Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

TAJUK: PENERAPAN UNSUR MORAL DALAM CERITA BINATANG “ARNAB DAN

KURA-KURA”, “SINGA DAN TIKUS” & “SEMUT DAN MERPATI”.


OLEH:NUR ATHIRAH BINTI TOMIN

1.0 PENGENALAN

1.1 KONSEP

Menurut Wikipedia , sastera lisan ialah kesusasteraan yang disampaikan melalui

pertuturan atau percakapan dikembangkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

Antara contohnya ialah mitos,lagenda,cerita rakyat dan puisi rakyat.

Menurut Ismail Yusoff, 2008: 15 ,cerita binatang Melayu merupakan salah satu daripada

cerita lisan yang disampaikan atau disebarkan daripada satu generasi kepada generasi lain. Cerita

ini dipercayai lahir seusia dengan cerita asal-usul yang diwarisi daripada masyarakat sejak zaman

purba semasa manusia hidup di gua-gua. Sungguhpun cerita binatang Melayu sukar untuk

ditentukan tentang asal-usulnya, namun secara ringkasnya cerita ini menggunakan watak-watak

binatang yang diberikan sifat dan sikap manusia untuk berinteraksi antara satu sama lain.

Semua sifat dan sikap manusia biasa telah dijelmakan dalam watak-watak binatang dalam

cerita binatang. Seumpamanya, binatang diberi sifat bercakap, berfikir, menipu, berbincang,

berkahwin, mempunyai emosi manakala dari sudut sikap pula, binatang ditonjolkan dengan sikap

malas, rajin, berdikari, berkeyakinan, cemburu dan sebagainya. Terdapat juga watak manusia,

hantu, gergasi dan jin yang dimunculkan sebagai watak sampingan dalam menggerakkan cerita

binatang. Watak-watak yang lazimnya, digunakan dalam cerita binatang dalam masyarakat

Melayu seperti binatang Pelanduk, Buaya, Gajah, Harimau, Anjing, Ular, Kura-kura, Musang,

Helang, Ayam, Burung, Bangau, Kambing, Lembu dan Kerbau.Kesemua watak binatang ini

diberikan sifat yang tersendiri.


Sementara itu, moral merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Latin iaitu

“moralis” yang bermaksud tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila serta peraturan

masyarakat. Perkataan moral merangkumi segala sifat luhur seperti kejujuran,keadilan,kebenaran

bersopan-santun dan sebagainya.Istilah moral juga dirujuk kepada penentangan terhadap suatu

keinginan atau penahanan daripada suatu tingkahlaku yang dianggap salah.Ia juga merupakan

kawalan tingkahlaku berdasarkan standard-standard yang dihayati oleh individu.

Moral mengacu pada akhlak yang sesuai dengan peraturan sosial, atau menyangkut

hukum atau adat kebiasaan yang mengatur tingkah laku. (Chaplin, J.P., 2006). Selain itu, tokoh

lain juga berpendapat bahawa moral adalah perilaku yang sesuai dengan etika moral kelompok

sosial setempat(Hurlock, 1990). Di samping itu, moral sendiri bererti tatacara, kebiasaan, dan

adat. Perilaku moral dikendalikan konsep konsep moral atau peraturan perilaku yang telah

menjadi kebiasaan bagi anggota suatu budaya. Maka dapat disimpulkan bahawa moral adalah

aturan (rule) mengenai sikap (attitude) dan perilaku manusia (human behavior) sebagai manusia.

Hal ini mirip bila dikatakan bahwa orang yang bermoral atau dikatakan memiliki moral adalah

manusia yang memanusiakan orang lain. Dengan kata lain, moral merujuk kepada tingkah laku

manusia dan tatacara mereka dalam kehidupan seharian.

1.2 FUNGSI KAJIAN

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji mempunyai fungsi tersendiri. Antara fungsi kajian ini ialah

sebagai salah satu medium untuk memberi pendedahan kepada masyarakat serta meneliti dengan

lebih terperinci aspek unsur moral yang terdapat dalam buku cerita binatang yang telah dipilih

iaitu “Semut dan Merpati”, “Arnab dan Kura-kura’ serta “Singa dan Tikus”. Hal ini demikian

kerana aspek unsur moral yang cuba diketengahkan oleh penulis dalam buku cerita binatang

tersebut merupakan suatu kaedah penulis cuba untuk memberi bayangan tentang realiti
kehidupan masyarakat seterusnya memaparkan pengajaran dan teladan yang baik kepada

masyarakat untuk dicontohi dalam kehidupan seharian mereka.

