Professional Documents
Culture Documents
Badang Shooting Scipt 12 January 2017 Chill Edited
Badang Shooting Scipt 12 January 2017 Chill Edited
Oleh:
Dato’ Prof. Dr. A. Razak Mohaideen
Azhari Zain
Chill Bro;)
1
SCENE 1/EXT./INT./DAY (CGI)
LOKASI: JALAN SUNYI
WATAK: ABANG TAI, TISHA, GENG TAIKO (10 PAX), POLICE
ESCORT (2 PAX), PENGAWAL AMOUR TRUCK (2 PAX).
2
KERETA DRIFT DAN GENG TAIKO MOTOR SCRAMBLER PERTAMA
TIBA DI BELAKANG KERETA PERISAI DAN MENGHALANGNYA.
KESEMUA GENG TAIKO BERTOPENG KELUAR DARIPADA KERETA
DRIFT PERTAMA LENGKAP DENGAN BERSENJATAKAN PISTOL.
3
ACTUAL SCENE MORPH TO COMIC STRIP GRAPHIC (ALA-ALA
OPENING FILEM-FILEM SUPERHERO MARVEL).
FILM TITLE
(“BADANG”)
CUT TO
4
SCENE 2/INT./DAY
LOKASI: UNIVERSITI/DEWAN KULIAH
WATAK: BAD, TISHA, PROF. ALIA, AERIL, LABU & GENG, ARIP,
PARA PELAJAR.
PROF. ALIA
Jangan asyik berangan Bad. Kerana angan-angan boleh melemahkan
sesuatu bangsa jika tiada usaha. Kamu nak jadi Melayu yang gagal?
BAD
(SAMBIL BERDIRI)
Tak nak Prof...tapi kita kena gagal dahulu untuk berjaya...kalau tak ada
kegagalan, macam mana kita nak belajar daripada kesilapan dan berjaya...?
PROF. ALIA
Kalau ye pun nak berhujah..., pastikan sahsiah rupa diri kamu dahulu...Zip
seluar kamu betul-betul...
PROF. ALIA
Apa istilah kejayaan pada kamu Bad?
5
BAD
Saya tak nak miskin selamanya dan jika saya kaya nanti, saya nak bantu
orang-orang susah.
PROF. ALIA
Jika kita semua ingin berjaya, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan oleh
Tisha dan Aeril haruslah dicontohi. Baiklah kelas, i will see you next week
for submission on your Chapter 3 Thesis. Do Make sure that you guys are
ready. Thank You.
CUT TO
6
SCENE 3/EXT./DAY
LOKASI: UNIVERSITI/FOYER
WATAK: BAD, TISHA, AERIL, LABU & GENG, ARIP, PARA
PELAJAR, BEBERAPA AWEK CUN.
AERIL
Kau jangan nak ada hati atau pandang Tisha pun, dia milik aku!!!
TISHA
Bad...tak apa, jangan nangis lagi. Nah ambil duit ni, beli komik-komik yang
baru.
BAD
Terima Kasih Tisha...
TISHA
Sama-sama Bad..., Mana Arip?
7
BAD
Dia dah cabut lari dulu dah sebelum kena nyak dengan Aeril..., hmmm...
TISHA
Bad sabar ye? Mungkin hari ni hari Aeril, esok lusa pulak mungkin hari
Bad... Tisha balik dulu...
CUT TO
8
SCENE 4/INT./NIGHT
LOKASI: UNIVERSITI/BASKETBALL COURT
WATAK: BAD, AERIL, LABU & GENG, PARA PELAJAR, COACH.
CUT TO
SCENE 5/INT./NIGHT
LOKASI: UNIVERSITI/TANDAS/BILIK PERSALINAN KOLEJ LELAKI
WATAK: BAD, AERIL, LABU & GENG.
CUT TO
CUT TO
SCENE 6/INT./NIGHT
LOKASI: UNIVERSITI/LUAR BILIK PERSALINAN KOLEJ LELAKI
WATAK: BAD, AERIL, LABU & GENG.
GENG AERIL, AERIL & LABU MENGENDAP BAD DAN KETAWA
TERBAHAK-BAHAK. MEREKA SEMPAT MERAKAM AKSI BAD YANG
SEPARUH BOGEL. BAD KELIHATAN MENCARI BARANGANNYA YANG
DISOROKKAN. GENG AERIL, AERIL & LABU BEREDAR. BAD AKHIRNYA
MENJUMPAI SEGALA BARANGANNYA DI DALAM TONG SAMPAH
BERHAMPIRAN. BAD MENGAMBIL SEGALA BARANGANNYA SAMBIL
MENANGIS BERTERIAKAN GILA-GILA.
CUT TO
9
SCENE 7/INT./EXT./DAY
LOCATION: UNIVERSITI/KAFE KOLEJ
CHARACTER: BAD, ARIP, AERIL, LABU & GENG, TISHA, EXTRAS.
ARIP
Bad My Bro..., so sorrylah aku cabut lari semalam..., aku bukan tak nak
tolong kau... tapi aku sendiri pun kecut...
BAD
Tak apa Bro..., aku faham...
ARIP
Ni siapa punya angkara ni yang merakam aksi lucah kau ni?
(sambil menunjukkan rakaman video viral di telefonnya...)
BAD
Entahlah lah Rip, dah memang nasib aku daripada kecik sampai ke besar
memang asyik kena buli je....
10
BAD
Kenapa ko main dalam longkang.. banyak lagi tempat best kat kampus ni nak
main.
Lapar eh.. jap kita cari Makanan eh..
TISHA
Sayang....
(Memandang ke arah Bad...)
BAD
Ye Saya....
TISHA
Sayang..(sambil melihat kucing di tangan Bad dan terus mengangkatnya)
Owh... Sayang....
Terima kasih..
Bad, ni kucing i...., nama dia Sayang....
TISHA
Mana Bad jumpa dia?
Ohhh.... Thank You Bad....
Dah 2 hari i cari dia... dia hilang masa i bawak dia tidur dekat hostel
kelmarin...
Thank You Bad.....This is the Best Birthday Give Ever For Me....
11
BAD
Your welcome...sikit punya hal je ni...
Birthday Tisha ke hari ni?
BAD
Happy Birthday Tisha... Birthday kita sama..
TISHA
Owh..Ye ke..
ARIP
Ha ah Tisha, jodoh korang kuat ni...
(mengusik...)
TISHA
Jom Bad, Arip join Makan Birthday Cake i...
Jom...
BAD
Eh...,tak apalah Tisha, kiteorang nak kena balik lepas ni sebab dah sebulan
duduk hostel tak balik-balik semenjak semester baru bukak ni. Rindu nak
jumpa Mak...
TISHA
Owh...ohkay.. by the way thank you again ye sebab jumpa Sayang...
At least rasalah sepotong je Kek i ni...
12
TISHA
Happy Birthday Bad....awak.. errr... nama penuh awak apa ye?
BAD
Badrul Hisyam. Panggil Bad je...
TISHA
Nah.. untuk Bad. Tahun depan kita raikan sama-sama eh..
I tak akan lupa you sebab you selamatkan Sayang i....
(Sambil mengusap kepala...., kepala Kucingnya...)
