Sej Proposal 2.1653034958393

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

TEMA:SEJARAH SENI DAN KEBUDAYAAN

TAJUK:
PERSEKUTUAN WUSHU MALAYSIA : SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN DI
MALAYSIA(1978-2020)

PENGENALAN

Wushu , ialah sejenis gaya pertarungan yang telah dibangunkan selama beberapa

abad di CHINA dan disebarkan di Malaysia . Pada tahun 1978 , Persekutuan Wushu

Malaysia telah ditubuhkan , dan mesyuarat julang kali diadakan di Hotel Genting

Highlands pada 10 tahun yang sama . Persekutuan Wushu Malaysia adalah satu

pertubuhan seni mempertahankan diri rasmi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan

Jawatankuasa Olimpik Malaysia untuk memimpin dan menguruskan sukan seni

mempertahankan diri , dan juga merupakan ahli Persekutuan Wushu Antarabangsa ,

Persekutuan Wushu Asia , dan Persekutuan China-ASEAN . Oleh itu , kajian ini akan

menumpukan kepada perkembangan Persekutuan Wushu Malaysia dalam

perkembangan Wushu di Malaysia dari tahun 1978 hingga 2020 .


OBJEKTIF KAJIAN

Pada umumnya kajian ini mempunyai tiga objektif kajian utama . Secara dasarnya ,

kajian ini bertujuan untuk menjelaskan latar belakang Persekutuan Wushu Malaysia .

Hal ini kerana sejarah latar belakang ini penting untuk mengetahui faktor pendorong

kepada penubuhan Wushu di Malaysia.

Seterusnya , penulisan kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti perkembangan dan

pencapaian Persekutuan Wushu Malaysia dalam bidang seni mempertahankan ini di

Malaysia dari tahun 1978 hingga 2020 . Dengan adanya kajian ini , masyarakat dapat

mengenali sumbangan dan pencapian persekutuan itu dalam bidang seni

mempertahankan diri di Malaysia secara mendalam .

Malahan , tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti cabaran yang

dihadapi oleh Persekutuan Wushu Malaysia sepanjang penglibatan persatuan ini

dalam perkembangan seni mempertahankan diri di Malaysia . Hal ini disebabkan dalam
tempoh kajian dari tahun 1978 hingga tahun 2020 , Persekutuan Wushu Malaysia telah

berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk mengembangkan Wushu di Malaysia .


PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian adalah fokus utama dalam penulisan ilmiah . Kajian ini terdapat

tiga permasalahan yang ingin dikaji . Kajian ini mencuba untuk mengupas apakah

sumbangan yang diberi oleh Persekutuan Wushu Malaysia sejak mula melibatkan diri

dalam bidang Wushu di Malaysia dari tahun 1978 .

Seterusnya , kajian ini juga memiliki signifikasi untuk mengetahui dengan lebih

dekat mengenai pencapaian yang diperoleh oleh Persekutuan Wushu Malaysia sejak

terlibat dalam bidang Wushu di Malaysia dari 1978 . Ini kerana pencapaian mereka

boleh disifatkan sebagai satu lagenda dalam bidang Wushu di Malaysia.

Selain itu , kajian ini akan turut mengungkap persoalan untuk mengenalpasti apakah

cabaran yang dihadapi oleh Persekutuan Wushu Malaysia sejak melibatkan diri

dalam bidang seni mempertahankan diri cina sepanjang tempoh kajian ini . Oleh itu ,

kajian ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat khususnya generasi baru

yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang Wushu di Malaysia .


SKOP KAJIAN

Skop kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kawasan kajian , tempoh

kajian dan aspek dan aspek yang dikaji . Dari aspek kawasan kajian(geografikal) ,

kajian ini difokuskan di Malaysia . Ini kerana tumpuan akan diberi kepada

perkembangan Wushu Malaysia .

Dari segi tempoh kajian (kronologikal) , kajian ini meliputi tempoh masa dan tahun

1978 hingga tahun 2020 . Tempoh kajian selama empat puluh dua tahun dipilih kerana

sepanjang tempoh masa tersebut berlakunya banyak sumbangan dan pencapaian

Persekutuan Wushu Malaysia .

Manakala aspek kajian(fungsional)pula , dapat dilihat dari tiga aspek yang menjadi

fokus kajian ini . Ia tertumpu kepada latar belakang Persekutuan Wushu Malaysia ,

sumbangan dan pencapaian Persekutuan Wushu Malaysia dan cabaran yang dihadapi

oleh Persekutuan Wushu Malaysia dalam bidang Wushu sepanjang tempoh kajian dari

tahun 1978 hingga 2020 .