Kajian ini juga penting bagi memperlihatkan fungsi unsur moral kepada pembangunan

diri dan pembentukan sahsiah individu yang lebih berkualiti melalui pengaplikasian unsur moral

dalam dunia realiti berpandukan daripada unsur moral yang terdapat dalam buku kajian

pengkaji.

1.3 KEPENTINGAN KAJIAN

Seterusnya, kajian ini turut memperlihatkan beberapa kepentingannya kepada

indidvidu,masyarakat dan Negara. Antara kepentingannya ialah kajian ini dapat menonjolkan

warisan Melayu iaitu khususnya cerita-cerita binatang yang sangat berharga di mata dunia

hingga ke peringkat global. Selain itu,kajian yang dijalankan oleh pengkaji secara tidak langsung

dapat dijadikan sebagai rujukan kepada pengkaji lain di samping ia dapat menjadi salah satu

pemangkin kepada pertambahan kajian tentang unsur moral yang cuba diketengahkan oleh

pengkaji melalui cerita binatang yang dipilih.

1.4 BATASAN KAJIAN

Untuk menyempurnakan kajian ini, pengkaji telah membataskan kajian dengan berfokus

kepada pembicaraan aspek unsur moral dalam tiga buah buku cerita binatang iaitu Semut dan

Merpati (2005), Singa dan Tikus (2005) serta Arnab dan Kura-kura (2005).

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Setiap kajian yang dijalankan mempunyai objektif dan matlamatnya yang tersendiri. Untuk

menyempurnakan kajian ini, pengkaji telah menetapkan objektif berikut:


1. Mengenal pasti aspek moral yang terdapat dalam cerita binatang Semut dan Merpati

(2005), Arnab dan Kura-kura (2005) dan Singa dan Tikus (2005).

2. Membincangkan aspek moral yang terdapat dalam cerita binatang Semut dan Merpati

(2005), Arnab dan Kura-kura (2005) dan Singa dan Tikus (2005).

3.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian juga disebut sebagai metadologi kajian yang digunakan bagi menjalankan

sesuatu kajian atau penyelidikan. Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif yang merupakan

satu kajian yang berasas dan mempunyai tujuan. Oleh sebab itu, kajian ini mempunyai skop

berfokus. Bahan bahan kajian ini diperoleh daripada sumber yang mempunyai autoriti untuk

menjamin kualiti dan mengekalkan kesahihan kajian yang bersandarkan kepada kajian ilmiah.

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah dengan menggunakan kaedah

kepustakaan. Pengkaji menggunakan kaedah ini kerana kaedah ini merupakan salah satu medium

yang dapat memberi kemudahan untuk pengkaji mengumpulkan pelbagai bahan dan maklumat

tentang buku cerita binatang dan aspek unsur moral dalam buku-buku cerita binatang yang dicari

dan dipilih dari lambakan koleksi buku-buku yang terdapat dalam perpustakaan yang dilawati

oleh pengkaji. Selain itu, pengaksesan internet mampu menjadi wadah dan sumber rujukan untuk

menggapai sebanyak mungkin maklumat dan data berkenaan kajian yang dijalankan oleh

pengkaji.

a) Pergi ke perpustakaan

Pengkaji telah mendapatkan bahan-bahan kajian dari 2 buah perpustakaan iaitu

Perpustakaan Mini Taska Bukit Rambai, Melaka dan perpustakaan SMK Batu Kikir

(MODEL KHAS) untuk kelancaran proses menyiapkan kajian ini. Antara bahan rujukan
yang digunakan termasuklah buku-buku cerita binatang yang telah dipilih dan lain-lain

lagi. Pengkaji telah mengambil masa selama 10 jam secara keseluruhannya untuk

memastikan segala bahan yang diperlukan mencukupi dan menepati kehendak kajian

yang dijalankan. Perincian adalah seperti berikut:

NAMA PERPUSTAKAAN TARIKH MASA

Perpustakaan Mini Taska 24 MAC 2020 8.00 a.m-1.00 p.m

Bukit Rambai,Melaka

Perpustakaan SMK BATU 26 MAC 2020 9.00 a.m.-2.00p.m.

KIKIR(MODEL KHAS)

b) Internet

Kajian ini juga mendapatkan data dengan mengakses bahan bahan atau maklumat

melalui laman sesawang merujuk kepada laman sesawang yang berkaitan dengan kajian

yang dijalankan, iaitu laman dan fail bersifat ilmiah dan boleh dipercayai. Pengaksesan

internet dalam abad ke-21 ini amat penting dan selaras dengan aliran generasi kajian ini

sebagai generasi ‘Y’ yang tidak terkecuali penglibatan terus mereka dalam menelusuri

ledakan dalam perkembangan teknologi dan maklumat masa kini . Pengkaji telah

memperuntukkan masa sebanyak 15 jam secara keseluruhannya untuk mencari

maklumat berkaitan kajian yang dijalankan. Berikut merupakan jadual waktu pengkaji

melayari internet untuk menyempurnakan kajian yang dijalankan.