Eh..., mana Arip?
BAD
Entah...
AERIL
Tisha.....!!!
LABU
Wei Bad ataupun nama penuh kau BADIGOL...
Kau tak reti bahasa ke yang Tisha ni awek Aeril...
Yang kau bodoh sangat ni kenapa?
BAD
Oh.. maafkan saya.. saya hanya berbual je..
13
LABU MENJADI BENGANG KERANA BAD MENJAWAB. TOLAK
MENOLAK BERLAKU. SEMUA MATA TERTUMPU KEPADA BAD YANG
TAK HABIS-HABIS MINTA MAAF. TISHA YANG TERGAMAM
MELIHAT INSIDEN ITU MERASA KASIHAN PADA BAD DAN GERAM
DENGAN AERIL DAN KONCO-KONCONYA.
TISHA
Aeril!!! Korang tau tak ni kolej?
Jangan cari pasal boleh tak?
CUT TO
14
SCENE 8/EXT./DAY (CGI)
LOCATION: UNIVERSITI/KAWASAN RUMPUN BULUH NEARBY
CHARACTER: BAD, AERIL, LABU & GENG.
BAD
Alangkah bagusnya diorang ni semua tak nampak aku...
15
AERIL
Mana dia? Tadi aku nampak dia menyorok kat sini.
Labu ko selongkar tong sampah ni.
LABU
Dah la Bro.. dia dah lari kot? Kita blah je la..
Mak aku pesan jangan main dekat pokok buluh. Banyak hantu.
CUT TO
16
SCENE 9/INT./EXT./DAY
LOCATION: GUDANG TINGGAL
CHARACTER: ABANG TAI, TISHA, AERIL, LABU, GENG TAIKO &
GENG AERIL.
AERIL
Tish.. Tisha!! Stop!! Jangan jadi macam budak-budak...
TISHA
Kenapa mesti ada samseng ni yang selalu ikut Tisha? Abang sengaja
tempatkan kami dekat Kampus yang sama?
TAIKO
Aeril.. Tunggu.
17
AERIL MENDENGAR SUARA GARAU ABANG TAI TERHENTI
LANGKAH. MUKANYA PUCAT. ABANG TAI BANGKIT DAN
MEMANDANG TISHA DENGAN SENYUMAN MANIS.
TAIKO
Happy Birthday Sayang.. ni hadiah harijadi Tisha.
TISHA
Terima kasih Abang... Abang boleh hentikan meeting penting Abang
untuk layan Tisha pun dah cukup untuk Tisha. Tapi Tisha rimas,
si samseng ni asyik ikut and kononnya nak protect Tisha. Dia kata Abang
arahkan...
TAIKO
Betul. Abang tak nak ada orang kacau Tisha..
TISHA
Bukan orang lain yang kacau.. Dia (menunjukkan ke arah Aeril)
yang buat kacau. Tisha tengah sambut Birthday... then dia buat
kecoh...Abang tengok ni...
(sambil menyerahkan HP nya)
TAIKO
Saya arahkan awak jaga Tisha, gembirakan Tisha.
Bukan sakitkan hati dia. Jangan bagi dia komplen lagi..
18
TISHA
Tisha balik dulu. Tisha akan bawak kereta baru Tisha balik.
By the way, Thank You Abang for the gift.
TAIKO
Jangan ambik hati.. teruskan perhatikan dia..
malam ni lepas operasi, panggil semua.
CUT TO
19
SCENE 10/EXT./ INT./SENJA (CGI)
LOCATION: RUMAH FLAT BAD/RUANG TAMU
CHARACTER: MAK SIAH, ARIP, BAD, PARA PENIAGA, EXTRAS.
MAK SIAH
Lamanya pegi beli ais?
ARIP
Saya tolong Lechu cat kedai dia tadi. Upahnya.. dia bagi barang ni
suma free. Nah.. tak usik pun duit belanja ni.
MAK SIAH
Alhamdulillah.. kadang-kadang boleh pakai jugak kepala otak ko Rip.
Baguslah kamu berdua balik ni... boleh bantu aku di Gerai...
Kenapa tak balik sekali dengan Bad, Rip?
ARIP TERGAMAM...
ARIP
Errr..., sebenarnya.....
MAK SIAH
Dah, tak apa... Nah.. simpah hadiah si Bad ni.
Kan hari ni hari jadi Bad ke-25.
Dia balik nanti kita sambut sekali...
20
HARI JADI KE-25 BAD. MAK SIAH ANGKAT KOTAK TIN SUSU DAN
MEMASUKKAN KE DALAM BEKAS UNTUK DI BAWA TURUN KE GERAI.
ARIP
Wah.. ada hadiah. Besar dan panjang.
Hadiah apakah ni Mak Siah? Steering Lock motor roda tiga saya tu ke?
Bulan depan ulang tahun saya, Mak Siah nak bagi apa?
MAK SIAH
Cukuplah aku bagi Kasih & Sayang aku pada kau Rip, aku dah anggap kau
macam anak aku sendiri...
Itu lebih bermakna dari Steering Lock ni. Dah.. angkat barang-barang tu.
Ke bawah..., yang selebihnya simpan di rumah dulu...
BAD
Hai.. tolong angkat kotak je pun dah histeria.
Banyak sangat tengok cerita hantu Jepun la ko Rip. Dah lah kau tinggal aku
macam tu je dekat kampus tadi...., nasib baik tak jadi apa-apa...
MAK SIAH
Bad…
BAD
Ya Mak.. Saya tolong angkat barang ni ke luar rumah ni je..
lepas tu saya nak mandi dulu.
Kejap lagi saya turun tolong Mak.
21
SEMAKIN HAIRAN ARIP KERANA HANYA DENGAR SUARA BAD TAPI
JASADNYA TIDAK KELIHATAN.
ARIP
Mak Siah.. haaaaantuuuuuu...
MAK SIAH
Sabar dulu Rip.. Bad.. apa dah jadi ni?
BAD
Mak pun tak nampak saya? Saya pun tak tau Mak.
Tadi masa kat kampus, budak-budak jahat kejar saya.
Saya menyorok dalam rumpun buluh, lepas tu semua orang tak nampak saya
lagi.
Tapi saya nampak Mak dengan Arip. Apa saya patut buat sekarang?
ARIP
Ko dah jadi hantu buluh Bro? Mak Siah.. kita kena pindah dari sini!!
Allahu Akbar.. Allahu Akbar
MAK SIAH
Bertenang Arip! Bad..
jangan bercerita dengan sesiapa pasal ni.
BAD
Apa dah jadi pada saya Mak?
Selamanya kah saya akan jadi macam ni?
SARIP
Ya Allah.. kawan aku dah jadi hantu buluh..
aku akan rindu mata kuyu ko Bro..
MAK SIAH
Perkara yang Mak harapkan 25 tahun dulu dah jadi kenyataan.
BAD
Apa yang jadi 25 tahun dulu Mak? Kenyataan apa yang saya kena hadapi ni?
Saya ada saka ke?
22
MAK SIAH
Ini bukan saka.. ini anugerah. Bad pergi mandi.
Jangan ke mana-mana. Mak akan ceritakan segalanya.
Mak tolong Arip bukak kedai, dan Mak akan naik semula.
