Kata Aluan Guru Besar Mesyuarat Panitia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kata Aluan Guru Besar Mesyuarat Panitia.

1. Pengurusan Panitia perlu merujuk kepada SKPMg2 Standard 3.1 iaitu:


3.1.2.1 Pelaksanaan mata pelajaran diurus secara profesional dan terancang.
3.1.2.2 Program peningkatan kualiti pengajaran guru diurus secara terancang.
3.1.2.3 Program peningkatan pencapaian murid diurus secara profesional dan terancang.
3.1.2.4 Bantuan geran per kapita mata pelajaran dimanfaatkan secara sistematik dan terancang.

2. Setiap Ketua Panitia perlu membuat Anggaran Belanja Mengurus bagi setiap peruntukkan yang
telah diperuntukkan oleh Pengurus Sekolah. Sila rujuk kepada PT untuk memastikan jumlah yang
diterima adalah betul. Jumlah yang tepat kita akan maklumkan dari masa ke semasa sebaik
sahaja menerima kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.Pastikan setiap sen yang
dibelanja dibuat refleksi dengan melihat impak penggunaannya.

3. Bagi menghargai usaha KP mengurus panitia, pihak Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia
mewujudkan Anugerah Pengurusan Panitia terbaik. Kriteria adalah berdasarkan Instrumen
Pemantauan Pengurusan Panitia 3.1.2.1,3.1.2.2,3.1.2.3 dan 3.1.2.4. dan Senarai semak fail
PDCA.

4. Selain daripada, jawatankuasa yang sama turut mewujudkan anugerah untuk kumpulan SLT,
MLT, Guru, AKP dan Unit terbaik untuk setiap bulan. Kertas kerja akan dibentang kepada warga
sekolah sebaik sahaja mendapat sokongan daripada pihak PPD Dalat kerana kita memerlukan
dana untuk program ini dari Kementerian Pendidikan Negeri Sarawak.

5. Ditegaskan semua pihak untuk tidak memanipulasikan data semata – mata untuk mencapai KPI.
Perlu ada sikap bertanggungjawab dan integriti dalam mengurus data terutama data pencapaian
murid.

You might also like