Nazatul Najiha Binti Mohd Nasir - Penggunaan Teknik Didik Hibur Dalam Kemahiran Membaca Bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu Murid Tahap Dua

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PENGGUNAAN TEKNIK DIDIK HIBUR DALAM KEMAHIRAN MEMBACA BAGI

MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU TAHAP DUA

Nazatul Najiha Binti Mohd Nasir


nazatul09-713@epembelajaran.edu.my

Datin Mastura Binti Mohamed Berawi


mastura@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk melihat penggunaan teknik didik hibur dalam kemahiran membaca
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu murid tahap dua. Hal ini kerana kajian lampau telah
mendapati bahawa murid kurang menunjukkan minat untuk mempelajari bahasa Melayu
disebabkan oleh pendekatan tradisional yang guru gunakan kurang merangsang minat mereka
untuk belajar. Seramai 66 orang responden bagi instrumen soal selidik melibatkan murid Tahun
Lima di sebuah sekolah di Kelantan. Kajian ini merupakan kajian berbentuk tinjauan yang
menggunakan pendekatan kuantitatif, iaitu menggunakan instrumen soal selidik. Soal selidik
tersebut mengandungi demografi responden, penggunaan teknik didik hibur dalam kemahiran
membaca bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan kesan penggunaan teknik didik hibur dalam
kemahiran membaca bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Dapatan kajian melalui instrumen soal
selidik menunjukkan penggunaan teknik didik hibur elemen nyanyian dapat meningkatkan
kemahiran membaca dengan memperoleh min secara keseluruhannya adalah tinggi, iaitu µ=3.36
dan kesan penggunaan teknik didik hibur dalam kemahiran membaca bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu mempunyai min keseluruhan adalah pada tahap tinggi, iaitu µ=3.45.
Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan teknik didik hibur elemen nyanyian
memberi kesan dalam meningkatkan kemahiran membaca mata pelajaran Bahasa Melayu.

Kata kunci : didik hibur, kemahiran membaca, elemen nyanyian, mata pelajaran Bahasa Melayu

ABSTRACT

This research is conducted to observe the effects of the implementation of fun learning in reading
skills for Bahasa Melayu subject. The targeted participants were the upper primary pupils. In a
study conducted previously, lack of interests portrayed by the pupils to learn the subject was
mostly due to the traditional teaching method used by the teachers. Almost 66 respondents of
year 5 pupils in a school located in Kelantan, were selected for the questionnaire. This research
is a quantitative survey method which implies questionnaire as an instrument. Furthermore, the
instrument chosen consists of the respondents’ demography, implementation as well as the
impact of fun learning techniques in teaching Bahasa Melayu. The research findings of the
questionnaires note that, the element of singing in fun learning had improved the reading skills to
a higher overall mean of µ=3.36, whereas the impact of the use of fun learning in Bahasa Melayu
subject had increased to an overall mean of µ=3.45. In conclusion, this research findings had
proved that the fun learning techniques of singing element was able to uplift the pupils reading
skill in Bahasa Melayu subject.

1
Keywords: fun learning, reading skill, the element of singing, Bahasa Melayu subject

PENGENALAN
Secara amnya, Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada mata pelajaran teras
yang wajib dikuasai oleh setiap murid di sekolah bermula daripada tahun satu sehingga
tahun enam. Kemahiran membaca adalah antara komponen dalam kemahiran bahasa
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu seperti yang terdapat dalam Kurikulum Kebangsaan
yang perlu dicapai oleh murid dengan mengikuti sesi pembelajaran di bilik darjah. Hal ini
kerana kemahiran literasi perlu dicapai oleh setiap murid secara berperingkat
berdasarkan standard pembelajaran dan standard kandungan yang terdapat dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang digubal oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia. Oleh itu, warga pendidik perlulah melakukan anjakan paradigma
dengan merancang pelbagai strategi untuk dijalankan di dalam kelas untuk melahirkan
ramai lagi generasi yang holistik dan memiliki minda kelas pertama (Nor Hashimah
Hashim dan Yahya Che Lah, 2015).
Pelbagai teknik serta strategi yang boleh diaplikasikan untuk mewujudkan
pembelajaran yang menyeronokkan bagi kemahiran membaca bagi murid sekolah,
antaranya ialah dengan menggunakan teknik didik hibur. Hal ini kerana teknik didik hibur
merupakan salah satu strategi pembelajaran yang disesuai untuk diaplikasikan kepada
murid-murid bagi meningkatkan motivasi mereka untuk menguasai sesebuah mata
pelajaran dengan berkesan. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru
semasa menjalankan proses pembelajaran di bilik darjah untuk merangsang minda
murid bagi menguasai kemahiran membaca melalui teknik didik hibur.