Mak ada jawapannya. Tapi Mak harap Bad bersedia untuk menerimanya...
CUT TO
23
SCENE 11/INT./NIGHT (CGI)
LOKASI: RUMAH FLAT BAD/TANDAS
CHARACTER: BAD
BAD
Ya Allah... apa nak jadi dengan aku ni..
betul ke aku dah kena badi hantu buluh... Macamana aku nak belajar macam
ni....?
BAD
Argghhhh!! ... Saka apakah ini?
SEDIKIT DEMI SEDIKIT JASAD BAD KEMBALI KELIHATAN.
CUT TO
24
SCENE 12/INT./EXT./NIGHT (CGI)
LOCATION: RUMAH FLAT/WARUNG MAK SIAH
CHARACTER: MAK SIAH, ARIP, AERIL, LABU, GENG TAIKO, GENG
AERIL, PARA PENIAGA, EXTRAS.
ARIP
Mak Siah.. Bad tu macamana? Pegi la tengokkan dia sekejap.
Saya boleh handle warung ni..
MAK SIAH
Emmm.. betul jugak.. Arip uruskan dulu warung ni. Mana hadiah Bad tadi?
ARIP
AlaMak... Mak Siah.. Geng Taiko.. tu nak kutip duit perlindungan tu..
saya tak boleh handle dorang ni..
MAK SIAH
Rip..Ko duduk saja kat belakang tu.. jangan menyampuk.
Yang ni biar Mak Siah uruskan.
AERIL DAN GENG BARU KUTIP DUIT DARI GERAI SEBELAH. MEREKA
MEMASUKI KERETA KEMBALI. AERIL DAN LABU MENGHAMPIRI
GERAI MAK SIAH DENGAN KERETA DRIFT MEREKA. BELUM SEMPAT
MEREKA BERHENTI. MAK SIAH MENGHALANG KERETA MEREKA
DARIPADA MEMASUKI KE KAWASAN GERAINYA.
25
MAK SIAH
Korang baik blah sebelum aku panggil Polis....sesuka hati Mak bapak kau je
nak pow sana, pow sini....
Kau ingat kami ni hamba abdi kau...!!!
AERIL
Jangan cari pasal dengan aku. Kawasan ni aku punya.
Kau meniaga pun tak de lesen.
Kepada peniaga yang lain dengar sini, kalau tak nak nasib korang jadi
macam ni... jelaskan semua wang perlindungan yang dah lama sangat
tertangguh....
CUT TO
26
SCENE 13/INT./NIGHT
LOKASI: RUMAH FLAT BAD/TANDAS
CHARACTER: BAD, ARIP.
ARIP
Bad... Bad... Bukak pintu ni Bro....
BAD
Rip. Ko tengok ni... aku dah normal...
Kau kenapa Rip?
ARIP
Geng Taiko langgar Mak Siah Bad... darah banyak sangat..., jom cepat
Bad...
BAD
Ya Allah....
CUT TO
27
SCENE 14/EXT./INT./NIGHT
LOKASI: HOSPITAL/ICU
CHARACTER: BAD, ARIP, MAK SIAH, NURSE, BEBERAPA
PARAMEDIK.
ARIP
Bad.. sabar la.. ni hadiah yang Mak Siah nak bagi kat engkau..
tak sempat. Hadiah harijadi engkau yang ke 25 katanya. Selamat Hari jadi
Bro..
BAD
Tak ada makna semuanya ni Rip. Aku akan cari Geng Taiko bertopeng tu..
Ko tak cam muka dorang?
ARIP
Emmm.. tak berapa la Bro. Dorang datang pakai topeng.
Aku tak dapat tengok muka dorang. Tapi aku dapat cam ada tatoo kat bahu
dengan tangan dorang. Tatoo naga.
BAD
Naga!!
28
SCENE 15/EXT./INT./NIGHT
LOCATION: KELAB MALAM DRAGON
CHARACTER: ABANG TAI, TISHA, AERIL, LABU, GENG TAIKO &
AERIL, EXTRAS.
TISHA
Abang, Tisha dah dapat Maklumat yang terbaru mengenai jongkong emas
daripada Brunei.
CUT TO
29
SCENE 16/INT./NIGHT (CGI)
LOKASI: HOSPITAL/ICU
CHARACTER: BAD, ARIP, MAK SIAH, NURSE.
MAK SIAH
Selamat Harijadi Bad.. hari jadi ke 25..
BAD
Terima kasih Mak.. maafkan saya..
saya tak ada masa tu nak lindungi Mak..
MAK SIAH
Bad.. dengar apa Mak nak cakap. Mak mungkin tak dapat hidup lama..
Bad bukan anak kandung Mak...
BAD
Mak cakap apa ni Mak?
Bad anak Mak...
MAK SIAH
Apa yang terjadi pada Bad siang tadi bukan kebetulan.. tapi memang dah
diramal 25 tahun yang lepas..
30
BAD TERPINGA-PINGA MENDENGAR KATA-KATA MAK. BARU DIA
TERINGAT PADA KEJADIAN SIANG TADI YANG MENYEBABKAN DIA
HALIMUNAN.
BAD
Tak pa Mak.. rehat dulu..
bila Mak dah sembuh kita sambung cerita semula eh..
MAK SIAH
Bukak hadiah tu Bad...
MAK SIAH
Kira-kira 25 tahun dulu.. masa Mak baru sahaja menikah..
DISSOLVE
31
SCENE 17/EXT./DAY
LOCATION: KAMPUNG/HUTAN
CHARACTER: MAK SIAH, BAD, SUAMI MAK SIAH
32
SCENE 18/EXT./INT./NIGHT
LOCATION: KAMPUNG/RUMAH KAMPUNG
CHARACTER: MAK SIAH, SUAMI, BAD.
DISSOLVE
DISSOLVE
33
SCENE 20/INT./NIGHT
LOCATION: KAMPUNG/RUMAH KAMPUNG
CHARACTER: MAK SIAH, SUAMI, BAD.
DISSOLVE
34
SCENE 21/EXT./NIGHT (CGI)
LOCATION: KAMPUNG/RUMAH KAMPUNG/BAWAH RUMAH
CHARACTER: MAK SIAH, SUAMI, BAYI, BAD.
DISSOLVE
35
SCENE 22/EXT./DAY
LOCATION: KAMPUNG/RUMAH KAMPUNG/BERANDA
CHARACTER: MAK SIAH, SUAMI, BAYI (1 TAHUN), BAD.
FLASHFORWARD
36
SCENE 23/INT./NIGHT (CGI)
LOCATION: RUMAH FLAT BAD/RUANG TAMU
CHARACTER: BAD, ARIP
BAD
Arggghhhhh!!!! Jahanam punya penyangak!!!
ARIP
Dah la Bad.. jangan la macam ni.. takut aku.. kalau kita cari Geng Naga tu
pun, apa kita boleh buat. Dorang tu ada pistol.
BAD
Aku tak takut!!! Mak kata aku ada power
yang boleh selamat kan dunia!!!
ARIP
Apa yang engkau merepek ni.. Power apa?
BAD
Kat hospital tadi, Mak bagitau, kejadian jasad aku hilang
siang tadi bukan kebetulan. Jawapannya ada pada buluh ni...
