia dengan gaya dia, kita
kena tengok dengan keadaan dia, mood dia, kadang-kadang
mood dia sudah datang, mood dia ni kurang, itu susah juga la,
kita kena banyakkan teknik. Salah satunya, kita kena ajak dia
keluar kelas, tengok keadaan sekeliling, bukan setakat duduk
dalam kelas. Sebab tu saya walaupun bahagian urutan, saya
boleh pergi ke pertanian, penternakan, haa begitu. Untuk
mencerahkan sekejap-sekejap. (minit ke 15.14)

Penemubual 10 : Okay, terima kasih.

Penemubual 2 : Aku lagi ke Fadhil ?


Penemubual 10 : Ya Zafh

Penemubual 2 : Okay seterusnya soalan dari saya, apakah teknik pengajaran


dan pembelajaran yang digunakan oleh cikgu ?

Cikgu : Okay teknik pembelajaran, itu je ke adik ? Okay biasanya teknik


pembelajaran yang di gunakan oleh saya kebanyakannya kita
bagi penerangan, selepas bagi penerangan kita akan adakan
aktiviti ataupun dia tu berpraktiskan urutan teknik dan kita tengok
teknik dia banyak dari video, video tentang cara urutan. Itu
sahaja la teknik pembelajaran saya. Kebanyakannya
penerangan la. Penerangan dari urut.

Penemubual 2 : Okay soalan seterusnya cikgu, bagaimanakah susun atur


persekitaran bilik darjah bagi pelajar berkeperluan khas ?

Cikgu : Bagaimanakah, kurang jelas adik ?

Penemubual 2 : Bagaimanakah susun atur. Eh jap jap. Bagaimanakah susun atur


persekitaran bilik darjah bagi pelajar berkeperluan khas ? Macam
suasana sekolah, kelas.

Cikgu : Ah suasana dia, okay, k, k. Sekarang musim Covid, jadi kita ni


memang aturannya jauh-jauh la tapi dia orang ni tengok la suka
duduk dekat-dekat juga memang....

Penemubual 2 : Cabaran

Cikgu : Haa, jadi kita atur memang seperti kelas jarak jauh,
menggunakan meja kurusi seperti biasa la tetapi kalau kita ada
aktiviti misalnya urutan kita akan duduk di kerusi. Ah macam
urutan betul-betul la. Ha suasana macam tu. Sebab sekarang
musim Covid tak boleh nak dekat takut orang datang tengok kan.
Tapi sekarang ni dia orang budak-budak macam ini kan tak boleh
nak ni, kadang-kadang dia orang datang duduk dekat kita, tak
elok nak tempias dia (memindahkan mereka) jadi duduk begini la
(duduk dekat-dekat). Tengok ni ah.

Penemubual 2 : Ya betul cikgu. Okay seterunya soalan dari saya, berdasarkan


pengalaman cikgu, apakah cabaran yang dihadapi selama
menjadi guru pendidikan khas ?

Cikgu : Okay, kalau kita tengok cabaran memang banyak la adik, sebab
itu la kita perlukan kesabaran, banyak bersabar. Kalau kita
tengok contoh sekarang ini, pihak kerajaan suruh kita duduk
jauh-jauh tak boleh dekat- dekat, itu cabaran dia tapi dia orang tu
masih dekat dengan kita kadang-kadang datang cium macam
cium kita, macam pegang. Itu cabaran la, kalau orang datang
tengok tu kita rasa macam bersalah, macam tak ikut SOP kan.
Nak buat macam mana pelajar kita memang macam ini. Okay
yang seterusnya cabarannya, salah satunya, apabila dia orang
ada masalah, moodnya ada yang tak kena, kadang-kadang dia
merajuk tu perlukan mmm, kadang-kadang dia macam dengan
kawan tu dia macam nak berkeliaran itu salah satunya juga. Dia
memerlukan pujuk rayu dia orang ni memang kita kena sabar dari
segi tingkah laku dia. Kadang-kadang dia bawa daripada rumah
lagi, ibu bapa dia bawa tu memang dia bermasalah. Jadi kita
juga kena tangguh, jadi kita juga kena pujuk dia. Okay yang
seterusnya, saya rasa kalau di sekolah ini, SMK Panjung ni
memang masalah berat tu tiada la, Cuma yang tadi tu ja la
misalnya contohnya yang dia bung air tu tiada tu sebab dari
sekolah menegah dia sudah di atur tapi kalau ada itu mungkin
dia sakit perut ke apa itu lain la. Itu sahaja dia punya cabaran.

Penemubual 2 : Okay terima kasih cikgu. Seterunya saya akan serahkan kepada
Amni.

Cikgu : Apa dia ?

Penemubual 2 : Seterusnya saya akan serahkan kepada Amni untuk bertanya


soalan.

Penemubual 9 : Okay cikgu, soalan saya apakah pengalaman yang cikgu dapat
setelah melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran
murid pendidikan khas?

Cikgu : Pengalaman dik, pengalaman cikgu mengajar, sebab saya tidak


berapa dengar, pengalaman saya mengajar ke ?

Penemubual 2 & : Ya, pengalaman yang cikgu perolehi.


Penemubual 9

Cikgu : Oh pengalaman saya. Pengalaman saya mengajar di sini. Kalau


saya ini daripada arus perdana, jadi level saya macam, kita ni
kan apabila dari arus perdana kelas ini kita akan 3 4 jadi biasanya
saya ni pelajar, mencari pelajar yang pandaikan apabila datang
sini. Saya tak tahu apa yang nak ajar jadi macam tu, nak ajar
campur yang tinggi-tinggi, darab tak boleh, sekejap-sekejap.
(ada gangguan, cikgu sedang mengurus pelajarnya)

Cikgu : Cabaran ke adik? (Cikgu lupa mengenai soalan yang diajukan)

Penemubual 2 : Pengalaman cikgu. (Zafhareen mengingatkan semula tentang


soalan yang diajukan)