TARIKH WAKTU MELAYARI INTERNET

18 MAC 2020(Rabu) 2.00-5.00 p.m(3 jam)


19 MAC 2020(Khamis) 3.00-6.00 p.m(3 jam)

20 MAC 2020(Jumaat) 2.00-5.00 p.m.(3 jam)

22 MAC 2020(Ahad) 8.00-11 a.m(3 jam)

23 MAC 2020(Isnin) 9.00-12 a.m(3 jam)

4.0 ISI KAJIAN

Isi kajian ini menjelaskan pelbagai aspek moral yang dapat dianalisis daripada cerita-cerita

binatang kajian. Dengan adanya isi kajian yang dinyatakan, maka khalayak akan dapat

memahami kepentingan cerita-cerita binatang dalam memberikan teladan dan iktibar kepada

masyarakat. Antara isi-isi kajian yang pengkaji peroleh daripada cerita-cerita binatang terpilih

ialah sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan nasihat dan pendidikan, memartabatkan

adat, menyampaikan cara berfikir, melahirkan penghargaan dan terima kasih, dan meluahkan

rasa kasih sayang dalam kalangan masyarakat.


4.1 Baik hati membantu individu yang ditimpa musibah dan kesusahan.

Nilai baik hati merupakan salah satu perbuatan atau perilaku murni yang wajar disemai dalam

diri seseorang manusia. Jelas dibuktikan bahawa sifat baik hati dapat membentuk individu yang

memiliki keperibadian yang mulia dari segi rohani dan jasmani dan penerapan moral tersebut

melalui perlakuan dan lisannya dalam kehidupan seharian. Beberapa tafsiran telah

dikemukakan oleh para sarjana tentang nilai baik hati. Antaranya ialah Hashim Hj. Musa ( 2008:

70) berpendapat baik hati ialah bertimbang rasa terhadap perasaan dan kedudukan orang lain,

bersimpati terhadap kesusahan dan penderitaan orang lain dan bermurah hati untuk membantu

dan menyumbang dalam bentuk kebendaan dan sokongan moral terhadap mereka, sedia

memaafkan kesalahan orang dan tidak berdendam terhadap mereka. Selain itu, menurut (Tajul

Arifin Nordin & Nor’aini Dan, 1992: 30-31). Berdasarkan definisi dan ciri yang diketengahkan,

nilai baik hati ini dapat disimpulkan sebagai satu sikap atau perasaan yang wujud bersandarkan

kepada sikap ingin memberi dalam memenuhi perasaan, keperluan dan kebajikan diri, orang lain

dan persekitaran agar dapat menyalurkan faedah, kebaikan dan manfaat dengan penuh

keikhlasan. Apabila wujud sifat baik hati membantu individu yang ditimpa kesusahan,maka

masyarakat yang beretika dapat dilahirkan sekaligus kita akan segera menghulurkan bantuan

mengikut kemampuan yang ada, sekalipun dirinya sendiri tersepit dalam kesusahan serta dapat

membentuk modal insan yang holistik dan seimbang dalam pelbagai aspek. Sebaliknya,jika tiada

sifat baik hati membantu individu yang ditimpa kesusahan,maka masyarakat akan lebih bersikap

mementingkan diri sendiri semata-mata sekaligus tidak dapat membentuk modal insan yang

cemerlang dan sifat ihsan terhadap kesusahan dan musibah yang menimpa individu lain.
Ternyata dalam cerita binatang kajian, aspek baik hati terhadap individu yang ditimpa

musibah dan kesusahan menjadi antara aspek tumpuan dalam menyalurkan pengajaran kepada

para pembaca agar cakna dengan keadaan sekeliling khususnya agar bantuan dan pertolongan

dapat diberikan kepada individu yang memerlukan. Contohnya dapat dilihat melalui petikan

cerita berikut.

“Merpati sedang berehat di sebatang pokok. Merpati ternampak Semut


yang terkapai-kapai itu.Merpati menjatuhkan sehelai daun ke permukaan
air.”Cepat! Panjat ke atas daun itu!”kata Merpati kepada Semut.”
(Semut dan Merpati:2005)

Berdasarkan petikan cerita di atas, dapat dilihat bahawa Merpati merupakan seekor

burung yang baik hati. Situasi ini dapat dilihat melalui tindakan Merpati yang telah membantu

semut yang kelemasan kerana ditiup angin yang kencang. Merpati telah menjatuhkan sehelai

daun ke permukaan air dan menggesa semut menyelamatkan diri dengan memanjat daun yang

telah dilemparkannya tersebut.