ARIP PELIK.
37
BAD
Mak kata.. asal aku dari buluh ni. Aku ni bukan anak kandung dia. Dia
besarkan aku
macam anak sendiri dan bekas buluh yang Mak temui aku,
masih Mak dan Ayah simpan kerana di sinilah terletaknya kuasa aku. Bila
usia aku genap 25 tahun, Mak akan huraikan segalanya....
genap 25 tahun... hari ni.. aku genap 25 tahun...
ARIP
Wo...., maksudnya kau anak buloh betonglah Bro...
BAD
Entahlah Rip...
ARIP
Buluh lemang!!! Apa yang istimewanya buluh lemang ni?
Lemangnya pun tak de?
BAD
Mungkin buloh ni ada kaitan dengan aku hilang siang tadi?
38
PERCIKKAN AIR KOPI YANG TERTUMPAH DALAM BULUH ITU
MENJELMAKAN TULISAN JAWI PADA DINDING DI DALAM BULUH.
JUGA TERDAPAT LAKARAN SEPERTI INSTRUCTION MANUAL PADA
BATANG BULUH TERSEBUT. BAD DAN ARIP BERPANDANGAN
ANTARA SATU SAMA LAIN. MEREKA BERDUA TAK PANDAI BACA
JAWI
ARIP
Bad.. ada tulisan rahsia. Lokasi Harta Nabi Sulaiman agaknya ni..
BAD
Ini bukan peta tapi tulisan jawi.. kau baca Rip..
ARIP
Jawi.. alamak.. tang ni aku memang tak boleh handle.
Tapi aku tau sapa boleh tolong kita.
CUT TO
39
SCENE 24/INT./EXT./NIGHT (CGI)
LOCATION: UNIVERSITI/BILIK PROFESSOR DE BONO
CHARACTER: BAD, ARIP, PROFESSOR DE BONO, POLIS BANTUAN.
ARIP
Gelap la Bad.. Prof. De Bono dah balik kot...?
POLIS BANTUAN
Ooooo... rupanya korang la yang selalu rekod video viral pelik2 dekat
kampus ni?
BAD
Ehhh... tak bang.. Abang Joni kan.. saya Bad,
Pelajar Post Graduate Fakulti di IPSIS..., ni pun student sini juga, Arip...
(sambil menyerahkan kad matriks mereka)
POLIS BANTUAN
Ooo, student? Buat apa malam2 dekat foyer ni? Tak takut hantu ke?
ARIP
Macam ni Bang Joni... kami nak mintak Prof. De Bono tolong bacakan
tulisan jawi ni ha..
Bad pulak memang tak boleh baca langsung..
POLIS BANTUAN
Oooooo, Prof, De Bono...
40
PROF. DE BONO
Masuk-masuk....
BAD
Maaf Prof, ingat Prof tak ada tadi...
ARIP
Tulah..., bila gelap je...tiba-tiba happening dan bercahaya macam ni...
PROF. DE BONO
Saya busy sikit tadi naikkan followers Instagram saya, saya suka layan IG
dalam gelap, harap kamu faham maksud saya (double meaning)...
BAD
Prof, kami nak minta tolong Prof bacakan tulisan jawi ni...kami tak reti...
(sambil menghulurkan buloh...)
PROF DE BONO
Bagi aku botol air ko tu Joni.
41
INSTRUCTION MANUAL PADA BULUH BERKENAAN. BAD DAN ARIP
TERUJA.
PROF. DE BONO
Inilah rahsia mutlak anugerah si empunya untuk memiliki kuasa sakti.
ARIP
Lagi? Apa kata tulisan tu Prof?
PROF. DE BONO
Semua tulisan dalam buluh ini ibarat aturcara macamana nak gunakan
kesaktian buluh ni. Contohnya
si empunya akan mendapat kuasa kekuatan luarbiasa dengan hanya
memikirkannya...dan memegang buloh ini...
ARIP
Aku nak kuat...
ARIP
Iya ke ni Prof? Tak jadik pun?
PROF. DE BONO
Agaknya korang bukan tuannya.. dia hanya berkesan pada tuannya.
ARIP
Haaa.. macamana? Tak jadik incredible Hulk pun?
Betul ke cerita Mak Siah ni Bad? Ke dia temberang ko?
42
ARIP MEMEGANG BAHU BAD. BAD MENEPIS TANGAN SARIP.
BAD
Sabar la (menepis tangan Sarip)
POLIS BANTUAN
Kenapa Prof?
PROF. DE BONO
Budak-budak zaman sekarang kalau berguru memang macam tu.
Ilmu tak habis belajar lagi dah rasa cukup.
Tak sempat aku nak bagitau kelemahan kekuatan dia tu.
CUT TO
43
SCENE 25/EXT./DAY (CGI)
LOCATION: UNIVERSITI/PADANG BOLA KOLEJ
CHARACTER: BAD, ARIP, EXTRAS.
ARIP
Mantap la Bad.. kita boleh buat macam-macam dengan power ko tu.
BAD
Macam-macam? Macamana?
ARIP
Kalau dah ko tu kuat macam Superman, pantas macam The Flash,
boleh hilang macam Hollowman..
kalau akulah, dah confirm aku jadi halimunan dan masuk kolej
perempuan...., hmmm dapnye....
BAD
Emmm.. kadang-kadang boleh pakai jugak kepala hotak engkau tu.
Haha..., tapi alangkah bagusnya aku dapat jumpa Tisha sekarang... rindu
pulak aku dekat dia...
CUT TO
44
SCENE 26/EXT./DAY (CGI)
LOCATION: JALANRAYA
CHARACTER: BAD, ARIP, TISHA, EXTRAS.
BAD
Assalamualaikum Tisha. Nak saya tolong?
TISHA
Eh.. Bad, tolong saya Bad, kereta ni pancit pulak.
BAD
Laa... Kesian awak....
meh saya tolong tukar tayar tu.
Tapi awak bagi saya upah boleh?
TISHA
Boleh...Haha...
45
ARIP
Bad, lain macam ye? Sekejap sangat kau sampai dekat sini? Puas aku cari
kau merata kampus...
BAD
Tulah pasal Rip, dah macam jumper aku rasa, boleh ke mana-mana sahaja....
Cuma aku perlu fikirkan atau cakap je mana aku nak pergi kot...?
BAD
Tisha nak pergi mana? Cakap je...
(sambil pegang tangan Tisha/Love Struck lagi gila-gila)
TISHA
Entahlah Bad... mana-mana je...
(Tisha malu2 kucing pegang tangan Bad...)
BAD
Mana? Kemana sahaja rasanya kita boleh pergi, cuaca Malaysia panas, kita
pergi Zurich nak?
ARIP
Wei Bad...hmmm, kena tinggal lagi....;(((
CUT TO
46
SCENE 27/EXT./DAY (CGI)
LOCATION: ZURICH (PROMINENT SCENIC VIEW)
CHARACTER: BAD, TISHA.
BAD
Wah Tisha...kita betul-betul sampai lah di Zurich...
(Terketar-ketar kerana kesejukan....)
TISHA
Ye Bad,.....tapi sejuk sangat tempat ni..., kita pergi tempat yang kurang
sejuk sikit nak?