PERNYATAAN MASALAH
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Owing Ji Seng, Azhar Md Sabil & Shamsudin
Othman (2018), didapati bahawa ramai guru masih menggunakan pendekatan
pengajaran tradisional semasa menyampaikan pengajaran kepada murid. Penggunaan
sepenuhnya teknik pengajaran tradisional ‘’chalk and talk’’ dianggap kurang sesuai
dalam era moden kini kerana murid akan mudah berasa bosan dan tidak berminat untuk
belajar (Nur Aliah Izzaty Hisamudin, 2019). Dalam mata pelajaran bahasa Melayu,
kemahiran membaca merupakan tingkatan yang perlu dikuasai oleh murid-murid lebih-
lebih lagi bagi murid tahap dua. Melalui kajian daripada Hanifah Sabin, Vincent P. &
Muhammad Idris Bullare @ Bahari (2019), teknik didik hibur mampu meningkatkan
perkembangan mental murid untuk menguasai kemahiran dalam bahasa Melayu. Hal ini

2
kerana teknik didik hibur mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan kepada murid. Norlela Ahmad & Shamsudin Othman (2020)
berdasarkan kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa teknik didik hibur dapat
membolehkan bahasa yang indah itu diperoleh secara mudah daripada teknik nyanyian,
bercerita, berlakon, mendeklamasi atau berpuisi khususnya dalam Bahasa Melayu. Oleh
hal demikian, satu kajian dijalankan untuk mengenal pasti penggunaan teknik didik hibur
dalam kemahiran membaca bagi tahap dua.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan berdasarkan beberapa objektif. Antara objektif kajian ini ialah :
1. Mengenal pasti penggunaan teknik didik hibur berasaskan nyanyian dalam
meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran membaca.
2. Mengenal pasti kesan penggunaan aplikasi teknik didik hibur berasakan
nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu khususnya
kemahiran membaca.

PERSOALAN KAJIAN
Terdapat dua persoalan kajian dalam kajian ini iaitu:
1. Adakah penggunaan teknik didik hibur melalui elemen nyanyian dapat
meningkatkan tahap kemahiran membaca bagi murid sekolah rendah tahap 2?
2. Apakah penggunaan teknik didik hibur berasaskan elemen nyanyian memberi
kesan dalam pembelajaran bahasa Melayu khususnya kemahiran membaca?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kuantitatif kerana data yang akan
diperoleh akan diterjemahkan dalam bentuk nombor. Penyelidikan kuantitatif merujuk
kepada proses kajian untuk menghasilkan sesuatu laporan ilmiah bagi menyelesaikan
masalah berpandukan disiplin tertentu (Ghazali Darusalam & Sufean Husin, 2018). Oleh
itu, pengkaji telah memilih kajian tinjauan kerana kaedah ini sesuai bagi melaksanakan
kajian penggunaan teknik. Menurut pandangan Rosinah Edinin (2013), instrumen kajian
merupakan alat kajian berasaskan kepada persoalan kajian. Oleh itu, pengkaji
menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Selain itu, persampelan kajian
menggunakan instrumen soal selidik melibatkan 66 orang murid merangkumi murid
Tahun Lima di sebuah sekolah rendah sekitar Kelantan. Hal ini kerana jumlah populasi

