Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTERI JAYA

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-7 TAHUN 2021

Tarikh : 2 Mei 2021 (Ahad)

Masa : 10.00 Pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Iltizam SMK Bandar Puteri Jaya dan


di atas talian

Kehadiran : 129 orang (rujuk lampiran kehadiran)

Agenda Mesyuarat

I. Ucapan aluan Pengetua

1. Pengetua mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan penyertaan guru dan
ibubapa dalam mesyuarat PIBG kali ke-7 secara atas talian.

2. Pengetua mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG yang banyak memberi


sokongan dan dokongan kepada semua aktiviti sekolah.

3. Pengetua menyeru kepada ibubapa dan penjaga supaya sentiasa memberi


kerjasama dan sokongan kepada sekolah ketika pandemik Covid -19 ini.

4. Ketika pandemik ini, sekolah menghadapi masalah tentang kehadiran dan


penyuraian murid dari sekolah. Pihak sekolah perlu mengambil tindakan yang
sesuai supaya masalah dapat diatasi dengan mengikut SOP yang ditetapkan.

5. Jika tindakan sekolah mengatasi masalah tersebut menimbulkan kesulitan


kepada waris, pihak sekolah memohon maaf. Pihak sekolah amat
mementingkan keselamatan dan kesihatan murid.

6. Pengetua berharap Mesyuarat Agung ini berjalan dengan lancar dan dapat
melantik AJK PIBG yang komited untuk merealisasikan projek besar sekolah
iaitu pembinaan surau kekal.

7. Pengetua memohon maaf kepada semua jika ada kesalahan dan kesilapan yang
dilakukan serta diharapkan semua waris sentiasa memberi sokongan dan
bekerjasama dengan pihak sekolah.

II . Ucapan YDP PIBG - En. Zubir bin Othman


8. YDP mengucapkan teima kasih dan mengalukan kehadiran dan penyertaan
pentadbir sekolah, semua AJK PIBG, semua waris dan guru bagi menjayakan
mesyuarat PIBG kali ke 7 di atas talian.

9. YDP mengucapkan terima kasih kepada AJK kerja mesyuarat yang bekerja di
belakang tabir bagi memastikan mesyuarat secara atas talian ini berjalan
dengan lancar.

10. Ini merupakan norma baru yang terpaksa kita hadapi akibat daripada
pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia. Masalah pandemik ini
perlu diuruskan dengan baik supaya kita boleh hidup seperti biasa dan normal.
Jika pandemik ini tidak dapat diuruskan dengan baik, maka banyak pihak akan
mengalami kerugian dan kegagalan.

11. YDP berharap PPD sentiasa membuat analisis dan memantau SOP supaya
pandemik ini dapat diuruskan dengan baik. Pihak sekolah juga perlu diberikan
autonomi untuk menguruskan pandemik ini supaya sekolah dapat beroperasi
dengan baik dan teratur.

12. YDP memaklumkan kejayaan anak-anak dapat dicapai sekiranya ada


pemaufakatan dan kerjasama antara pentadir, guru-guru, ibubapa serta usaha
murid itu sendiri. Pemaufakatan ini umpama aur dengan tebing harus
dikekalkan untuk melahirkan anak-anak yang berjaya yang menjadi tonggak
kejayaan dan kemajuan negara.

13. YDP memaklumkan PIBG berperanan untuk meningkatkan pencapaian dan


kejayaan sekolah dalam pelbagai bidang. Maka ibubapa hendaklah membantu
sekolah mencapai kejayaan dengan menglibatkan diri dalam aktiviti sekolah
atau memberi idea, pandangan dan sokongan melalui pelbagai medium seperti
facebook, telegram dan whatapps.

14. YDP juga memaklumkan peranan PIBG sangat berkait rapat dengan
membantu perbelanjaan sekolah. Pada 2020, sebanyak RM61 650 wang
sumbangan PIBG telah berjaya dikutip daripada 1233 buah keluarga. (80%
telah membayar wang sumbangan PIBG).

