Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KOPOK

PASIR GUDANG, JOHOR

MINIT MESYUARAT

UNIT KOKURIKULUM : KELAB PENCEGAHAN JENAYAH BIL 1 / TAHUN 2022/2023

Tarikh : 5 April 2022 (Selasa)

Masa : 11.40 pagi -12.40 tengahari

Tempat : 4 Efisen

Pengerusi : Cikgu Khalilullah bin Alwi

Kehadiran(Bilangan) : Rujuk PK07/2

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru dan murid ke mesyuarat Kelab


Pencegahan Jenayah kali pertama pada sesi persekolahan tahun 2022/2023.
Majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah. Pengerusi
mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan awal tahun ini dan
beliau berharap kerjasama ini dapat diteruskan bagi menjayakan aktiviti bagi
Kelab Pencegahan Jenayah yang seterusnya.

1.2. Pengerusi menyatakan tujuan mesyuarat kali ini berfokus kepada


perbincangan perancangan dan pengurusan aktiviti Kelab Pencegahan
Jenayah bagi sesi tahun 2022/2023.

Tindakan : Cikgu Khalilullah bin Alwi

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang untuk disahkan oleh Cikgu Nur Vivi Iezzatie binti Mat Salleh @ Sukri
Disokong oleh Cikgu Norbahirah binti Abdul Rasib

Tindakan : Cikgu Nur Shakirah binti Besar

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada
4 FOKUS MESYUARAT

4.1 Aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah

4.1.1 Pengerusi memaklumkan beberapa aktiviti atau program Kelab


Pencegahan Jenayah yang telah dirancang bagi tahun 2022/2023 seperti
berikut:

Bil Program

4.1.1.1 Mesyuarat Agung Kelab pencegahan jenayah kali pertama

4.1.1.2 Pengenalan Jenayah di Sekolah

4.1.1.3 Katakan Tidak kepada Buli

4.1.1.4 Dadah membawa maut

4.1.1.5 Pergaduhan

4.1.1.6 Vandalisme di sekolah

4.1.1.7 Gangsterisme di sekolah

4.1.1.8 Anti Merokok

4.1.1.9 Peras ugut

Penculikan Kanak-kanak
4.1.1.10

4.1.2 Pengerusi membentangkan takwim kokurikulum dan sukan bagi sesi


2022/2023 dan jika terdapat sebarang pindaan akan dimaklumkan oleh
GPK Kokurikulum. ( rujuk Buku Pengurusan Sekolah Tahun 2022 )

Makluman

4.2 Perlantikan Jawatankuasa Guru Dan Murid Bagi Tahun 2022/2023


4.2.1 Pengerusi memberi kuasa untuk melantik Jawatankuasa Kelab
Pencegahan Jenayah dalam kalangan guru dan murid bagi tahun
2022/2023. ( rujuk lampiran 1 dan lampiran 2 )

Makluman

4.2.2 Pengerusi juga menerangkan tentang tugas-tugas yang perlu


dilaksanakan sebagai guru penasihat Kelab Pencegahan Jenayah
berpandukan kepada Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum, Buku
Pengurusan Sekolah Tahun 2022/2023, pekeliling ikhtisas yang berkaitan
dan arahan semasa daripada pihak pentadbir.

Makluman

4.2.3 Pengerusi juga memaklumkan bahawa surat lantikan sebagai ahli


jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah tahun 2022/2023 akan
diedarkan oleh GPK Kokurikulum pada masa yang terdekat.

Makluman

4.3 Pengurusan Fail Unit Kokurikulum

4.3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa GPK Kokurikulum telah menetapkan


dokumen-dokumen yang perlu dikemas kini dan dimasukkan ke dalam fail
pengurusan untuk bagi tahun 2022/2023 seperti berikut :

 Surat permohonan dan kelulusan meneruskan aktiviti


 Surat lantikan dan penerimaan lantikan kepada guru penasihat.
 Surat lantikan/surat penurunan kuasa kepada murid.
 Minit Mesyuarat Agung 2022/2023.
 Senarai jawatankuasa 2022/2023
 Carta Organisasi 2022/2023
 Minit mesyuarat Bil 1/2022/2023

Ahli mesyuarat bersetuju agar pengurusan dokumen tersebut diuruskan


oleh Cikgu Nur Shakirah binti Besar

Tindakan : Cikgu Nur Shakirah binti Besar

4.3.2 Pengerusi meminta segala dokumen yang perlu diuruskan dan dikemas
kini di dalam fail mestilah disiapkan segera yang mungkin. Beliau akan
meneliti terlebih dahulu dokumen tersebut sebelum diserahkan kepada
Penyelaras Kelab dan Persatuan, Cikgu Siti Noraishah binti Md Aris.