3
adalah seramai 80 orang murid Tahun Lima di sekolah tersebut. Oleh hal demikian,
pengkaji mengambil data daripada murid Tahun Lima sekolah rendah tersebut secara
rawak untuk menjalankan kajian. Menurut pandangan Azizi Yahya et al. (2017), kesahan
merujuk kepada instrumen yang digunakan mempunyai keupayaan untuk menguji
perkara yang hendak dikaji. Hal ini kerana instrumen kajian perlu melalui proses
kesahan bersama beberapa orang panel yang pakar dalam bidang yang dikaji. Oleh hal
demikian, pengkaji perlu membuat penambahbaikan terhadap instrumen kajian hasil
daripada pandangan pakar.
Data kajian ini diukur menggunakan alpha Cronbach untuk memastikan bahawa
instrumen kajian mempunyai kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan kajian boleh
ditentukan melalui dua jenis semakan, iaitu kestabilan dan kesetaraan.
Kebolehpercayaan dalam kajian ini diperoleh daripada soalan soal selidik yang telah
dibina dan kajian rintis yang dijalankan. Nilai Alpha Cronbach bagi keseluruhan konstruk
kajian ini adalah 0.80, iaitu mempunyai tahap kebolehpercayaan yang baik dan boleh
diterima. Bagi konstruk yang pertama merujuk kepada aspek penggunaan teknik didik
hibur dalam kemahiran membaca, nilai Alpha Cronbach ialah 0.65 yang menunjukkan
kebolehpercayaannya adalah berada pada tahap baik. Seterusnya, nilai Alpha
Cronbach untuk kebolehpercayaan konstruk kedua, iaitu kesan penggunaan teknik didik
teknik didik hibur dalam kemahiran membaca adalah berapa pada tahap diterima, iaitu
0.71. Selepas soal selidik diedarkan kepada responden sebenar, data yang diperoleh
tersebut dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS)
versi 26 menggunakan analisis deskriptif untuk memerihalkan sesuatu peristiwa yang
meliputi aspek kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Dapatan kajian dianalisis berteraskan tiga pecahan, iaitu bahagian A, B dan C.
Bahagian A terdiri daripada maklumat demografi responden kajian. Kajian ini terdiri
daripada 31 orang daripada 66 orang iaitu (47%) adalah murid lelaki manakala 35 orang
iaitu (54%) adalah murid perempuan. Selain itu, keseluruhan responden kajian adalah
beragama Islam. Bahagian B soal selidik memperincikan berkaitan dapatan kajian untuk
menjawab soalan kajian yang pertama, iaitu penggunaan teknik didik hibur elemen
nyanyian dalam kemahiran membaca murid tahap dua di sebuah sekolah rendah di
Kelantan.

4
Jadual 1: Min Keseluruhan Penggunaan Teknik Didik Hibur dalam Kemahiran Membaca
bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Konstruk : Penggunaan Teknik Didik Jumlah
Hibur dalam Kemahiran Membaca
Min (µ) 3.36
Sisihan Piawai (f) 0.58

Berdasarkan Jadual 1 menunjukkan bahawa nilai min bagi keseluruhan item


yang terdapat dalam bahagian B ialah 3.36, iaitu berada pada tahap yang tinggi.
Berdasarkan nilai sisihan piawai yang diperoleh daripada dapatan kajian bahagian B ini
menunjukkan pada tahap yang sederhana, iaitu 0.58.

Jadual 2: Analisis Item bagi Penggunaan Teknik Didik Hibur Dala Kemahiran Membaca
Bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu Murid Tahap Dua.
Sisihan
BIL Item STS TS S SS Min (µ) Piawai
(SP)
Saya dapat membaca 0 2 34 30 3.42 0.56
B1. dengan lancar melalui
aktiviti nyanyian dalam
mata pelajaran Bahasa
Melayu.
B2. Saya dapat mengujarkan 0 0 24 38 3.39 0.50
ayat dengan sebutan yang
betul.
B3. Saya dapat menyebut ayat 0 2 32 32 3.45 0.56
dengan intonasi yang
sesuai.
B4. Saya dapat meneliti setiap 0 1 30 35 3.51 0.53
perkataan yang terdapat
dalam ayat.
B5. Saya mudah memahami 1 2 36 27 3.35 0.62
maksud bagi setiap ayat
yang dibaca.
B6. Saya dapat mengetahui isi 0 3 39 24 3.32 0.56
penting yang terdapat
dalam ayat.
B7. Saya dapat menjelaskan 0 6 42 18 3.18 0.58
isi penting yang terdapat
dalam ayat.
B8. Saya dapat mengaitkan isi 2 3 36 25 3.27 0.69
penting yang terdapat
dalam ayat.