15. Wang sumbangan PIBG ini telah disalurkan kepada sekolah dalam pelbagai
aktiviti kurikulum, kokurikulum, HEM dan infastruktur sekolah seperti yang
tersenarai dalam Laporan Aktiviti PIBG 2020 yang akan dibentangkan oleh SU
PIBG. YDP berharap pada tahun ini, semua keluarga akan dapat membayar
sumbangan PIBG.

16. YDP memaklumkan projek pembinaan surau sekolah sedang menunggu


kelulusan pihak KPM secara bertulis. Dijangkakan surau akan siap dibina
pada awal tahun hadapan, jika tiada sebarang masalah yang dihadapi.
17. YDP menyeru kepada semua ibubapa supaya membantu untuk mencari dana
surau dengan menyumbang wang ringgit atau dengan menyebarkan dan
berkongsi sebaran tentang dana pembinaan surau.

18. YDP menharapkan AJK PIBG yang baru dapat menjana lebih banyak dana
untuk menjayakan aktiviti sekolah dan pembinaan surau sekolah.

19. YDP mengucapkan terima kasih kepada pengetua, warga SMKBPJ dan
ibubapa kerana memberi kepercayaan untuk menyandang jawatan YDP. YDP
juga mendoakan SMKBPJ terus cemerlang dan diberkati segala usaha yang
telah dilakukan.

III. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat

20. Puan Nurita binti Thammili selaku setiausaha PIBG membentangkan Minit
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 6 ( rujuk buku program m/s 9-13 ).

21. Minit Mesyuarat ini disahkan oleh Pn Zarihan binti Mat Isa dan disokong oleh
Pn Aznila bt Abd Rahman .

IV. Membentangkan Dan Menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG

SMKBPJ

22. Puan Nurita binti Thammili selaku setiausaha PIBG membentangkan Laporan
Aktiviti Tahunan 2020 (rujuk buku program m/s 7-8). Laporan Aktiviti
Tahunan ini diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

V. Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG


SMKBPJ

23. Puan Norshafiza binti Che Omar selaku bendahari PIBG membentangkan
Penyata kewangan BIL 5/ 2020 berakhir 31 Disember 2020 ( rujuk m/s 15-20)
dengan baki di bank RM97630.63 dan baki di tangan RM1235.52.

24. Laporan ini disahkan oleh En. Yuszaizie bin Mohd Pauzee dan disokong oleh
Pn Arnyza binti Arshad.

VI. Pembentangan Usul

25. Usul daripada En. Noorshamsullkumar bin Puteh (Pengetua SMKBPJ) yang
mencadangkan pengurangan dana program peningkatan prestasi bagi setiap
tingkatan. Berikut adalah senarai sumbangan PIBG dan dana-dana lain pada
2021 (yang terbaru).
Perkara \Tingkatan 1,2,3 4 5

Sumbangan PIBG RM 50 RM 50 RM 50
(satu keluarga) - tetap
Dana Prestasi RM 10 RM 20 RM 30

Dana Surau - tetap RM 10 RM 10 RM 10

JUMLAH

Pelajar Islam RM 70 RM 80 RM 90

Pelajar Bukan Islam RM 60 RM 70 RM 80

Usul : Diterima (73% daripada ahli mesyuarat bersetuju)

26. Usul daripada En. Noorshamsullkumar bin Puteh (Pengetua SMKBPJ) yang
mencadangkan bayaran untuk kad pengimbas suhu (i-kampus) sebanyak
RM8.00 bagi setiap murid pada tahun 2021.
Usul : Diterima sebulat suara (100% ahli mesyuarat bersetuju)

27. Usul daripada En. Ghazali bin Haji Lazim (Nurhafni Farzana binti Ghazali -
1A13) meminta pihak sekolah menambah sedikit masa rehat untuk murid
makan dan solat
Usul : Tidak diterima (En. Ghazali tidak menyertai mesyuarat)

28. Pengetua mengucapkan terima kasih atas kerjasama daripada waris dalam
meningkatkan lagi program peningkatan prestasi dan sahsiah dikalangan
pelajar sekolah ini.