Cikgu : Ah pengalaman, jadi apabila berada disini banyak la pengalaman


saya. Salah satunya, daripada suasana kita tak biasa dengan
pelajar yang bermasalah, jadi kita rasa kita bertua kerana dapat
mengajar mereka yang memerlukan pertolongan daripada kita.
Itu la pengalaman saya. Apa yang kita ada misalnya terdahulu.
sebelum saya mengajar dekat sini biasanya pertanian tak ada,
memang tak ada dik, penternakan pun tak ada, apabila saya
duduk di sini, saya ambil salah satu slotnya pertanian dan
akhirnya dia berjaya. Hinggakan saya pengalaman saya duduk
di sini, dah 2 fasa saya bertani ataupun saya menanam timun
baby 2 fasa daripada budak tak pandai saya boleh ajar cara
menanam tadi la. Daripada biji sampai dia menjana, saya akan
bagi tau dia peringkat-peringkat dia, ni masa biji, ni masa anak
lagi, ni masa dia boleh mengeluarkan buah, jadi itu la
pengalaman saya yang saya rasa tak boleh di ni la (guru
mungkin menyatakan pengalaman yang dia tidak boleh lupakan).
Yang seterusnya pengalaman saya ni apabila duduk di sini kita
tahu keadaan pelajar, kemampuan dia, kemampuan pelajar tu
tak boleh berfikir secara cepat misalnya, ada juga pelajar saya,
saya pelihara ayam, saya tanya ayam ada berapa kaki ?, dia
boleh jawab “ada 6, ada 4”. Ayam macam dia masih keliru
dengan lembu, dengan kambing. Macam dia mudah lupa,
sampai kadang-kadang “bila cikgu nak potong ayam” (cikgu
memberi tahu pelajar bertanya soalan seperti itu). Dia macam
mudah lupa (pelajar mudah lupa). Itu pengalaman saya apabila
kita pelihara ayam dia boleh tahu, ini ayam, dia boleh beza. Kalau
kita tengok dia punya gambar kadang-kadang dia macam “eh ye
ke ayam ni ?” ah macam itu dia tanya. Jadi belajar saya ini dia
macam mudah lupa, ah mudah lupa. Kalau kita tanya hari ini, kita
tanya sekejap lagi, dia boleh lupa. Itu pengalaman saya la. Okay
adik, ada lagi ke ?

Penemubual 9 : Okay, baik cikgu. Soalan ke dua daripada saya adalah macam
mana cara cikgu nak kenal ciri-ciri pelajar pendidikan khas ?

Cikgu : Macam mana nak kenal dia ke ? nak kenal budak itu pendidikan
khas ?

Penemubual 9 : Ye

Cikgu : Okay, macam mana nak kenal pelajar tu pendidikan khas ?

Penemubual 2 : Ya betul cikgu.

Cikgu : Biasanya kita, memang saya mengajar daripada arus perdana


ada juga pelajar daripada arus perdana memang dia. Memang
boleh diperkatakan, boleh dikategorikan sebagai pelajar
pendidikan khas. Salah satunya apabila kita ajar, ajar dia suatu
benda dia lambat nak tangkap apa yang kita ajar. Macam kita
tanya tu dia masih lagi “ ye ke ?” dia macam masih ragu-ragu.
Pemikiran itu lambat sikit dari segi pembelajaran dan ada juga
kita tengok dari segi tingkah laku dia. Salah satu tingkah laku dia
ni, sekejap dia boleh tahan dia punya duduk tu, duduk okay,
sekejap tu dia boleh duduk, tapi dah lama sikit, dia macam
boring, dia nak keluar, nak keluar. Itu salah satunya. Okay dik.

Penemubual 4 : Mengikut sistem pendidikan khas di Malaysia, pada peringkat


umur berapakah Murid Berkeperluan Khas perlu mengikuti
pendidikan formal di sekolah ? (ingin bertanya soalan namun
terdapat sedikit gangguan, masalah line, soalan tak jelas)

Cikgu : Tak berapa jelas dik. Peringkat ?

Penemubual 4 : Peringkat umur berapakah Murid Berkeperluan Khas ni perlu


mengikuti pendidikan formal di sekolah ? Kalau ikutan pendapat
cikgu.

Cikgu : Tak berapa jelas dik.


Penemubual 4 : Okay cikgu, Soalan saya, peringkat umur berapakah murid
berkeperluan Khas ni perlu mengikuti pembelajaran secara
formal di sekolah ?

Cikgu : Ow secara formal, begini dik. Kalau biasanya dia ni di sekolah


pendidikan khas dia termasuk dalam pendidikan khas. Kalau nak
bagi formal tu, saya rasa tak ada dik. Memang dia habis semasa
19 tahun, memang habis la. Dia tidak akan ke formal la. Memang
dia daripada Tingkatan 1, umur 13 atau 14 maka sampai 19
tahun. Tapi dia tidak akan ke formal la. Paling-palingnya kalau
dia okay, kita sendiri cikgu akan cari kerja untuk dia, misalnya dia
akan kerja tempat cuci kereta, ataupun tempat buat batik, kita
sendiri akan bawa ke bidang kerja dia. Dia tidak akan ke arus
perdana.

Minit Ke 28.50

Penemubual 4 : Soalan ke dua, apakah penyelesaian atau tindakan cikgu


sekiranya murid berkeperluan khas (MBK) ini mengalami
masalah dari segi tingkah laku, kerana mungkin MBK ini berbeza
tingkah laku berbanding pelajar normal, jadi apakah cadangan
atau penyelesaian dari cikgu sendiri untuk uruskan tingkah laku
mereka?

Cikgu : Semasa mengajar, kalau dia ada masalah tingkah laku dia yang
tak berapa, kadang-kadang ada juga yang kelas ni kita akan
kebiasaannya kita akan tengok terlebih dahulu kalau tingkah laku
dia boleh dikawal cikgu akan ambik alih atau ppm kita ada
pembantu kan, tolong dia dulu. Tapi kalau rasa kita tak boleh
handle, teruk sangat biasanya kita akan telefon ibu bapa dia.
Akhir sekali, kita akan telefon ibubapa dia.

Penemubual 4 : Soalan terakhir kebiasaannya murid berkeperluan khas ini perlu


diberi perhatian yang lebih dari pelajar normal dan dorongan oleh
orang sekeliling termasuklah pendidik, jadi apakah cabaran
dalam mendapat suasana pembelajaran dua hala antara mereka
dan langkah yang diambil oleh cikgu?