Maka, berdasarkan penelitian pengkaji, jelas sekali dapat disimpulkan bahawa aspek

baik hati terhadap individu yang menghadapi musibah dan kesusahan dapat memupuk nilai

kebersamaan dan menghakis sifat mementingkan diri sendiri demi mewujudkan organisasi

masyarakat yang bersatu padu. Bantuan itu sebagai satu jalan untuk merapatkan hubungan

persaudaraan sekaligus dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT demi memperoleh keberkatan

hidup di dunia dan akhirat kelak.

4.2. Berbudi bahasa terhadap orang lain

Budi merupakan tingkah laku individu yang baik, sopan, santun, berakhlak terpuji dan

berwatak insan mulia serta mempunyai akal fikiran yang baik dan bijaksana. Budi yang baik
melambangkan sikap manusia yang terpuji dengan perbuatan yang berakhlak serta memberikan

kebaikan kepada individu yang lain. Bahasa pula ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai

sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan percakapan yang baik,

tingkah laku yang baik, dan sopan santun. Menurut Amat Jauhari (2001:286), selain nilai

terhadap perlakuan, orang Melayu juga memandang berat terhadap nilai berbahasa. Nilai

terhadap bahasa menentukan jenis-jenis bahasa seperti bahasa halus, bahasa kesat, bahasa kasar,

dan bahasa biadab. Setiap kata ada nilainya. Apabila wujudnya sifat berbudi bahasa dalam

kehidupan seharian,maka hubungan yang erat dan mesra dalam kalangan masyarakat dapat

dibentuk sekaligus melahirkan masyarakat yang memiliki akhlak dan pekerti yang mulia.

Sebaliknya, jika tiada sikat berbudi bahasa dalam diri,maka diri tidak akan disenangi masyarakat

wujudnya sikap kurang sopan dan atau biadap terhadap orang lain khususnya kepada individu

yang lebih berusia berbanding kita sekaligus hubungan yang erat dan mesra tidak dapat

diwujudkan dalam kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, penggunaan bahasa perlu disesuaikan dengan keadaan, suasana serta golongan,

dan peringkat yang berbeza. Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan cerita berikut:

“ Terima kasih,Semut,” kata Merpati. “Kali ini, kau telah menolong aku
pula. Sejak hari itu, Semut dan Merpati bersahabat baik.”
(Semut dan Merpati:2005)

Berdasarkan petikan cerita di atas, Merpati amat berbudi bahasa kerana telah menghargai

bantuan yang diberikan oleh Semut dengan mengucapkan ucapan terima kasih kerana telah

membantunya semasa dalam kesusahan iaitu ketika Merpati cuba dipanah oleh seorang pemburu.

Ternyata dalam cerita binatang dikaji jelas menunjukkan bahawa , dalam kehidupan

seharian,berbudi bahasa dengan menghargai semua perkara yang wujud di sekeliling kita

sangatlah besar manfaatnya walaupun dengan semudah dan seringkas ucapan ‘terima kasih”.
Bukan sahaja mampu membuatkan anda rasa bahagia, malahan orang lain juga. Dengan memberi

penghargaan kepada orang lain, maka individu tersebut akan berasa dirinya amat dihargai

sekaligus dapat mewujudkan masyarakat yang saling menyanyangi dan menghormati antara satu

sama lain.

4.3. Mengenang jasa/budi individu yang pernah membantu kita semasa dalam kesusahan

Bagi masyarakat Melayu, perkataan budi itu membawa maksud jasa dan sumbangan yang

diberikan kepada individu yang lain. Budi merupakan tingkah laku individu yang baik, sopan

santun, berakhlak terpuji dan berwatak insan mulia serta mempunyai akal fikiran yang waras.

Menurut Mustafa Haji Daud (1995) pula, menjelaskan perkataan budi apabila ditambah dengan

awal “ber” menjadi berbudi atau “man” di akhirnya menjadi budiman, akan membawa maksud

seseorang yang mempunyai daya ikhtiar yang tinggi, matang, bijaksana dalam membuat sesuatu

keputusan dan yang paling penting banyak menabur jasa dan bakti. Apabila kita mengenang jasa

atau budi yang pernah dihulurkan individu lain,maka kita akan sentiasa bersyukur dan berterima

kasih dengan pertolongan yang pernah diberikan sekaligus dapat mewujudkan modal insan

cemerlang dan holistic dan seimbang. Sebaliknya,jika kita melupakan jasa dan budi yang

dihulurkan semasa kita ditimpa kesusahan,maka kita akan mudah lupa diri dan sentiasa meninggi

diri tanpa mengimbau kembali pertolongan yang pernah dihulurkan sewaktu ditimpa kesusahan .

