Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

KECEMERLANGAN PROGRAM 3K
(KECERIAAN MELALUI LUKISAN MURAL)
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA LINGGI
1. PENGENALAN

Kebersihan, kesihatan dan keselamatan (3K) adalah merupakan satu program yang berhasrat
untuk menjadikan sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan yang mempunyai kemudahan
fizikal dan infrastruktur yang selamat, ceria dan selesa. Persekitaran yang bersih dan sihat akan
merangsang suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

2. RASIONAL

Program yang dirancang di atas adalah salah satu cara yang diusahakan untuk
penambahbaikan dalam keceriaan SK Kuala Linggi.

2. MATLAMAT

a. Menjadikan SK Kuala Linggi sebagai sebuah sekolah yang ceria dengan lukisan Mural
yang menarik.

3. OBJEKTIF

a. Mendapatkan sumbangan atau penajaan daripada syarikat-syarikat


korporat mahupun orang perseorangan untuk menjayakan program tersebut.
b. Menjadikan SK Kuala Linggi sebagai sebuah sekolah yang agar murid-murid berasa
selesa dan teruja untuk hadir ke sekolah.

4. KUMPULAN SASARAN
a. Syarikat Korporat
b. Orang perseorangan
b. Guru-guru dan staf sokongan Sekolah Kebangsaan Kuala Linggi.

5. KAEDAH PERLAKSANAAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN.

Pihak sekolah akan melantik Pelukis Mural untuk melaksanakan kerja-kerja melukis mural pada
dinding di sekitar kawasan sekolah. Kos untuk menyiapkan mural adalah seperti berikut :

BI PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT HARGA


L
1. Mural saiz 3 x 7 meter 5 dinding RM500.00 RM2,500.00
2. Mural saiz 1 x 7 meter 15 dinding RM200.00 RM3,000.00
3. Mural tangga 2 RM300.00 RM 600.00

JUMLAH RM6,100.00

6. FAEDAH YANG DIPEROLEHI DARIPADA SUMBANGAN / PENAJAAN

Syarikat-syarikat / orang perseorangan yang bermurah hati untuk menaja atau menyumbang kepada
projek ini akan mendapat faedah-faedah berikut :

i. Surat penghargaan daripada pihak sekolah yang boleh digunakan sebagai bukti untuk
pelepasan cukai.
ii. Nama syarikat / individu yang menyumbang akan dicatatkan pada dinding mural (untuk
penyumbang yang menyumbang mengikut saiz yang telah ditetapkan).
iii. Mendapat jemputan untuk merasmikan majlis-majlis anjuran SK Kuala Linggi
(penyumbang Mural Saiz 3 x 7 meter)

7. PENUTUP

Semoga apa yang dirancang akan dapat membantu sekolah ini menjadi lebih ceria, sekaligus
menjadikan SK Kuala Linggi ini sebagai sekolah yang sangat kondusif untuk proses pengajaran dan
pembelajaran.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :


.................................................. ...............................................
(MOHD HADI B. MOHD NOR)
Setiausaha,
Unit 3K,
SK Kuala Linggi
Tangga
Dinding 3 x 7 meter
Dinding 1 x 7 meter

You might also like