Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Mengecat Bilik AVA Sekolah

KERTAS KERJA PERMOHONAN MENGECAT BILIK AVA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT TAIPING

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan cadangan bagi mengecat bilik AVA SMK
Convent Taiping.
1.2 Diserahkan kepada pihak pengurusan atasan untuk tujuan pertimbangan selanjutnya dan
memberi persetujuan bagi peruntukan tersebut demi memastikan keceriaan bilik AVA dan
juga keselesaan murid-murid.
1.3 Keadaan cat bilik tersebut tersebut agak lama dan usang mencacatkan pemandangan
semua pihak yang menggunakan bilik tersebut. Justeru itu, sudah tiba masanya bilik
tersebut di cat.
1.4 Melalui peruntukan ini, diharapkan semua pihak akan berasa selesa dan ceria apabila
berada di bilik AVA SMK Convent Taiping.

2.0 LATARBELAKANG

2.1 Bilik AVA merupakan bilik penting di perpustakaan SMK Conven Taipingt memandangkan ia
banyak digunakan untuk kemudahan Pembelajaran dan Pengajaran.
2.2 Bilik AVA ini terletak di dalam kawasan perpustaakan SMK Convent Taiping di tingkat 3
2.3 Cat baru amat penting demi keceriaan dan keselesaan apabila berada di bilik tersebut.
2.4 Oleh hal yang demikian, pihak jawatankuasa berpendapat bahawa peruntukan amat ini
diperlukan bagi tujuan di atas.

3.0 ANGGARAN KOS

3.1 Anggaran terhadap cadangan tersebut adalah seperti di bawah.

1
Mengecat Bilik AVA Sekolah
Anggaran Kos Mengecaat Bilik AVA

Anggaran Kos
Bil. Item / Perkara
(RM)

1. Cat JUTON biasa bersaiz besar RM100.00

2. Undercoat cat RM100.00

3. Peralatan Mengecat RM100.00

4. Upah RM400.00

ANGGARAN JUMLAH KOS RM700.00

3.2 Secara kasarnya, jumlah keseluruhan yang dipohon adalah sebanyak RM 700.00

4.0 SUMBER KEWANGAN


4.1 Peruntukan PIBG.

5.0 PERTIMBANGAN
5.1 Oleh hal yang demikian, jawatankuasa memohon daripada pihak pengurusan agar dapat
meluluskan kertas kerja ini supaya semua aktiviti dapat dilaksanakan mengikut jangka masa
yang telah ditetapkan.
5.2 Dengan kelulusan ini, diharap bilik AVA SMK Convent lebih ceria.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

__________________________ _______________________________
( Nur Hafeza M.Idris ) ( Pn Saharidah Saaban )
Setiauasaha Bilik AVA Pengetua SMK Convent Taiping

You might also like