Pengkaji mengenal pasti bahawa terdapatnya aspek unsur moral melalui petikan cerita

yang dikaji seperti berikut:

“Pemburu itu ternampak Merpati sedang berehat di atas pokok. Dia


mengeluarkan busur dan anak panahnya. Kemudian dia menghalakan
busur dan anak panahnya ke Merpati. Dia mahu melepaskan anak
panahnya. Semut ternampak segalanya. Semut teringat bahawa Merpati
pernah menolong Semut tempoh hari. Semut menggigit kaki pemburu itu.
Pemburu itu melompat kesakitan.”
(Semut dan Merpati:2005)

Berdasarkan petikan cerita dia atas, Semut telah membantu Merpati dengan menggigit

kaki pemburu yang cuba untuk memanah Merpati menggunakan busur dan anak panah. Semut

berbuat demikian kerana dia teringat jasa Merpati yang telah membantunya suatu ketika semasa

Semut ditimpa kesusahan. Bantuan yang dihulurkan oleh Semut kepada Merpati merupakan

tanda Semut mengenang jasa Merpati. Maka peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa unsur

moral mengenang jasa orang lain yang terdapat dalam cerita ini dapat memupuk sifat sentiasa

menghargai individu yang tidak jemu memberi pertolongan ketika diri ditimpa sebarang musibah

dan kesusahan.

4.4 Tidak memandang rendah terhadap orang yang lebih kecil dan lemah berbanding kita

Selanjutnya, terdapat juga unsur moral jangan memandang rendah terhadap orang yang

lebih kecil atau lemah daripada kita dalam buku cerita binatang yang dikaji iaitu ‘Singa &

Tikus’, konsep ungkapan memandang rendah ini turut mendapat pandangan tokoh falsafah

Mensius (2000) yang amat bertepatan dalam situasi konteks masyarakat di negara kita pada

masa kini iaitu “yang paling diutamakan ialah rakyat, menjalinkan hubungan yang rapat dengan

rakyat dan jangan memandang rendah pada rakyat”. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa

apabila kita tidak memandang rendah terhadap orang lain,maka suara dan pendapat individu

atau pihak yang tidak begitu menonjol kewujudannya juga perlulah diberi penghormatan atas

segala suara mahupun pendapat yang diutarakannya. Sebaliknya,jika kita memandang rendah

terhadap individu yang berbeza taraf atau kedudukan berbanding kita,maka akan menjadikan kita

individu yang sombong dan berbangga diri dengan kelebihan dan keistimewaan yang dimiliki
sekaligus melahirkan masyarakat yang mementingkan diri semata-mata. Hal ini dibuktikan

melalui petikan cerita berikut.

“Jangan makan aku! Tolong lepaskan aku,”kata Tikus. “Mengapa harus


aku lepaskan kau?” kata Singa. “Aku mungkin dapat menolong kau suatu
hari nanti,” jawab Tikus. Singa itu ketawa apabila mendengar kata-kata
Tikus. “ Kau hanya seekor haiwan kecil. Tidak mungkin kau dapat
menolong aku yang gagah ini,” kata Singa.”
(Singa dan Tikus:2005)

Berdasarkan petikan cerita di atas, Tikus meminta Singa agar melepaskannya dari

cengkaman tangannya apabila didapati Tikus cuba menggangu Singa yang sedang berehat dan

tidur di bawah sepohon pokok. Singa mempersoalkan kata-kata Tikus yang meminta untuk

melepaskannya lalu Tikus menjawab dan menyatakan bahawa dia mungkin boleh membantu

Singa sekiranya ditimpa kesusahan suatu hari nanti. Singa ketawa setelah mendengar kata-kata

Tikus. Singa memperlekehkan Tikus yang dilihatnya hanya sebagai seekor haiwan yang kecil

dan tidak dapat dapat berbuat apa-apa termasuklah membantu Singa yang besar dan gagah itu.

Maka situasi ini jelas menunjukkan bahawa unsur moral memandang rendah terhadap

kemampuan orang lain sepatutnya dijauhi demi mewujudkan masyarakat yang saling

menghormati antara satu sama lain sekaligus dapat menghakis sifat sombong dan riak yang

dalam diri.