SOROTAN KAJIAN LEPAS

Pengkaji telah melakukan pembacaan terhadap beberapa kajian lepas berhubung

tajuk kajian ini . Berdasarkan majalah “ GLOBAL ” yang ditulis oleh Pengarang

XIONG PING ( 22 JULY 2008 ) dalam majalah ini adalah untuk bagi memahami

situasi semasa perkembangan seni mempertahankan diri di Malaysia , dan pengarang

telah mengunjungi Persekutuan Wushu Malaysia dan dapat memahami bagaimanakah

persekutuan ini dikembangkan . Hasil pembacaan majalah ini, menarik minat ,

pengkaji untuk melakukan kajian tentang pencapaian dan sumbangan yang dihadapi

oleh persekutuan itu semasa memgembangkan seni wushu di Malaysia . Dalam bacaan

majalah ini , mempunyai beberapa maklumat tentang sejarah Persekutuan Wushu

Malaysia , itulah sebab menarik minat pengkaji untuk menlakukan kajian ini .

Seterusnya , dalam laman web Persekutuan Wushu Malaysia yang beralamat

https://wushumalaysia.com , mempunyai pengenalan tentang persekutuan dan

beberapa orang pengeurusi,pemangku presiden , dan lain-lain . Dalam laman web ini ,

boleh dapat maklumat tentang latar belakang , sumbangan , pencapaian Persekutuan

Wushu Malaysia . Oleh itu , laman web ini menarik pengkaji untuk mengkaji latar

belakang Persekutuan Wushu Malaysia .

Berikutnya , dalam NEW STRAITS TIMES , 1 OKTOBER 2018 , yang bertajuk

Jack Chang bids farewell with double strikes in Burgas , dapat mengetahui Loh Jack

Chang telah dapat dua keping pingat emas dalam kejohanan Taijiquan dunia pada tahun
2018 . Bacaan surat khabar ini berjaya menarik minat pengkaji untuk mengkaji

sumbangan dan pencapaian Persekutuan Wushu Malaysia kerana dalam bacaan ini

mempunyai pencapaian tentang Seni Wushu .


KAEDAH KAJIAN

Bagi melaksanakan kajian ini , pengkaji menggunakan tiga kaedah untuk

mendapatkan maklumat . Pada mulanya , pengkaji menjalankan kaedah kajian

keperpustakaan bagi meneroka sumber primer dan sumber sekunder di perpustakaan .

Ini dilakukan untuk mendapatkan rekod-rekod dan maklumat berkenaan kegiatan

perkembangan Wushu di Malaysia .

Selain itu , pengkaji juga mendapatkan maklumat melalui temubual . Soalan-soalan

telah dirangka bagi mendapatkan maklumat berkenaan kajian . Antara yang terlibat

adalah Pengetua Persekutuan Wushu Malaysia . Maklumat diperoleh adalah dicatat

dan dirakam sebagai bahan kajian .

Kaedah yang terakhir ialah kaedah kerja lapangan, iaitu pengkaji akan melawat pusat
latihan Wushu untuk melihat dengan lebih terperinci Seni Wushu tersebut.
PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara keseluruhan , kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu

pengenalan , isi , dan kesimpulan . Dalam bahagian pengenalan , pengkaji akan

menjelaskan tentang konsep seni dan latar belakang kemunculan Seni Wushu .

Seterusnya , pengkaji akan mengaitkannya dengan Persekutuan Wushu .

Pada bahagian isi pula , pengkaji akan membincangkan isi kajian yang terbahagi

kepada tiga aspek . Aspek yang pertama adalah mengenalpasti latar belakang

Persekutuan Wushu Malaysia . Selain itu juga , pengkaji akan membuat kajian tentang

sumbangan dan pencapaian Persekutuan Wushu . Dalam kajian ini juga , pengkaji akan
menghuraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh persekutuan dalam tempoh kajian .

Aspek terakhir ialah bahagian kesimpulan . Pengkaji akan merumus hasil kajian

berkenaan kehebatan dan impak sumbangan persekutuan dalam bidang seni Wushu di

Malaysia sekaligus menarik minat masyarakat dalam bidang Wushu .


PENUTUP

Diharapkan kajian ini akan menambahkan lagi khazanah ilmu tentang bidang Wushu

di Malaysia . Selain itu kajian ini diharapkan dapat memudahkan masyarakat luar

untuk mendapatkan maklumat berkenaan Wushu di Malaysia .

BILIOGRAFI

Sumber Primer

WUSHU FEDERATION OF MALAYSIA : dilayari 14 April 2022 ,


https://wushumalaysia.com

XIONG PING , majalah ‘ GLOBAL ’ . ditulis pada 22 JULY 2008 , dilayari pada 14 April
2022 . https://cul.sohu.com

Sumber Sekunder

Jack Chang bids farewell with double strikes in Burgas , NEW STRAITS TIMES , 1
OKTOBER 2018

Sumber Lisan

Temubual bersama Pengetua Persekutuan Wushu Malaysia .

You might also like