Artikel Penyelidikan Tahap Kesediaan Guru Menggunakan Bahan Multimedia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TAHAP KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN

MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) BAHASA


MELAYU

Pn. Mimma Sayuti binti Mat Khalid


mimma@epembelajaran.edu.my

Nurul Asyiqin Fatini binti Sharaan


asyiqin09-748@epembelajaran.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap persepsi kegunaan, amalan dan kesediaan
guru-guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan bahan multimedia dalam PdP Bahasa
Melayu. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah
tinjauan dan kaedah korelasi. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpulkan
data. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 139 orang guru Bahasa
Melayu yang terdiri daripada 21 buah sekolah di daerah Seberang Perai Selatan, Pulau
Pinang yang dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak mudah. Data dianalis secara
deskriptif dengan menggunakan Statistical Packages for the Social Science (SPSS)
versi 26.0. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat analisis kekerapan, peratusan,
min, dan sisihan piawai. Analisis deskriptif mendapati min bagi tahap persepsi
kegunaan, amalan, dan kesediaan guru-guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan
bahan multimedia berada pada tahap yang tinggi. Analisis hubungan korelasi mendapati
ketiga-tiga pemboleh ubah mempunyai hubungan yang kuat. Rumusannya, guru-guru
Bahasa Melayu di daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang bersedia untuk
menggunakan bahan multimedia dalam PdP Bahasa Melayu dan tahap kesediaan guru
menggunakan bahan multimedia bergantung kepada tahap persepsi kegunaan dan
amalan penggunaan. Kajian ini memberikan implikasi kepada pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah dan guru-guru Bahasa Melayu untuk terus
memberikan sokongan, galakan dan kemudahan bagi menggunakan bahan multimedia
dalam PdP Bahasa Melayu.
Kata Kunci: Bahan multimedia, tahap persepsi kegunaan, tahap amalan, tahap
kesediaan, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

ABSTRACT

This study aims to examine the level of perception of the usability, practice and
readiness of Malay language teachers on the use of multimedia materials in T&L Bahasa
Melayu. The design of this study employs a quantitative approach through survey
method and correlation method. Questionnaire was used as the instrument to collect the
data. The respondents involved in this study were a total of 139 Malay language
teachers from 21 schools in the district of Seberang Perai Selatan, Penang who were
selected based on a simple random sampling technique. Data were analyzed
descriptively using Statistical Packages for the Social Science (SPSS) version 26.0.
Descriptive statistics were used to look at frequency, percentage, mean, and standard
deviation analyzes. Descriptive analysis found that the mean for the level of perception
of the usability, practice, and readiness of Malay language teachers towards the use of
multimedia materials was at a high level. Correlation analysis found that all three
variables had a strong relationship. In summary, Malay language teachers in the district
of Seberang Perai Selatan, Penang are ready to use multimedia materials in T&L
Bahasa Melayu and the level of readiness of teachers to use multimedia materials
depends on the level of perception of the usability and usage practices. This study gives
implications to the Ministry of Education Malaysia (MOE), schools and Malay language
teachers to continue to provide support, encouragement and facilities for the use of
multimedia materials in T&L Bahasa Melayu.

Key Words: Multimedia materials, level of perception of usability, level of practice, level
of readiness, teaching and learning of Malay

PENGENALAN

Menurut Che Soh Said et al. (2015), integrasi multimedia semakin mendapat tumpuan
dalam kajian pelbagai bidang termasuklah bidang pendidikan. Hal ini demikian kerana
multimedia mempunyai pelbagai elemen seperti teks, suara, grafik, animasi dan video
yang disampaikan dengan menggunakan teknologi komputer, digunakan secara digital
atau dikawal secara interaktif (Vaughan, 2004). Multimedia juga terbahagi kepada tiga
iaitu multimedia interaktif, multimedia hiperaktif dan multimedia linear (Nur Fatin
Shamimi et al., 2021). Skop multimedia yang difokuskan dalam kajian ini ialah
multimedia interaktif, iaitu jenis multimedia yang membolehkan pengguna mengawal
elemen multimedia yang dipaparkan (Iwan Binanto, 2010).