Cikgu : Cabaran dalam pendidikan khas, kalau kita tengok cabaran tu


memang banyak dik. Terutamanya cikgu atau pendidik. Kalau
tengok keadaan sekarang, kalau kita nak tumpukan pada satu-
satu subjek ataupun satu-satu pelajaran tu kalau nak ajar tu
memang payah la. Kalau objektif kita tu kalau nak buat memang
tak tercapai. Sebab tu kalau tengok pendidikan khas ni
kebanyakannya objektif dia satu je. Dia tak boleh banyak.

Salah satunya, kalau kita mengajar kadang-kadang kita


mengajar tapi diorang tu bukannya tumpu, tumpuan diorang
bukan tumpu kepada kita. Kita ingatkan dia tumpu kepada kita
rupanya bila tanya tak tahu. Jadi itupun cabaran.
Seterusnya, kadang- kadang kita nak mengajar dia kata tak
payah mengajar la, dia tak suka mengajar, dia kata okay hari ni
cikgu kita tak payah mengajar, hari ni kita duduk tengok video ke
apa ke. Lepas tu kita kena ikut step dia. Apabila dia kata okay
kita tengok video sekejap lepas tu kita mengajar, dia kata okay
macam tu. Jadi kita kena ikut rentak dia. Kita tak boleh ikut suka
kita nak buat macam mana. Hari ni contohnya, cikgu nak ajar ni
kita tak boleh. Memang la dalam objektif tu kita ada saja nak
capai nak ajar dia tu capai objektif. Kadang-kadang objektif kita
tu tak tercapai. Itu cabaran dia.

Penemubual 4 : Jadi, apakah langkah yang cikgu ambil?

Cikgu : Langkah yang diambil, salah satunya kita kena ikut rentak pelajar
itu sendiri, asalkan benda tu okay kita kena ikut. Kena ikut
kemahuan mereka selagi mana waktu dia okay, baik la. Kita tak
boleh ikut 100% apa yang kita buat. Tak boleh.

Kalau dia kata hari ni nak keluar bertani, kena keluarlah. Nak
tengok pokok-pokok atau cabut rumput ke. Sebenarnya dia ni
bukannya pandai bertani tu cumanya kita suruh tengok ni rumput,
haa cabut-cabut rumput. Bukannya nak suruh bertani tu taklah,
maknanya suruh dia cabut rumput yang lain tu kita yang buat.
Pendapat saya, salah satunya kita kena ikut rentak dia.

Penemubual 7 : Okay cikgu soalan daripada saya, apakah kaedah yang cikgu
gunakan untuk bantu pelajar memahami sesi pembelajaran ?

Cikgu : Okay, terima kasih. Sebenarnya kaedah yang saya terapkan


kepada pelajar saya untuk memahaminya, salah satunya kita
tengok dia punya rentak. Kalau dia kata okay hari ni cikgu kita
nak buat urutan tapi nak tengok video. Jadi kita kena tengok
video la. Kalau dia kata hari ni nak tengok tanaman kita, jadi kita
kena pergi la. Tu dia punya salah satu kita kena ikut rentak
pelajar. Kalau kita tak ikut pon kita akan mengajar tapi tidak
mengambil masa yang lama, sekejap je. Kita ajar sekejap je,
okay sekarang kita tengok video misalnya.

Walaupun masa saya tu kadang-kadang misalnya dari pukul 9


sampai pukul 11.30. memang la masa saya tu dalam satu hari tu
ada 6 masa setiap masa ada 30 minit, tapi kita bukan mengajar
semua tu. Masa sahaja banyak, panjang tetapi banyak kaedah
yang kita guna ataupun banyak pelajaran yang kita masuk. Tak
semestinya kita mengajar refleksologi tetapi kita juga bawa
kepada pelajar ni luar daripada bilik darjah. Contohnya, tengok
tanaman, cabut rumput. Ini aktiviti sebelum PKP la. Sekarang ini
PKP, aktiviti kita terhad. Tak boleh 100% mengajar macam dulu
la. Kena ikut SOP yang telah ditetapkan.

Bahagian 2
Penemubual 1 : Cikgu boleh dengar suara saya tak ?

Penemubual 2 : Boleh, boleh, boleh.

Cikgu : Boleh, boleh. Boleh dengar.

Penemubual 1 : Cikgu, sebelum kita start, saya nak minta izin cikgu lah, boleh tak
kitorang nak rakam sesi perbualan kita ?

Cikgu : Boleh, Boleh nak.

Penemubual 1 : Okay, kalau untuk hari ni saya dan rakan-rakan ni nak tanya
beberapa soalanlah untuk pelajar boleh, pastu kita akan balik
kepada cikgu balik.

Cikgu : Haa..

Penemubual 1 : Jadi yang pertamanya, boleh saya tahulah nama pelajar, boleh
?

Cikgu : Nama pelajar.. Insyirah, Insyirah je, Insyirah ehh .. Awak sini,
Insyirah mari sini. Insyirah bagi nama, nama, kuat sikit cakap,
nama, nama Insyirah nama apa, nama..

Responden 1 : Nur Insyirah

Cikgu : Nur.. Kuat sikit..

Responden 1 : Nur Insyirah..

Penemubual 1 : Nur Insyirah …

Cikgu : Nur Insyirah binti ?

Responden 1 : Zaidi

Cikgu : Binti Zaidi ?

Responden 1 : hmm..

Cikgu : Cakap semula, cakap semula, Abang nak tanya, cakap nama,
cakap namalah. Nur Insyirah binti.. oyak semula nama.

Responden 1 : Nur Insyirah

Penemubual 1 : Insyirah ?

Responden 1 : hmm..

Penemubual 1 : Nur Insyirah..

Responden : binti Zaidi.

Penemubual 1 : Insyirah umur berapa Insyirah ?


Responden 1 : 14

Cikgu : Jangan tutup mulut.

Responden 1 : 14

Cikgu : 14 ta..

Responden 1 : 14 Tahun

Penemubual 1 : Boleh nak, kalau yang lelaki, boleh kami tahu nama apa?
Insyirah, adik Insyirah..

Cikgu : Bagitau nama adam sendiri..

Responden 2 : Nama saya Adam Adli Arif.

Penemubual 1 : Arif.. Arif pun umur 14 eh?

