Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


( AMBILAN JUN 2019)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


(EDUP3073)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR: MUHAMMAD HARITH BIN MOKHTAR

ANGKA GILIRAN: 2019192340094

NO. KAD PENGENALAN: 000819-03-0989

KUMPULAN: PISMP E6 AMBILAN JUN 2019

NAMA KURSUS: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

TAJUK TUGASAN: TUGASAN 2: PENULISAN AKADEMIK

NAMA PENSYARAH AKADEMIK: MOHD IZZAT ABDULLAH

TARIKH HANTAR: 8 APRIL 2021

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS:


ISI KANDUNGAN M/S

1.0 PENGENALAN 1

2.0 KONSEP BILIK DARJAH MESRA BUDAYA 1

3.0 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA


1
BUDAYA

3.1 ASPEK FIZIKAL 1

3.2 ASPEK EMOSI 2

3.3 ASPEK SOSIOLINGUISTIK 3

KESIMPULAN 3

RUJUKAN 4
1.0 PENGENALAN

Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Kepelbagaian sosiobudaya dalam
sistem masyarakat majmuk akan memberi kesan secara langsung dalam bidang pendidikan
terutamanya dalam suasana pembelajaran. Pendidikan merupakan pembelajaran sepanjang
hayat dan sebahagian besar pembelajaran berlaku pada peringkat persekolahan. Individu
atau murid mudah terpengaruh dan dibentuk pada peringkat sekolah. Kanak-kanak
mempelajari sesuatu tingkah laku melalui peniruan yang diterima daripada lingkungan
pergaulan dan seterusnya menjadi budaya hidup diri kanak-kanak tersebut. Justeru itu, guru
memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan lingkungan pergaulan atau
persekitaran yang mesra budaya di sekolah. Guru menjadi agen sosialisasi dengan
menguruskan bilik darjah yang sesuai untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya. Persekitaran yang mesra budaya akan membantu perkembangan nilai sivik murid,
seperti hormat-menghormati, kasih sayang dan toleransi yang merupakan asas dalam
kehidupan masyarakat yang harmoni (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2012).

2.0 KONSEP BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Persekitaran bilik darjah mesra budaya penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran
yang kondusif untuk murid pelbagai latar bangsa dan budaya. Mesra merujuk kepada
keselesaan, keceriaan dan kegembiraan. Keadaan yang mesra terbentuk apabila nilai-nilai
murni menjadi amalan dalam perhubungan manusia dan seterusnya membina persefahaman,
toleransi dan sikap saling menghormati dalam suatu kelompok masyarakat. Budaya pula
merupakan amalan ataupun perlakuan yang diguna pakai oleh sekolompok masyarakat yang
memenuhi kehendak rohani dan jasmani sehingga mewujudkan kesejahteraan bagi
masyarakat tersebut. Sehubungan dengan itu, bilik darjah mesra budaya ialah bilik darjah
yang merujuk kepada keselesaan dan kegembiraan yang diwujudkan oleh guru dan murid
melalui perlakuan yang positif sewaktu berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP).

3.0 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Terdapat pelbagai langkah yang boleh digunakan untuk mewujudkan suasana atau
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Aspek pengurusan bilik darjah ini terbahagi
kepada aspek fizikal, emosi dan sosiolinguistik.