29. Usul daripada Pn. Siti Aishah binti Zainon (Nur Syafifi binti Mohd Zailan -
1A12) meminta supaya kunci/selak pintu tandas dibaiki dengan segera.
Usul : Tidak diterima ( Pn Siti Aishah tidak menyertai mesyuarat )

30. Pengetua memaklumkan pihak sekolah sentiasa memastikan kemudahan


tandas dan lain-lain kemudahan di sekolah dalam keadaan yang baik.

31. Usul daripada En. Hairudin bin Hajar Maidin(Muhammad Haziq Uzary -
1A12) mencadangkan supaya jalan kecil berhampiran sekolah ditutup kepada
penduduk setempat semasa waktu puncak (sebelah petang, waktu balik
sekolah)
Usul : Tidak diterima ( En. Hairudin tidak menyertai mesyuarat)

32. Pengetua memaklumkan isu menutup jalan kecil di hadapan sekolah pada
waktu pagi, tengahari dan petang (waktu pelajar pergi dan balik dari sekolah)
telah diviralkan. Tujuan penutupan jalan ini untuk menjamin keselamatan dan
kesihatan pelajar kerana tempat letak motor pelajar berhampiran dengan jalan
tersebut. Jadi, bagi mengelakkan kesesakan dan bahaya kepada pelajar, jalan
tersebut perlu ditutup pada waktu tertentu sahaja.
33. Usul daripada Pn. Juraida binti Md Jusop (Muhammad Iman Irfan bin Imran -
1A13) mencadangkan supaya kempen Kitar semula (recycle) untuk menjana
pendapatan sekolah dan PIBG. Beliau juga meminta pihak sekolah
mengadakan ceramah agama dan motivasi untuk pelajar tingkatan 1. Pelajar
ini baru melangkah alam persekolahan baru supaya mereka tahu perbezaan
sekolah menengah dan sekolah rendah serta bersemangat untuk belajar.
Usul : Tidak diterima ( Pn Juraida tidak menyertai mesyuarat )

34. YDP memaklumkan PIBG sedang merancang untuk menyertai program


EcoSchool yang dianjurkan oleh WWF. Perbincangan awal telah dibuat,
namun memandangkan pandemik Covid-19 dan PKP masih belum berakhir,
program ini belum dapat dilaksanakan.

I. Hal-hal lain

35. Pn. Aznyza binti Arshad mencadangkan supaya dataran di luar pagar sekolah
berhampiran tempat menunggu pelajar dijadikan tempat letak motor pelajar.
Beliau juga memohon pihak sekolah menyelaraskan tempat menunggu bagi
van/bas sekolah di satu tempat yang sesuai supaya tidak menghalang laluan
ibubapa yang hendak mengambil pelajar pada waktu balik sekolah.

36. Pengetua menjelaskan tempat letak motor pelajar tidak sesuai di dataran
tersebut kerana bilangan motor pelajar yang banyak sehingga menghalang
laluan penduduk setempat dan ini akan mendatangkan bahaya kepada pelajar.
Pihak sekolah juga sedang berusaha untuk membuang "pulau" laluan di
dataran hadapan sekolah dan telah memohon kepada MPSP untuk tujuan
tersebut. Tujuannya supaya jalan dapat dilebarkan dan tempat menunggu
van/bas boleh diselaraskan serta tiada kesesakan lalu lintas waktu pelajar pergi
dan balik dari sekolah.

37. Pn Aznila meminta pihak sekolah memandang serius tentang isu 'cakap lucah
bukan jenaka'. Jika berlaku perkara sedemikian, hendaklah disiasat terlebih
dahulu sebelum ianya tersebar atau diviralkan.

38. Pengetua memberi jaminan perkara sedemikian tidak berlaku di sekolah ini,
namun jika ada kes yang dilaporkan, tindakan akan dikenakan kepada yang
bersalah.