Responden 2 : 16

Penemubual 1 : 16 … Tu kawan kat belakang tu nama apa kawan kat belakang


?

Responden 2 : Hahaha..

Penemubual 1 : Hahaha..

Responden 1 : hihihi Suko..

Penemubual 1 : Terima kasih Arif. Terima kasih bagitau nama. Arif ehh. Jadi nilah
abang bagi dekat ni Abang Paan untuk tanya adiklah soalan, adik
boleh jawab kan. Senang je, tanya gitu-gitu. Borak-borak je, kita
bual-bual je, boleh ehh, ok mantap. Ha Paan.

Responden 3 : Hello, Assalamualaikum. Okay, Assalamualaikum. Dengar tak,


Adik Arif dengar tak?

Responden 1 : Waalaikumussalam.

Penemubual 3 : Adik Arif, dengar tak suara abang ?

Responden 2 : Dengar..

Penemubual 3 : Ha dengar.. Okay, Abang ada soalan sikit nak tanya adik Arif.
Abang nak tanya. Apa tu. adik Arif seronok tak belajar?

Responden 2 : Seronok.

Semua Responden : Seronok.

Penemubual 3 : Seronok.. Abang nak tanya soalan ni ehh, macam, adik arif lagi
seronok belajar dengan kawan-kawan atau sorang-sorang ?

Responden 2 : kawan-kawan
Penemubual 3 : Maksudnya ramai-ramailah. Okay, sebab kalau belajar
berkelompok pun lebih faham tak, betul tak?

Penemubual 3 : Hah tak faham ye..

Semua Responden : Hahahahaha

Penemubual 3 : Okay kkk, ni adik syirah pulak, abang nak tanya ni, syirah kan,
betul tak, betul tak nama?

Penemubual 1 : Ha Insyirah..

Penemubual 3 : Syirah kan, okay. Adik syirah macam mana, seronok belajar?

Responden 3 : Jawab

Responden 2 : Jawablah

Cikgu : Jawablah semua.

Semua Responden : Seronok.

Penemubual 3 : Seronok. Okay, sama jugak soalan abang nak tanya. Adik Syirah
lagi seronok belajar berseorangan atau berkumpulan ataupun
berkelompok dengan maksudnya adik lagi seronok belajar
dengan kawan-kawan atau sorang-sorang ?

Responden 1 : Kawan

Semua Responden : Kawan

Penemubual 3 : Dengan kawan-kawanlah. Okay, abang ada satu soalan ni. Lagi
satu, jap ehh… Adik-adik lagi lebih berminat belajar subjek apa
dekat sekolah dengan cikgu-cikgu?

Penemubual 3 : Hello? Ape? Kurang jelaslah. Kuat sikit dik, kuat sikit.

Cikgu : Okay dik dah dengar.

Penemubual 1 : Adik-adik belajar apa je dekat sekolah ?

Responden 2 : Belajar urutan.

Penemubual 3 : ohh, best belajar ?

Responden 2 : Best

Penemubual 1 : Seronok tak belajar dengan cikgu-cikgu ?

Cikgu : Abang tanya seronok tak belajar, seronok..

Semua Responden : Seronok.

Penemubual 3 : Okay itu je lah daripada abang, abang lepaskan soalan dekat
kawan abang yang lain ehh. Dipersilakanlah.
Penemubual 6 : Okay saya ada satu soalan. Siapakah guru yang paling adik
suka?

Responden 1 : Ustazah

Responden 3 : Ustazah

Semua Responden : Ustazah

Reponden 2 : Ustazah Zizah

Penemubual 6 : Kenapa adik paling suka cikgu tu ?

Penemubual 1 : Kenapa adik suka ustazah ?

Semua Responden : Sebab ustazah baik

Penemubual 2 : Sebab ustazah baik…

Penemubual 6 : Kenapa adik suka pergi sekolah ?

Cikgu : Kenapa suka mari sekolah ?

Responden 1 : Belajar

Reponden 3 : Belajar

Responden 2 : Untuk belajar

Responden 3 : Untuk belajar

Semua Responden : Untuk belajar

Penemubual 1 : Adik faham tak yang cikgu ajar?

Responden 2 : Faham

Responden 3 : Faham

Penemubual 1 : Seronok belajar dengan ustazah eh ?

Responden 1 : Seronok

Responden 3 : Seronok

Semua Responden : Seronok

Penemubual 1 : Dekat sekolah ustazah ada buat aktiviti ke? Ade main bola ke tak
de?

Responden 2 : Tak dok.

Cikgu : Kalau tak dok, cakap takde.

Responden 3 : Takde
Semua Responden : Takde

Penemubual 1 : Takde

Penemubual 6 : Adik suka bermain ke ataupun belajar?

Semua Responden : Belajar

Responden 2 : Belajar

Penemubual 6 : Adik suka belajar apa?

Semua Responden : Tangan

Cikgu : Urutan

Semua Responden : Urutan tangan

Penemubual 1 : Urut.. Adik-adik nanti besar nak jadi apa? Cita-cita adik nak jadi
apa, cita-cita, nak jadi doktor ke cikgu ke? Adik-adik nak jadi apa?
Power Rangers?

Responden 1 : Misi

Responden 3 : Misi

Cikgu : Misi tu apa, misi tu Jururawat..

Penemubual 1 : Ni, Adik Arif ni, adik arif nanti nak jadi apa nanti besar?

Responden 2 : Haa…

Responden 3 : Hahahahaa

Penemubual 3 : Luq, sebelah adik arif tu macam nak jawab je Luq?

Penemubual 1 : Haah

Penemubual 3 : Kawan sebelah arif tu nama apa?

Responden 4 : Muhammad Amin Afiq

Penemubual 6 : Adik faham tak apa yang diajar oleh cikgu?

Semua Responden : Faham

Penemubual 6 : Adik pandai menyanyi tak? Boleh nyanyi untuk abang satu lagu
ke?

Penemubual 1 : Sapa kat sini power nyanyi, sapa kat sini pandai nyanyi. Adik-
adik tak pandai nyanyi, pandai ?

Responden 3 : Hihihi

Penemubual 1 : Abang paan ni reti tau nyanyi.


Penemubual 3 : Ha, abang reti nyanyi.

