PAT T1 (Sains)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

BAHAGIAN A

(20 Markah)
Jawab semua soalan

1. Rajah di bawah menunjukkan suatu simbol.

Apakah maksud simbol itu?

A Mudah terbakar C Beracun

B Merengsa D Mudah meletup

2. Rajah dibawah menunjukkan satu pemerhatian yang diperoleh dalam satu eksperimen.

Apakah susunan bagi ketumpatan bahan-bahan di atas secara turutan menurun?

A Besi, air, kayu, polisterin


B Besi, kayu, air, polisterin
C Polisterin, kayu, air, besi
D Air, polisterin, kayu, besi

3. Rajah di bawah menunjukkan struktur sel tumbuhan.

1
Antara struktur yang berikut, yang manakah terdapat di dalam sel tumbuhan tetapi tidak
terdapat di dalam sel haiwan
A P dan R C S dan T

B R dan S D Q dan T

4. Antara pasangan sel dan fungsinya berikut, yang manakah betul ?

Sel Fungsi

A Sel darah merah Menyimpan lemak

B Sel saraf Membawa impuls saraf antara bahagian badan yang berlainan

C Sel otot Melindungi badan daripada penyakit

D Sel darah putih Memberikan sokongan pada badan

5. Rajah di bawah menunjukkan seorang budak perempuan yang menggigil kesejukan

Antara yang berikut, yang manakah tidak akan meningkatkan suhu badan budak
perempuan itu?

A Memakai baju sejuk


B Menurunkan suhu penghawa dingin
C Menaikkan suhu penghawa dingin
D Merendamkan kaki di dalam air suam

6. Rajah di bawah menunjukkan sistem pembiakan lelaki

Antara bahagian A, B, C dan D, yang manakah menghasilkan sperma?

7. Rajah di bawah menunjukkan beberapa jenis pil pencegah kehamilan.

2
Bagaimanakah pil ini mencegah kehamilan pada wanita ?

A. Menghentikan penempelan embrio


B. Mencegah penghasilan ovum
C. Membunuh sperma yang memasuki uterus
D. Menghalang sperma daripada berenang
8. Antara faktor berikut, yang manakah diperlukan untuk percambahan biji benih?

I. Cahaya
II. Air
III. Suhu yang sesuai
IV. Mineral

A I dan II C II dan III

B III dan IV D I dan IV

9. Maklumat di bawah menerangkan tentang bahan P.


Zarah - zarah bahan P
adalah sukar untuk
dimampatkan

Apakah yang diwakili oleh bahan P ?

A Ais
B Minyak masak
C Oksigen
D Karbon dioksida

10. Rajah di bawah menunjukkan susunan zarah-zarah dalam bahan Z.

Antara berikut yang manakah sangat mungkin bagi bahan Z ?

A Cermin C Nitrogen

B Jus epal D Minyak masak

3
11. Rajah di bawah ialah struktur atom yang mengandungi zarah-zarah subatom iaitu
proton, elektron dan neutron.

Antara berikut, yang manakah BETUL bagi cas zarah subatom.

Zarah subatom Cas

A proton neutral

B neutron negatif

C elektron neutral

D proton positif

12. Campuran terdiri daripada dua atau lebih unsur yang bercampur secara fizikal. Oleh itu,
campuran juga dapat diasingkan secara fizikal. Cadangkan kaedah yang sesuai digunakan
untuk mengasingkan campuran air dan pasir?

A Pengapungan C Kromatografi

B Penurasan D Pemisahan menggunakan magnet

13. Udara ialah campuran beberapa jenis gas iaitu nitrogen, oksigen, karbon dioksida dan
gas-gas nadir. Antara berikut, yang manakah SALAH bagi peratus gas-gas tersebut dalam
udara

Gas Peratus

A Oksigen 21%

B Nitrogen 78%

C Karbon dioksida 30%

D Gas nadir 0.97%

4
14. Sekiranya kebakaran berlaku semasa anda membuat eksperimen dalam makmal dan
bahan yang terbakar ialah minyak, bahan-bahan berikut boleh digunakan untuk
memadamkan kebakaran tersebut KECUALI,

A Air C Pemadam api serbuk kering

B Pasir D Pemadam api karbon dioksida

15. Rajah di bawah menunjukkan satu situasi dalam kehidupan seharian yang
menyebabkan pencemaran udara.

Antara berikut, yang manakah kesan bagi situasi tersebut

I. Penipisan lapisan ozon


II. Hujan asid
III. Menyebabkan masalah pernafasan
IV. Meningkatkan kandungan oksigen dalam udara

A I dan II C II dan III

B III dan IV D I dan IV

16. Berdasarkan situasi dalam soalan 15 di atas, nyatakan langkah-langkah yang boleh
dilakukan untuk mengurangkan pencemaran udara tersebut.