5
B9. Saya mudah memahami 0 2 38 26 3.36 0.54
penerangan guru melalui
aktiviti nyanyian.
B10. Saya mudah untuk 2 1 32 31 3.39 0.68
mengingati kosa kata yang
baru.

Berdasarkan jadual di atas, kesemua item berada pada tahap tinggi, iaitu min
berada di antara 3.18 hingga 3.51 yang menunjukkan bahawa penggunaan teknik didik
hibur elemen nyanyian dapat meningkatkan kemahiran membaca dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu murid Tahun Lima. Dapatan kajian bagi menjawab soalan kajian yang
kedua, iaitu kesan penggunaan teknik didik hibur elemen nyanyian dalam kemahiran
membaca bagi mata pelajaran Bahasa Melayu murid tahap dua dapat dianalisis melalui
item instrumen kajian pada bahagian C.

Jadual 3: Min Keseluruhan Kesan Penggunaan Teknik Didik Hibur dalam Kemahiran
Membaca bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu Murid Tahap Dua.
Konstruk : Kesan Penggunaan Teknik Jumlah
Didik Hibur
Min (µ) 3.45
Sisihan Piawai (f) 0.52

Berdasarkan Jadual 3, min keseluruhan kesan penggunaan teknik didik hibur


dalam kemahiran membaca bagi mata pelajaran Bahasa Melayu murid tahap dua
adalah berada pada tahap tinggi, iaitu bernilai 3.45. Kemudian, nilai sisihan piawai bagi
keseluruhan item kesan penggunaan teknik didik hibur dalam kemahiran membaca bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu murid tahap dua berada pada tahap sederhana, iaitu
0.52. Jadual 4 memperincikan dapatan kajian bagi kesan penggunaan teknik didik hibur
dalam kemahiran membaca bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Jadual 4: Analisis Item Kesan Penggunaan Teknik Didik Hibur dalam Kemahiran
Membaca bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu Murid Tahap Dua
BIL Item STS TS S SS Min (µ) Sisihan
Piawai
(SP)
C1. Saya dapat mengesan 1 0 38 27 3.38 0.57
maklumat yang terkandung
dalam ayat.
C2. Saya lebih rajin untuk 0 1 29 36 3.53 0.53
membaca petikan dalam
6
BIL Item STS TS S SS Min (µ) Sisihan
Piawai
(SP)
bahasa Melayu.
C3. Saya dapat belajar membaca 0 0 32 34 3.51 0.50
dengan mudah.

C4. Saya dapat belajar menyebut 0 0 36 30 3.45 0.50


perkataan yang baharu
dengan betul.
C5. Nyanyian dapat menarik 1 2 32 31 3.41 0.63
minat saya untuk belajar
membaca dalam bahasa
Melayu.
C6. Saya dapat mengelakkan 0 0 32 34 3.51 0.50
perasaan bosan semasa
membaca melalui aktiviti
nyanyian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu.
C7. Saya berasa seronok 0 1 32 33 3.48 0.53
membaca melalui aktiviti
nyanyian.
C8. Saya dapat menjawab soalan 0 1 43 22 3.32 0.50
guru berkaitan dengan ayat
yang dibaca dengan mudah.
C9. Saya dapat meningkatkan 0 2 33 31 3.44 0.56
keyakinan untuk membaca
dalam bahasa Melayu melalui
aktiviti nyanyian
C10 Saya lebih bersemangat 0 0 33 33 3.50 0.50
. untuk mempelajari mata
pelajaran Bahasa Melayu
melalui aktiviti nyanyian
semasa membaca.

Berdasarkan Jadual 4, nilai min bagi semua item kesan penggunaan teknik didik
hibur dalam kemahiran membaca bagi mata pelajaran Bahasa Melayu murid tahap dua
berada pada tahap yang tinggi. Secara rangkumannya, hasil kajian ini menunjukkan
penggunaan teknik didik hibur elemen nyanyian telah memberi kesan kepada murid-
murid Tahun Lima di sebuah sekolah di Kelantan dalam meningkatkan kemahiran
membaca bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini dapat dilihat daripada nilai min
dan sisihan piawai berdasarkan analisis item yang telah dibuat.