Penemubual 1 : Ha kalau dia nyanyi, merdu.. Adik-adik kenal jamal abdilah?

Responden 3 : Hihihi

Penemubual 3 : Okay adik, abang ade soalan ni nak tanya, tadi pagi belajar apa
je, sebelum kita ni lah jumpa ni, adik belajar apa dengan cikgu ?
Dengar tak suara abang ?

Semua Responden : Al-Quran

Penemubual 3 : Al-Quran… Belajar mengaji?

Semua Responden : Ha

Penemubual 3 : Puasa tak hari ni ?

Penemubual 1 : Mereka tak dengar kot..

Penemubual 3 : Yang lain ada soalan ke? Nak tanya kat adik-adik kita. Tak kisah
apa-apa..

Penemubual 5 : Okay, nama saya Khairina, boleh panggil saya kak Ina. Dengar
tak?

Responden 1 : Kak Ina

Responden 2 : Dengar

Responden 3 : Kak Ina..

Penemubual 5 : Hai, Hai..

Semua Responden : Hai

Penemubual 5 : Okay, kak ina nak tanya kalau adik-adik pergi sekolah kan,
biasanya mesti ada tengok video, pastu nyanyi kan, pastu ada
lukis-lukis jugak kan? Kan?

Semua Responden : Ha

Penemubual 5 : Adik-adik suka melukis ke, mewarna ke, menyanyi ?

Responden 1 : Mewarna

Responden 3 : Mewarna

Responden 2 : Mewarna

Semua Responden : Mewarna

Penemubual 5 : Okay, pastu, nak tanya lagi, contohkan kalau pergi sekolah suka
belajar ke suka aktiviti yang macam bermain-main dengan
kawan-kawan?
Responden 1 : Belajar

Responden 3 : Belajar

Semua Responden : Belajar

Penemubual 5 : Belajar ?

Responden 1 : Ha

Responden 3 : Ha

Penemubual 5 : Sebab ap.. sebab ap.. Kiranya tak suka lah macam duduk, duduk
luar, main-main bola ke, tak suka?

Responden 1 : Dok

Responden 3 : Dok

Penemubual 5 : Dok panas ke? Dok Panas ke?

Semua Responden : Dok

Penemubual 5 : Lebih suka duduk dalam kelas ke? Ke? Op op, okay tu je lah.
Kaq Ina pass soalan dekat kawan-kawan lain pulak ye? Okay,
baii..

Responden 3 : Baii

Semua Responden : Baii

Penemubual 5 : Okay adik, adik suka bermain berseorang ke berkumpulan? Adik


suka bermain berseorangan ke ataupun berkumpulan?

Cikgu : Suka bermain sorang-sorang ke berkumpulan?

Responden 2 : Berkumpulan

Semua Responden : Berkumpulan

Penemubual 5 : Kebiasaan apa yang adik main? Main polis-polis ka masak-


masak ka? Ka main kad?

Responden 1 : Suka main masak-masak

Responden 2 : Suka warna-warna

Penemubual 1 : Ade soalan lagi ke?

Penemubual 3 : Boleh ulang balik ke ? Dia macam kurang jelas kot suara..

Penemubual 1 : Rasanya dah tak ada kot, kita boleh proceed dengan soalan
kepada cikgulah, boleh?

Penemubual 10 : Boleh
Penemubual 1 : Okay, terima kasih eh adik-adik sudi jawab soalan daripada
abang-abang ni tau. Terima kasih.

Semua Responden : Sama-sama

Penemubual 1 : Terima kasih tolong… Cikgu ada, ustazah ada ustazah ?

Semua Responden : ada

Penemubual 1 : Panggil ustazah jap.

Cikgu : Okay , okay, okay dik.

Penemubual 1 : Okay, cikgu?

Cikgu : Ye, ye

Penemubual 5 : Boleh kitorang ajukan soalan untuk cikgu, boleh?

Cikgu : InsyaAllah, boleh..

Penemubual 5 : Okay, rakan-rakan boleh lah nak ajukan soalan untuk cikgu.

Cikgu : Nanti dengar deh…

Penemubual 1 : Cikgu?

Cikgu : Haah ye..

Penemubual 5 : Semasa cikgu mengajar pelajar-pelajar ni, cikgu ada guna


macam teknologi apa-apa ke macam nak bagi pelajar-pelajar ni
lebih mudah fahamlah kalau belajar? Contohnya, paparan skrin
ke bagi tengok cerita ke..

Minit Ke 18.22

Cikgu : Ahh, memang ada sekarang ni, sebab biasanya mereka semua
tengok dari laptop untuk dia belajar mengurutlah. Aaa apa tu
selepas bagi dia tengok dia punya step-step dalam yang telah
diajar di dalam laptop tu saya akan memberi penerangan
banyaklah. Berapa step berapa step terpaksa ulang balik.

Penemubual 1 : Aaa pastu cikgu, kalau macam pembelajaran, sesi pembelajaran


selain subjek biasa-biasa yang cikgu ajar cikgu ada ajar macam
kemahiran tak kepada pelajar ?

Cikgu : Kalau kemahiran aaa saya memanglah PSSM yang tu dia ada
kelas urutan, masakan aaa itu dia punya SSM dia panggil kelas
kalau kemahiran urutan kalau asas tu macam pendidikan _____
(maklumat tidak jelas, audio putus).
Penemubual 1 : Kalau, nak tanya cikgu diorang ni ada macam exam ke?

Cikgu : Exam ? Exam tak ada dik

Penemubual 1 : Kirannya dioarang ni tak dinilai la?

Cikgu : Dia cuma macam ni kalau dia macam pelajar saya ni ada yang
ramai masukkan aa memanglah kita exam diorang tahu
membaca, mengira dan menulis itu sahajalah dan kita tanyalah
berkenaan keluarga dia tapi sekarang ini terhadlahkan
_____(maklumat tidak jelas) Cuma kita dengan pelajarlah
biasanya kalau yang dulu kita dengan ibu bapa pun mula pun kita
akan tanya ibu bapa di rumah macam mana, aktiviti dia di rumah
dia tu, macam dia ni minat jurusan apa sebab kita dekat sini ada
KSSM memasak, KSSM Refleksologi, kelas KR kalau KR kita
apa tu ke fungsian rendah tu dia memang pelajar yang teruk
sikitlah kalau yang saya ni yang sedang daripada kalangan
pelajar yang bermasalah. Tapi biasa yang saya ni misalnya dia
cuma apa tu tak, tak pandai dari segi membacalah dan agak
ingatan dia pun kurang kalau yang KR tu memang budak teruk
sikitlah. Kalau memasak kebanyakannya kelas pelajar ni boleh
membaca. Boleh membaca sekadar kita kata macam mana ya
macam bola, apa tu tiga suku apa tu dia tak boleh panjang sangat
tapi dia boleh membacalah kita boleh ajar itu kelas memasak.

