ISLAMIYYAT

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/352120631

Harta Sepencarian: Isu dan Konflik Perundangan dalam Tuntutan Selepas


Kematian dari Perspektif Undang-Undang Tanah di Malaysia Jointly Acquired
Property: Legal Issues and Conflicts...

Article · June 2021


DOI: 10.17576/islamiyyat-2021-43IK-04)

CITATIONS READS

0 764

4 authors:

Rabiah Muhammad Serji Mazliza Mohamad


International Islamic University College Selangor Universiti Kebangsaan Malaysia
14 PUBLICATIONS   10 CITATIONS    13 PUBLICATIONS   10 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Safinaz Mohd Hussein Mahmud Zuhdi Mohd Nor


Universiti Kebangsaan Malaysia Prince Mohammad University
35 PUBLICATIONS   57 CITATIONS    15 PUBLICATIONS   18 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Designation Issue of Heritage Sites in Malaysia View project

Marine Law and Policy in Saudi Arabia View project

All content following this page was uploaded by Rabiah Muhammad Serji on 19 June 2021.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


ISLĀMIYYĀT 43(Isu Khas) 2021: 43 - 53
)https://doi.org/10.17576/islamiyyat-2021-43IK-04(

Harta Sepencarian: Isu dan Konflik Perundangan dalam Tuntutan Selepas Kematian
dari Perspektif Undang-Undang Tanah di Malaysia
Jointly Acquired Property: Legal Issues and Conflicts in After-Death Claims from Malaysian Land
Law Perspective

Rabi’ah Muhammad Serji


Mazliza Mohamad
Safinaz Mohd Hussein
Mahmud Zuhdi Mohd Nor

ABSTRAK

Tuntutan harta sepencarian telah diiktiraf oleh undang-undang di Malaysia dan dikanunkan dalam Enakmen Undang-
undang Keluarga Islam di setiap negeri. Tuntutan harta sepencarian boleh dibuat dalam tiga keadaan. Keadaan
pertama ialah apabila berlakunya perceraian. Selain itu, senario-senario seperti poligami dan kematian salah seorang
pasangan turut boleh dijadikan sebagai asas kepada tuntutan harta sepencarian. Kajian ini mensasarkan tiga objektif.
Pertama, menganalisis prinsip undang-undang berkaitan harta sepencarian di Malaysia. Kedua, mengenalpasti isu
dan permasalahan berkaitan tuntutan harta sepencarian khususnya tuntutan selepas kematian. Ketiga, mencadangkan
penyelesaian kepada isu dan permasalahan yang telah dikenalpasti. Kajian mendapati permasalahan yang timbul
dalam tuntutan harta sepencarian khususnya tuntutan selepas kematian biasanya melibatkan konflik bidang kuasa
antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil. Ini kerana tuntutan ke atas harta peninggalan simati akan melibatkan
perkara probet dan surat kuasa mentadbir. Walau pun peruntukan undang-undang menentukan tuntutan harta
sepencarian berada di bawah bidang kuasa mahkamah syariah, namun perkara probet dan surat kuasa mentadbir pula
berada di bawah bidang kuasa mahkamah sivil. Senario ini mengakibatkan kekeliruan dalam pelaksanaan perintah.
Kajian dengan ini mencadangkan agar peruntukan undang-undang terbabit dipinda dengan memasukkan peruntukan
berkaitan tuntutan selepas kematian. Dalam masa yang sama, peruntukan di perenggan 4(e)(ii), butiran 1, Senarai I -
Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan juga harus dipinda untuk menyelesaikan konflik
yang berlaku.
Kata kunci: Harta sepencarian; Bidang kuasa; Undang-undang Tanah; probet; undang-undang keluarga

ABSTRACT

Jointly acquired property claim is recognized by the Malaysian law and are set forth in the Islamic Family Law
Enactments in the respective states. Jointly acquired property claim can be made in 3 situations. The first scenario
would be in the event of divorce. Apart from that, the scenarios of polygamy and the death of either spouse could also
become grounds of making jointly acquired property claim. This study aims at fulfilling three objectives. Firstly, it
analyses legal principles on jointly acquired property claims in Malaysia. Secondly, it identifies issues and problems
related to jointly acquired property particulalrly in after death claims. Thirdly, it suggests solutions to identify issues
and problems. This research finds that arising problems relating to jointly acquired property claims particularly in
after death claims often involved jurisdictional conflicts between syariah and civil courts. This is because, claims made
on the deceased’s property involve probate and letter of administration. Eventhough legal provisions determines that
claims on jointly acquired property fall under the jurisdiction of syariah court, matters pertaining to probate and letter
of administration fall under the jurisdiction of civil court. Such a scenario causes confusions in execution of orders.
This research therefore calls for amendments on related legal provisions to include provisions pertaining to after death
claims. Para 4(e)(ii), List I – Federal List of Ninth Schedule of Federal Constitution should simultaneously be amended
to resolve the conflicts.
Keywords: Jointly acquired property; jurisdiction; land law; probate; family law
44 Islāmiyyāt 43(Isu Khas(