I. Berkongsi kereta
II. Melakukan pembakaran terbuka
III. Membuat penebangan hutan
IV. Menggunakan pengangkutan awam

A I dan II C II dan III

B III dan IV D I dan IV

17. Rajah di bawah menunjukkan penggunaan satu cermin satah.

5
Nyatakan ciri-ciri imej yang terbentuk pada cermin satah.

I. Imej tegak
II. Songsang sisi
III. Jarak objek tidak sama dengan jarak imej
IV. Saiz imej lebih besar daripada saiz objek

A I dan II C II dan III

B III dan IV D I dan IV

18. Rajah di bawah menunjukkan lima orang pelajar, Siva, Ah Chong, Hamidah, Janet dan
Siew Peng yang duduk berhadapan dengan sebuah cermin satah.

Pelajar manakah yang dapat dilihat


oleh Siew Peng?

I. Siva
II. Ah Chong
III. Hamidah
IV. Janet

A I dan II C II dan III

B III dan IV D I dan IV

19. Antara berikut, yang manakah BUKAN komponen utama Bumi.

A Atmosfera C Hidrosfera

B Geosfera D Mineral

20. Rajah di bawah menunjukkan geobencana P yang disebabkan oleh gas L.

6
Namakan gas L

A Oksigen C Karbon dioksida

B Nitrogen D Sulfur dioksida

Ruangan jawapan bagi Bahagian A.

No. Soalan Jawapan No. Soalan Jawapan

1. 11.

2. 12.

3. 13.

4. 14.

5. 15.

6. 16.

7. 17.

8. 18.

7
9. 19.

10. 20.

[20 markah]

8
BAHAGIAN B
(20 markah)
Jawab semua soalan

1. Padankan kuantiti fizik dengan unitnya.

Kuantiti Fizik Unit SI

Arus elektrik Meter

Panjang Saat

Suhu Kelvin

Masa Ampere
[4 markah]

2. Haida dan Iman memerhati dua jenis sel di bawah mikroskop. Haida memerhati sel P manakala
Iman memerhati sel Q seperti dalam rajah di bawah.

a) Namakan sel yang diperhati oleh Haida dan Iman.

P:
______________________________________________________________________________
_

Q:
______________________________________________________________________________
_
[2 markah]

b) Labelkan X dan Y pada rajah di atas dengan menggunakan perkataan berikut.

Vakuol Sitoplasma Nukleus Kloroplas

9
[2 markah]

3. Rajah di bawah menunjukkan satu situasi yang dialami oleh Adam semasa bercuti di Cameron

Highland.

Otak mentafsir Mekanisme Suhu badan


pembetulan normal

Berdasarkan rajah di atas, tulis BENAR atau PALSU bagi menerangkan mekanisme pembetulan
yang berlaku dalam tubuh Adam

Mekanisme pembetulan BENAR/PALSU

Kadar metabolisme badan berkurangan

Bulu roma menegak untuk memerangkap lebih banyak haba

Aktiviti otot rangka berkurang untuk menjana haba

Salur darah di dalam kulit mengecut menyebabkan darah kurang mengalir ke


permukaan kulit.

[4 markah]

4. (a) Pendebungaan tumbuhan berbunga boleh dilakukan oleh beberapa agen seperti manusia,
haiwan, serangga, air dan angin.

Tandakan (√) ciri- ciri bunga yang didebungakan oleh angin

i. Mempunyai anter yang kecil

ii. Mempunyai stigma yang panjang dan berbulu

iii. Butir debunga yang dihasilkan adalah banyak, kecil dan ringan.

10
iv. Mempunyai filamen dan stil yang pendek

[2

markah]

(b) Rajah di bawah menunjukkan sejenis pendebungaan.

kurang lebih banyak tinggi rendah

Isi tempat kosong untuk menerangkan pendebungaan yang berlaku dalam rajah di atas.
(i) Tumbuhan baharu yang dihasilkan mempunyai _____________________ varieti.
(ii) Anak pokok yang dihasilkan mempunyai rintangan yang ______________ terhadap
penyakit dan perosak.
[2
markah]

5. (a) Bulatkan contoh yang betul bagi bentuk jirim yang berikut.