Penemubual 1 : Cikgu betul ke saya pernah dengar macam kalau kita nak
mengajar pelajar yang berkeperluan khas ni macam satu topik tu
kita kena ulang?

Cikgu : Aaa memanglah memang memang kalau ulang tu memang


memang kena ulang adik kalau kita ajar dia tu kalau satu, sekali
tu memang tidak inilah dua tiga kali ulang baru dia faham kadang-
kadang kita ulang pun besok mari sekejap je dia lupa balik jadi
kadang-kadang kita ajar tu yang sama aja yang cara yang sama
dia macam ingatan dia ni memang inilah memang bermasalah
dari segi pembelajaran dia sebab tu kita ambil aaa apatu kajian
dia ada kita tanya dulu dia minat dia minat cara urutan ke, minat
masakan ke, diantara itu kita akan tanya dia kalau dia minat
urutan insya-Allah kita akan ambil yang bahagian urutanlah tapi
kalau dia nak belajar memang tak boleh la adik. Boleh-boleh tapi
dia tidak sama dengan kelas perdana tidak ada peperiksaanlah.

Penemubual 1 : Kalau suasana bilik darjah cikgu hias macam mana macam cikgu
lengkapkan gambar macam-macam ke kalau suasana dalam
kelas cikgu hias macam mana tu?

Cikgu : Kalau dalam kelas tu kalau yang saya ni memanglah saya buat
juga gambar-gambar yang misalnya titik-titik pada kakikan
memanglah kita adalah hiasan-hiasan tersebut. Memang adalah
adik untuk menarik dalam pelajaran itu ya kelas, perhiasan kelas.

Penemubual 1 : Aaa pastu, saya nak tanya cikgulah, selama cikgu mengajar ni
kan cikgu dah lama dah bertugas di sekolah ni jadi harapan cikgu
tu macam mana untuk pelajar ini? Matlamat cikgu, harapan cikgu
macam mana untuk pelajar ini?

Cikgu : Harapan saya untuk pelajarlah?

Penemubual 1 : Iya cikgu

Cikgu : Okay, memanglah kalau harapan saya itu kalau untuk pelajar,
memanglah sebagai seorang gurukan nak tengok dia berjaya
kalau nak berjaya yang pertamanya dia boleh urus diri dia sendiri
itu yang penting diri dia boleh urus diri dia. Dia tidak perlu kepada
bantuan orang lain yang itu yang paling pentingnya itu. Dia boleh
urus diri dia kalau kita nak suruh dia pandai duk pergi ni memang
tak boleh la yang pentingnya dia boleh urus diri dia ha itu yang
penting.

Penemubual 1 : Pastu cikgu ada macam cadangan ke ataupun usaha cikgu nak
tambah baikla macam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
khas ini?

Cikgu : Memanglah kalau saya memang nak menambah baik, kebaikkan


tu memang nak menambahlah kalau kita tengok pun keadaan
situasi dia ye macam mana dia belajar, macam mana kita nak
meningkatkan pembelajaran dia. Kalau saya tu memang saya
bahagian KSSM refleksologi ni macam mana saya nak suruh dia
tu boleh apa bila dia habis sekolah dia boleh keluar dia boleh apa
tu boleh urut inilah. Pertamanya saya nak suruh dia tu (urut)
dalam keluarga dia dulu sebab tu kalau saya ajar saya saya nak
suruh dia pandai urut ibu dia ataupun ayah dia. Kalau dia boleh
tu insya-Allah la dia akan boleh buka dia punya ni ke kelas urutan
dia ke ha itu memanglah salah satu cita-cita saya kepada mereka
ini pada pelajar saya.

Penemubual 1 : Okay-okay terima kasih

Penemubual 5 : Saya nak tanya cikgu? Boleh saya tahu berapa orang kategori
pelajar-pelajar cikgu? Dia macam terbahagi kepada beberapa
kategori macam mana itu?

Cikgu : Dia punya kelas ke apa tu? Okay kelas kalau di sini pertama
KSSM refleksologi yang kedua KSSM masakan ataupun pastri
yang ketiga KR (ke fungsian rendah). Kelas ke fungsian rendah
itu kelas yang paling pelajar yang lemahlah yang macam aaa
syndrome down situ.

Penemubual 5 : Okay yang itu dari segi kategori kelas kan. Boleh saya tahu
dalam kelas tu kan dia berapa kategori pelajar macam kelas
pendengaran ke?

Cikgu : Pendengaran tak ada adik. Pendengaran tak ada. Kalau yang
saya ni memang dia dari segi kurang pembelajaranlah,
pembelajaran memang dia tak boleh langsung kalau boleh pun
macam sedikit-sedikit sahaja kalau kelas KSSM tu. Tapi kalau
KR tadi ke fungsian rendah memang dia banyak golonganlah
misalnya dia cv pastu syndrome down untuk kelas KR. Kalau
yang saya KSSM ni cuma dia lemah dari segi pembelajaran.

Penemubual 5 : Okay terima kasih cikgu.

Cikgu : Okay.

Penemubual 2 : Cikgu saya ada soalan, berapa lingkungan usia pelajar cikgu?

Cikgu : Dia kalau yang sekolah menengah kan sekolah menengah


biasanya 14 dan kadang-kadang last sekali 19 tahun.

Penemubual 2 : Oh okay-okay terima kasih cikgu.

Penemubual 3 : Saya ada soalan cikgu. Apa yang cikgu nampak macam
kelebihan yang cikgu nampak dekat pelajar cikgu? Macam
contohlah kelebihan dari segi kemahiran ke? Dengar tak cikgu?