PENGENALAN Justeru kertas kerja ini meliputi beberapa


perbincangan seperti konsep harta sepencarian,
Tuntutan harta sepencarian kebiasaanya dilakukan Undang-undang berkaitan harta sepencarian, harta
oleh salah satu pihak dalam perkahwinan sama ada sepencarian selepas kematian dan konflik bidang
suami atau isteri selepas berlakunya perceraian. kuasa mahkamah berserta cadangan solusi terhadap
Namun, harta sepencarian bukan sahaja boleh dituntut isu yang timbul.
selepas berlakunya perceraian, malah tuntutan boleh
juga dilakukan apabila suami ingin berpoligami KENYATAAN MASALAH
atau pun selepas berlakunya kematian salah seorang
daripada pasangan dalam perkahwinan. Tuntutan Terdapat masalah yang timbul dalam tuntutan harta
harta sepencarian disebabkan berlakunya perceraian sepencarian selepas kematian kerana melibatkan
atau poligami telah diperuntukkan dalam Enakmen konflik bidang kuasa antara mahkamah syariah dan
Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri di mahkamah sivil disebabkan perkara probet dan surat
Malaysia. Namun begitu, tuntutan harta sepencarian kuasa mentadbir. Perkara ini juga menimbulkan
selepas kematian tidak diperuntukkan secara khusus kekeliruan di pihak pentadbir tanah sama ada perlu
dalam mana-mana Undang-undang Keluarga Islam melaksanakan perintah yang telah dikeluarkan oleh
di Malaysia, sebaliknya terkandung dalam Arahan mahkamah syariah berkaitan pendaftaran turun
Amalan No. 5 Tahun 2003, Jabatan Kehakiman milik harta si mati.
Syariah Malaysia (JKSM). Walau pun tuntutan
selepas kematian tidak diperuntukkan secara khusus,
tidak bermakna harta sepencarian selepas kematian METODOLOGI KAJIAN
tidak boleh dituntut oleh pasangan atau waris
yang masih hidup kerana harta sepencarian secara Kertas kerja ini menggunakan kaedah kajian
umumnya telah diperuntukkan sebagai perkara kualitatif dengan cara pengumpulan data melalui
di bawah bidang kuasa mahkamah syariah dalam analisis dokumen. Dokumen yang dianalisis
Undang-undang Pentadbiran Agama Islam negeri- melibatkan statut seperti Perlembagaan Persekutuan,
negeri. Harta yang menjadi perkara pertikaian Kanun Tanah Negara, Enakmen Pentadbiran Agama
dalam tuntutan harta sepencarian adalah dalam Islam negeri-negeri dan Enakmen Undang-undang
bentuk harta alih dan harta tak alih. Tuntutan yang Keluarga Islam negeri-negeri. Dokumen-dokumen
dilakukan terhadap harta tak alih akan melibatkan seperti Arahan Amalan Mahkamah Syariah yang
prosedur dalam Kanun Tanah Negara. dikeluarkan oleh pihak JKSM, fatwa-fatwa yang
Tuntutan harta sepencarian selepas kematian berkaitan, buku, artikel jurnal, kes-kes yang
menjadi agak kompleks kerana melibatkan bidang diputuskan oleh mahkamah, laporan akhbar dan
kuasa mahkamah syariah dan pelaksanaan perintah juga kajian lepas dan sebagainya yang berbentuk
oleh pentadbir tanah melibatkan harta yang dokumen turut dianalisis. Segala maklumat dan
ditinggalkan oleh pemilik berdaftar yang telah data yang diperolehi akan dianalisis bagi menjawab
pun meninggal dunia. Tuntutan harta sepencarian persoalan dan permasalahan yang timbul serta
orang Islam merupakan perkara yang disenaraikan mencadangkan solusi bagi permasalahan tersebut.
dalam Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia
dan oleh itu menjadi perkara di bawah bidang KONSEP HARTA SEPENCARIAN
kuasa mahkamah syariah manakala perkara probet
dan surat kuasa mentadbir harta adalah terletak di Harta sepencarian merupakan harta yang diperolehi
bawah kuasa Persekutuan dan sebarang pertikaian hasil sumbangan bersama semasa tempoh
mengenainya terletak di bawah bidang kuasa perkahwinan (Mimi Kamariah 1999: 366). Harta
mahkamah sivil. Dalam bidang kuasa mal berkaitan sepencarian juga merujuk kepada harta yang
harta pusaka berwasiat atau tidak berwasiat, terpakai terkumpul sepanjang perkahwinan sama ada harta
Akta Probet dan Pentadbiran 1959 dan Akta Harta alih atau harta tak alih (Norliah Ibrahim 2007:
Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, maka mahkamah 217). Harta sepencarian mengikut adat Melayu pula
syariah hanya diberi kuasa untuk menentukan ditakrifkan sebagai harta yang diperoleh secara
bahagian waris-waris mengikut faraid sahaja (Md bersama oleh suami dan isteri sepanjang tempoh
Yazid & Ibnor Azli 2008). Berkenaan pentadbiran perkahwinan (M. B Hooker 1976: 77-78). Manakala
harta pusaka adalah terletak pada mahkamah sivil Zaleha Kamaruddin (1999) mentakrifkan harta
dan pentadbir tanah (Ahmad Ibrahim 1997).
Harta Sepencarian: Isu dan Konflik Perundangan dalam Tuntutan Selepas Kematian 45

sepencarian sebagai sebarang harta alih atau tidak wang ringgit untuk mendapatkan harta’. Dapat
alih yang diperolehi oleh pasangan suami isteri dilihat dalam setiap kes bahawa penekanan terhadap
secara langsung atau tidak langsung dalam tempoh sumbangan dan usaha oleh kedua-dua pihak adalah
sesuatu perkahwinan yang sah. matlamat utama dalam penentuan harta sepencarian.
Akta Undang-undang Keluarga Islam dan juga
Enakmen Keluarga Islam negeri-negeri juga telah HARTA SEPENCARIAN BERASAL DARI ADAT
memberikan tafsiran yang jelas mengenai harta
sepencarian. Sebagai contoh, Akta Undang-undang Kajian terawal sebelum kemerdekaan yang dilakukan
Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) oleh Taylor (1937: 1-78) mengenai harta sepencarian
1984, mentafsirkan harta sepencarian sebagai mendapati bahawa harta sepencarian merupakan
‘harta yang diperoleh bersama-sama oleh suami percampuran antara adat Melayu dan hukum syarak.
isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut Kes-kes yang dilaporkan oleh Taylor menunjukkan
syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak’. bahawa Kadi yang dipanggil ke mahkamah bagi
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri- membantu hakim membuat keputusan terhadap kes
negeri yang lain di Malaysia kecuali Negeri harta sepencarian, telah menjadikan adat Melayu
Sembilan dan Perak juga telah memberikan tafsiran dan hukum Syarak sebagai asas dan sumber rujukan
yang sama melalui peruntukan seksyen 2. Tafsiran dalam memberi keterangan (Salleh Buang 1988).
yang lebih luas terhadap harta sepencarian telah Prof Ahmad Ibrahim (1976, 2001: 212) dalam
diperuntukkan melalui Enakmen Undang-undang penulisannya juga bersetuju bahawa peraturan
Keluarga Islam Negeri Sembilan 1991 iaitu ‘harta mengenai harta sepencarian adalah berasal daripada
yang diperoleh oleh suami isteri sama ada secara adat Melayu. Kajian yang dilakukan oleh Suwaid
langsung atau tidak langsung semasa perkahwinan Tapah (2003) mendapati bahawa pembahagian harta
berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang sepencarian mempunyai hubung kait dengan adat
ditentukan oleh hukum syarak’. Manakala Enakmen yang sering kali dihubungkan sebagai kelaziman
Undang-undang Keluarga Islam Perak 1996, pula bukan sahaja masyarakat Melayu Nusantara malahan
mentafsirkan harta sepencarian sebagai pendapatan juga masyarakat peribumi. Harta Sepencarian sering
atau harta yang didapati daripada usaha bersama- didasarkan kepada kehidupan pasangan suami
sama antara suami dengan isteri termasuk juga isteri masyarakat Melayu yang melakukan aktiviti
pendapatan yang didapati daripada modal dan usaha penerokaan tanah dan bercucuk tanam secara
mereka bersama-sama. Kebanyakan negeri memberi bersama di samping tugas isteri menguruskan rumah
tafsiran yang sama mengenai harta sepencarian tangga (Suwaid Tapah 2005).
kecuali sedikit perbezaan di Negeri Sembilan dan Adat dalam masyarakat Melayu terbahagi kepada
Perak. Namun begitu, kesemua undang-undang dua iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggong.
negeri merujuk kepada prinsip yang sama mengenai Menurut Adat Perpatih, harta semasa perkahwinan
harta sepencarian iaitu memberi penekanan kepada terbahagi kepada tiga jenis (Ridzuan Awang 1994)
usaha dan sumbangan yang telah diberikan oleh iaitu harta carian, harta pembawa dan harta dapatan.
kedua-dua suami dan isteri. Harta carian bermaksud harta yang diperolehi semasa
Tafsiran terhadap harta sepencarian juga telah perkahwinan manakala harta pembawa bermaksud
dibuat oleh Kadi Besar Pulau Pinang di dalam kes harta yang dibawa oleh suami semasa perkahwinan.
Piah bt Said v Che Lah bin Awang (1983) 3 JH Harta dapatan pula bermaksud harta yang dipunyai
220, sebagai ‘harta yang diperoleh bersama semasa oleh isteri semasa perkahwinan. Manakala menurut
suami isteri itu hidup bersama dan berusaha sama adat Temenggong pula, harta yang diperolehi semasa
ada kedua-dua mereka sama-sama bekerja dalam perkahwinan pada amnya disebut dengan istilah
bidang yang sama atau dalam bidang yang berlainan harta sepencarian. Harta sepencarian mengikut adat
dan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi ada Temenggong adalah sama dengan istilah harta carian
dibahagikan tugas atau tidak’. Manakala di dalam laki bini dalam sistem adat Perpatih, iaitu harta
kes Yang Chik v Abdul Jamal (1985) 6 JH 146, yang diperolehi semasa perkahwinan atas usaha
pula hakim semasa memutuskan kes berkaitan bersama. Pengertian ini didasarkan kepada pendapat
harta sepencarian menyatakan bahawa ‘harta Jawatankuasa Kadi Besar dan Kadi Pahang dalam
sepencarian ialah harta yang diperoleh semasa tahun 1930 dan Kadi Larut serta Majlis Mesyuarat
dalam perkahwinan dengan masing-masing suami Negeri Perak tahun 1907. Kesemua jawatankuasa
isteri sama-sama menyumbangkan tenaga atau ini mengatakan bahawa peraturan harta sepencarian
46 Islāmiyyāt 43(Isu Khas(

