Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL

LADANG ESCOT 35900 HULU SELANGOR

KERTAS CADANGAN PEMASANGAN SISTEM WIFI


1. PENDAHULUAN

Era globalisasi yang berkembang dengan begitu cepat menuntut


pembaharuan dalam aspek jaringan internet bagi proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Situasi ini memerlukan warga Sekolah Jnis
Kebangsaan Tamil Ladang Escot mempunyai kemahiran ICT yang tinggi
bagi memudahkan maklumat diperolehi seiring dengan hasrat kerajaan
seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu
memperkembangkan potensi individu pelajar. Langkah yang efisien dalam
merungkai masalah ini adalah dengan mewujudkan Sistem WIFI demi
kemudahan semua pihak.

2. MOTO
Guru Bijak IT Murid Celik IT

3. MASALAH
3.1. Kesukaran guru- guru untuk mengakses maklumat pada internet di
sebabkan tiada kemudahan wifi di dalam bilik darjah terutamanya yang
melibatkan maklumat yang terbaru dan hanya boleh didapati dalam
internet.
3.2. Penggunaan Makmal Komputer dan Pusat Akses yang maksimum.
Guru yang hendak menggunakan Makmal Komputer dan Pusat Akses
terpaksa membuat tempahan awal bagi membolehkan penggunaan
komputer untuk pelajar menggunakan internet.
3.3. Pusat Akses yang terlalu sempit tidak sesuai untuk murid .
3.4. Semua Laptop yang dibekalkan oleh kerajaan ada wireless, tetapi
tidak dapat digunakan disebabkan ketiadaan Sistem WIFI.

2
4. OBJEKTIF
4.1. Mendapat liputan internet yang meluas dan dari dalam kelas.Ini
memudahkan guru-guru untuk mengakses maklumat semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran.
4.2. Pengajaran dan Pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Guru
tiadak perlu lagi menempah makmal komputer untuk sesi P & P yang
memerlukan menggunakan internet.
4.3. Meningkatkan kemahiran ICT ( Celik IT) di kalangan warga
sekolah termasuk guru-guru dan pelajar khususnya.
4.4. Memupuk minat pelajar dalam menghasilkan bahan pembelajaran
berasaskan internet khusunya aktiviti yang berpusatkan murid.

5. PELAKSANAAN
Sambungan akan dibuat daripada Mordem HUAWEI yang terdapat pada
Makmal komputer(Main). Satu Router akan di pasangkan di depan Makmal
Komputer pada aras satu dan satu Access point akan di pasangkan pada aras
tiga iaitu bertentangan dengan router bagi memastikan pancaran gelombang
dapat diliputi lebih meluas. Password akan dipasangkan bagi mengelakan
penyalahgunaan oleh bukan warga sekolah.
Ahli Jawatankuasa pemasangan yang terlibat adalah Unit ICT .
Tarikh mula beroperasi dijangkakan pada bulan JUN 2022

3
6. BAJET
Berikut disenaraikan item- item yang di perlukan seperti yang berikut
Bil Item Anggaran Kos (RM)
1. D-Link Router WIFI-300N 4-Port Router RM 400
Gigabit (RIR-655)
2. D-Link -WIFI-54 Access Point Bridge (DAP RM 200
1150)
3. UTP Cable 100 Meter RM 200
4. Pendawaian (Wire ring) RM 200
JUMLAH RM 1000

7. SUMBER KEWANGAN
7.1. Sumber Utama
1. Sumbangan PIBG

4
7. PELAN CADANGAN

PELAN CADANGAN PEMASANGAN ROUTER DAN ACCESS POINT


PELAN CADANGAN
CADANGAN PEMASANGAN
PEMASANGAN ROUTER
ROUTER DAN ACCESS
DAN ACCESS POINT POINT
ACCESS POINT

BILIK DARJAH
BILIK DARJAH

ROUTER
BILIK DARJAH

DATARAN
PERHIMPUNAN

BILIK GURU

PEJABAT

5
8. PENUTUP
Dengan adanya Sistem WIFI di sekolah ini diharapkan dapat
meminimumkan masalah keciciran maklumat di kalangan warga sekolah
khususnya pelajar di sekolah ini. Pengetahuan mengenai ICT di kalangan warga
sekolah dapat di pertingkatkan dan harapan kerajaan untuk membestarikan
sekolah dapat dijayakan.

Disediakan oleh:

EN.RAMANATHAN ARUMUGAM
Penyelaras ICT
SJKT LADANG ESCOT.

Disahkan oleh:

You might also like