Cikgu : Kurang dengar apa dik? Yang saya nampak pada pelajar saya
berkenaan dengan apa?

Penemubual 3 : Berkenaan dengan kemahiran sebab kita tahu kan pelajar untuk
kelas cikgu ni dia macam kurang dari segi akademik tapi dia lebih
kepada apa?

Cikgu : Ada gangguan adik. Adik yang apa misalnya? Pelajar sayalah?
Kalau pelajar saya tu saya nak tengok dia punya sebab saya
asas baru adik saya ajar dia ni saya kalau saya ingat ref 1. Ref 1
dia ada Ref 1 Ref 2, Ref 3 dia ada tiga kelas bermakna yang saya
ni asas bersama asas ini pelajar yang baru bermakna daripada
sekolah rendah dia naik tingkatan asas saya ambil itu yang asas.
Yang ref 2 tu dia dah mahir yang 1 tadi dia akan naik kelaslah.
Dia tak kira umur walaupun umur dia tua pun kalau dia tak mahir
dia tetap duduk di ref 1. Ref 1 ni merupakan asas, ref 2 maknanya
dia boleh naik kelas dan last sekali ref 3 begitu juga dengan
KSSM pastri dia asas pastu aaa 2, 3 dia sampai tingkatan 5 kalau
pastri. Dia panggil pelajar dia tingkatan 5.

Penemubual 3 : Oh maksudnya pelajar-pelajar cikgu ni memang dia ambil


daripada sekolah rendah memang daripada sekolah rendah tu
dia daripada khas terus ke menengah pun dia masih dalam
pendidikan khas juga? Macam tu ke cikgu?

Cikgu : Ha memang haah. Daripada sekolah rendah yang berpendidikan


khas masuk naik ke tingkatan 1 pendidikan khas. Tapi ada juga
adik yang dia pandai membaca kita akan tengok keadaan dia
kalau dia boleh pergi ke arus perdana ha kita bawaklah rasanya
ada adik ada 5 orang ke 3 orang yang boleh pergi ke arus
perdana tapi kadang-kadang kita letak ke sana dia kena buli
pulak ha itu yang menjadi masalahnya. Dia dah boleh pergi
membaca mengira okay, boleh apabila kita hantar ke arus
perdana dia macam dibuli pula jadi kadang-kadang kita tarik
diorang balik ke pendidikan khas.

Penemubual 3 : Faham-faham okay.


Cikgu : Ha dik.

Penemubual 2 : Yang lain ada nak tanya lagi ke?

Penemubual 10 : Okay cikgu saya nak tanya, apakah cadangan cikgu kepada
pihak sekolah bagi membantu pelajar berpendidikan khas?

Cikgu : Pihak sekolah ke?

Penemubual 10 : Ya saya.

Cikgu : Pihak sekolah memanglah banyak membantulah setakat dari


segi kewangan. Kalau kita tengok dan kadang-kadang dari
pentadbir macam yang kita, contohnya beginilah saya ada buat
pertanian itu maka pentadbir atau pengetua tu tengok dia kata
dia akan tanam anggur pulak. Ha itu dari segi pentadbir banyak
memberi sokonganlah. Sekarang insya-Allah kalau tidak ada
masalah pengetua kata dia kata dia nak tanam anggur pulak.
Angur-angur kalau ada inilah sebab sekarang pun kita tak boleh
nak bebas sangatkan sebab musim ni. Musim Covid ini.

Penemubual 10 : Soalan seterusnya, berkaitan dengan kategori yang cikgu


cakapkan tadi yang seperti masakan dan yang lain-lain itu. nak
tanya yang kategori itu dia memang kita fokuskan kepada
contohnya kalau masakkan, masakkan sahaja ke ataupun akan
selitkan lagi dengan yang lain?

Cikgu : Dia kalau masakkan tu memang masakkan tetapi subjek teras tu


memang adalah misalnya sains, agama, seni, PJK itu pelajaran
tu memang adalah cuma yang dia banyak tumpunya masakan.
Macam kelas saya pun begitu juga cuma kelas saya ini tumpunya
kelas urutan yang banyaklah dalam subjek itu.

Penemubual 2 : Okay proceed yang lain ada soalan lagi ke?

Penemubual 2 : Cikgu, pukul berapa balik sekolah hari ini cikgu?

Cikgu : Balik sekolahnya seperti biasa 12:30pm, dia orang memang


12:30pm, cuma kalau hari Ahad, hari Isnin pukul 1pm sebab kita
ada KO tapi sekarang kan musim PKP memang tak ada lah. So,
memang setiap hari balik pukul 12:30pm tapi kalau yang
selalunya hari Ahad dan Isnin jam 1pm.

Penemubual 2 : Ouhh, ingatkan bulan puasa balik awal.

Cikgu : Tak, 12:30pm juga.

Penemubual 2 : Di sekolah cikgu ada berapa sesi, satu sesi ke dua sesi?

Cikgu : Satu sesi.

Penemubual 2 : Okay rakan-rakan yang lain ada lagi soalan ke nak tanya?
Penemubual 10 : Cikgu saya nak tanya, kan ada yang kategori ke ketiga tu yang
mana..

Cikgu : KR, kategori yang tegar, kategori yang lemah tu.

Penemubual 10 : Saya nak tanya kalau kategori yang tu, apakah pendidikan yang
diterapkan dalam kelas tu, macam mana caranya?

Cikgu : Dia belajar seperti biasa juga cuma pelajarannya seperti


pembelajaran teras seperti agama, sains, matematik, BM, dia
akan ajar seperti itu juga tetapi tiada pelajaran seperti KSSM
macam saya ni, urutan dan masakan, memang dia tiada,
pelajaran yang teras dia ada. Dia belajar juga tapi dia banyak
kepada permainan, dia banyak main, susun-susun permainan,
susun-susun menjadi apa terserah dia lah, saya pun tak berapa
pasti tapi memang kelas sana banyak ke arah permainan.

Penemubual 10 : Baik cikgu, terima kasih cikgu. Yang lain ada nak tanya apa-apa
soalan ke?

Minit ke 37.17

Penemubual 8 : Okay cikgu, saya nak tanya bagaimanakah pelajar berkeperluan


khas ini dinilai?