adalah peraturan adat dan ia pada hakikatnya adalah syarat tidak berlaku kerosakan bagi kehidupan
peraturan cari bahagi mengikut adat Perpatih dan istilah ‘urf itu sendiri mempunyai hubungan
(Ridzuan Awang 1994). yang erat dengan perkataan adat sehinggakan para
Antara contoh kes berkaitan tuntutan harta sarjana Islam hampir tidak membezakan antara
sepencarian selepas kematian dan mahkamah kedua-duanya (Muhammad Hashim Kamali 1998).
mengaitkannya dengan adat Melayu ialah sebagai Apabila sesuatu ‘urf diakui kebaikannya dan diberi
mana diputuskan dalam kes Hajah Lijah bt Jamal pengiktirafan undang-undang, maka ia bertukar
v Fatimah bt Mat Diah [1950] MLJ 63. Mahkamah menjadi suatu peraturan yang mesti diikuti. Dr.
dalam penghakimannya menyatakan: Wahbah Al-Zuhayli (1998) mendefinisikan ‘urf
sebagai kebiasaan yang diterima umum dan berakar
Tuntutan oleh seorang janda terhadap harta sepencarian bukan umbi dalam masyarakat.
satu tuntutan untuk mendapatkan bahagian dalam harta pusaka
si mati. Cawangan adat Melayu ini telah diakui di seluruh negeri
Terdapat juga beberapa autoriti dan pendapat
Kelantan dikalangan petani, Pemilik tanah dan bahagian itu ulama yang boleh dikaitkan dengan harta sepencarian
biasanya dianggap kepunyaan janda sebanyak ½ selain daripada yang secara tidak langsung menunjukkan tidak
persoalan tuntutannya atas bahagian pembahagian dalam harta berlaku percanggahan di antara adat atau ‘urf harta
pusaka si mati…
sepencarian dengan hukum syarak sebagaimana
firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa’ ayat 32,
Fakta kes Hajah Lijah di atas ialah berkenaan
yang bermaksud:
seorang janda yang telah menuntut setengah
bahagian daripada tanah yang telah didaftarkan Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang telah dikurniakan
atas nama suaminya yang telah meninggal dunia. Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada
Isteri dalam kes ini telah membuktikan bahawa sebahagian yang lain kerana bagi lelaki ada bahagian dari apa
yang diusahakannya dan bagi perempuan pula ada bahagian
semasa berkahwin dengan suaminya, beliau telah
dari apa yang mereka usahakan. Dan mohonlah kepada Allah
mempunyai sebidang tanah sedangkan suaminya sebahagian daripada kurnianya. Sesungguhnya Allah Maha
tidak mempunyai tanah. Kedua-dua suami dan Mengetahui segala sesuatu
isteri itu telah bekerja bersama-sama di atas (An-Nisa’:32)
tanah milik isteri tersebut. Hasil yang diperolehi
daripada usaha mengerjakan tanah itu, telah Maksud ayat al-Quran di atas adalah berkenaan
mereka gunakan untuk membeli tanah yang lain pembahagian harta antara lelaki dan perempuan
dan mereka bekerja bersama-sama di atas tanah itu. berdasarkan usaha masing-masing bagi memberi
Fakta kes menunjukkan terdapat unsur sumbangan keadilan kepada keduanya. Kebanyakan pengkaji
daripada kedua-dua belah pihak yang menjadikan berkaitan harta orang Islam mengaitkan ayat di atas
kedua-duanya berhak terhadap harta yang menjadi dengan amalan pembahagian harta sepencarian.
pertikaian. Kes ini juga menunjukkan pengiktirafan Pandangan ulama silam yang menunjukkan
mahkamah terhadap peraturan pembahagian harta adanya asas kepada harta sepencarian ialah
sepencarian yang berasal dari adat Melayu dan seperti pandangan daripada Imam al-Shafi’e yang
menjadi amalan masyarakat pada masa itu. Terdapat mengiktiraf harta yang menjadi hak bersama suami
banyak kes lain yang mana mahkamah mengiktiraf dan isteri dalam perkahwinan (Mohd Norhusairi &
harta sepencarian sebagai berasal dari adat Melayu, Raihanah 2006: 77). Menurut pandangan tersebut,
seperti kes Robert v Umi Kalthum [1966] 1 MLJ sekiranya pertelingkahan terhadap harta itu berlaku
163 dan kes-kes kajian Taylor (1937) contohnya selepas perceraian, kematian atau tuntutan oleh
kes Tijah v Mat Ali (1884) dan Teh Rasim v Neman waris-waris, maka kaedah penyelesaiannya adalah
(1919). sama seperti sekiranya harta itu dibahagikan akibat
perceraian. Manakala Ibn al-Qayyim pula berpendapat
HARTA SEPENCARIAN TIDAK sesuatu tuntutan terhadap harta suami isteri itu
BERTENTANGAN DENGAN SYARAK. dilihat berdasarkan keterangan yang membuktikan
pemilikannya dan bukan berdasarkan kepada nama
Walau pun tidak terdapat dalil dalam al-Quran dan al- yang tertera di dalam harta itu (Mohd Norhusairi &
Sunnah yang menerangkan secara khusus kedudukan Raihanah 2006: 77-78). Ini menunjukkan bahawa
Harta Sepencarian, namun pemakaiannya diambil dokumen pendaftaran hak milik tanah atas nama
dari segi kaedah ‘urf dalam perundangan Islam seorang individu sebagai contoh suami, bukanlah
atau masyarakat Melayu menyebutnya sebagai bukti muktamad bagi menentukan pemilikannya
adat. Islam mengiktiraf adat (‘urf) manusia dengan atas tanah tersebut. Sekiranya harta yang menjadi
Harta Sepencarian: Isu dan Konflik Perundangan dalam Tuntutan Selepas Kematian 47

