Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN JATI,

30020 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN.


Kod Sekolah : ABA2058 Tel: 05-5286863 / Fax: 05-5287863

BORANG MINIT CURAI

(MESYUARAT / SEMINAR / BENGKEL / TAKLIMAT)

PERKARA Taklimat Pengurusan Kehadiran, Intervensi Cicir dan Pengurusan Kantin.

TARIKH 30.9.2019 HARI Isnin MASA 8.30 pagi

TEMPAT Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara.

PEGAWAI YANG 1. En.Zamri bin Hasin (Penyelia Hal Ehwal Murid)


MEMBERIKAN
TAKLIMAT

PEGAWAI YANG 1. En. Md Zainal bin Mohamad Ali (PK Pentadbiran)


HADIR

ISI KANDUNGAN 1. Kebajikan Murid


KURSUS/MESYUARAT
/ TAKLIMAT a. RMT/BAP/KWAMP/Takaful masih wujud untuk tahun 2020.
b. Kebajikan murid hendaklah dijaga dan dipatuhi berpandukan SOP dan
surat pekeliling.
c. Pemantauan berpusat pengurusan RMT sekolah akan dilaksanakan.
d. Laporan prestasi perbelanjaan RMT perlu dihantar ke PPD mengikut
tarikh yang ditetapkan.
e.Hasil dapatan audit RMT :
 Tidak ikut SOP RMT yang betul berpandukan surat pekeliling.
 PKHEM kurang memantau pihak kantin.
 Pelanggaran SOP oleh pihak kantin tetapi tidak dibuat teguran
dan tidak diberi surat tunjuk sebab.
f. Program Susu dalam RMT 2019 :
 Tiada pemberian susu lagi pada bulan November.
 Pihak kantin diminta buat belian susu secara tunai untuk bulan
Oktober.
2. Bantuan Awal Persekolahan 2020 (BAP)

a. Mesti mengikut surat pekeliling dan SOP.


b. Ikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2016 dan perkapita yang ada.
c. Isi Borang PB1 dan Borang PB2 mengikut garis panduan yang betul.
d. Borang sudah boleh diedarkan kepada murid-murid yang ibu bapa
berpendapatan RM3000.00 ke bawah.

3. Tender Kantin

a. Ada pengusaha kantin menyaman pihak sekolah kerana tamatkan


tender tanpa mengikut SOP yang betul.
b. Kaedah 2 + 1:
 Sekiranya pengusaha lama mendapat tender kantin yang
baharu, beliau tidak boleh lagi diberikan tambahan setahun.
 Untuk dapatkan 2+1, pengusaha kantin perlu menghantar
surat permohonan kepada pihak sekolah.
 Sekiranya markah kebersihan oleh Pejabat Kesihatan di bawah
80%, tidak dibenarkan 2+1.
c. Pembukaan Tender Kantin Baharu :
 Mesti mengikut SOP dalam buku Prosedur Buka Sebut Harga
dan Kendiri Kantin Sekolah serta buku Panduan Pengurusan
Kantin Sekolah Sihat.
 Sekolah rendah diwajibkan memanggil pegawai PPD untuk
proses sebut harga kantin yang baharu.
 Persediaan Buka Sebut Harga Kantin :
1. Tubuhkan Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan
oleh PKHEM dan dianggotai oleh seorang guru dan
seorang pegawai kerani/kerani sekolah.
2. Tubuhkan Jawatankuasa Buka Peti Sebut Harga yang
dipengerusikan oleh PK Pentadbiran dan dianggotai
oleh dua jawatankuasa seorang guru dan seorang
KPT/PT.
3. Tubuhkan Jawatankuasa Sebut Harga (Jawatankuasa
Pemilih) yang dipengerusikan oleh guru besar,
setiausaha PKHEM dan seorang jawatankuasa dari
pegawai PPD.
d. Kriteria pemilihan pengusaha kantin baharu :
 Pengalaman menguruskan kantin sekolah.
 Kadar sewa tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
 Purata harga minuman dan makanan
(pilih makanan dan minuman utama)
 Mesti ada No.SSM/No.Pendaftaran Syarikat
 Modal mencukupi
 Sejarah perkhidmatan yang baik.
ISI KANDUNGAN e. Pihak sekolah hendaklah memberikan taklimat dan satu salinan buku
KURSUS/MESYUARAT Pengurusan Kantin Sekolah kepada pengusaha yang berjaya.
/ TAKLIMAT
4. Intervensi Murid Cicir

a. Peruntukan untuk program akan diperuntukkan oleh KPM.


b. Pihak PPD akan memilih program yang sesuai untuk murid-murid.
c. Keputusan akan dimaklumkan dalam portal PPD.

5. Pesanan En.Zaherien bin Rahmat (Pen.PPD HEM)

a. Semua urusan berkaitan dengan pengurusan HEM perlu mengikut SOP


dan buku panduan yang dibekalkan.
b. Sekiranya timbul isu tidak puas hati pihak luar berkaitan tender kantin
sekolah, mohon jangan gunakan ayat ‘Ini PPD yang pilih…’. Gunakan ayat
‘Jawatankuasa Sebutharga yang membuat pilihan…’.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………………… ………………………………………………….

You might also like