3.1 ASPEK FIZIKAL


Antara aspek dalam mewujudkan bilik darjah yang menarik dan selesa ialah aspek
fizikal. Sebagai contoh, guru boleh mewujudkan ruang bacaan, sudut informasi,
ruang hasil kerja murid dan sebagainya. Dengan mewujudkan ruang seperti ini,
guru boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar dan budaya cintakan ilmu.
Selain mewujudkan ruang guru juga perlu memastikan bilik darjah berada dalam
keadaan bersih, selesa dan ceria. Susun atur bilik darjah juga perlulah disusun
dengan kemas dan memudahkan pergerakan murid dan guru. Bilik darjah juga
harus mendapatkan pencahayaan yang cukup dan pengudaraan yang baik.
Hiasan di dalam kelas kelas juga tidak boleh berlebih-lebihan. Guru juga perlu
memberi kebebasan kepada murid untuk menentukan hiasan dan bahan bacaan
di dalam bilik darjah yang mampu mempamerkan budaya kaum masing-masing
supaya murid saling mengenali budaya kaum rakan-rakan mereka (Noriati A.
Rashid et al, 2016). Bagi mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya, guru juga
boleh menggunakan kemudahan yang ada di sekolah seperti komputer dan
internet, hal ini boleh melahirkan murid-murid yang celik IT seiring dengan
perubahan zaman.
Bagi mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya, guru seharusnya
melaksanakan konsep komuniti pembelajaran di dalam bilik darjah. Komuniti
pembelajaran dapat diwujudkan dengan membina persekitaran bilik darjah yang
prihatin dan penyayang. Sehubungan dengan itu, murid-murid yang terdiri
daripada pelbagai kaum dapat bekerjasama untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang berkesan. Komuniti pembelajaran dapat dibina melalui
pendekatan pembelajaran koperatif di mana murid-murid diberi peluang untuk
bekerjasama dalam mencapai hasil pembelajaran (Noriati A. Rahshih et al, 2014).
Justeru itu, murid-murid dapat membina persefahaman dan saling menerima
pendapat antara satu sama lain meskipun terdiri daripada latar belakang yang
berbeza.
3.2 ASPEK EMOSI
Aspek emosi juga penting untuk mewujudkan suasana mesra budaya dalam bilik
darjah. Kanak-kanak membuat gemar memerhati keadaan sekeliling mereka
termasuklah tingkah laku, sikap dan reaksi guru. Oleh itu, bagi mewujudkan
suasana yang mesra budaya, guru perlu menunjukkan emosi yang baik kepada
murid seperti gembira dan teruja. Reaksi yang ditunjukkan dapat mempengaruhi
murid, justeru itu guru tidak seharusnya bermasam muka atau sentiasa marah di
dalam bilik darjah. Guru perlu tahu bila waktu untuk serius dan bila waktu yang
sesuai untuk berceloteh. Suasana yang gembira dan teruja akan mempengaruhi
keberkesanan pembelajaran dan suasana bilik darjah tanpa mengira bangsa.
Selain itu, guru boleh mewujudkan aktiviti belajar sambil bermain semasa
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung. Sehubungan dengan itu,
guru perlu mempunyai sifat kreatif dalam menghasilkan aktiviti PdP yang
mempunyai unsur permainan agar aktiviti tersebut kelihatan menarik. Bermain
merupakan fitrah kanak-kanak, mereka dapat mencungkil bakat dan belajar
melalui aktiviti permainan. Aktiviti belajar yang kreatif dapat menggalakkan
interaksi sosial antara murid dan mengawal emosi mereka secara semula jadi.
Oleh itu, aktiviti yang menarik dapat memberikan pengalaman dan pembelajaran
serta meningkatkan kemahiran murid. Jelaslah bahawa aktiviti belajar sambil
bermain dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya.
3.3 ASPEK SOSIOLINGUISTIK
Umum mengetahui bahawa Malaysia memiliki etnik, bahasa dan dan budaya yang
pelbagai. Hal ini merupakan cabaran yang besar dalam mewujudkan suasana bilik
darjah mesra budaya. Sehubungan dengan itu, guru perlu mengambil tindakan
yang sewajarnya dalam mewujudkan suasana mesra budaya dalam bilik darjah.
Dari aspek sosiolinguistik, guru perlu menekankan penggunaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dalam kalangan murid. Bahasa pengantar memainkan
peranan yang penting dalam memastikan penyatuan bangsa dan budaya yang
pelbagai dalam masyarakat. Menurut Jeniri Amir (2013), Bahasa Melayu
memainkan peranan yang penting dalam membentuk sikap baharu yang
bertonggakkan persefahaman dan persaudaraan senegara sehingga terbentuknya
bangsa Malaysia model. Justeru itu, penting bagi guru untuk memastikan murid-
murid menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar supaya murid-
murid dapat berkomunikasi dengan baik dalam mewujudkan persekitaran bilik
darjah mesra budaya.

KESIMPULAN

Kesimpulanya, pengurusan bilik darjah yang mesra budaya adalah tugas yang besar dan tidak
boleh diabaikan oleh guru. Kelemahan dalam pengurusan ini dapat mempengaruhi
keberkesanan pembelajaran murid. Guru haruslah bijak dalam merancang langkah-langkah
yang sesuai untuk mencapai persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Bilik darjah yang
mesra budaya adalah penting untuk merealisasikan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) yang memberi fokus terhadap perpaduan sebagai salah satu aspirasi
sistem pendidikan negara. Maka, jelaslah bahawa perpaduan antara murid serta guru amat
penting dalam mewujudkan pendidikan yang berkesan dan dapat dilihat dalam suasana bilik
darjah mesra budaya.
RUJUKAN

Aney Marinda Muhammad Amin & Norasmah Othman. (2019). Pengurusan Bilik Darjah Guru
Baharu yang Mengikuti Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB). Jurnal
Pendidikan Malaysia 44(1): 21-27. Diakses pada 3 April 2021 di
https://ejournal.ukm.my/jpend/article/viewFile/44.01-03/9343 .

Jeniri Amir. (2013). Bahasa Melayu: Suara dari Bawah. Universiti Malaysia Sarawak.

Mok Soon Sang. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid et. al. (2016). Siri Pendidikan Guru Budaya dan Pembelajaran Edisi Kedua.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid et. al. (2014). Siri Pendidikan Guru Falsafah dan Pendidikan di Malaysia
Edisi Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2012). Budaya dan Pembelajaran Edisi
Ketiga. Puchong: Penerbitan Multimedia.

You might also like