pertikaian itu diputuskan sebagai harta sepencarian merupakan perkara yang berasal dari adat Melayu,
oleh mahkamah, maka hak milik pemilik berdaftar maka harta sepencarian turut termasuk dalam
masih boleh disangkal. perkara yang mana Badan Perundangan Negeri
boleh membuat undang-undang mengenainya.
UNDANG-UNDANG BERKAITAN Sebagai contoh undang-undang negeri
HARTA SEPENCARIAN yang digubal oleh Badan Perundangan Negeri
dan memberi kuasa kepada mahkamah syariah
memutuskan kes harta sepencarian ialah Enakmen
Pada dasarnya harta sepencarian secara khusus tidak
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003,
dinyatakan dalam Senarai Negeri Perlembagaan
melalui Seksyen 61 memperuntukkan:
Persekutuan. Jadual Kesembilan Perlembagaan
Persekutuan Senarai II - Senarai Negeri (3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah:-
memperuntukkan perkara berikut: (a) …
1. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak (b) dalam bidang kuasa malnya,
mendengar dan memutuskan semua
dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang tindakan dan prosiding jika semua
yang menganut agama Islam, termasuk hukum pihak dalam tindakan dan prosiding
Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, itu adalah orang Islam dan tindakan
berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, dan prosiding itu adalah berhubungan
dengan:-
perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah,
pengangkatan, kesahtarafan, penjagaan, alang, (iv) pembahagian atau tuntutan harta
pecah milik dan amanah bukan khairat; Wakaf sepencarian.
dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat
dan agama, pelantikan pemegang amanah Selain Negeri Selangor, negeri-negeri lain juga
dan pemerbadanan orang berkenaan dengan turut memasukkan harta sepencarian sebagai salah
derma kekal agama dan khairat, institusi, satu perkara di bawah bidang kuasa mahkamah
amanah, khairat dan institusi khairat Islam yang syariah berdasarkan kuasa yang diberi oleh
beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri; adat Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu jelas di sini
Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil bahawa harta sepencarian merupakan perkara di
agama Islam yang seumpamanya; masjid atau bawah bidang kuasa mahkamah syariah. Mahkamah
mana-mana tempat sembahyang awam untuk syariah mempunyai kuasa eksklusif untuk
orang Islam, pewujudan dan penghukuman mendengar dan memutuskan kes-kes berkaitan
kesalahan yang dilakukan oleh orang yang tuntutan harta sepencarian berdasarkan peruntukan
menganut agama Islam terhadap perintah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.
agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara Sebelum pindaan peruntukan ini, terdapat pihak
yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; yang membawa kes tuntutan harta sepencarian
keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah melibatkan harta tak alih ke mahkamah sivil seperti
Syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kes Roberts @ Kamarulzaman v Ummi Kalthom
kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama [1966] 1 MLJ 163 dan kes Boto’ bte Taha v Jaafar bin
Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana Muhamed [1985] 2 MLJ 98. Namun, setelah pindaan
perkara yang termasuk dalam perenggan ini, terhadap peruntukan Perlembagaan Persekutuan
tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan ini dibuat, kes-kes tuntutan harta sepencarian
dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan merupakan perkara di bawah bidang kuasa eksklusif
oleh undang-undang persekutuan; mengawal mahkamah syariah. Mahkamah sivil tidak lagi
pengembangan doktrin dan kepercayaan di dibenarkan untuk campur tangan terhadap perkara
kalangan orang yang menganut agama Islam; di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.
penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Undang-undang berhubung pembahagian
Syarak dan adat Melayu. harta sepencarian disebabkan perceraian dan
poligami telah diperuntukkan dalam Enakmen
Walau pun perkara harta sepencarian tidak Undang-undang Keluarga Islam di setiap negeri di
disenaraikan dalam Senarai II – Senarai Negeri, Malaysia. Peruntukan terhadap pembahagian harta
namun terdapat dalam Senarai Negeri adalah sepencarian disebabkan perceraian terdapat dalam
perkara adat Melayu. Oleh kerana harta sepencarian Seksyen 58, Akta Undang-undang Keluarga Islam
48 Islāmiyyāt 43(Isu Khas(

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan Ordinan Islam Perlis 2006. Bagi negeri Perak, Pahang, Johor,
Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sarawak Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Negeri Sembilan dan
2001 serta Seksyen 57, bagi Enakmen Undang- Kelantan adalah melalui peruntukan Seksyen 23(10)
undang Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri
1985. Manakala bagi Negeri Kelantan, Selangor, masing-masing. Negeri Terengganu dan Sarawak
Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Negeri tidak memperuntukkan tentang harta sepencarian
Sembilan, Sarawak, Melaka, Johor, Sabah dan Perak dalam poligami. Ini bermakna, harta sepencarian
adalah melalui peruntukan Seksyen 122, Enakmen bagi negeri-negeri tersebut boleh dituntut hanya
Undang-undang Keluarga Islam negeri masing- setelah berlaku perceraian sama ada perceraian mati
masing. Walau pun terdapat perbezaan seksyen bagi ataupun perceraian hidup.
beberapa negeri, namun kesemua undang-undang Peruntukan berkaitan pembahagian harta
ini mempunyai persamaan dalam kaedah pemakaian sepencarian disebabkan poligami sebagai contoh
dan pembahagian harta sepencarian. boleh dilihat dalam Seksyen 23 (10) Enakmen
Berhubung pembahagian harta sepencarian Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor)
selepas perceraian, sebagai contoh melalui Seksyen 2003 yang memperuntukkan:
122, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
Negeri Selangor 2003 memperuntukkan mengenai (10) Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaran atau
memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan di bawah
kuasa mahkamah memerintah pembahagian harta seksyen ini, hendaklah mempunyai kuasa atas permohonan
sepencarian sebagai mana berikut: mana-mana pihak kepada perkahwinan:

(1) Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan (a) untuk menghendaki seseorang untuk membuat
lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah perceraian pembayaran nafkah kepada isteri atau isteri-isteri
untuk memerintah supaya apa-apa aset yang diperoleh yang sedia ada; atau
oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan (b) untuk memerintahkan supaya apa-apa asset yang
usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya telah diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa
mana-mana aset yang diperoleh oleh pihak-pihak itu dalam perkahwinan dengan usaha bersama mereka
perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana
mereka supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan asset itu dijual dan hasil itu dibahagikan.
itu dibahagi antara pihak-pihak itu.
Peruntukan ini memberi hak kepada isteri
Peruntukan ini menjelaskan apabila mahkamah ataupun isteri-isteri untuk membuat permohonan
membuat suatu perintah perceraian, maka mahkamah tuntutan harta sepencarian ke atas harta yang
mempunyai kuasa untuk memerintahkan supaya diperolehi dalam tempoh perkahwinan tanpa
apa-apa aset dalam perkahwinan dibahagi antara memerlukan perceraian. Mahkamah syariah boleh
mereka yakni suami isteri. Mahkamah mempunyai mengeluarkan perintah pembahagian sebelum
kuasa untuk memerintahkan pembahagian memberikan kebenaran berpoligami kepada suami.
berdasarkan bukti terdapat usaha bersama walau Namun begitu, perintah juga boleh dikeluarkan
pun harta tersebut berdaftar atas nama salah seorang setelah berlaku poligami sekiranya isteri belum
daripada mereka. Kaedah dan cara pembahagian membuat tuntutan tersebut dan bagi poligami
turut dinyatakan dalam sub sekyen berikutnya. tanpa kebenaran mahkamah di luar negara tetapi
Peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa tuntutan telah didaftarkan. Walau bagaimanapun, perintah
harta sepencarian boleh dibuat selepas berlakunya pembahagian masih tertakluk kepada permohonan
perceraian. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang dibuat pihak-pihak dan bukannya sesuatu
(JKSM) juga turut mengeluarkan Arahan Amalan No. yang mengikat permohonan poligami. Jabatan
6, Tahun 2003 berkaitan tuntutan harta sepencarian Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) turut
selepas perceraian. mengeluarkan Arahan Amalan No. 14, Tahun 2006
Undang-undang berhubung pembahagian harta yang menyatakan antara lain “…bidangkuasa
sepencarian disebabkan suami ingin berpoligami membicarakan kes poligami dan pengisytiharan
juga turut diperuntukkan dalam Enakmen Undang- peruntukan dan pembahagian harta sepencarian
undang Keluarga Islam bagi negeri-negeri di dan perkara-perkara lain yang berkaitan di bawah
Malaysia. Peruntukan berkaitan ialah dalam Seksyen 23 Akta/Enakmen/Ordinan Undang-
Seksyen 23(9) Akta Undang-undang Keluarga Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri hendaklah
Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah.”
Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Keluarga
Harta Sepencarian: Isu dan Konflik Perundangan dalam Tuntutan Selepas Kematian 49

TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN kepada waris dilaksanakan. Fatwa juga menyatakan


SELEPAS KEMATIAN persetujuan pembahagian tersebut perlu dibuat
melalui perintah mahkamah. Ini bermakna tuntutan
Tuntutan harta sepencarian selepas kematian tidak kepada mahkamah perlu dibuat bagi mendapatkan
diperuntukkan secara khusus dalam mana-mana perintah pembahagian harta sepencarian selepas
Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia, namun kematian dan ia bukannya diberi secara terus.
sebaliknya terkandung dalam Arahan Amalan No. 5
Tahun 2003, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ISU DAN KONFLIK BIDANG KUASA
(JKSM) yang berkuatkuasa mulai 1 November 2003.
Arahan amalan tersebut menyatakan bahawa: Berkaitan tuntutan harta sepencarian selepas
…masa membuat tuntutan harta sepencarian dibolehkan sama
kematian melibatkan harta tak alih, pendaftaran
ada semasa tuntutan perceraian atau selepas perceraian ataupun turun milik harta tersebut kepada suami atau isteri
selepas kematian mana-mana pihak. Mahkamah dalam hal ini yang masih hidup sekiranya diperintahkan oleh
boleh menerima mana-mana tuntutan harta sepencarian yang mahkamah syariah, perlulah mematuhi prosedur
dibuat selepas kematian mana-mana pihak dalam tuntutan
yang telah ditetapkan oleh undang-undang tanah
tersebut dan rujukan hendaklah dibuat kepada mana-mana kes
yang telah diputuskan oleh Mahkamah yang lebih tinggi. utama negara iaitu Kanun Tanah Negara (KTN)
(Rabi’ah Muhamamad Serji et al. 2020). Walau
Arahan amalan ini dengan jelas menyatakan pun Seksyen 5 Kanun Tanah Negara mentafsirkan
tuntutan harta sepencarian boleh dilakukan selepas perkataan ‘mahkamah’ sebagai bererti Mahkamah
kematian mana-mana pihak dalam tuntutan tersebut Tinggi di Malaya, namun kes-kes yang melibatkan
yang bermaksud tuntutan boleh dilakukan selepas harta orang Islam walau pun berkaitan hartanah
kematian suami atau isteri. adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Negeri Kelantan dan Selangor turut mengeluarkan Pindaan terhadap Perkara 121(1A) Perlembagaan
fatwa berkenaan tuntutan harta sepencarian selepas Persekutuan yang berkuat kuasa pada 10 Jun 1988
berlakunya kematian salah seorang pasangan dalam telah memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi
perkahwinan. Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Sivil dan mahkamah-mahkamah di bawahnya
dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sebagai contoh, tidak mempunyai bidang kuasa dalam mana-
telah mengeluarkan fatwa berkenaan perkara ini pada mana perkara yang terjatuh dalam bidang kuasa
18 Ogos 2002 dengan membuat keputusan bahawa Mahkamah Syariah. Susulan daripada itu, Kanun
tuntutan harta sepencarian boleh dibuat selepas Tanah Negara juga telah dipinda yang berkuat kuasa
berlakunya kematian salah satu pasangan iaitu pada 1 januari 1993 dengan menambah Seksyen
suami atau isteri. Selain Kelantan, Jawatankuasa 421A yang memperuntukkan bagi maksud-maksud
Fatwa Negeri Selangor bertarikh 18 April 2005 dan seksyen 417 dan 420, ‘mahkamah’ termasuklah
diwartakan pada 23 Jun 2005, telah mengeluarkan Mahkamah Syariah. Justeru, selepas pindaan
fatwa berkenaan pembahagian harta sepencarian seksyen 421A Kanun Tanah Negara, semua perintah
selepas kematian dengan menyatakan bahawa: yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah berkenaan
1. Harta sepencarian selepas kematian salah perletakhakan tanah terhadap perkara di bawah
satu pihak dalam perkahwinan di negeri bidang kuasanya diiktiraf oleh Kanun Tanah Negara
Selangor boleh dibahagikan kepada suami dan dan oleh itu pentadbir tanah sebagai pelaksana
isteri sebelum difaraidkan, termasuk selepas undang-undang perlu melaksanakan perintah
dilepaskan tanggungan simati. tersebut tanpa memerlukan pengesahan daripada
2. Pembahagian harta sepencarian tersebut Mahkamah Tinggi Sivil.
hendaklah diberikan mengikut takat sumbangan Sungguh pun pindaan terhadap Perkara 121(1A)
sama ada secara langsung atau tidak langsung Perlembagaan Persekutuan telah dibuat bertujuan
dari kedua-dua belah pihak. menyelesaikan konflik bidang kuasa antara
3. Persetujuan pembahagian hendaklah dibuat mahkamah syariah dan mahkamah sivil, namun
melalui perintah mahkamah. konflik antara dua mahkamah ini dilihat masih
berlaku dalam beberapa perkara termasuk dalam
Fatwa yang dikeluarkan oleh Negeri Selangor kes tuntutan harta sepencarian selepas kematian.
ini menunjukkan bahawa harta sepencarian boleh Menurut undang-undang tanah Malaysia yang
dibahagikan selepas segala tanggungan si mati mengguna pakai sistem Torrens, pemilik tanah akan
diselesaikan dan sebelum pembahagian harta pusaka mendapat hak yang tidak boleh disangkal di bawah
50 Islāmiyyāt 43(Isu Khas(

