Kertas Kerja Program Sentuhan Tidak Ok

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA PROGRAM SENTUHAN TIDAK OK!

KERTAS KERJA PROGRAM SENTUHAN TIDAK OK!!!

SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA


06400, POKOK SENA
KEDAH DARULAMAN

KERTAS KERJA

PROGRAM KATAKAN TIDAK PADA


SENTUHAN TIDAK OK!
2016

Pada
24 JULAI HINGGA 27 JULAI 2016
Tempat
MAKMAL KOMPUTER
SK POKOK SENA
Anjuran
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA
06400 POKOK SENA
KEDAH DARULAMAN

NAMA PROGRAM

“KATAKAN TIDAK PADA SENTUHAN TIDAK OK!”

PENDAHULUAN
Definisi kanak-kanak mengikut perlembagaan negara adalah merujuk kepada Akta
Kanak-kanak (2001) iaitu “ kanak-kanak adalah merupakan seseorang yang berusia di
bawah umur 18 tahun”. Sehubungan itu, isu gangguan seksual terhadap kanak-kanak
boleh berlaku apabila seorang individu dalam kalangan kaum lelaki atau perempuan,
menggunakan kanak-kanak untuk memuaskan nafsu seksnya. Gangguan seksual
boleh terjadi apabila berlakunya unsur atau keadaan seperti memaksa, mengancam
atau menipu terhadap kanak-kanak dengan tujuan untuk melakukan aktiviti seks.
Gangguan seksual tersebut boleh berlaku secara fizikal ataupun bukan fizikal.
Pernyataan gangguan seksual adalah seperti di bawah :
a)          Mengeluarkan perkataan dan aksi lucah terhadap kanak-kanak secara langsung atau
melalui media cetak dan elektronik.
b)          Menghantar ‘sms’, ‘mms’ dan video lucah secara sengaja.
c)          Mengintai atau ‘skodeng’ kanak-kanak untuk tujuan keberahian seks.
d)          Menggalak atau memaksa kanak-kanak menonton video lucah.
e)          Mencium  kanak-kanak dengan bernafsu.
f)           Bercerita atau bercakap perkara lucah terhadap kanak-kanak.
g)          Sentuhan seks (mengusap-usap bahagian sulit badan, membelai-belai bahagian tubuh)
terhadap kanak-kanak.
h)         Mengambil gambar pornografi kanak-kanak.
i)           Persetubuhan sama ada melalui faraj atau dubur terhadap kanak-kanak.
j)            Memasukkan sesuatu objek ke dalam faraj, mulut atau dubur kanak-kanak.
k)          Melakukan onani  terhadap kanak-kanak.
l)           Melacurkan kanak-kanak.

Isu ini menjadi serius dan dapat dielakkan serta ditangani sekiranya masyarakat
mengamalkan sikap prihatin dan mengambil tahu keadaan sekeliling. Masyarakat tidak
boleh hanya membebankan tangunggungjawab menangani isu ini kepada pihak
sekolah sahaja.

RASIONAL
Program ini bertujuan untuk memberi pemahaman tentang gangguan seksual dan
langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak-pihak yang terlibat:

(a)       Meningkatkan pemahaman dan kesedaran kepada murid dan pihak sekolah terhadap
perlakuan gangguan seksual.

(b)      Menjadi panduan untuk menentukan kategori gangguan seksual terhadap murid.

(c)        Memberi panduan tentang tindakan yang boleh diambil oleh pihak sekolah terhadap
murid yang mengalami gangguan seksual.

(d)        Memberi panduan untuk mengendalikan aduan gangguan seksual.

(e)        Memberi panduan kepada pihak sekolah cara terbaik menangani gangguan seksual
melalui program pencegahan gangguan seksual.

OBJEKTIF
a)  Menolak unsur-unsur yang tidak bermoral.
b)  Menjaga nama baik sekolah sebagai institusi pendidikan.
c)  Menghasilkan penyelesaian yang adil kepada mangsa gangguan seksual dan
merahsiakannya.
d)  Menimbulkan kesedaran dan perubahan sikap kepada orang yang melakukan
kesalahan supaya tidak berulang lagi.
e)  Menanam nilai-nilai murni kepada warga sekolah.
f)   Meningkatkan rasa selamat dalam kalangan murid.

KUMPULAN SASARAN
Semua murid tahun 4 dan 5

BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : 24 Julai hingga 27 Julai 2016
Masa : Rujuk lampiran
Tempat : Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Pokok Sena

PENGISIAN DAN KAEDAH PELAKSANAAN


Ceramah akan dikendalikan oleh guru bimbingan dan kaunseling dengan menggunakan
tayangan slide berkaitan program. Jadual pergerakan kelas akan disediakan bagi
melicinkan lagi perjalanan program.

TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran

ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN


1. DAKWAT MESIN PENCETAK RM 30.00 X 2 RM   60.00
2. BAHAN MODUL RM 100.00
JUMLAH BESAR RM 160.00
                                Sumber pendapatan : Wang PCG Bimbingan dan
Kaunseling

Diluluskan/tidak diluluskan
Disahkan oleh

......................................................
(HAJI ZIS BIN ABD RAHMAN)

PENUTUP
Adalah diharapkan agar program ini berjalan lancar seperti yang dirancang
dan dapat memberi impak positif kepada peserta agar dapat melengkapkan diri
dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dan tahu bertindak apabila sesuatu perkara
berlaku. Selain itu, diharap agar peserta mengetahui saluran dan tindakan yang
sepatutnya dilakukan oleh mereka.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

(PN ROSMAWATI BT ABDUL GHANI) (PN ANIZA BT AL-JOHARI)


Penyelaras Guru Penolong Kanan Hal
Kursus Katakan Tidak Pada Sentuhan Ehwal Murid
Tidak OK!

ULASAN PENGERUSI
......................................................................................................................................
......................................................................................................................................
..................................................................................................................................

Disahkan oleh

(HAJI AZIS BIN ABD RAHMAN)


Guru Besar
SK Pokok Sena
PROGRAM KESELAMATAN DIRI : KATAKAN TIDAK PADA
SENTUHAN TIDAK OK!
Tarikh: 24 Julai hingga 27 Julai 2016
Tempat: Makmal Komputer, SK Pokok Sena
Personalia : Rosmawati Bt Abdul Ghani (Guru Bimbingan dan Kaunseling)

SENARAI JAWATANKUASA
Pengerusi
TUAN HJ AZIS BIN ABD RAHMAN
(Guru Besar SK Pokok Sena)
Naib Pengerusi
PUAN ANIZA BT AL-JOHARI
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
PUAN SHADIDAH BT SAAD
(Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
Penyelaras
PUAN ROSMAWATI BT ABDUL GHANI
Setiausaha JK Persediaan Tempat
PUAN ROSMAWATI BT ABDUL CIK NOR HAYATI BT ABIDIN
GHANI JK Disiplin
JK Fotografi PUAN NORHAIYATI BT
PUAN WAN NOOR ASYIKIN BT WAN MOHAMAD
OTHMAN

You might also like