7
KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan teknik didik hibur elemen
nyanyian dapat meningkatkan kemahiran membaca murid dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Hal ini kerana dapatan kajian daripada soal selidik yang diberikan kepada murid
Tahun Lima menunjukkan hasil yang positif iaitu skor min keseluruhan bagi konstruk ini
ialah µ=3.36 iaitu berada pada tahap tinggi. Hasil dapatan kajian bagi persoalan yang
kedua menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada murid Tahun lima bersetuju
bahawa penggunaan teknik didik hibur elemen nyanyian mampu memberi kesan positif
kepada mereka untuk meningkatkan penguasaan dalam kemahiran membaca bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini dapat dinilai melalui data analisis soal selidik yang
diberikan kepada responden berdasarkan min skala keseluruhan instrumen kajian yang
berada pada tahap tinggi, iaitu µ=3.45. Berdasarkan hasil dapatan kajian jelas
menunjukkan penggunaan teknik didik hibur memberi kesan yang positif kepada murid
bagi menguasai kemahiran membaca dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Hal ini
selari dengan pandangan Ilangko (2014) bahawa pengajaran Bahasa Melayu melalui
didik hibur sangat berkesan kerana mampu menarik minat murid untuk terus
bersemangat bagi mengikuti pelajaran. Tuntasnya, guru perlu lebih kreatif dalam
merangka dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.
Terdapat beberapa implikasi daripada kajian yang dijalankan, antaranya ialah
implikasi kepada guru dan murid. Bagi implikasi kepada guru, pelaksanaan teknik didik
hibur elemen nyanyian dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan. Menurut pandangan Mazlan Ismail (2016) menyatakan bahawa guru
harus mencari idea untuk membolehkan pembelajaran lebih bersifat interaktif dan
menyeronokkan. Di samping itu, guru menjadi lebih kreatif dengan mempelbagaikan
kaedah pengajaran. Hal ini selari dengan pandangan Abdul Ghani Abdullah (2007)
bahawa salah satu usaha bagi memperkembangkan profesionalisme guru adalah
melalui peningkatan teknik pengajaran berkesan dalam bilik darjah. Oleh hal demikian,
jelaslah bahawa dengan cara ini guru berpeluang untuk mempelbagaikan pelaksanaan
pedagogi dalam pendidikan demi meningkatkan mutu profesion keguruan yang
berkualiti.
Implikasi kajian ini kepada murid ialah penguasaan dalam kemahiran membaca
dapat ditingkatkan. Hal ini kerana melalui elemen nyanyian, murid perlu membaca ayat
atau petikan yang diberikan oleh guru dengan irama yang sesuai dan melodi yang