Sehubungan itu, keupayaan guru dalam guru menghasilkan bahan multimedia


sebagai bahan bantu mengajar (BBM) merupakan pendekatan yang sejajar dengan
minat murid pada masa kini yang tertumpu kepada alat komunikasi. Menurut Norazlin
Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali (2019), pengintegrasian pengajaran guru
menggunakan pendekatan berdasarkan minat murid dapat memberi peluang kepada
murid untuk menguasai kemahiran abad ke-21 iaitu kemahiran kolaborasi, kemahiran
maklumat dan pembelajaran akses kendiri. Tambah Ibrahim (2013), penggunaan bahan
multimedia yang mempunyai kepelbagaian elemen ini juga mampu meransang minat
murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

PERNYATAAN MASALAH

Menurut Mahyuddin dan Hasnisham (2011), kehadiran teknologi multimedia merupakan


saluran yang penting bagi penyebaran maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran
(PdP) manakala, guru-guru merupakan kunci kejayaan kepada aplikasi teknologi
multimedia tersebut. Berdasarkan pernyataan masalah ini, pengkaji berminat untuk
mengetahui tahap persepsi kegunaan, amalan dan kesediaan guru Bahasa Melayu
terhadap penggunaan bahan multimedia dalam pengajaran Bahasa Melayu. Hal ini
demikian kerana setelah melakukan penyemakan terhadap kajian-kajian lepas, didapati
kajian mengenai topik ini adalah kurang terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.
Namun, kajian mengenai topik ini banyak dilaksanakan untuk mata pelajaran yang lain.

Penggunaan media pengajaran berasaskan multimedia bukan sahaja akan


menjadikan PdP lebih menarik dan berkesan, malahan sesi pengajaran juga akan
menjadi lebih jelas dan mudah difahami (Anas, 2013). Berdasarkan kepada pernyataan
ini, pengkaji berminat untuk mengkaji tahap kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap
penggunaan bahan multimedia dalam PdP Bahasa Melayu. Bagi melihat kepada
hubungan atau faktor kepada kesediaan ini maka, dua pemboleh ubah berkaitan
tanggapan kebergunaan dan tanggapan kemudahgunaan juga turut dikaji tahapnya.

OBJEKTIF KAJIAN

Bagi mencapai tujuan kajian ini, beberapa objektif khusus telah dihasilkan. Antara
objektifnya adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti tahap persepsi kegunaan, amalan dan kesediaan guru Bahasa
Melayu terhadap penggunaan bahan multimedia dalam PdP Bahasa Melayu.
2. Menentukan sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara pemboleh
ubah persepsi kegunaan, amalan dan kesediaan guru terhadap penggunaan
bahan multimedia dalam PdP Bahasa Melayu.

PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian tersebut, soalan kajian ini adalah seperti yang berikut:

1. Apakah tahap persepsi kegunaan, amalan, dan kesediaan guru Bahasa Melayu
terhadap penggunaan bahan multimedia dalam PdP Bahasa Melayu?
2. Adakah terdapat hubungan antara tahap kesediaan guru terhadap penggunaan
multimedia dalam PdP Bahasa Melayu dengan tahap persepsi kegunaan dan
amalan penggunaan bahan multimedia?
METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini ialah pendekatan kuantitatif melalui
kaedah tinjauan dan kaedah korelasi. Dalam kajian ini, sampel kajian terdiri daripada
139 orang guru bahasa Melayu daripada 21 buah sekolah rendah di daerah Seberaang
Perai Selatan, Pulau Pinang. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang telah
diadaptasikan daripada kajian Maimun Aqsha et al. (2017). Instrumen kajian ini terdiri
daripada 26 item dan dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian A ialah demografi
responden manakala, Bahagian B, C dan Bahagian D adalah berkaitan tahap persepsi
kegunaan, amalan dan kesediaan guru terhadap penggunaan bahan multimedia dalam
PdP Bahasa Melayu. Soal selidik ini adalah secara atas talian iaitu melalui aplikasi
Google Forms. Instrumen soal selidik dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada
30 orang respon. Hasil analisis data mendapati bahawa nilai kebolehpercayaan Alpha
Cronbach bagi soal selidik ialah 0.968 yang bermaksud kebolehpercayaan yang sangat
tinggi. Penganalisisan data kajian dilakukan menggunakan Statiscal Package for the
Social Science 26.0 (SPSS 26.0). Data dianalisis secara deskriptif iaitu kekerapan,
peratusan, min dan sisihan piawai serta statistik inferensi iaitu pekali korelasi.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menjawab kepada dua soalan kajian iaitu tahap berkaitan tahap
persepsi kegunaan, amalan dan kesediaan guru terhadap penggunaan bahan
multimedia dalam PdP Bahasa Melayu dan hubungan antara ketiga-tiga pemboleh
ubah.