Tindakan : Cikgu Nur Shakirah binti Besar

4.4 Pengurusan Fail Laporan Aktiviti


4.4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa fail laporan aktiviti telah disediakan
oleh Penyelaras Kelab dan Persatuan. Walau bagaimanapun, perkara-
perkara berikut perlu disediakan bagi melengkapkan buku laporan
tersebut iaitu :

 Senarai nama ahli yang dikemaskini


 Jawatankuasa Guru dan murid bagi tahun 2022/2023 (selepas
mesyuarat agung )
 Takwim/perancangan aktiviti bagi tahun 2022/2023

Ahli mesyuarat bersetuju agar perkara tersebut diuruskan oleh


Cikgu Nur Shakirah binti Besar

Tindakan : Cikgu Nur Shakirah binti Besar

4.4.2 Ahli mesyuarat juga bersetuju agar fail laporan aktiviti disediakan oleh
guru penasihat secara bergilir -gilir yang mana ditetapkan oleh Ketua
Guru Penasihat.

Makluman

4.4.3 Pengerusi juga memberitahu bahawa fail laporan aktiviti perlu diserahkan
kepada Penyelaras Kelab dan Persatuan pada hari yang sama setelah
selesai aktiviti dijalankan.

Makluman

4.5 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Kokurikulum dan Sukan ( PAJSK )

4.5.1 Pengerusi juga menjelaskan bahawa murid-murid Tahun 4, 5


dan 6 akan menggunakan Buku Rekod dan Rumusan PAJSK untuk
merekod kehadiran aktiviti, penglibatan serta pencapaian bidang
kokurikulum dan sukan.

Ahli mesyuarat juga bersetuju melantik Cikgu Norazni Rahayu binti


Mohd Ghazali dan Cikgu Norbahirah binti Abdul Rasib untuk
menguruskan buku rekod PAJSK murid bagi setiap kali perjumpaan
aktiviti diadakan.

Tindakan : Cikgu Norazni Rahayu binti Mohd Ghazali


Cikgu Norbahirah binti Abdul Rasib

4.5.2 Pengerusi juga menyampaikan pesanan GPK Kokurikulum bahawa


PAJSK merupakan salah satu komponen Pelaporan Pentaksiran
Sekolah Rendah ( PPSR ). Guru penasihat perlulah adil, jujur dan
berintegriti dalam membuat penilaian kepada murid agar pelaporan
tersebut tepat, sahih serta menunjukkan potensi murid yang sebenar.

Makluman
4.6 Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum dan 1M1S
4.6.1 Pengerusi juga memberitahu tentang waktu perjumpaan bagi
aktiviti kokurikulum dan aktiviti 1 Murid 1 Sukan seperti berikut:

Aktiviti kokurikulum ( Kelab dan Persatuan ):


Pada setiap hari Rabu ( 11.40 hingga 12.40 tengahari )

Makluman

4.6.2 Pengerusi juga menyampaikan pesanan GPK Kokurikulum yang


menegaskan semua guru mesti berada di lokasi yang telah
ditetapkan dan membantu pengurusan aktiviti yang dijalankan.
Keselamatan murid semasa aktiviti dijalankan merupakan
tanggungjawab guru penasihat yang dijadualkan atau yang
bertugas ketika itu. Pasti juga murid mematuhi SOP yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah.

Makluman

4.6.3 Pengerusi memaklumkan bahawa setiap kali perjumpaan aktiviti


Amalan Pendidikan Sivik perlu dilaksanakan 10 minit sebelum
aktiviti utama dijalankan.

Setiap aktiviti tersebut perlu direkodkan dalam buku laporan


aktiviti.

Tindakan : Cikgu Khalilullah bin Alwi

4.6.4 Pengerusi turut menjelaskan tentang garis panduan pemakaian


pakaian seragam kokurikulum pada hari Rabu dan perhimpunan
rasmi kokurikulum sebagaimana yang dijelaskan melalui Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2007.

Beliau berharap agar guru penasihat dapat mematuhi arahan


tersebut demi menunjukkan tanda kesetiaan , kebersamaan dan
muafakat warga SK Kopok.

Makluman

4.7 Pengurusan Aktiviti dan Penyertaan


4.7.1 Pengerusi menjelaskan tentang prosedur pengurusan aktiviti atau
5. HAL-HAL LAIN

5.1 Setiausaha perlu memastikan fail Kelab Pencegahan Jenayah sentiasa


dikemaskini supaya tidak berlaku pertindihan kerja pada akhir tahun.

6. PENUTUP

Akhir bicara, pengerusi berharap agar semua guru penasihat memberikan kerjasama
kepada beliau demi menjayakan perlaksanaan aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah yang
lebih menarik dan memenuhi aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang.

Disediakan oleh,

SETIAUSAHA
Kelab Pencegahan Jenayah.

You might also like