39. NYDP, En Aznee juga menegaskan tindakan tegas harus diambil jika ada kes
gangguan/serangan seksual yang dilaporkan. Semua pihak samada pelajar,
ibubapa dan guru mesti dididik dan mempunyai pengetahuan tentang isu ini
supaya kes-kes sebegini tidak berlaku.

II. Pembubaran AJK PIBG sesi 20/21 dan pelantikan AJK sesi 21/22

40. YDP membubarkan AJK PIBG sesi 20/21 dan seterusnya melantik Tuan
Pengetua sebagai pengerusi sementara mesyuarat.
41. Pengetua membuka cadangan pelantikan AJK baru dimulai dengan pelantikan
YDP PIBG

42. En Azman bin Abdullah, PKHEM SMKBPJ mencadangkan supaya AJK


PIBG sesi 20/21 dikekalkan untuk sesi 21/22.
Disokong oleh En. Shaari bin Ismail, PK Pentadbiran SMKBPJ dan Pn.
Noraziah binti Mat Nayan (Waris) serta semua ahli mesyuarat.

43. Pengetua mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG sesi 21/22 dan dapat
meneruskan usaha membina surau kekal SMKBPJ. Seterusnya beliau
menyerahkan tugas pengerusi mesyuarat kepada YDP PIBG.

Ucapan Penangguhan

44. En Zubir Bin Othman selaku YDP PIBG sesi 21/22 mengucapkan terima kasih
kerana diberikan kepercayaan sekali lagi sebagai YDP dan ia merupakan satu
tanggungjawab dan amanah yang berat. Beliau mengharapkan sokongan
semua ibu bapa dan guru dalam menjayakan program atau aktiviti yang
dirancang oleh PIBG bagi sesi 2021/2022.

45. YDP juga mengharapkan pembinaan surau kekal SMKBPJ dapat diteruskan
dan berjaya dilaksanakan pada masa yang telah ditetapkan

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-7 ditangguhkan pada pukul 11:50 pagi.

Pencatat Minit Mesyuarat Kali ke-7, Disemak oleh,

….…………………………………. ....…………………..……

Wan Junaidah bt Wan Gati Nurita Binti Thammili


Suriati bt Satiman Setiausaha PIBG SMKBPJ
Azilawati bt Ayob Sesi 2020/2021

Disahkan oleh,

….………………………………..
En Zubir Bin Othman
Yang Dipertua PIBG SMKBPJ
LAMPIRAN 1

SENARAI AJK PIBG SMK BANDAR PUTERI JAYA SESI 2021/22

BIL NAMA JAWATAN


1 NOORSHAMSULLKUMAR BIN PUTEH PENASIHAT
2. ZUBIR BIN OTHMAN YDP PIBG

3. AZNEE BIN OTHMAN NAIB YDP PIBG

4. NURITA BT THAMMILI SETIAUSAHA PIBG

5. NORSHAFIZA BT CHE OMAR BENDAHARI PIBG

6. AZHAN BIN ABDUL JALIL AJK GURU

7. SURIATI BT SATIMAN AJK GURU

8. AZILAWATI BT AYOB AJK GURU

9. WAN JUNAIDAH BT WAN GATI AJK GURU

10. ABDUL MUHYI BIN HARUN AJK GURU

11. NOOR SHAM SINAR BINTI ABDULLAH AJK WARIS


12. ARNYZA BIN ARSHAD AJK WARIS

13. OSMAN BIN MD SAAD AJK WARIS

14. ISMAIL BIN MAHMAD AJK WARIS

15. ZARIHAN BT MAT ISA AJK WARIS

16. HINDUN BINTI ABDUL RAHMAN AJK WARIS

17. NORIZAH BINTI HJ MAN PEMERIKSA KIRA-


KIRA(GURU)
18. AZNILA BT ABDUL RAHMAN PEMERIKSA KIRA-KIRA
(WARIS)

You might also like