Jadual 1

Analisis item tahap persepsi kegunaan guru terhadap penggunaan bahan multimedia
dalam PdP Bahasa Melayu

Bil Item Min Sisihan Tahap


. Piawai
1. Saya beranggapan bahawa pelbagai alat 4.2 0.57 Tinggi
peranti boleh digunakan untuk mencari bahan 7
multimedia.
2. Saya beranggapan kelas boleh dijalankan 4.1 0.51 Tinggi
menggunakan alat peranti multimedia seperti 0
komputer, telefon, dan tab.
3. Saya beranggapan bahan multimedia boleh 4.2 0.59 Tinggi
didapati dengan mudah melalui Youtube, 2
Google Image, Canva dan sebagainya.
4. Saya beranggapan bahan multimedia adalah 3.9 0.59 Tinggi
seperti laman web, perisian persembahan 0
alternatif, perisian kuiz dan sebagainya.
5. Saya beranggapan elemen multimedia 4.1 0.56 Tinggi
merangkumi gabungan teks, bunyi, animasi, 9
gambar, dan media interaktif yang menarik.
6. Saya beranggapan multimedia boleh 3.9 0.51 Tinggi
digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran 9
secara dalam talian.
7. Saya beranggapan multimedia boleh 3.9 0.52 Tinggi
digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran 7
secara luar talian.
8. Saya beranggapan multimedia dapat 4.1 0.53 Tinggi
membantu meningkatkan tahap kreativiti murid 7
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu.
9. Saya beranggapan multimedia boleh 4.2 0.54 Tinggi
membantu meningkatkan pencapaian murid 2
dalam bahasa Melayu.
Skor Min Keseluruhan 4.1 0.42 Tinggi
1

Dapatan berdasarkan Jadual 1 menunjukkan skor min tahap persepsi kegunaan


guru terhadap penggunaan bahan multimedia dalam PdP Bahasa Melayu secara
keseluruhan ialah 4.11 (sp=0.42) yang menunjukkan responden mempunyai anggapan
kebergunaan yang sangat baik terhadap penggunaan bahan multimedia dalam PdP
Bahasa Melayu. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini
menghampiri ukuran pusat. Skor min paling tinggi iaitu 4.27 (sp=0.57) bagi item 1
menunjukkan responden sangat bersetuju dengan anggapan bahawa pelbagai alat
peranti boleh digunakan untuk mencari bahan multimedia. Skor min paling rendah pula
ialah 3.90 (sp=0.59) iaitu berkenaan anggapan bahan multimedia adalah seperti laman
web, perisian persembahan alternatif, perisian kuiz dan sebagainya.
Jadual 2

Analisis item tahap amalan guru terhadap penggunaan bahan multimedia dalam PdP
Bahasa Melayu

Bil Item Min Sisihan Tahap


. Piawai
1. Saya dapati multimedia secara dalam talian 3.9 0.69 Tinggi
mudah digunakan untuk sesi pengajaran dan 6
pembelajaran di dalam kelas.
2. Saya dapati multimedia secara luar talian 3.9 0.56 Tinggi
mudah digunakan untuk sesi pengajaran dan 1
pembelajaran di dalam kelas.
3. Saya dapati pencarian bahan multimedia ialah 4.1 0.58 Tinggi
lebih mudah dan menjimatkan masa. 6
4. Saya dapati penghasilan bahan melalui 4.1 0.57 Tinggi
multimedia ialah lebih kemas dan teratur. 6
5. Saya dapati penggunaan elemen multimedia 4.1 0.54 Tinggi
sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas 3
ialah lebih efektif.
6. Saya dapati penggunaan multimedia boleh 3.8 0.72 Tinggi
diakses dengan lebih mudah oleh murid. 3
Skor Min Keseluruhan 4.0 0.47 Tinggi
2