4.5 Tolong-menolong dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul

Di samping itu, pengkaji juga mendapati bahawa unsur moral tolong-menolong terdapat dalam

cerita binatang yang dikaji iaitu “Singa & Tikus. Tolong menolong ditakrifkan sebagai sikap

saling membantu untuk meringankan beban (penderitaan, kesulitan) orang lain dengan

melakukan sesuatu. Bantuan yang dimaksud dapat disalurkan berbentuk bantuan tenaga, waktu,
ataupun dana. Menurut Dovidio & Penner (2001:11), menolong adalah suatu tindakan yang

bertujuan menghasilkan keuntungan terhadap pihak lain. Perilaku menolong juga didefinisikan

sebagai suatu tindakan yang menguntungkan orang lain tanpa perlu menguntungkan si penolong

secara langsung, bahkan kadang menimbulkan risiko bagi si penolong. Takrifan tolong-

menolong juga mendapat perhatian Baron, Byrne & Brascombe (2006) yang juga menyatakan

bahawa tolong menolong dalam kebaikan merupakan salah satu bentuk sikap hidup yang

didambakan oleh umat manusia di seluruh muka bumi. Dengan adanya sikap tolong-

menolong,maka masyarakat yang berjiwa nurani dapat dilahirkan sekaligus membentuk negara

yang berkembang maju dalam pelbagai sektor kerana kesepaduan dan kebersamaan masyarakat

untu mencapai sesuatu matlamat yang ditetapkan . Sebaliknya,jika tiada sikap tolong menolong

dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan,maka kesepaduan dan kebersamaan dalam

menyelesaikan masalah tidak dapat dipupuk sekaligus permasalahan yang timbul sukar untuk

diselesaikan dengan cepat dan mudah. Sikap hidup saling tolong menolong merupakan kunci

dan tips hidup aman dan sejahtera di mana pun kita berada. Berdasarkan kajian yang dilakukan,

pengkaji juga dapat mengenalpasti aspek unsur moral dalam buku cerita binatang yang dikaji

melalui petikan cerita berikut.

“Singa terperangkap di dalam jaring pemburu. Singa tidak tahu cara


untuk melepaskan diri. “Aku datang untuk menolong kau,” kata Tikus.
“Sudah aku katakan,kau terlalu kecil untuk menolong aku,”kata
Singa.Tikus mula menggigit jaring itu.Lama-kelamaan,sebuah lubang
besar terbentuk. Singa itu melepaskan diri melalui lubang itu.”
(Singa dan Tikus:2005)

Berdasarkan petikan cerita di atas, Singa tidak tahu bagaimana cara dia hendak

melepaskan diri semasa terperangkap di dalam jaring yang dipasang oleh seorang pemburu.

Tikus telah datang untuk menolongnya namun Singa mengatakan bahawa Tikus terlalu kecil

untuk membantunya. Tikus tetap membantu Singa melepaskan diri dengan menggigit jaring yang
dipasang oleh pemburu. Lama-kelamaan, terbentuknya lubang yang besar pada jaring yang

dipasang lalu Singa melepaskan diri melalui lubang tersebut. Maka jelaslah bahawa unsur moral

tolong –menolong dalam menyelesaikn permasalahan yang timbul dalam cerita ini dapat

mmbentuk masyarakat yang beretika dalam kehidupan.

4.6 Tidak bersikap sombong dengan kelebihan yang dimiliki

Seterusnya, unsur moral yang terdapat dalam buku binatang yang dikaji berjudul Arnab dan Kura-kura

ialah kita janganlah sombong dengan kelebihan yang dimiliki. Menurut Sukanto (1985: 191)

menjelaskan bahwa sombong adalah salah satu bentuk gangguan mental yang mana hal ini

termasuk dalam nafsio ataksia, yang masuk dalam ragam nafsiah yaitu kibr, yakni sifat

menyombongkan diri di hadapan orang lain, merasa lebih tinggi (kedudukannya), lebih pandai,

lebih kaya, lebih berharga atau lebih mulia daripada orang lain. Orang yang biasa kibr tidak

boleh merasakan nikmat yang Allah berikan disebabkan usahanya sendiri (kufur-nikmat),

sedangkan Imam Al-Ghazali (1998: 7-8) dalam bukunya yang berjudul Pandangan Imam Al

Ghazali tentang Takabbur dan Ujub iaitu sifat sombong. Beliau mengemukakan pengertian

sombong ialah perilaku yang menolak kebenaran dan meremehkan manusia dengan anggapan

kepandaiannya lebih hebat dan lebih tinggi pangkatnya daripada yang lain. Pandangan ini turut

dikuatkan dengan sebuah Firman Allah SWT di dalam surah Al-Isra’, ayat 37 yang bermaksud:

dari “Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan lagak sombong, kerana

sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang

setinggi gunung.”. Hal ini bermakna, sombong tidak mempunyai nilai apa-apa kepada kita.

