Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

PERSATUAN KEBAJIKAN MAHASISWA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN NEGERI PERAK

(PERKEMAT)
(PPM-001-08-07032019)
D/A INSTITUT TADBIRAN ISLAM PERAK (INTIM)
JALAN RAJA MUSA MAHADI 31400 IPOH PERAK DARUL
RIDZUAN
TEL : 0189509921 TEL : 01156854248

Ruj. Kami : PERKEMAT/LUAR/BIL.19


Tarikh : 23 Disember 2021
18 Jamadilawal 1443

Tuan Firdaus Bin Haji Salleh,

Pengetua Maahad Tahfiz Al Quran Perak,

Institut Tadbiran Islam Perak,

Jalan Raja Musa Mahadi,

31400 Ipoh, Perak.

Tuan,

LAPORAN TINJAUAN PENILAIAN MAKANAN KATERER MTQN PERAK

Merujuk kepada perkara diatas, saya Ahmad Wazir Bin Mohd Radzi selaku Presiden Perkemat,
mewakili para pelajar ingin membuat laporan berkenaan penilaian katerer MTQN Perak yang
telah kami jalankan dalam tempoh seminggu amaran yang diberi oleh pihak pengurusan kepada
pihak katerer.

2. Untuk makluman pihak tuan, baru-baru ini kami telah mendapat aduan daripada pelajar
berkenaan ketidakpuasan hati mereka terhadap makanan yang disediakan dan layanan
perkhidmatan oleh pihak katerer. Perkara ini agak membimbangkan kerana kami pihak majlis
tertinggi baru sahaja membuat aduan berkenaan perkara tersebut ke pihak pengurusan.

3. Justeru itu, kami mengambil keputusan untuk mendokumenkan aduan dan cadangan
serta purata jumlah penilaian katerer daripada pelajar seperti yang tertera di lampiran 1.

4. Berdasarkan pengamatan kami, kebanyakan pelajar mencadangkan agar pihak


pengurusan mengambil tindakan dengan menamatkan kontrak dengan pihak katerer dan
mengikat kontrak yang baru dengan katerer lain. Selain itu, terdapat juga cadangan untuk
menolak makan pada hari Sabtu dan Ahad dan perbincangan secara dua hala dalam
menetapkan harga makan pelajar dalam sehari kerana ia melibatkan wang elaun yang
diperuntukkan untuk pelajar.

5. Akhir sekali, kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan dalam menangani perkara ini
amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

“PEMIMPIN BERKALIBER, PEMANGKIN KESYUMULAN UMMAH”

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………………………….
(AHMAD WAZIR BIN MOHD RADZI)
Presiden,
Persatuan Kebajikan Mahasiswa Maahad Tahfiz Al Quran Perak.
LAMPIRAN 1

ADUAN CADANGAN

• Makanan yang disediakan diangkat terlalu • Tukar katerer baru.


awal. • Perbaiki kualiti dan kebersihan makanan.
• Layanan dari pihak katerer agak tidak • Menyantuni pelajar.
memuaskan kerana terdapat beberapa • Kurangkan bajet harga makanan.
orang pekerja yang marah dan • Panjangkan sedikit tempoh makan.
meninggikan suara apabila terdapat • Makanan pelajar dibawah pengurusan
pelajar yang belum makan sedangkan perkemat.
waktu makan masih panjang. • Pastikan kombinasi menu yang sesuai.
• Kuantiti makanan selalu tidak mencukupi. • Pelbagaikan menu makanan.
• Menu makanan asyik berulang. • Tiada makan pada hari sabtu dan ahad.
• Kebersihan makanan tidak terjaga. • Tingkatkn lagi kualiti rasa makanan supaya
• Kebersihan bekas makanan, minuman, menepati citarasa pelajar.
sudu dan garfu kotor serta berminyak. • Lebih peka dengan kualiti dan kebersihan
• Kombinasi lauk dan sayur kurang sesuai. makanan.
• Masakan seperti tidak masak dengan elok, • Menutup kepala ketika memasak.
sayur pula adakala berbau tidak enak. • Memastikan kebersihan perkakas dlm
• Makanan pagi seperti makaroni tidak keadaan yang baik.
sesuai untuk pelajar. • Tingkatkan kebersihan ketika memasak.
• Pekerja katerer lelaki sering memasuki • Perbincangan harga makanan dengan
dewan makan banat secara tiba-tiba. pelajar.
• Kualiti makanan tidak memuaskan seperti • Keadaan di tempat masak mestilah bersih.
menggunakan ayam lama. Terdapat bulu • Lebih teliti ketika memasak.
dan bau hanyir pada ayam. • Masak dengan penuh kasih sayang.
• Pelajar takut, geli dan fobia untuk makan • Kurangkan pedas pada sarapan pagi.
kerana telah terjadi isu yang tidak diingini • Tukar katerer yang lebih menitikberatkan
dalam makanan. kebersihan dalam menyediakn makanan.
• Pelajar terpaksa meneliti makanan • Tidak meninggikan suara kepada pelajar
sebelum dimakan. jika tidak berkeperluan.
• Cili yang digunakan tidak dikisar halus dan • Pihak pengurusan perlu cakna dan segera
menyebabkan kesukaran dalam bertindak terhadap isu yang berkaitan
mengunyah. dengan makanan kerana perkara ini boleh
• Kesilapan dilakukan berulang kali menjejaskan reputasi pihak katerer dan
walaupun sudah diberi amaran. juga institusi. Malah, isu ini juga boleh
• Mi rasa kapur. menjejaskan kesihatan pelajar.
• Pinggan tidak dilap sebelum diletakkan
untuk kegunaan pelajar.
• Makanan selalu tidak habis kerana pelajar
tidak mempunyai selera makan dan
terpaksa menempah makanan luar.
• Makanan adakalanya terlalu berminyak
dan cair.
• Terdapat beberapa kejadian yang tidak
diingini seperti bendasing dijumpai dalam
makanan pelajar. Contohnya rambut, ulat,
cebisan surat khabar, telur lalat dan
serangga.

You might also like