Dapatan berdasarkan Jadual 2 menunjukkan skor min tahap amalan guru


terhadap penggunaan bahan multimedia dalam PdP Bahasa Melayu secara
keseluruhan ialah 4.02 (sp=0.47) yang menunjukkan responden mendapati penggunaan
bahan multimedia dalam PdP Bahasa Melayu adalah memudahkan. Hasil kajian juga
menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini menghampiri ukuran pusat. Skor min
paling tinggi iaitu 4.16 (sp=0.57) bagi item 4 menunjukkan responden sangat bersetuju
bahawa penghasilan bahan melalui multimedia ialah lebih kemas dan teratur. Skor min
paling rendah pula ialah 3.83 (sp=0.72) iaitu berkenaan penggunaan multimedia boleh
diakses dengan lebih mudah oleh murid.
Jadual 3

Analisis item tahap kesediaan guru terhadap penggunaan bahan multimedia dalam PdP
Bahasa Melayu

Bil Item Min Sisihan Tahap


. Piawai
1. Saya sedia untuk mengajar menggunakan 4.01 0.53 Tinggi
multimedia secara dalam talian atau luar
talian.
2. Saya sedia mengendalikan kuiz yang 3.78 0.63 Tinggi
berbentuk permainan secara multimedia di
dalam kelas.
3. Saya sedia untuk menggunakan multimedia 3.65 0.70 Sederhana
di dalam kelas walaupun kemudahan
teknikal di sekolah adalah terhad.
4. Saya sedia menggunakan multimedia yang 3.96 0.49 Tinggi
sesuai dengan objektif pengajaran.
5. Saya sedia untuk meneroka aspek 3.97 0.51 Tinggi
multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran
dan juga pencapaian murid.
6. Saya positif bahawa penggunaan multimedia 4.09 0.43 Tinggi
boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran secara berkesan.
Skor Min Keseluruhan 3.91 0.45 Tinggi

Dapatan berdasarkan Jadual 3 menunjukkan skor min tahap kesediaan guru


terhadap penggunaan bahan multimedia dalam PdP Bahasa Melayu secara
keseluruhan ialah 3.91 (sp=0.45) yang menunjukkan responden bersedia untuk
menggunakan bahan multimedia dalam PdP Bahasa Melayu. Hasil kajian juga
menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini menghampiri ukuran pusat. Skor min
paling tinggi iaitu 4.09 (sp=0.45) bagi item 6 menunjukkan responden sangat bersetuju
bahawa penggunaan multimedia boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran secara berkesan. Skor min paling rendah pula ialah 3.65 (sp=0.70) iaitu
berkenaan kesediaan guru untuk menggunakan multimedia di dalam kelas walaupun
kemudahan teknikal di sekolah adalah terhad.
Jadual 4

Analisis hubungan korelasi antara tiga pemboleh ubah

Pemboleh ubah Pemboleh ubah


Pekali, r P
bebas bersandar
Tahap persepsi Tahap amalan 0.736** 0.000
kegunaan
Tahap persepsi Tahap kesediaan 0.785** 0.000
kegunaan
Tahap amalan Tahap kesediaan 0.750** 0.000
**Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2-ekor)

Berdasarkan Jadual 4, nilai ujian korelasi bagi tahap persepsi kegunaan dan
tahap amalan ialah 0.736. Seterusnya, nilai ujian korelasi bagi tahap persepsi
keegunaan dan tahap kesediaan ialah 0.785. Manakala, nilai ujian korelasi tahap
amalan dan tahap kesediaan ialah 0.750. Berdasarkan keputasan ujian korelasi ini,
dapat dilihat hubungan antara tiga pemboleh ubah dalam kajian ini ialah kuat. Hal ini
juga membuktikan hipotesis yang tepat iaitu wujud hubungan yang signifikan antara
tahap persepsi kegunaan, amalan dan kesediaan guru-guru Bahasa Melayu terhadap
penggunaan bahan multimedia dalam PdP bahasa Melayu.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap persepsi kegunaan, amalan dan kesediaan
guru terhadap penggunaan bahan multimedia berada pada tahap yang tinggi. Hasil
kajian ini membuktikan bahawa penggunaan bahan multimedia merupakan satu
penggunaan BBM yang dapat memastikan PdP berjalan dengan lebih menarik dan
terancang. Hasil kajian juga membuktikan bahawa sekiranya tahap persepsi kegunaan
dan amalan guru terhadap penggunaan bahan multimedia adalah tinggi maka, tahap
kesediaan guru terhadap penggunaan bahan multimedia dalam PdP Bahasa Melayu
juga tinggi.

Implikasinya, kajian ini berupaya membantu pihak berkepentingan seperti KPM,


pihak sekolah dan khususnya buat guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu.

You might also like