Cikgu : Sebenarnya, nilai dari segi peperiksaan itu memang tiada


langsung, kalau cikgu menilai, kebanyakannya mereka dinilai
dari segi kemahiran misalnya kelas saya, kemahiran menulis
itulah yang akan kita nilai. Kalau masakan, dia boleh buat
misalnya cikgu ajar masakan, dia boleh buat. Kalau goreng nasi
dia boleh menggoreng, kalau buat jemput-jemput pun dia boleh
buat. Itu lah nilai. Itu sahaja nilai untuk pendidikan khas.

Penemubual 5 : Cikgu, saya nak tanya, kan cikgu cakap dekat sekolah tu dia ada
beberapa kategori kelas kan, boleh tak cikgu ceritakan dengan
lebih detail berkaitan kelas-kelas tersebut, macam A ini mengajar
lebih kepada apa, kelas yang B tu mengajar lebih kepada apa?

Cikgu : Kalau kelas KSSM refleksologi, dia belajar kebanyakannya


berkenaan dengan urutan lah, kalau kita ni urutan kaki, tangan
dan telinga. Kalau KSSM pastri ia kelas memasak, kelas
memasak ini saya tidak berapa pasti dia mengajar berkenaan
masakan yang macam mana tetapi biasanya masak masakan
yang ringkas seperti kuih dan last sekali KR, kelas kepujian
rendah tu, biasanya dia belajar berkenaan pelajaran teras,
pelajaran teras ini macam BM, belajar membaca, mengira,
belajar angka, pembelajaran yang seperti tadika lah, kalau KR tu,
pembelajarannya seperti kelas tadika, kebanyakan dia tu dalam
bentuk permainan sebab pelajar dia tak sama dengan pelajar
KSSM refleksologi dengan KSSM pastri, tak ada. Ataupun kelas
KR dia ada juga adanya kelas dobi maknanya dia boleh urus diri
dia dan boleh, kalau dari segi pakaian, dia boleh lipat
pakaiannya. Kita lihat kemahirannya di situ, itu kelas KR.

Penemubual 5 : Okay, satu lagi saya nak tanya adalah dekat sekolah itu kan dia
peruntukan berapa orang guru pendidikan khas berapa orang
guru.. guru pendidikan khas lah terutamanya?

Cikgu : Biasanya kalau pendidikan khas ni , dalam satu kelas dia 8 orang
sahaja pelajar 1 guru. Kalau di SMK Panji ini memang kita
kekurangan guru lah kerana pelajar yang ramai. Biasanya satu
kelas 8 orang pelajar, 1 orang guru, dia tak boleh lebih.

Penemubual 5 : Cikgu, saya nak tanya lagi ni boleh ke cikgu, cikgu masih boleh
jawab lagi kan?? Baik, cikgu kan control 8 orang pelajar kan. Jadi
saya nak tahu yang adakah lapan-lapan tu dia kategori pelajar
yang sama ke lain-lain?

Cikgu : Kalau kita tengok yang saya punya ni, kalau kita tengok sama
sahaja tapi kalau kita nak tengok dari segi pembelajaran berbeza
sebab ada dalam kelas saya yang boleh membaca, ada yang tak
boleh, ada yang tidak kenal huruf, ada yang bila kita tanya dia
senyum saja tapi kita kena banyakkan bercakap, banyak
bertanya, semua kena banyak. Contohnya yang ni, senyum je ni
kalau kita tanya senyum saja, tanya apa-apa pun senyum je,
nama pun senyum. Nama apa, cuba awak bagi nama..

Penemubual 5 : Nama apa awak?

Cikgu : Nama apa?

Responden 5 : Azhar

Cikgu : Ni baru bercakap dua tiga hari tak bercakap ni. Lama-lama dia
jadi terbiasa. Ni pelajar baru, yang baru dari sekolah rendah
hendak diterap.

Penemubual 5 : Okay, yang tepi Azhar, nama apa? Nampak macam nak
bercakap tu.

Responden 6 : Azlan. (sambil pelajar lain gelak-gelak)

Penemubual 5 : Okay cikgu, saya nak tanya lagi, cikgu kalau dia orang senyum
je, biasanya mesti soalan cikgu tak terjawab kan? Jadi apakah
tindakan cikgu macam tu?

Cikgu : Okay semula dik, tak berapa nak itu..

Penemubual 5 : Nak terangkan balik ye?

Penemubual 10 : Ulang suara, ulang suara

Penemubual 5 : Okay macam ni soalan saya, contohkan kan cikgu soal dia,
lepastu dia senyum je, biasanya mesti soalan cikgu tak terjawab
kan? Jadi apa yang cikgu buat untuk bantu diorang bercakap,
menjawab soalan cikgu?

Cikgu : Ouhh,, kadang-kadang kita mengajar, kita akan tertawa sendiri


sebab apa kekadang saya ni macam kita menyanyi pulak, "Apa
namanya.." macam buat kelakar pulak.

Penemubual 5 : Okay tu je lah, terima kasih cikgu. Siapa nak tanya soalan lagi,
boleh

Cikgu : Okay, ada soalan lagi dik?

Penemubual 5 : Luqman, rasanya tiada lagi dah.

Cikgu : Okay dik, ada soalan lagi ke?

Penemubual 1 : Rasanya setakat itu cikgu soalan dari kami. Jadi kami nak
ucapkan ribuan terima kasihlah untuk cikgu sudi menjawab
soalan kami, pelajar Azhar, Azlan sudi jawab, dengan Insyirah,
Arif juga sudi jawab. Jadi saya sebagai wakil kumpulan ini
memohon maaf lah kalau kami terkasar bahasa ke, tersalah
tanya soalan untuk cikgu, kami minta maaf. Saya doakan cikgu
dan pelajar-pelajar berjaya pada masa hadapan. Saya rasa itu
sahaja cikgu.

Cikgu : Cikgu juga minta maaf mungkin saya tak dapat jawab dengan
baik sebab kekadang dengar kekadang tak dengar. Jadi macam
lain disoal lain dijawab.

Penemubual 1 : Takpe takpe. Cikgu sebelum kita akhir boleh kita bergambar?
Cikgu dan pelajar pelajar.

Cikgu : Boleh boleh.

(Sesi Bergambar)

You might also like