Bentuk jirim Contoh

Sebatian Karbon

Kalsium Karbonat

Air Mineral
Campuran
Air suling

11
[2 markah]

(b) Padankan bahan yang berikut dengan sifatnya yang betul.

Bahan Sifat

(i)

Hanya dapat dipisahkan melalui tindak balas


kimia

Boleh dikelaskan kepada logam dan bukan logam


(ii)

Boleh diasingkan secara fizikal

[2 markah]

BAHAGIAN C
(60 Markah)
Jawab semua soalan

6. Rajah di bawah menunjukkan proses fotosintesis yang berlaku pada bahagian daun
tumbuhan

12
(a) Pada rajah, labelkan keperluan dan hasil fotosintesis menggunakan perkataan yang
diberi di bawah.

Karbon Dioksida [2 markah]

(b)
Oksigen
Lengkapkan persamaan perkataan bagi fotosintesis di bawah.
.

Klorofil

Cahaya
matahari [2
markah]

(c) Nyatakan satu perbezaan antara respirasi sel dengan fotosintesis

Respirasi Sel Fotosintesis

[2 markah]

(d) Sebuah kilang simen membebaskan banyak habuk ke udara. Pokok yang ditanam
berdekatan kilang itu lama-kelamaan mati. Terangkan sebabnya.

[2 markah]

13
7. a) Homeostasis ialah pengekalan keadaan persekitaran dalam badan sesuatu organisma supaya
berada dalam keadaan yang seimbang dan stabil.

Nyatakan dua contoh kawal atur yang penting dalam badan manusia.

i)

ii)

[2 markah]

b) Terangkan cara haiwan berikut mengekalkan homeostasis terhadap peningkatan suhu


persekitaran.

Haiwan Cara haiwan mengekalkan homeostasis

i) Anjing

ii) Siput babi

[2 markah]

c) Homeostasis dalam tumbuhan melibatkan pangawalaturan air melalui proses transpirasi. Rajah
dibawah menunjukkkan struktur yang mengawal proses transpirasi dalam tumbuhan pada

14
waktu siang.

i) Labelkan struktur M dan N.

[2 markah]

ii) Apakah fungsi struktur M?

[1 markah]

iii) Nyatakan definisi bagi transpirasi.

[1 markah]

8. Rajah di bawah menunjukkan fasa yang berlainan dalam kitar haid.

15
Perempuan akan mula mengalami haid apabila mencapai akil baligh. Haid merupakan tanda
bermulanya kitar haid bagi setiap perempuan. Kitar haid dikawal oleh otak dan sistem endokrin
yang membebaskan hormon.

(i) Berapa lamakah tempoh kitar haid seorang perempuan?

[1 markah]

(ii) Nyatakan nama bagi Fasa X dan Fasa Y bagi gambar rajah kitar haid di atas

Fasa X :

Fasa Y :

[2 markah]

iii) Namakan satu bahan yang disingkirkan semasa haid.

[1 markah]

iv) Semasa haid, penjagaan kebersihan diri adalah sangat penting bagi memastikan sistem
pembiakan tidak dijangkiti oleh mikroorganisma seperti bakteria, virus dan kulat.
Berikan satu cara penjagaan kebersihan diri semasa haid.

[1 markah]

v) Puan Harlina merupakan seorang ahli perniagaan dan ibu kepada empat orang anak. Dia
telah mengamalkan kaedah kawalan kehamilan semula jadi untuk mencegah kehamilan. Pada
fasa yang manakah Puan Harlina dan suaminya perlu mengelakkan hubungan seks?
Terangkan jawapan anda.

16
[3 markah]

vi) Selain daripada kaedah pencegahan kehamilan tersebut, nyatakan dua cara lain yang boleh
digunakan oleh Puan Harlina dan suaminya untuk merancang keluarga.

[2 markah]

9. Rajah di bawah menunjukkan sebentuk cincin delima yang diberikan Zafran kepada isterinya
sebagai hadiah hari jadi.

a) i) Labelkan K dan L menggunakan perkataan di dalam petak berikut:

Bukan logam
Logam [2 markah]

ii) Emas adalah paling sesuai digunakan untuk membuat cincin.