Apabila kita bersikap sombong kepada sesama manusia, bukan hanya menjadikan hubungan

renggang sekaligus ia menghadirkan kebencian dan kemarahan dalam kalangan manusia itu

sendiri.Sebaliknya,jika individu itu memiliki sifat peramah dan tidak sombong dengan kelebihan
yang dimiliki,maka seseorang itu akan disenangi masyarakat sekaligus dapat menjadi suri

teladan kepada generasi muda akan datang agar mencontohi sifat mulia tersebut dalam

kehidupan seharian. Konteks sifat sombong ini dapat diteliti oleh pengkaji dengan

menghubungkaitkannya dengan aspek unsur moral yang terdapat dalam buku kajian binatang

pengkaji . Hal ini dapat dilihat berdasarkan petikan cerita berikut.

“Kau ialah haiwan yang paling perlahan di dunia, Kura-kura,” ejek


Arnab. Arnab terus mentertawakan Kura-kura.Kura-kura sangat marah
dengan kata-kata Arnab. “Mari kita berlumba dan lihat siapa yang
pantas,”kata Kura-kura. “Jangan berguraulah!”ketawa Arnab. “Kau
tidak mungkin dapat berlari sepantas aku! Arnab terus ketawa sehingga
berguling-guling di atas tanah.”
(Arnab dan Kura-kura:2005)

Berdasarkan petikan cerita di atas, Arnab mempersendakan Kura-kura dengan

menyatakan bahawa Kura-kura ialah haiwan yang paling perlahan di dunia. Kura-kura amat

marah dengan kata-kata Arnab itu lalu mengajak Arnab untuk berlumba dengannya bagi

menentukan siapa yang paling pantas dia antara mereka berdua. Arnab terus mentertawakan

Kura-kura dan menafikan kebolehan Kura-kura untuk berlari sepantasnya. Maka situasi ini jelas

menunjukkan sikap sombong dan bangga diri dengan kelebihan yang ada pada diri akan

mendatangkan kesan yang buruk kepada diri sendiri kelak.

4.7 Kegigihan dalam melaksanakan sesuatu sehingga mencapai matlamat dan kejayaan

yang diinginkan

Selanjutnya, unsur moral yang terdapat dalam cerita binatang ini ialah kegigihan dalam

melaksanakan sesuatu sehingga memperoleh kejayaan yang diinginkan. Menurut Peterson &

Seligman (2004), gigih didefinisikan sebagai tindakan sukarela yang dilakukan untuk mencapai
suatu tujuan meskipun terdapat kekangan,kesulitan dan rintangan. Kegigihan memerlukan

adanya suatu perilaku relatif dalam mempertahankan suatu kepercayaan. Apabila seseorang itu

memiliki kegigihan dalam melaksanakan sesuatu,maka matlamat yang hendak dituju akan

dicapai dengan mudah sekaligus memupuk sikap tidak mudah berputus asa dalam diri.

Sebaliknya,jika seseorang itu sambil lewa dalam mengejar matlamat dan hala tuju dalam

kehidupannya,maka matlamat tersebut akan sukar dicapai sekaligus menjadikan seseoang itu

tidak bersungguh-sunguh dan mudah berputus asa dalam kehidupannya. Hal ini dibuktikan

melalui petikan cerita berikut:

“Kura-kura terus merangkak perlahan. Si Burung dan Siput bersorak


untuk kura-kura.Si Burung dan Siput tidak mahu Kura-kura berputus asa.
Kura-kura ternampak Arnab sedang tidur dengan nyenyak.Kura-kura
terus merangkak ke puncak bukit.”
(Arnab dan Kura-kura:2005)

Berdasarkan petikan cerita di atas, walaupun Kura-kura bergerak dengan perlahan, dia tetap

meneruskan perjalanannya untuk sampai ke puncak bukit. Kegigihannya itu juga dibantu dengan

sorakan daripada kawan-kawannya iaitu Burung dan Siput. Semasa dalam perjalanan menuju ke

puncak bukit, Kura-kura ternampak Arnab sedang tidur dengan nyenyak. Selepas melihat situasi

tersebut, Kura-kura terus merangkak untuk meneruskan perjalanannya untuk ke tiba ke puncak

bukit. Akhirnya perlumbaan tersebut dimenangi oleh Kura-kura dan Arnab yang sombong

dengan kelebihannya telah menyesal. Maka jelaslah bahawa hal ini membuktikan, sifat

sombong tidak akan membawa kita ke mana-mana, malah Allah swt akan membalas sikap kita

itu dengan balasan buruk dan mengaibkan.