(Terketar-ketar kerana kesejukan....)
BAD
Kita ke Korea...
(Terketar-ketar kerana kesejukan....)
CUT TO
47
SCENE 28/EXT./DAY (CGI)
LOCATION: KOREA (PROMINENT SCENIC VIEW)
CHARACTER: BAD, TISHA.
BAD
Welcome to Korea...Tisha
(Disebut di dalam Bahasa Korea....)
TISHA
Thank You Bad.
TISHA
Bad... ada apa-apa rahsia ke?
BAD
Erkk? Saya nampak muda ke?
Walaupun kita sebaya, saya banyak amalkan minum air kosong.
Itu kan petua awet muda.. suma orang dah tau.
TISHA
Tak.. yang awak buat tadi tu. Awak bergerak pantas tukar tayar kereta,
angkat kereta...,kuat......Awak macam filem Jumper tu, boleh bawak saya
kemana sahaja...., bawak saya ke Zurich, sekarang di Korea...
Kalau dalam filem, hanya Superhero sahaja yang boleh buat macam ni.
BAD
Superhero? Hmmm.. Betul juga.. tak terfikir saya.
Best jugak kalau boleh jadi Superhero. Glamer!!
TISHA
Lepas tu Superhero kena ada nama Bad. Macam Superman, Cicak Man..
BAD
Superhero??? Owh.. kena ada nama eh?
48
TISHA
Hahaaha.. dah berangan pulak dah.. saya gurau je la..
tapi sekarang awak.. di mata saya, awak memang superhero.
Awak kuat, tangkas, pantas.. saya nak namakan awak Badang!!
BAD
BADANG!!! Hmmm.. kebetulan nama saya Bad.
Saya beli idea tu.. maknanya saya kena cari costume macam Spiderman la
kan?
Lepas tu saya akan selamatkan bumi Malaysia dari geng penjahat!!
TISHA
Wahh..besar tu cita-cita awak..
ok saya akan designkan costume Badang untuk awak.. Kan research thesis
saya about Fashion Designs.....
tapi saya nak upah.
BAD
Upah?
TISHA
Ya.. bagitau saya rahsia macamana
awak boleh dapat kekuatan macam tu?
BAD
Owh.. yang tu... tapi saya akan hanya kongsi dengan bakal Isteri saya yang
sah...
(Muka bangga sambil memandang ke arah Tisha...)
TISHA
Hospital???... Kenapa Bad?
CUT TO
49
SCENE 29/INT./DAY (CGI)
LOCATION: HOSPITAL/ICU
CHARACTER: BAD, TISHA, DOKTOR SYAHIDA, NURSE.
BAD
Mak....
BAD
Cik.. pesakit yang kat katil No. 29 tu mana?
Kenapa katil kosong eh?
NURSE
Asiah Binti Ahmad ya? Awak siapa?
BADRUL
Saya anaknya.
NURSE
Mak awak dah dipindahkan ke Wad Operation Theater.
Doktor memang cari waris untuk mintak tandatangan. Sebentar ya...
DOKTOR SYAHIDA
Assalamualaikum.. awak Badrul Hisyam?
50
BAD
Ya.. saya anak Asiah Binti Ahmad.
Macamana Mak saya doktor?
DOKTOR SYAHIDA
Mak awak mengalami pendarahan kritikal
pada bahagian otak. Kami pindahkan dia ke Wad Operation Theater dan
dia perlu pembedahan segera. Saya perlukan tandatangan
waris untuk benarkan kami jalankan pembedahan segera.
BAD
Sign sinikan? Tolonglah Doktor...
selamatkan Mak saya.
Berapa kos pembedahan saya bayar.
DOKTOR SYAHIDA
InshaAllah.. kami akan lakukan sebaik yang boleh
untuk selamatkan Mak awak. Tapi saya nak maklumkan,
kos pembedahan dan rawatan yang perlu ditanggung
ialah Tiga Puluh Satu Ribu Ringgit.
TISHA
Jangan putus asa Bad.
Duit tu kita usahakan.. eh...
DOKTOR SYAHIDA
Memang, kos rawatan sangat mahal.
Tapi awak boleh dapatkan bantuan dari Pusat Zakat Selangor
dan beberapa badan amal lain.
Saya bagi awak masa tujuh hari untuk dapatkan
bantuan kewangan tu sebelum kita jalankan pembedahan.
BAD TERUSKAN BERBINCANG DENGAN DOKTOR SEMENTARA TISHA
MEMERHATIKANNYA DENGAN PENUH RASA CINTA DAN SIMPATI.
CUT TO
51
SCENE 30/EXT./INT./NIGHT
LOKASI: GUDANG TINGGAL
WATAK: ABANG TAI, GENG TAIKO, GENG AERIL, AERIL, LABU,
TISHA.
CUT TO
SCENE 31/EXT./DAY
LOKASI: UNIVERSITI/BASKETBALL COURT
WATAK: TISHA, BAD, PARA PEMAIN BASKETBALL, AERIL, LABU &
GENG, COACH.
CUT TO
52
SCENE 32/INT./DAY
LOKASI: UNIVERSITI/BILIK KULIAH
WATAK: BAD, ARIP, TISHA, PROF. ALIA, AERIL, LABU & GENG,
PARA PELAJAR.
CUT TO
53
SCENE 33/EXT./DAY (CGI)
LOCATION: UNIVERSITI/ROOFTOP
CHARACTER: BAD, TISHA
BAD
Wahhh... Tak sangka..awak betul-betul buat costume ni?
TISHA
Saya designkan sendiri tau.. cuba pakai..
saya nak tengok Superhero saya beraksi
dengan costume ni....
(Belum sempat Tisha habis berkata...)
BAD
Hei.. macamana? Ok tak?
TISHA
Mestilah.. awak memang superhero saya, Badang..
TISHA
Bad.. Badang..
54
BAD TIDAK JUGA MUNCUL. TIBA-TIBA TERASA ANGIN BERTIUP KE
ARAH TISHA. RAMBUT PANJANG PARAS BAHUNYA MENGURAI
LEMBUT DITIUP ANGIN, CANTIK. TISHA MENOLEH KE
BELAKANGNYA, BAD SUDAH PUN BERADA DI SITU SAMBIL
MERENUNG WAJAHNYA. TISHA MERASA MALU DAN DUDUK DI
TEBING ROOFTOP. BAD MEMBUKA TOPENG MUKA DAN DUDUK DI
SEBELAH TISHA.
TISHA
Kalau set costume ni koyak or rosak, don’t worry, banyak lagi sets yang
saya dah sediakan....
BAD
Hmm.. terima kasih Tisha. Lepas ni saya akan sentiasa pakai.
Orang tak perlu kenal siapa saya, tapi orang akan ingat Badang.
Tapi saya tak berniat nak tunjuk kuat..
saya cuma nak cari duit.
Nak selamatkan Mak saya..., dan saya nak bantu orang-orang yang
memerlukan bantuan, perangi jenayah...!!!
TISHA
Saya tumpang simpati pada awak dan Arip.
Kalau lah saya boleh tolong..
BAD
Saya harap saya cukup masa
nak kumpul duit tiga puluh satu ribu tu.