peruntukan seksyen 340(1) Kanun Tanah Negara diputuskan oleh mahkamah syariah dan mahkamah
sebaik sahaja ia didaftarkan sebagai pemilik. Oleh sivil hendaklah memberi kesan kepadanya dalam
yang demikian, dalam situasi pemilik berdaftar telah surat kuasa mentadbir untuk membahagikan harta
meninggal dunia, perkara ini akan menyebabkan pusaka tersebut. Keperluan geran probet dan surat
berlakunya pertikaian. Dalam kes tuntutan harta kuasa mentadbir sebelum pendaftaran boleh dibuat,
sepencarian selepas kematian melibatkan harta tak juga telah diperuntukkan dalam Seksyen 346 (1) dan
alih seperti tanah atau rumah, konflik masih berlaku (2) Kanun Tanah Negara. Dalam hal ini, terdapat
kerana terdapat pihak pentadbir tanah yang enggan pentadbir tanah yang dilihat telah keliru atau kurang
melaksanakan perintah mahkamah syariah terhadap prihatin bahawa terdapat dua isu berbeza di sini
pendaftaran turun milik harta yang berdaftar atas iaitu isu harta sepencarian dan harta pusaka. Sesuatu
nama simati kepada pihak isteri yang menuntut harta yang diputuskan sebagai harta sepencarian
di bawah harta sepencarian. Peruntukan Seksyen oleh mahkamah akan terkeluar daripada senarai
421A Kanun Tanah Negara nampaknya tidak cukup harta pusaka dan oleh itu tidak memerlukan geran
memberi keyakinan kepada pentadbir tanah untuk probet untuk melakukan proses turun milik dan
melaksanakan perintah mahkamah syariah. Pindaan pendaftaran.
Seksyen 421A dilihat menyelesaikan konflik buat Perkara-perkara yang dihujahkan dalam
sementara waktu sahaja dan masalah kengganan pekeliling ini jelas kesemuanya berkaitan dengan
pentadbir tanah melaksanakan perintah turun milik harta pusaka yang perlu dibahagikan kepada
tanah yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah waris-waris yang berhak. Adalah perlu diingatkan
kembali berlaku. bahawa harta sepencarian bukanlah harta pusaka
Kekeliruan pentadbir tanah untuk melaksanakan tetapi bahagian yang menjadi hak suami atau isteri
perintah mahkamah syariah kebelakangan ini dalam sebelum harta tersebut boleh dibahagikan sebagai
kes tuntutan harta sepencarian selepas kematian harta pusaka simati. Perbincangan tentang harta
berlaku mungkin disebabkan Pekeliling Ketua sepencarian yang bukan merupakan harta pusaka
Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Bilangan juga telah dinyatakan di dalam kes Hajah Lijah
7/2017 yang menyatakan perintah, sijil atau dan juga fatwa Negeri Selangor. Ini bermakna harta
perakuan faraid tidak boleh digunakan bagi tujuan yang menjadi lebihan selepas pembahagian harta
pendaftaran turun milik harta pusaka simati. Perintah, sepencarian sahaja yang boleh dipanggil sebagai
sijil atau perakuan faraid yang dimaksudkan di sini harta pusaka. Oleh itu, secara dasarnya, perintah
ialah yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah pembahagian harta sepencarian selepas kematian
dalam konteks pendaftaran di bawah Kanun Tanah oleh mahkamah syariah boleh terus dilaksanakan
Negara. Penulis berpendapat bahawa ia mungkin oleh pentadbir tanah tanpa perlu disertakan dengan
disebabkan tanggapan Pihak Berkuasa Negeri yang geran probet dan surat kuasa mentadbir daripada
ianya berlanggaran dengan peruntukan seksyen Pejabat Pembahagian Pusaka atau Mahkamah
340(1) KTN. Ini dapat dikuatkan lagi dengan Tinggi Sivil. Walau pun begitu, pada hakikatnya
Pekeliling berkenaan yang juga menyatakan bahawa perkara ini dilihat tetap menjadi rumit kerana
mahkamah syariah tidak mempunyai bidang kuasa pentadbir tanah perlu melakukan pendaftaran turun
dalam perkara probet dan surat mentadbir harta milik terhadap harta yang mana pemiliknya telah
pusaka kerana perkara ini telah diletakkan dalam meninggal dunia. Tanggung jawab pendaftaran
perenggan 4(e)(i), butiran 1, Senarai I - Senarai yang dipikul oleh pentadbir tanah pula bukanlah
Persekutuan, Jadual Kesembilan, Perlembagaan satu tugas mudah kerana sedikit kesilapan dari
Persekutuan, sebagai mana penghakiman kes segi undang-undang dan peraturan boleh memberi
Jumaaton & Anor v Raja Hizaruddin [1998] 6 MLJ kesan yang besar kepada Pihak Berkuasa Negeri
556. Pekeliling tersebut juga turut memetik kes dan pemilik-pemilik lain yang berhak. Seperti yang
In The Estate of Tunku Abdul Rahman Putra Ibni telah dinyatakan, mengikut Seksyen 340 Kanun
Almarhum Sultan Abdul Hamid [1998] 4 MLJ 623, Tanah Negara, pendaftaran akan memberi kesan hak
yang memutuskan bidang kuasa perkara probet dan milik tidak boleh disangkal kepada individu yang
pentadbiran diberikan kepada Mahkamah Tinggi nama didaftarkan sebagai pemilik. Peningkatan kes
Sivil untuk melaksanakannya, serta kes Latifah penipuan dan pemalsuan dalam urus niaga tanah
Mat Zin v Rosmawati Sharibun & Anor [2007] 5 juga mungkin menjadi antara salah satu faktor yang
CLJ 253, yang memutuskan bahawa penentuan menyebabkan pihak pentadbir tanah begitu berhati-
waris dan bahagian yang berhak diwarisi hendaklah hati sebelum melaksanakan sebarang pendaftaran
urus niaga tanah.
Harta Sepencarian: Isu dan Konflik Perundangan dalam Tuntutan Selepas Kematian 51