5.0 KESIMPULAN
Berdasarkan perbincangan dan hasil kajian yang telah diteliti oleh pengkaji, maka dapat

disimpulkan bahawa cerita-cerita binatang yang dijadikan sebagai salah satu wadah dan bahan

kajian pengkaji turut memiliki aspek unsur moralnya yang tersendiri seperti unsur moral jangan

bersikap sombong, baik hati membantu individu yang ditimpa kesusahan dan sentiasa berbudi

bahasa dengan orang lain. Namun begitu, terdapat banyak lagi unsur moral yang terdapat dalam

cerita binatang yang boleh diperolehi oleh pembaca sama ada dari perpustakaan,bacaan secara

atas talian mahupun bahan ilmiah yang terdapat di pasaran.

Pada penilaian pengkaji, pengkaji mendapati bahawa buku cerita binatang ini amat baik

dari segi jalan penceritaannya yang tidak terlalu padat dan lebih bersifat santai serta mudah

difahami. Selain itu, ilustrasi buku cerita binatang yang menarik dan kebanyakannya diolah dan

bertemakan flora dan fauna dapat menarik perhatian pembaca khususnya golongan kanak-kanak

yang dilihat kian kurang menjadikan amalan membaca sebagai medium utama untuk mereka

mendapatkan ilmu pengetahuan disebabkan perkembangan dan ledakan teknologi yang pesat

sehingga menyebabkan minat dan kecenderungan mereka lebih tertumpu kepada penggunaan

gajet dan hiburan lain semata-mata.

Di samping itu, pengkaji berpendapat bahawa buku cerita binatang yang dijadikan

sebagai medium untuk menyampaikan aspek unsur moral kepada masyarakat melalui penonjolan

watak-watak binatang (Mergastua) ini amat berkesan sebagai sindiran untuk menunjukkan dan

memberikan teladan serta pengajaran kepada masyarakat sekaligus dapat membentuk peribadi

dan sahsiah individu yang lebih unggul dan mulia.

Akhir sekali, pengkaji berharap buku cerita binatang ini tidak diketepikan kepentingan

dan peranannya dalam kalangan masyarakat kerana tidak dinafikan sumber bahan ilmiah ini juga
mampu membentuk masyarakat yang kreatif, imaginatif dan inovatif dalam menyumbang ke

arah pembentukan sahsiah dan pembangunan negara.

6.0 RUJUKAN

Amat Juhari Moain. 1985. Suatu analisis sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Akademi pengajian
Melayu, Universiti Malaya

Aniza Anis Sallihudin (pnytg). 2005. Arnab dan Kura-kura. Kuala Lumpur: Kohwai & Young
Publications(M) Sdn. Bhd.

Aniza Anis Sallihudin (pnytg). 2005. Semut dan Merpati. Kuala Lumpur: Kohwai & Young
Publications(M) Sdn. Bhd.

Aniza Anis Sallihudin (pnytg). 2005. Singa dan Tikus. Kuala Lumpur: Kowhai & Young
Publications(M) Sdn. Bhd.

Baron, R.A., Byrne, D., & Branscombe, N.R. 2006. Social Psychology(11th ed.). Boston: Pearson
Education. Inc.

Chaplin, J.P. 2006. Kamus Lengkap Psikologi. Jakarta: PT. RajaGrafindo Persada.
Dovidio, J., Penner. 2001. The Psychology of Helping and Altruism. New York: McGraw-Hill
Inc

Hashim Hj. Musa. 2008. Hati Budi Melayu. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Hurlock, E.B. 1999. Perkembangan Anak( Jilid II). Alih bahasa:Tjandrasa dan Zarkasih. Jakarta:
Erlangga.

Imam Al-Ghazali. 1998. Pemikiran Al-Ghazali tentang pendidikan. Yogyakarta , Pustaka Pelajar

Ismail Yusoff. 2008. Kesusasteraan Melayu Lama dan Baru. Sintok: Penerbit Universiti Utara
Malaysia

Mensius. 2000. The Chinese Classics: The life and works of Mencius. Harvard University . J.B.
Lippincott.

Mustafa Hj Daud. 1995. Budi bahasa dalam tamadun islam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia

Peterson, C .& Selingman, M.E.P. 2004. Character strengths and virtues: A handbook and
classification. New York. Oxford University Press. Inc

Sukanto Reksohadiprojo . 2006. Nafsiologi :Suatu pendekatan alternatif atas psikologi. Jakarta .
Integritas Press. Inc

Tajul Ariffin Noordin & Nor’Aini Dan. 1992. Pendidikan dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur:
Arena Ilmu. Universiti Putra Malaysia.

http://sainskesantunan.blogspot.com/2015/08/tajuk-1-konsep-budi-bahasa-dalam.html

http://www.ciputrauceo.net/blog/2016/2/4/etika-tolong-menolong-agar-tidak-menyakiti-orang-
lain

You might also like