TISHA
Bad.. saya dibesarkan dalam keluarga kaya raya.
Abang saya adalah ahli korporat. Saya yakin setakat nak dapatkan
tiga puluh satu ribu tu sekejap sahaja saya boleh dapat.
BAD
Jangan Tisha..
susah nanti kalau dah termakan budi..
55
TISHA
Awak tak berhutang apa-apa dengan saya.
Saya ikhlas. Tapi Kalau awak rasa tak selesa,
nak bayar balik, boleh bayar sikit-sikit
sampai semuanya selesai. Bad boleh tawarkan bantuan Bad dan mintak
upah dengan orang, ala...macam Bad minta saya upah masa tolong kereta
saya pancit tu....haha...
BAD
Kenapa awak begitu baik dengan saya?
Belum ada perempuan yang nak kawan dengan saya,
apatah lagi nak tolong bagi duit sebanyak tu.
TISHA
Arwah Ayah selalu pesan, kelebihan yang kita ada,
biar beri manfaat pada orang lain.
Sejak saya belajar dekat sini, saya tahu awak orang baik.
Saya teringin nak ada kawan yang baik.
Semasa saya susah,
awak tolong. Sekarang awak susah, saya ada kelebihan,
saya pulak tolong awak. Adil kan?
BAD
Terima kasih Tisha. Saya terima bantuan awak ni
demi Mak saya. Saya pun tak tahu dari mana
nak dapatkan duit tiga puluh satu ribu tu dalam masa terdekat ni.
Tapi kelebihan saya ni.. saya simpan untuk balas dendam
pada orang yang buat jahat pada Mak saya.
TISHA
Apa yang terjadi sebenarnya pada Mak awak?
BAD
Mak saya kena langgar dengan kereta..., secara sengaja... (sebak...)
TISHA
Awak tahu siapa yang langgar Mak awak?
56
BAD
Saya tak ada masa tu. Tapi Arip nampak.
Saya akan cari geng tu sampai dapat
dan laporkan pada polis. Walaupun Gangster yang pow wang perlindungan
tu pakai topeng, Arip nampak
di tangan dorang ada tatoo naga.
TISHA
Naga?
TISHA TERSENTAK.
CUT TO
57
SCENE 34/INT./NIGHT
LOCATION: RESTORAN MEWAH
CHARACTER: TISHA, ABANG TAI, AERIL, LABU, GENG TAIKO &
AERIL.
TISHA
Bodoh.. gangster tahi kucing!!!
AERIL
Wei.. apa hal ni?
TISHA
Ko nak satu KL tau engkau tu gangster besar?
Engkau pegi la rompak bank. Jangan rompak dan aniaya orang miskin.
ABANG TAI
Kenapa ni Sha? Jangan cari pasal kat sini? Balik nanti kita discuss.
TISHA
Si bodoh ni Abang. Dia ingat dia dah kuat sangat sampai pow peniaga
miskin. Siap langgar dengan kereta lagi!!!
Abang nak Polis cari gang Naga sebab kes bodoh?
58
MENARIK KELUAR KAD ATM DARI WALLET DAN MELEMPARKAN
KEMBALI WALLET ITU KEPADA AERIL YANG BERUSAHA UNTUK
BANGUN.
TISHA
Kau berani pow dan belasah orang miskin kan?
Sekarang aku pow dari engkau!!
TISHA
Sorry Abang. Harap saya tak patahkan
selera makan malam Abang.
Saya mintak diri dulu.
CUT TO
59
SCENE 35/EXT./DAY
LOCATION: BOULEVARD/TASIK
CHARACTER: BAD, ARIP, TISHA, EXTRAS.
TISHA
Tahniah Badang.. awak hebat lah..
BAD
Tisha.. sempat ke awak tengok tadi?
TISHA
Emm.. saya bawak makanan untuk awak.
Kesian saya tengok awak berhempas pulas
cari duit.
TISHA
Tak perlu bukak...
Orang tak perlu kenal siapa awak,
tapi orang akan ingat Badang.
60
BAD MALU-MALU MENCAPAI MAKANAN. TISHA SEMAKIN
TERSENTUH.
BAD
Terima kasih eh.. sejak semalam saya belum makan lagi.
Lepas ni saya makan.
Arip pun sama belum makan...
TISHA
Cukup la Bad. Awak dah tak perlu buat semua ni lagi untuk cari duit.
Saya dah siapkan tiga puluh satu ribu
untuk kos pembedahan Mak awak.
ARIP
Wahhhh... sandwich.. makan tak ajak...
TISHA
Rip.. meh la jamah..
BAD
Rip... Tisha datang bawak duit Bro..
kita boleh bayar hospital hari ni jugak.
ARIP
Wahhh.. ye ke?? Terima kasih Sha..
Bad.. ko pergi bayar dulu kat hospital tu.
Lepas kemas nanti aku jumpa ko kat sana.
CUT TO
61
SCENE 36/INT./DAY
LOCATION: HOSPITAL/LUAR OPERATION THEATER HOSPITAL
CHARACTER: MAK SIAH, DOKTOR SYAHIDA, BAD, TISHA,
NURSE, PARAMEDIK, EXTRAS.
CUT TO
62
SCENE 37/EXT./DAY
LOCATION: TANAH PERKUBURAN
CHARACTER: BAD, ARIP, TISHA, IMAM, EXTRAS.
BAD
Mak.. dengan kelebihan yang ada pada saya..
saya bersumpah, saya akan bela kematian mak.
Saya akan cari pembunuh Mak
sampai ke lubang cacing.
TISHA
Bad.. jangan Bad..
BAD
Aku akan balas dendammmmmm...
63
ARIP
Tiap kali kena air.. kuasa Bad tak menjadi.
Rupanya itulah kelemahan kuasa Bad.. air!
CUT TO
64
SCENE 38/EXT./DAY (CGI)
LOCATION: KAWASAN BANDAR
CHARACTER: BAD, PERAGUT, MANGSA RAGUT, EXTRAS.
CUT TO
65
SCENE 39/EXT./DAY (CGI)
LOKASI: LORONG BELAKANG
WATAK: BAD, PEROGOL, MANGSA ROGOL.
CUT TO
BADANG
Kini, anda akan lebih rasa selamat dengan kehadiran saya, Badang...
Awas kepada penyangak-penyagak di luar sana....!!! Badang akan banteras
jenayah dan bantu apa yang patut... (intonasi bangga poyo....)
CUT TO
66
NEWS HEADLINES WITH GRAPHICS TO SHOW HOW POPULAR
BADANG SUPERB NOW. “SUPERHERO TAGIHKAN DERMA
SEIKHLAS HATI”... PEMBERITA MEMBACA SARI BERITA PENTING
“BEBERAPA CUBAAN MERAGUT, MEROMPAK DAN MEROGOL OLEH
GENG-GENG KONGSI GELAP JUGA DAPAT DIPATAHKAN OLEH
BADANG”. MENURUT POLIS GENG-GENG KONGSI GELAP INI
DIPERCAYAI TERLIBAT SECARA SINDIKET YANG DIKETUAI OLEH
GENG TAIKO...INTERCUT WITH BADANG TUMPASKAN CRIME
PICTURES....(MOSTLY ROMPAKAN THAT RELATED TO GENG
TAIKO).
