Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN MANJOI DUA

JALAN MASJID 30020 IPOH, PERAK.

TELEFON: 05-5265 441 FAKS: 05-5268 129

EMAIL : ABA2043@edu.gov.my

KOD SEKOLAH : ABA 2043

_________________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT PENYELARASAN KEJOHANAN BOLA JARING


MSSD B12 SR KINTA UTARA
TAHUN 2022

Tarikh : 24 Mei 2022


Hari : Selasa
Masa : 2.30 petang
Tempat : Blok C, SK MANJOI DUA

Kehadiran :
1. Pn. Nor Lela bt. Idris PTPS Bola Jaring MSSD Kinta Utara
2. Pn. Delima Sharmillee bt. Farid El Hanini Naib PTPS Bola Jaring MSSD Kinta Utara
3. Pn. Fadzilah bt. Abd. Aziz Guru Besar SK Manjoi Dua / Pengerusi Pengelola
4. En. Meor Zulkernaen b. Zabidin PK Kokurikulum SK Manjoi Dua
5. Pn. Zaliana bt. Mohd. Zahar SK Seri Kelebang
6. Pn. Norazuwani bt. Mohammad Arif SK Haji Mahmud
7. Pn. Nur ‘Aliah bt. Mat Lazim SK Chepor
8. Pn. Norhana bt. Ahyat SK Tanah Hitam
9. Pn. Rohaya bt. Lat SK Jelapang
10. En. Abdul Syukur Ibrahim SK Jelapang
11. Pn. Azlina bt. Mohd Ali SK Jelapang
12. Pn. Lethavathi Mendal a/p Rahman Krishnan SJK(T) Klebang
13. Pn. Azimah bt. Rohamat SK Seri Al-Ummah

1
14. Pn. Masitah bt. Othman SK Dato’ Ahmad said Tambahan
15. Pn. Nur Amiza bt. Mohd Jidin SK Tarcisian Convent
16. Pn. Norfazilah bt. Abu Bakar SK Silibin
17. Pn. Haslina bt. Ishak SK Silibin
18. Pn. Jamaliah bt. Jamaludin SK Tasik Damai
19. Pn. Fadlina bt. Sukor SK Tasek
20. Pn. Syaharom bt. Idris SK Sri Kinta
21. Pn. Aida Norsyuhada bt. Ghazali SK (P) Methodist
22. Pn. Nor Adila bt. Ghazali SK Marian Convent
23. Pn. Nurannisa bt. Suyatim SK Marian Convent
24. Pn. Susiladevi a/p Supramaniam SJK (T) St. Philomena
25. Pn. Rekha a/p Durairaj SJK (T) Chettiar’s
26. Pn. Nujaimi bt. Ahmad Bakary SK Buntong
27. Tuan Norizan bt. Tuan Soh SK Taman Bersatu
28. Pn. Noor Hazimah bt. Mohammed Sopafi SK Sungai Raya
29. Pn. Nurrafida bt. Daud SK Simpang Pulai
30. Pn. Nik Zafirah bt. Nek Zaid SK Rapat Jaya
31. Pn. Nurazlina bt. Mohd Ali SK Rapat Setia
32. Pn. Salawati bt. Omar SK Pengkalan
33. Pn. Nur Hafizah bt. Yahya SK Pengkalan Pegoh
34. Pn. Fatin Najia bt. Zaharuddin SK Kampung Pasir Puteh
35. Pn. Nirmala Devi a/p S Naryansamy SJK(T) Menglembu
36. Pn. Noor Akmar bt. Jaafar SK Sungai Rokam
37. Pn. Ayu Hartini bt. Arifen SK Sungai Rokam
38. Pn. Sharmmini Christina a/p Tharmaraj SK Raja Perempuan
39. Pn. Nurharmila bt. Harmainy SK Raja Chulan
40. En. Darius Wu Tze Shung SK Raja Chulan
41. En. Mohd Sazli b. Salehudin SK Raja Chulan
42. Pn. Hasnidar Marli bt. Mhd Ibrahim SK Kuala Pari
43. Pn. Siti Wahinur bt. Wahid SK Seri Ampang
44. Pn. Nurul Jannah bt. Abdulah Sahimi SR Imtiyaz
45. Pn. Nor Aimi Nadiah bt. Mohd Nanyan SR Al- Hidayah
46. Pn. Kamilah bt. Che Mat SK Tambun

