Minit Mesyuarat Panitia Matematik Bil

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL.

1/2022
SK. KUALA GERIS, DABONG

TARIKH : 21 Mac 2022


MASA : 1.15 Petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat SK Kuala Geris
KEHADIRAN :
1. En. Shamsuddin bin Othman
2. En. Zahrul Kamal bin Muhamad
3. En. Mohd Zulkafli bin Mohamed
4. En. Mohd Khairul Izzuddin bin Shaari
5. En. Mohd Azmi bin Mamat
6. En. Mohd Azeli bin Othman
7. Pn. Azliaton binti Atan

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab, Al-fatihah.


1.2 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru yang
menghadirkan diri ke mesyuarat panitia matematik bilangan 1 bagi tahun 2022.

2.0 Ucapan Aluan Guru Penolong Kanan Pentadbiran

2.1 GPK Pentadbiran merakamkan ucapan terima kasih kepada semua AJK Panitia
Matematik di atas kehadiran mesyuarat pada hari ini.
2.2 GPK Pentadbiran memaklumkan bahawa semua aktiviti panitia yang dirancang
dan yang akan dijalankan adalah dibawah Pusat Sumber Sekolah.
2.3 GPK Pentadbiran meminta salinan lapran dan dokumentasi untuk setiap aktiviti
diserahkan kepada Pusat Sumber Sekolah.
2.4 GPK Pentadbiran mengharapkan agar semua aktiviti panitia yang dirancang dapat
meningkatkan pencapaian murid.
2.5 GPK Pentadbiran memaklumkan bahawa subjek matematik merupakan salah
satu subjek yang terlibat dalam “Catch-up Plan”.

3.0 PENGESAHAN MINIR MESYUARAT

3.1 En. Mohd Azmi bin Mamat mesyuarat kali ke-3 disahkan dan disokong oleh En.
Mohd Khairul Izzuddin bin Shaari

4.0 PERKARA BERBANGKIT

Tiada
5.0 ANALISA PENILAIAN BILIK DARJAH (PBD) BAGI SESI 2021/2022

5.1 Berpandukan data, hanya 3 orang murid Tahun 2 akan masuk ke kelas pemulihan
bagi tahun ini.
5.2 Seramai 5 orang murid berada di TP1 iaitu Murid Berkeperluan Khas (MBK) dan
seramai 4 orang berada di TP2
5.3 Guru pemulihan akan melakukan saringan ke kelas pemulihan sekali lagi. Namun
pengisian data PBD yang akan datang mestilah berpandukan data.

6.0 AGIHAN PENDAPATAN

6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa peruntukan perbelanjaan bagi tahun 2022


belum diturunkan.
6.2 Untuk sebarang pembelian alat bantu mengajar (ABM), pengerusi memintasetiap
guru untuk menyenaraikan alat dan bahan yang diperlukan, kemudian
menyediakan nota minta.

7.0 BUKU REKOD DAN PENULISAN RPH

7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa DSKP yang digunakan adalah DSKP semakan
2017.
7.2 RPT yang dirancang menggunakan minggu PDP sebanyak 40 minggu.
7.3 RPH yang disediakan mestikan mengandungi:
 Bidang
 Tajuk
 Standard Kandungan (SK)
 Standard Pembelajaran (SP)
 Aktiviti
 Impak
 PAK21/KBAT

8.0 PENETAPAN BUKU LATIHAN

8.1 Untuk Tahap 1, buku Latihan yang digunapakai ialah Buku Aktiviti yang telah
disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan.
8.2 Untuk Tahap 2, buku Latihan yang digunakan adalah buku tulis biasa yang dibeli
di kedai sekolah.
8.3 Agihan Latihan yang diberikan mestilah berpada-pada dan mengikut kemampuan
murid.

9.0 PENCERAPAN

9.1 Jadual pencerapan akan disediakan oleh Guru Penolong Kanan.


10.0 PERKONGSIAN ILMU

10.1 Program 3 minit sifir dijalankan setiap hari sebelum sesi pembelajaran
dimulakan. Ini bertujuan untuk mengasah daya ingatan murid mengenai sifir.
Namun, ia terpulang kepada guru untuk mengaplikasikan pelbagai tenik dalam
proses hafalan sifir.
10.2 Melaksanakan “Program Guru Kecil” iaitu melatih murid yang bijak untuk
mengajar rakan-rakan yang lain terutamanya jika ketiadaan guru didalam kelas.
10.3 Sesi perkongsian ilmu (LADAP) mengenai Teknik-tenik yang digunapakai untuk
subjek matematik.

11.0 PENILAIAN BILIK DARJAH

11.1 PBD berjalan sepanjang tahun. Guru mempelbagaikan instrument penilaian


murid.
11.2 Cikgu Khairul mencadangkan penilaian melalui aktiviti berasaskan projek. Ini
supaya guru dapat menilai kemampuan murid apabila mereka mencuba
sesuatu yang diluar kebiasaan.

12.0 HAL-HAL LAIN

12.1 Cikgu Zulkafli menyatakan bahawa beliau tiada pengalaman dalam mengajar
subjek matematik. Namun beliau akan mengusahakan yang terbaik dan akan
terus belajar dengan guru-guru lain.
12.2 GPK Pentadbiran meminta untuk AJK panitia mewujudkan instrument penilaian
secara lisan dan secara pemerhatian.

13.0 PENUTUP

13.1 Pengerusi sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih diatas kesudian semua
guru meluangkan masa untuk menghadiri mensyuarat pada hari ini. Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 2.35 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………………………………. …………………………………………………….
(MOHD KHAIRUL IZZUDDIN BIN SHAARI) (ZAHRUL KAMAL BIN MOHAMA)
Setiausaha Panitia Matematik, Ketua Panitia Matematik,
SK Kuala Geris SK Kuala Geris

Disahkan oleh:

…………………………………………………….
(NOR HISHAM BIN MUHAMMAD)
Guru Besar,
SK Kuala Geris

You might also like