CUT TO
67
SCENE 41/INT./NIGHT
LOCATION: GUDANG TINGGAL
CHARACTER: ABANG TAI, TISHA, AERIL, LABU, GENG TAIKO &
AERIL.
ABANG TAI
Hmmm.. siapa agaknya Badang ni?
Dia dah mula ganggu kerja kita.
Nama kita dah di sebut-sebut polis.
Kita bukan gila glamer macam dia.
AERIL
Biar saya dan budak-budak uruskan boss.
Kita tengok muntah sapa pulak dia makan.
ABANG TAI
Dengar sini semua, Jongkong emas akan sampai
dalam minggu depan.
Aku mahu kita rancang dengan rapi, kita perlu rembat semua Jongkong
Emas sebelum ianya sampai ke Bank...
dan aku tak mahu Badang merosakkan rancangan kita.
Aeril.. musnahkan dia,
sebelum dia musnahkan kita.
CUT TO
68
SCENE 42/INT./NIGHT
LOCATION: 7-ELEVEN
CHARACTER: BAD, CASHIER, PENYAMUN.
BAD
Dah.. jangan takut. Talipon polis.
Errr.. air ni berapa?
BUDAK CASHIER
Terima kasih Badang. Err..air tu saya belanja.
Nah.. ambik duit ni.. awak memang terima upah kan?
BAD
Sorry Dik.. dah lepas tengah malam ni.
Upah jadi double. Dua helai please.
69
BUDAK CASHIER BAGI DUA HELAI WANG KERTAS MERAH PADA BAD
SAMBIL TERNGANGA TENGOK BADANG HILANG SEPANTAS KILAT
DARI SITU.
CUT TO
70
SCENE 43/INT./NITE (CGI)
LOCATION: UNIVERSITI/LIBRARY
CHARACTER: BAD, ARIP, TISHA, EXTRAS.
ARIP
Tak payah la nak takutkan aku sangat.
Aku tau ko dah sampai. Ada tak belikan aku air apa-apa?
ARIP
Lama aku tunggu ko dekat Library ni..., kau jugak yang suruh aku research
pasal tatoo naga ni..., Kenapa lewat?
BAD
Aku kerja lebih sikit tadi, bagi duit2 yang aku dapat tu dekat orang-orang
susah dekat flat kita. Pas tu masuk tabung Masjid... at least dapatlah
bantu orang-orang susah dekat tempat kita ni Rip...
ARIP SENYUM.
71
ARIP
Bad, mulai hari ni ko tak perlu lagi
usung buluh betung ko tu ke sana sini.
Aku dah kikis lapisan buluh tu dan boleh dilekatkan
pada costume Badang. Ko hanya perlu sentuh
untuk tukar mode kekuatan ko. Amacam? Canggih?
BAD
Kadang-kadang boleh pakai jugak
kepala hotak ko ni.. lagi cepat aku
boleh selamatkan orang. Lagi?
ARIP
Satu lagi... aku dah dapat kesan tatoo Naga yang kat lengan dan bahu
samseng tu. Gambarannya sama dengan signboard ni.
ARIP
Tisha..
TISHA
Assalamualaikum..
Wah susah betul nak jumpa korang dekat kampus sekarang...., dah lama
korang tak masuk kelas... Prof. Alia cari korang tahu tak?
ARIP
Walaikumsalam.. ada je Tisha kiteorang ni..., Chapter 4 Thesis kiteorang
sedang tulis..., akan submit nanti... but busy sikit, al-maklumlah kawan
superhero kita ni banyak tugasan, hehe... Tisha sihat?
TISHA
Tisha sihat and ok je Rip. Kawan superhero kita tu dah ok ke?
72
BAD
Selagi dendam saya belum terlunas
selagi tu saya belum ok.
BAD
Maafkan saya wak.. saya berkasar dengan awak.
TISHA
Dendam dan marah tak akan hidupkan
Mak awak kembali Bad. Awak kena fikir kawan-kawan
yang sayangkan awak. Semua orang tak akan
gembira tengok awak macam ni.
BAD
Sebab tu saya ada berita gembira untuk
kawan saya yang bernama Tisha.
Akhirnya… saya akan dapat balas dendam.
BAD
Awak ingat lagi pasal tatoo naga
yang saya ceritakan hari tu? Arip dapat kesan
info tatoo tu sama dengan gambar naga kat signboard ni.
TISHA
Signboard..
BAD
Haah.. Ini kelab malam.. rasanya di sinilah pusat operasi geng jahat ni.
TISHA TERGAMAM.
TISHA
Jangan Bad.. dorang tu ramai.. dorang ada senjata.
Awak takkan mampu nak lawan dorang!!!
73
BAD
Aku Badang!! Aku kuat!!! Aku akan tentang dorang tu!!!
Berapa ramai pun aku akan lawan!!
TISHA
Sudah la Bad..
sampai bila awak nak macam ni?
BAD
Sampai kematian Mak saya terbela.
Hutang darah, darah juga balasannya.
TISHA
Jadi..awak nak buat apa?
Awak nak bunuh semua orang
satu KL ni yang ada tatoo naga.
BAD
Ya.. saya akan cari satu Malaysia kalau perlu,
semua yang pakai tatoo naga yang bersubahat
bunuh Mak saya, akan terima balasan dari saya!!!
Baru saya puas. Awak faham tak???
TISHA
Saya faham sekarang..
tak ada bezanya awak dengan samseng
yang selama ini menyakiti orang-orang kat KL ni.
Awak bukan lagi Bad yang saya kenal sebelum ni.
Awak salah gunakan keistimewaan awak untuk puaskan nafsu.
Mungkin awak juga akan bunuh saya satu hari nanti.
Awak bukan lagi superhero saya.
74
BAD
Biarkan dia Rip. Ini bukan urusan dia. Ini masa untuk kita balas dendam.
Rip ko siapkan barang-barang keperluan aku. Aku nak serang kelab
Geng Naga
Malam ni jugak!!!
CUT TO
75
SCENE 44/EXT./INT./NIGHT (CGI)
LOCATION: KELAB MALAM DRAGON
CHARACTER: BAD, ABANG TAI, TISHA, AERIL, LABU, GENG
TAIKO & AERIL, EXTRAS.
BAD
Siapa ketua di sini? Siapa?
BAD
Siapa yang bunuh Mak aku?
ABANG TAI
Sabar dulu.. siapa Mak kau?
Aku tau engkau kuat.
Kita boleh berunding dan jadi satu team yang hebat.
Engkau dengan aku boleh kuasai KL ni.
Engkau boleh dapat apa sahaja yang engkau hajatkan.
BAD
Aku hajatkan darah orang yang bunuh mak aku..
engkau ketuanya! Engkau rasakan balasannya.
76
SIBUK MELAYAN NAFSU DENDAMNYA, DARI BELAKANG SEORANG
WANITA MENYIMBAH BADANG DENGAN AIR. BADANG SERTA
MERTA MENJADI LEMAH. BADANG HILANG IMBANGAN. BADANG
MENOLEH DAN TERKEJUT MELIHAT ORANG ITU ADALAH TISHA.