2
47. Pn. Nur Dini bt. Mohamed Nasir SK Perpaduan
48. Pn. Marina bt. Nordin @ Ahmad Nordin SK Pakatan Jaya
49. Pn. Norsyita bt. Ghozali SK Bandar Baru Putera
50. Pn. Nur Izaty bt. Kamaruddin SK Bandar Baru Putera
51. Pn. Hafizah bt. Che Me SK Seri Mutiara
52. Pn. Dayang Noriana bt. Mohd Nor SK Meru Raya
53. Pn. Nor Farah Diana bt. Muhammad Yusof SK Meru Raya

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan terima kasih kepada Pn. Fadzilah binti
Abd. Aziz, Guru Besar SK Manjoi Dua selaku pengerusi pengelola, Pn. Nor Lela binti Idris, PTPS Bola
Jaring MSSD Kinta Utara, Pn. Delima Sharmillee bt. Farid El Hanini, Naib PTPS, pengerusi-pengerusi
zon, jurulatih-jurulatih pasukan dan guru-guru yang hadir pada mesyuarat kali ini.
1.2 Mesyuarat mengambil maklum bahawa sekolah yang mendaftar hari ini adalah sekolah yang
berminat untuk menyertai Kejohanan Bola Jaring pada tahun 2022.
1.3 Mesyuarat mengambil maklum tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan
beberapa agenda dan mencapai kata sepakat bagi menjayakan Kejohanan Bola Jaring MSSD B12
SR Kinta Utara bagi tahun 2022.
1.4 Pengerusi berharap agar mesyuarat berjalan lancar dan memohon maaf atas kekurangan
mesyuarat ini.

2.0 UCAPAN GURU BESAR (PENGERUSI PENGELOLA)

2.1 Pn. Fadzilah binti Abd. Aziz mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan sebagai
tuan rumah kejohanan bagi tahun 2022. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran Pn. Nor Lela binti
Idris, Ketua PTPS, Pn. Delima Sharmillee bt. Farid El Hanini, Naib PTPS dan semua yang hadir ke
mesyuarat ini.
2.2 Beliau memaklumkan mengenai infrasruktur yang akan disediakan oleh pihak sekolah selaku tuan
rumah. Pihak sekolah akan menyediakan 4 buah gelanggang bola jaring iaitu 3 untuk kejohanan
dan 1 untuk simpanan jika diperlukan.

3
2.3 Beliau juga memaklumkan sekiranya terdapat sekolah yang ingin membuat tempahan makanan
melalui pengusaha kantin SK Manjoi Dua, boleh terus berurusan dengan En. Meor Zulkernaen PK
Kokurikulum SK Manjoi Dua.
2.4 Puan Fadzilah berharap agar Kejohanan Bola Jaring yang akan berlangsung berjalan lancar.

3.0 TAKLIMAT PTPS BOLA JARING OLEH PN. NOR LELA BINTI IDRIS

3.1 Pn. Nor Lela binti Idris mengalukan kehadiran semua guru dan terima kasih kerana hadir. Beliau
juga mengharapkan kerjasama yang baik daripada semua pihak. Selian itu, ucapan terima kasih
kepada sekolah pengerusi pengelola kerana menyediakan gelanggang, tempat berehat, tenaga
kerja dan sebagainya dengan baik.
3.2 Beliau turut menyatakan bahawa sokongan jurulatih sangat diperlukan.
3.3 Mesyuarat juga mengambil maklum pencapaian pasukan bola jaring dalam MSSPK adalah seperti
berikut:

Kategori 2018 2019 2020


Bawah 12 tahun Naib Johan Johan Naib Johan
Bawah 15 tahun Johan Naib Johan Tempat Ke-3
Bawah 18 tahun Johan Johan Johan

3.4 Oleh itu, menjadikan Johan Keseluruhan untuk MSSPK.


3.5 Mesyuarat mengambil maklum peraturan yang dibacakan oleh Pn. Norlela binti Idris.
(Rujuk Lampiran Peraturan Pertandingan Bola Jaring MSSD Kinta Utara Tahun 2022)