8
tertentu. Oleh hal demikian, murid dapat membaca petikan dengan sebutan yang betul
dan intonasi yang sesuai dengan mudah bagi mencapai objektif pembelajaran. Selain
itu, penggunaan teknik ini juga mampu meningkatkan minat mempelajari mata pelajaran
Bahasa Melayu. Kesannya, murid akan lebih bermotivasi untuk meningkatkan daya
kreativiti, inovasi murid serta pencapaian akademik melalui suasana pembelajaran yang
proaktif dan kondusif.
Terdapat beberapa cadangan kepada organisasi dan institusi yang terlibat dalam
sektor pendidikan serta cadangan kajian lanjutan diperincikan dalam kajian ini. Sebagai
sebuah sektor yang menggubal dan menentukan dasar pendidikan negara, pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mempergiatkan lagi pelaksanaan bengkel dan
webinar berkaitan penggunaan teknik didik hibur kepada warga pendidik di sekolah. Hal
ini penting bagi membantu guru bagi memperkasakan kemahiran dan ilmu berkaitan
pedagogi yang berkesan sesuai dengan pembelajaran abad ke-21 untuk diaplikasikan di
bilik darjah. Bengkel yang diadakan bukan sahaja boleh dijalankan secara bersemuka,
malah dapat dilaksanakan secara atas talian menggunakan pelantar yang sesuai seperti
Google Meets, Zoom dan sebagainya.
Selain itu, pihak sekolah perlu menyediakan bahan rujukan kepada guru-guru
berkaitan dengan pelaksanaan teknik didik hibur di bilik darjah. Oleh itu, guru dapat
merujuk dan mempelajari ilmu baharu untuk mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran.
Di samping itu, pihak sekolah digalakkan untuk menganjurkan pertandingan inovasi dan
reka cipta bagi menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik serta aktiviti
pembelajaran yang kreatif khususnya buat mata pelajaran Bahasa Melayu. Dalam pada
itu, guru disarankan untuk menguasai ilmu dan kemahiran untuk melaksanakan teknik
didik hibur elemen nyanyian, gerakan dan sebagainya untuk diaplikasikan di bilik darjah
bagi memastikan murid dapat menguasai kemahiran membaca dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu serta pelaksanaan pedagogi abad ke-21 seperti gallery walk, one stay
three stray dan banyak lagi. Oleh itu, guru dapat mempelbagaikan lagi strategi
pengajaran sewaktu merangka dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah.
Pengkaji pada masa akan datang boleh melaksanakan kajian berkaitan
penggunaan teknik didik hibur elemen nyanyian dalam kemahiran membaca bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu menggunakan dua pendekatan kajian yang lain, iaitu
pendekatan kualitatif dan gabungan. Oleh itu, kajian berkaitan penggunaan teknik didik

9
hibur elemen nyanyian dalam kemahiran membaca bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
dapat diperkasakan lagi pada masa akan datang.

RUJUKAN
Abdul Ghani Abdullah. (2007). Humor dalam Pengajaran. PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd.

Azizi Yahya, Peter Voo, Ismail Maakip & Mohd Dahlan A. Malek. (2017). Kaedah
Penyelidikan dalam Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Bond, T. G., & Fox, C. M. (2015). Applying The Rasch Model Fundamental
Measurement in the Human Sciences. (Routledge & T. & F. Group, Eds.) (Third
Edit).

Hanifah Sabin, Vincent P. & Muhammad Idris Bullare @ Bahari. (2019). Modul
Membaca Awal Prasekolah Menggunakan Nyanyian Berasaskan Teori
Psikolinguistik Kognitif dan Aplikasi Kaedah Belajar melalui Bermain. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 44(1), 45-58.

Ilangko Subramaniam. (2014). Aktiviti Permainan Bahasa, Wahana Penguasaan Kosa


Kata. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(2):1-9.

Ghazali Darusalam, & Sufean Husin. (2018). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan
(2nd Ed.). Penerbit Universiti Malaya.

Mazlan Ismail. (2016). Pengajaran Bahasa Melayu, Didik Hibur dan Seni Bahasa.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norlela Ahmad & Shamsudin Othman. (2020). Penggunaan Kaedah Didik Hibur dalam
Pengajaran Kemahiran Membaca Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
International Journal of Education and Training (InjET), 6(2): 1-11.

Norlia Harun, & Faizah A. Ghani. (2016). Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik
amalan belajar pelajar berpencapaian rendah sekolah berasrama penuh. Jurnal
Kemanusiaan, 25(3), 40-52.

Nur Aliah Izzaty Hisamudin. (2019). Penggunaan Kaedah Didik Hibur untuk
Pembelajaran Matematik dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Taman Sri
Rampai. Tesis Ijazah Sarjana, Universiti Malaya.

Owing, J. S., Azhar Md. Sabil & Shamsudin Othman. (2018). Tahap Pengetahuan dan
Sikap Guru Terhadap Pendekatan Didik Hibur dalam Pengajaran Bahasa
Melayu. International Journal of Education and Training, 4(2), 1-9.

Richards, L., & Richards, T. (2001). From filling Cabinet to Computer. dlm Bryman. A., &
Burgess, R.G (ed). Analyzing Qualitative Data. London and New York.

Rosinah Edinin. 2013. Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Freemind


Horizons Sdn. Bhd.

10
11

You might also like