BADANG CUBA MENERKAM TISHA, NAMUN AERIL YANG BARU
MUNCUL DI BELAKANG BADANG PANTAS MENENDANG BADANG.
BADANG SEOLAH TIDAK PERCAYA APA YANG DILIHATNYA, (TISHA).
SEBATANG KAYU BESBALL HINGGAP DIBELAKANG BADANG. MATA
BADANG KABUR DAN KEMUDIAN GELAP.
CUT TO
77
SCENE 45/EXT./INT./NIGHT
LOCATION: GUDANG TINGGAL
CHARACTER: BAD, ABANG TAI, TISHA, AERIL, LABU, GENG
TAIKO & AERIL.
ABANG TAI
Badang konon!!!
Belum ada yang dapat bersaing
dengan aku di KL ni..
Aeril.. bantai dia sampai pengsan.
Bila dia terjaga.. bantai lagi dan kemudian..bunuh dia.
Lepas tu jangan buang masa, kita ikut rancangan kita esok...
CUT TO
78
SCENE 46/EXT./INT./NIGHT (CGI)
LOCATION: LOADING BAY
CHARACTER: PENGAWAL ARMOUR TRUCK (2 PAX), SECURITY
TEAM, PEGAWAI, POLIS ESCORT (2 PAX).
CUT TO
ESTABLISH KL CITY
79
SCENE 47/EXT./INT./DAY
LOCATION: JALANRAYA/TEPI JALAN
CHARACTER: GENG TAIKO (10 PAX), POLICE ESCORT (2 PAX),
PENGAWAL AMOUR TRUCK (2 PAX).
CUT TO
SCENE 48/EXT./INT./DAY
LOCATION: JALANRAYA/TEPI JALAN
CHARACTER: GENG TAIKO (10 PAX), POLICE ESCORT (2 PAX),
PENGAWAL AMOUR TRUCK (2 PAX).
CUT TO
80
SCENE 49/EXT./INT./DAY
LOCATION: JALANRAYA/TEPI JALAN
CHARACTER: GENG TAIKO (10 PAX), POLICE ESCORT (2 PAX),
PENGAWAL AMOUR TRUCK (2 PAX).
CUT TO
81
SCENE 50/EXT./INT./DAY
LOCATION: GUDANG TINGGAL
CHARACTER: TISHA, BAD, AERIL & LABU.
AERIL
Hari ni, kau terpaksa mampus....
Aku memang dari dulu menyampah dengan kau Bad...
Superhero konon.... (meludah ke muka Bad...)
TISHA
Maafkan aku Bad.. aku hanya tak mahu
engkau jadi pembunuh.. aku tak berniat nak mengkhianati engkau Bad..
Aeril akan bunuh engkau.. kita keluar dari sini ye..
INTERCUT TO
82
SCENE 51/EXT./INT./DAY
LOCATION: JALAN SUNYI
CHARACTER: GENG TAIKO
INTERCUT TO
SCENE 50A/EXT./INT./DAY
LOCATION: GUDANG TINGGAL
CHARACTER: TISHA, BAD, AERIL & LABU.
TISHA
Kau kena hentikan rompakan jongkong emas ni Bad...
AERIL
Bang...., kita ada pembelot...
CUT TO
SCENE 52/EXT./INT./DAY
LOCATION: JALANRAYA
CHARACTER: ABANG TAI, GENG TAIKO.
ABANG TAI & GENG TAIKO DI DALAM TRAK HUMMER H2. ABANG
TAI MENDENGAR BERITA TENTANG TISHA. MUKA ABANG TAI
MENYINGA.
CUT TO
83
SCENE 53/EXT./INT./DAY
LOKASI: JALAN SUNYI
WATAK: ABANG TAI, TISHA, BADANG, GENG TAIKO (10 PAX),
POLICE ESCORT (2 PAX), PENGAWAL AMOUR TRUCK (2 PAX).
84
MEMINTA SIMPATI DAN BELAS KASIHAN...HAMPIR PICU PISTOL
DITARIK...
MUNCUL SEBUAH KUASA HALIMUNAN DENGAN ANGIN YANG
SANGAT KENCANG MENUMPASKAN GENG TAIKO SATU PERSATU
DAN DIKUMPULKAN SEPERTI TUGU NEGARA. ABANG TAI TERKEJUT
DAN MULA MELEPASKAN TEMBAKAN KEPADA BAYANGAN YANG
TIDAK KELIHATAN ITU. ABANG TAI AGAK CUAK DAN MEMERIKSA
SEGALA JONGKONG EMAS YANG BELUM SEMPAT DIPINDAHKAN
SEPENUHNYA KE DALAM TRAK HUMMER.... GURUH DI LANGIT
BERBUNYI... ASSISTANT ABANG TAI MEMBUNYIKAN HON AGAR
MEREKA BEREDAR BERSAMA TRAK HUMMER H2.
ABANG TAI
Patutnya kau dah lama mampus....
ANGGOTA POLIS
Letakkan senjata...
ABANG TAI
Kalau kau tak nak Cinta Hati Manja Kasih kau ni mampos....
Datang dengan bawak balance Jongkong-Jongkong Emas ni
85
(Sambil menunjukkan ke arah Jongkong-Jongkong Emas yang masih
tersusun rapi di dalam Kereta Perisai...)
BAD
Kau jangan apa-apakan dia Tai... Perhitungan kau dengan aku..., bukan
dengan dia...
ABANG TAI
Kalau kau nak dia selamat, datang seorang tanpa Polis, bawak semua
Jongkong Emas aku, faham???!!!!
Bawak ke Gudang aku...
CUT TO
86
SCENE 54/EXT./INT./NITE
LOCATION: GUDANG TINGGAL
CHARACTER: ABANG TAI, TISHA, AERIL, LABU, GENG TAIKO,
BAD, ARIP, ANGGOTA POLIS, ANGGOTA S.W.A.T.
ABANG TAI
Kau ingat aku ni Abang kandung kau ke?
Kau adik tiri aku je...
Mungkin anak haram yang Papa dah buat dengan pelacur mana entah...?
ABANG TAI
Nyawa kau tak bermakna langsung untuk aku berbanding Jongkong-
Jongkong Emas tu...
87
AERIL DAN GENG TAIKO SEDAR AKAN HELAH ARIP APABILA ARIP
TIDAK SEKUAT BADANG. MELIHAT ARIP DIBELASAH AERIL,
BADANG YANG BERJAYA SELAMATKAN TISHA TERUS MEMBANTU
ARIP DAN MENUMPASKAN KESEMUA GENG TAIKO SATU PERSATU.
KERETA POLIS MEREMPUH MASUK KE LOKASI BERSAMA PASUKAN
S.W.A.T YANG LAIN. ARIP MELURU MENYELAMATKAN TISHA. GENG
TAIKO KESEMUA DIBERKAS. ABANG TAI YANG CUAK TERUS
MELARIKAN DIRI. POLIS CUBA MENGEJARNYA.
TISHA
1 4 3 7...
BAD TAK FAHAM.
BAD
Apa tu? Nombor ekor?
TISHA
I Love You Forever.
TO BE CONTINUED...
88
ENDING CREDITS ROLL WITH THE MAKING OFF BLOOPERS...
89