3.5.1 Jumlah Pemain : 10 orang


3.5.2 Pakaian : Pakaian pasukan mesti sama dari segi warna dan hiasan kecuali
pemain yang bersaiz besar sahaja asalkan warna yang sama. Skirt tanpa tights tidak
dibenarkan. Tuan rumah akan menyediakan satu set bib.
3.5.3 Kelewatan : Pasukan yang lewat 10 minit, tidak boleh teruskan permainan.
Pasukan yang mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang pemain boleh bertanding
dengan syarat mempunyai centre dan shooter yang telah didaftarkan dalam RO1 dan
RO2.

4
3.5.4 Bantahan : Sebarang bantahan akan dikenakan bayaran sebanyak RM200. Wang
akan dikembalikan sekiranya bantahan diterima dan tidak akan dikembailkan
sekiranya bantahan ditolak.
3.5.5 Guru atau pengurus pasukan lelaki tidak dibenarkan ke dalam gelanggang.
3.5.6 Borang Kejohanan perlu diperbanyakkan untuk diisi dan dihantar setiap kali
pertandingan.
3.5.7 Side Coaching bagi kumpulan lawan tidak dibenarkan. Pengadil mempunyai kuasa
untuk menghalau sebarang gangguan.
3.5.8 Waktu rehat 1 minit boleh buat pertukaran pemain. Manakala pada waktu bermain
pertukaran hanya boleh dibuat jika berlaku kecederaan.
3.5.9 Pertukaran pemain yang telah didaftarkan boleh dilakukan pada hari kejohanan
dilakukan. Borang RO1 dan RO2 serta salinan myKID yang telah disahkan perlu dibawa
sekiranya ada pertukaran pemain.

3.6 Mesyuarat mengambil maklum untuk melengkapkan borang RO1 iaitu 10 borang untuk setiap
pemain. Borang kebenaran ibu bapa dari sekolah mesti disertakan dengan pengesahan ibu bapa
dan Guru Besar. Selain itu, salinan mykid perlu disahkan oleh Guru Besar.
3.7 Mesyuarat mengambil maklum borang RO2 mesti disahkan oleh Guru Besar.
3.8 Mesyuarat mengambil maklum pengerusi setiap zon akan menyediakan pegawai teknikal seramai
5 orang yang terdiri daripada 3 orang guru dan 2 orang murid.
3.9 Mesyuarat mengambil maklum setiap sekolah perlu menghantar seorang guru teknikal dan
seorang murid sebagai pembantu.
3.10 Mesyuarat mengambil maklum hadiah dan sijil akan diberikan kepada pemenang tempat pertama
hingga ke empat. Manakala, sijil penyertaan akan diberikan kepada semua sekolah yang
bertanding.
3.11 Mesyuarat mengambil maklum bahawa yuran pertandingan sebanyak RM180 dipersetujui dan
perlu dijelaskan selewat-lewatnya pada 15 Jun 2022 (Rabu) beserta borang RO1 dan RO2 kepada
SK Manjoi Dua sebagai Pengerusi Pengelola Kejohanan Bola Jaring Bawah 12 Tahun Peringkat
MSSD Kinta Utara melalui cek seperti berikut:

Nama pada cek : GURU BESAR SK MANJOI DUA

No Akaun : 8004782882

Jenis Bank : CIMB BANK BERHAD


5
4.0 JADUAL PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA JARING B12 SR ANTARA ZON A B C D E F DAN DAERAH

4.1 Berikut adalah senarai sekolah bagi Pengerusi Zon setiap zon A, B, C, D, E, F sekolah-sekolah Daerah
Kinta Utara 2022:

ZON PENGERUSI ZON


A SK Jelapang
B SK Manjoi Dua
C SK Marian Convent
D SK Kg Pasir Puteh
E SK Raja Chulan
F SK Meru Raya

4.2 Berikut adalah undian bagi kumpulan setiap zon.

4.2.1 Zon A (2 Kumpulan – 7 sekolah)


KUMPULAN A KUMPULAN B
A1 – SK TANAH HITAM B1- SJK(T) KELEBANG
A2 – SK SERI KELEBANG B2-SK CHEPOR
A3 – SK JELAPANG B3-SK HAJI MAHMUD
B4-SRA AL UMMAH