Isu yang timbul berkaitan perintah yang Tanah Negara. Perintah mahkamah syariah dalam
dikeluarkan oleh mahkamah syariah dan keengganan menjalankan bidang kuasanya adalah sah dan perlu
pentadbir tanah melaksanakannya boleh dilihat dilaksanakan oleh pihak pentadbir tanah.
dalam satu kes yang berlaku di Kelantan seperti
yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh KESIMPULAN DAN CADANGAN
7 Oktober 2019, bertajuk ‘Mahkamah tolak rayuan
semakan kehakiman hartanah RM3 juta’. Pemohon-
Kesimpulannya, perintah pembahagian harta
pemohon di dalam kes ini ialah Timbalan Pengarah
sepencarian selepas kematian oleh mahkamah
PTG Kelantan, Pentadbir Tanah Pejabat Tanah
syariah, boleh memberi kesan pendaftaran turun
dan Jajahan Kota Bharu, dan Pentadbir Tanah
milik harta dan oleh itu perlu dilaksanakan
PTG Kelantan. Permohonan semakan kehakiman
oleh pentadbir tanah kerana harta sepencarian
dibuat atas alasan Mahkamah Tinggi Syariah telah
bukanlah harta pusaka. Tuntutan yang dibuat
membuat perintah harta sepencarian tanpa mematuhi
oleh pihak suami atau isteri yang masih hidup
peruntukan Seksyen 9 dan 14 Enakmen Pentadbiran
bukanlah tuntutan terhadap harta pusaka simati,
Mahkamah Syariah Kelantan No 31/1982
tetapi merupakan tuntutan terhadap bahagian
memandangkan perintah turut berkait pembahagian
yang dia berhak tidak kira sama ada pasangannya
harta pusaka selain daripada harta sepencarian.
itu masih hidup atau pun telah meninggal dunia.
Pemohon juga mendakwa Mahkamah Syariah tidak
Sekiranya sesuatu harta itu diputuskan sebagai
mempunyai bidang kuasa untuk membuat apa-
harta sepencarian oleh mahkamah syariah, maka
apa perintah berkenaan harta pusaka dan hanya
harta tersebut akan terkeluar daripada senarai harta
boleh menentukan harta sepencarian. Mahkamah
pusaka dan oleh itu tidak boleh difaraidkan kepada
Rayuan Syariah telah menolak permohonan tersebut
waris simati. Pelaksanaan perintah mahkamah
kerana pemohon tidak boleh membatalkan perintah
syariah berkenaan perkara ini oleh pentadbir tanah
Mahkamah Syariah berikutan Mahkamah Tinggi
tidak melanggar sebarang undang-undang kerana
Sivil juga sudah membuat pengesahan terhadap
harta sepencarian merupakan perkara yang berasal
perintah itu. Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk
dari adat Melayu yang disenaraikan dalam Senarai
Daud Muhammad turut menyatakan bahawa
Negeri, Perlembagaan Persekutuan dan telah
Mahkamah Tinggi Sivil sudah mengeluarkan
diperuntukkan dalam Undang-undang Pentadbiran
perintah mengesahkan pembahagian harta
Agama Islam negeri-negeri. Harta sepencarian
sepencarian pada 12 Mei 2019 berdasarkan perintah
juga tidak sepatutnya terkait dengan perkara probet
yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah
kerana probet dan surat kuasa mentadbir diperlukan
pada 24 Mac 2019. Mahkamah Rayuan Syariah
dalam kes harta pusaka sebagaimana peruntukan
juga telah memerintahkan supaya tiga pemohon
Seksyen 346 (1) dan (2) Kanun Tanah Negara dan
ini mendaftarkan dan melaksanakan perintah yang
bukannya harta sepencarian. Perintah mahkamah
telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah
syariah ini juga tidak perlu mendapat keizinan
tersebut selewat-lewatnya sehari selepas kes ini
atau pengesahan daripada Pejabat Pembahagian
diputuskan (Sinar Harian 2019).
Pusaka atau Mahkamah Tinggi Sivil terlebih
Kes yang berlaku di Kelantan ini menunjukkan
dahulu kerana Seksyen 421A Kanun Tanah Negara
ketidakselarasan dari segi pentadbiran undang-
mengiktiraf kuasa mahkamah syariah. Perkara ini
undang dan pelaksanaan. Harta sepencarian secara
terpakai sekiranya harta yang diperintahkan untuk
jelas merupakan perkara di bawah bidang kuasa
dilaksanakan pendaftaran turun milik itu adalah
mahkamah syariah. Jika perintah mahkamah syariah
harta sepencarian milik pihak yang menuntut
terkait dengan perkara probet sekali pun, perintah
sepenuhnya.
itu telah pun disahkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil
Walau bagaimanapun, sekiranya perintah harta
dan oleh itu tidak sepatutnya timbul masalah dalam
sepencarian yang dikeluarkan oleh mahkamah
melaksanakan perintah mahkamah syariah tersebut.
syariah turut terkait dengan harta pusaka maka surat
Pihak pentadbir tanah sebagai pelaksana undang-
probet hanya diperlukan untuk turun milik harta
undang sepatutnya lebih peka dan menghormati
pusaka tetapi tidak diperlukan bagi turun milik
keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah syariah
harta sepencarian. Namun jika perintah mahkamah
kerana mahkamah syariah juga mempunyai kuasa
syariah telah dikeluarkan berkaitan perkara tersebut
untuk mengeluarkan perintah perletakhakan tanah
tanpa surat probet, maka pengesahan daripada
sebagaimana yang telah diperuntukan oleh Kanun
Mahkamah Tinggi Sivil terhadap perintah tersebut
52 Islāmiyyāt 43(Isu Khas(