Nyatakan dua sebab bagi menyokong pernyataan ini.

[2 markah]

b) Rajah di bawah menunjukkan satu Jadual Berkala yang tidak lengkap. Sebilangan unsur
diwakili dengan abjad K, L, M, N dan P.

17
i) Unsur manakah dalam Jadual Berkala ini adalah gas nadir? Jawapan anda hendaklah
menggunakan abjad K, L, M, N dan P.

[1 markah]

ii) Nyatakan satu contoh gas nadir yang anda ketahui dan nyatakan kegunaan gas nadir
tersebut dalam kehidupan harian.

[2 markah]
c) Rajah menunjukkan satu kaedah untuk mengasingkan komponen campuran.

i) Namakan kaedah yang ditunjukkan dalam rajah di atas.

[1 markah]

ii) Berikan satu contoh campuran yang mana komponen-komponennya boleh dipisahkan
menggunakan kaedah di (c)(i).

[1 markah]
iii) Nyatakan kaedah pengasingan bagi campuran minyak dan air.

[1 markah]

18
10. a) Carta pai yang ditunjukkan dalam rajah di bawah menunjukkan komposisi udara.

R 0.97% gas nadir dan lain-


lain seperti wap air, habuk
dan mikroorganisma.

i) Namakan gas P, Q dan R.

P : ___________________________

Q : ___________________________

R : ___________________________

[3 markah]

ii) Udara merupakan suatu campuran. Jelaskan.

[2 markah]

b) Rajah di bawah menunjukkan susunan radas bagi satu eksperimen yang dijalankan oleh
sekumpulan pelajar Tingkatan 1 Mawar untuk menentukan peratusan suatu gas dalam udara.

19
i) Mengapakah lilin itu padam selepas beberapa ketika?

[1 markah]
ii) Berapakah tinggi air dalam balang gas itu selepas lilin padam?

[1 markah]

iii) Berdasarkan jawapan (b)(ii) di atas, berapakah peratus gas yang digunakan untuk
pembakaran lilin tersebut?

[1 markah]
c) Rajah di bawah menunjukkan syarat-syarat pembakaran berlaku.

Bahan api Oksigen

i. Namakan syarat pembakaran P.

[1 markah]

ii. Adakah pembakaran akan berlaku jika satu daripada syarat itu tiada?

[1 markah]

iii. Nyatakan dua amalan untuk mengelakkan berlakunya kebakaran.


20

[2 markah]

11. a) Rajah menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan oleh Amin untuk mengkaji pantulan
cahaya oleh cermin satah.

i) Nyatakan sifat cahaya yang ditunjukkan dalam ekperimen ini.

[1 markah]

ii) Berdasarkan eksperimen di atas, apakah hubungan antara sudut tuju, i dengan sudut
pantulan, r?

[1 markah]
iii) Berapakah nilai sudut pantulan?

[1 markah]
iv) Berikan sebab bagi jawapan di (a)(iii).

[1 markah]

v) Berikan dua aplikasi pantulan cahaya dalam kehidupan harian kita.

[2 markah]

b) Rajah di bawah menunjukkan cermin cembung dan cermin cekung.

21
i) Seorang doktor gigi menggunakan satu cermin cekung untuk membantunya memeriksa
gigi. Terangkan mengapa dia menggunakan cermin cekung.

[1 markah]

ii) Padankan cermin berikut dengan kegunaannya.

Cermin Kegunaan

Satah Cermin mencukur

Cekung Cermin sisi kenderaan

Cembung Almari pakaian

[3 markah]

iii) Tandakan ( / ) cermin yang digunakan di selekoh jalan yang merbahaya.

Cermin cekung

Cermin cembung

[1 markah]

iv) Rajah di bawah menunjukkan sebuah periskop menggunakan cermin satah.

22
Mengapakah periskop digunakan dalam kapal selam?

[1 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

………………….... ………………………… ………………………..

(Pn. Nuraya bt Sa’idon) (Pn. Shakinah bt Mohd) (Pn. Azharni bt Mohd Ajib)

Guru MP Sains Ketua Panitia Sains Men Rendah GKMP Sains & Matematik

SMK Taman Selesa Jaya 2 SMK Taman Selesa Jaya 2 SMK Taman Selesa Jaya 2

23

You might also like