4.2.2 Zon B (3 Kumpulan – 7 sekolah)


KUMPULAN A KUMPULAN B
A1-SK DATO’ AHMAD SAID TAMBAHAN B1-SK SERI MUTIARA
A2-SK SILIBIN B2-SK JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG
A3-SK TARCISIAN CONVENT B3-SK MANJOI 2
B4-SJKT METHODIST

6
4.2.3 Zon C (2 Kumpulan – 7 sekolah)
KUMPULAN A KUMPULAN B
A1-SK BUNTONG B1-SK TASEK
A2-SK TASIK DAMAI B2- SJK (T) ST PHILOMENA
A3-SJK (T) CHETTIARS B3-SK MARIAN CONVENT
B4-SK SRI KINTA

4.2.4 Zon D (3 Kumpulan – 9 sekolah)


KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C
A1-SK SUNGAI RAYA B1-SJK (T) MENGLEMBU C1-SK JALAN PEGOH
A2-SK PENGKALAN PEGOH B2-SK RAPAT JAYA C2-SK PENGKALAN
A3-SK TMN BERSATU B3-SK KG. PASIR PUTIH C3-SK SIMPANG PULAI

4.2.5 Zon E (3 Kumpulan – 9 sekolah)

KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C


A1-SK RAJA CHULAN B1-SK SERI AMPANG C1-SK KUALA PARI
A2-SK RAPAT SETIA B2-SK PEREMPUAN METHODIST C2-SK SG. ROKAM
A3-SR IMTIYAZ B3-SR AL HIDAYAH C3-SK RAJA PEREMPUAN

4.2.6 Zon F (2 Kumpulan – 6 sekolah)


KUMPULAN A KUMPULAN B
A1-SK TAMBUN B1-SK PERPADUAN
A2-SK PAKATAN JAYA B2-SK BANDAR BARU PUTERA
A3-SK MERU RAYA B3-SK TANJONG RAMBUTAN

4.3 Mesyuarat mengambil maklum kejohanaan akan bermula pada pukul 8.30 pagi. Semua pasukan
perlu hadir untuk pendaftaran pada pukul 7.30 pagi pada tarikh yang ditetapkan seperti berikut:

Tarikh Hari Pertandingan Peringkat Zon dan Daerah


22 JUN 2022 Rabu Zon A, B dan C
23 JUN 2022 Khamis Zon D, E dan F
24 JUN 2022 Jumaat Daerah

7
5.0 KEWANGAN

5.1 Mesyuarat mengambil maklum yuran yang dikenakan adalah untuk bayaran pengadil, sumbangan
kepada ketua PTPS dan naib PTPS, jamuan makan, hadiah, peralatan, alat tulis, dakwat komputer,
ubat, penyelenggaraan padang dan sewa lori untuk menjayakan kejohanan ini.

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Makanan dan minuman pemain dalam pasukan adalah di bawah tanggungan pihak sekolah
masing-masing. Guru-guru boleh menghubungi En. Meor Zulkernaen PK Kokurikulum SK Manjoi
Dua di talian 012-4562539 sekiranya ingin membuat tempahan makanan melalui pengusaha kantin
sekolah SK Manjoi Dua.
6.2 Guru pengiring dan jurulatih boleh meletak (parkir) kereta di luar pagar kawasan padang SK Manjoi
Dua pada hari perlawanan.
6.3 Setiap pengerusi zon perlu membawa papan markah dan alat tulis ketika kejohanan dijalankan.
6.4 Mesyuarat mengambil maklum minit mesyuarat akan di hantar kepada ketua zon masing-masing
melalui telegram.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.35 petang.

Di sediakan oleh; Di semak oleh; Di sahkan oleh;

……………………………… ……………………………………………………. ………………………………………..


(HASNI BIN HASSAN) (MEOR ZULKERNAEN BIN ZABIDIN) (FADZILAH BINTI ABD AZIZ)
SK MANJOI DUA PK KOKURIKULUM, GURU BESAR,
SK MANJOI DUA SK MANJOI DUA

You might also like