adalah perlu supaya perintah itu dapat dilaksanakan RUJUKAN


oleh pentadbir tanah dan dapat mengelakkan
daripada timbul masalah dalam pelaksanaan Adila Sharinni Wahid. 2019. Mahkamah Tolak Rayuan
perintah mahkamah syariah. Ini kerana pertindihan Semakan Kehakiman Hartanah RM3 Juta, https://
bidang kuasa dilihat wujud dalam kes sebegini. www.sinarharian.com.my/article/50952/ BERITA /
Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan dalam kes di Mahkamah/Mahkamah tolak rayuan semakan
kehakiman hartanah RM3 juta. 7 Oktober 2019 [20
atas telah melakukan tindakan yang wajar apabila
Oktober 2019].
mendapatkan pengesahan Mahkamah Tinggi Sivil Ahmad Ibrahim. 2001. Undang-undang Keluarga Islam
terhadap perintah yang telah dikeluarkannya setelah di Malaysia. Kuala Lumpur. Malayan Law Journal
mendapati harta yang menjadi pertikaian turut Sdn. Bhd.
terkait dengan harta pusaka selain daripada harta Ahmad Mohamed Ibrahim. 1997. Pentadbiran Undang-
sepencarian. undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur. Institut
Beberapa solusi bagi menambah baik kelemahan Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
yang ada perlu dilakukan bagi memastikan isu dan Ahmad Muhammad Ibrahim. 1976. The Distribution of
konflik yang timbul tidak berterusan. Berkenaan Estates; According to Shafii Law. Singapore. MLJ
tuntutan harta sepencarian selepas kematian, (pte) Ltd.
Arahan Amalan No. 14 Tahun 2006. Kuasa Membicarakan
pindaan undang-undang perlu dilakukan terhadap
Kes Poligami Di Bawah seksyen 23 Akta/Enakmen/
Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-
dengan memasukkan secara khusus peruntukan Negeri. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).
yang memberi hak kepada pasangan untuk membuat http://www.esyariah.gov.my/ [2 September 2019]
tuntutan selepas berlaku kematian dan sebelum Arahan Amalan No. 5 Tahun 2003. Masa Dibolehkan
harta tersebut difaraidkan bagi mengukuhkan Membuat Tuntutan Harta Sepencarian. Jabatan
bidang kuasa mahkamah syariah dalam perkara Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). http://www.
ini. Seterusnya cadangan yang agak rumit untuk esyariah.gov.my/ [2 September 2019]
dilaksanakan tetapi mampu menyelesaikan konflik Hooker, M. B. 1976. Personal Laws of Malaysia. Oxford
harta sepencarian dan probet ialah pindaan terhadap University Press.
Kanun Tanah Negara (Pindaan 2020) Akta 828.
perenggan 4(e)(ii), butiran 1, Senarai I - Senarai
Md Yazid Ahmad & Ibnor Azli Ibrahim. 2008. Bidang
Persekutuan, Jadual Kesembilan, Perlembagaan kuasa mahkamah Syariah dalam kes tuntutan harta
Persekutuan dengan memasukkan perkataan ‘probet orang Islam di Malaysia. Jurnal Islamiyyat 30:
dan surat kuasa mentadbir’ sebagai perkara yang 99-127.
termasuk dalam undang-undang diri Islam. Pindaan Mimi Kamariah Abdul Majid. 1999. Family Law in
ini secara tak langsung akan merealisasikan niat Malaysia. Kuala Lumpur. Malayan Law Journal.
penggubal terhadap Seksyen 421A Kanun Tanah Mohd Norhusairi Mat Hussin & Mohd Anuar Ramli.
Negara yang turut memberi kuasa kepada mahkamah Pengambilkiraan `Urf & Adat Masyarakat Setempat:
syariah untuk mengeluarkan perintah perletakhakan Analisis Terhadap Amalan Harta Sepencarian. https://
khususnya dalam perkara melibatkan harta orang www.academia.edu/4217451. [12 Februari 2019].
Mohd Norhusairi Mat Hussin & Raihanah Abdullah.
Islam.
2006. Amalan pembahagian harta sepencarian di
Malaysia: Satu sorotan literatur. Journal of Syariah
PENGHARGAAN Law Research 1(1): 75-88.
Muhammad Hashim Kamali. 1998. Principles of Islamic
Makalah ini ialah satu daripada hasil penyelidikan Jurisprudence. Kuala Lumpur. Ilmiah Publishers.
bagi Geran FRGS di bawah projek bertajuk, Norliah Ibrahim. 2007. Masalah tuntutan harta
sepencarian. Dlm. Siri Perkembangan Undang-
‘Pembinaan Garis Panduan Perumahan B40 untuk
undang di Malaysia, Undang-undang Keluarga
Meningkatkan Akses kepada Perumahan B40 (Islam), disunting oleh Najibah Mohd Zin et al., 216-
dan Garis Panduan Pembayaran Perumahan B40 256. Kuala Lumpur: Dawama.
kepada Pemaju Dalam Memajukan Perumahan Bagi Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan,
Golongan B40 yang bernombor FRGS/ 1/ 2019/ Bilangan 7/2017. https://www.jkptg.gov.my/my/
SSI10/ UKM/ 02/ 2. panduan/senarai-pekeliling/pekelilingterbuka/item/
pekeliling-ketua-pengarah-tanah-dan-galian-
persekutuan-bilangan-7-2017. [20 Oktober 2019].
Harta Sepencarian: Isu dan Konflik Perundangan dalam Tuntutan Selepas Kematian 53

Perlembagaan Persekutuan. Zaleha Kamaruddin. 1999. Wanita dan Keadilan. Kuala


Ridzuan Awang. 1994. Undang-undang Tanah Islam: Lumpur. ANZ Charisma.
Pendekatan Perbandingan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
PENGARANG
Rabi’ah Muhammad Serji. Mazliza Mohamad. Safinaz
Mohd Hussein & Mahmud Zuhdi Mohd Nor. 2020.
Pemaikaian sistem torrens dalam sistem tanah Rabi’ah Muhammad Serji
Malaysia dan kesannya terhadap ihya’ al-mawat. Al- Jabatan undang-undang,
Irsyad Journal of Islamic and Contemporary Issues Fakulti Syariah dan Undang-undang,
5(2): 463-471. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Salleh Buang. 1988. Ke Arah Pengislaman Kanun Tanah rabiah@kuis.edu.my
Negara. Dlm. Makalah Undang-undang Menghormati
Ahmad Ibrahim. Kuala Lumpur. Penerbit DBP. Dr. Mazliza Mohamad
Suwaid Tapah. 2003. Konsep dan amalan pembahagian Fakulti Undang-undang,
harta sepencarian di Malaysia. Dlm. Siri Isu-isu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Mahkamah Syariah, Harta Sepencarian Prosiding mazliza@ukm.edu.my
ex parte Perintah Injunksi, disunting oleh Tajul
Aris Ahmad Bustami, Farid Sufian Shuaib & Mohd Prof. Madya Dr. Safinaz Mohd Hussein
Hisham Mohd Kamal. Kuala Lumpur: Law Centre Fakulti Undang-undang,
AIKOL. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Suwaid Tapah. 2005. Harta Suami: Harta Isteri- finaz@ukm.edu.my
Perspektif Menurut Undang-undang Syariah. Seminar
Mahkamah Syariah & Isu-isu Semasa. Jabatan Syariah Prof. Madya Dr. Mahmud Zuhdi Mohd Nor
dan Undang-undang. APIUM. 9 April 2005. College of Law,
Taylor, E. N. 1937. Malay family law. Journal of the Prince Mohammad bin Fahd University,
Malayan Branch of the Royal Asiatic Society 15(1): Saudi Arabia.
1-78. mnor@pmu.edu.sa
Wahbah al-Zuhayli. 1998. Usul al-Fiqh al-Islami.
Damsyik. Dar al-Fikr.

View publication stats

You might also like