Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

[Tingkatan 4 SK] Bab 1 Pengaturcaraan Programming

1.1 Strategi Penyelesaian Masalah


Masalah ialah keraguan, situasi yang tidak diingini, cabaran dan peluang yang dihapadi dalam
kehidupan seseorang.

Penyelesaian masalah ialah tunjang utama dalam sains komputer.

Pengatur cara perlu memahami cara penyelesaian sesuatu masalah dan menterjemahkan cara tersebut
kepada algoritma yang dapat difahami oleh komputer.

Komponen yang bertanggungjawab untuk melaksanakan arahan ialah unit pemprosesan utama (central
processing unit, CPU).

1.1.1 Keperluan Penyelesaian Masalah Berstrategi


Penyelesaian masalah sebagai proses mengkaji butiran sesuatu masalah untuk mendapatkan satu
penyelesaian.

Teknik Leraian Decomposition 分解


• Memecahkan masalah atau sistem yang kompleks kepada masalah atau sistem yang lebih kecil supaya
mudah diselesaikan.

Pengecaman corak Pattern recognition 模式识别


• Mencari persamaan (similarities) antara masalah dan dalam masalah

Peniskalaan Abstraction 抽象
• Menjana penyelesaian yang tepat kepada masalah yang dihapadi

Algoritma Algorithms 算法
• Membangunkan penyelesaian langkah demi langkah terhadap masalah yang dihadapi atau mematuhi
peraturan untuk menyelesaikan masalah
• Merupakan suatu pelan, iaitu satu set langkah arahan untuk menyelesaikan masalah.
1.1.2 Ciri-ciri Penyelesaian Masalah Berkesan
Kos
➢ Harga yang perlu dibayar untuk memperoleh, mengeluarkan dan menyenggara
➢ biasanya berupa wang, masa, tenaga, dan perbelanjaan
➢ Kos siap masa tercepat (crashing cost): usaha yang maksimum untuk menyelesaikan projek dalam
masa terpendek.
➢ Kos langsung 直接成本: kos untuk aktiviti projek seperti gaji pekerja projek
➢ Kos tak langsung 间接成本: kos untuk aktiviti yang tidak melibatkan secara langsung dengan
projek seperti kos keselamatan dan bil telefon.

Masa
• Penyelesaian masalah secara berkesan yang melibatkan masa merujuk sesuatu projek yang
disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan.
• Penyelesaian masalah yang memerlukan masa tersingkat seperti keperluan menyiapkan projek
dalam jangka masa terhad, juga akan melibatkan peningkatan kos.
• Carta PERT (Program Evaluation Review Technique)
• alat pengurusan projek yang diguna untuk menguruskan, menjadualkan dan
menyelaraskan aktiviti projek.
• Menunjukkan urutan tugas yang akan dilaksanakan
• Tujuan: menentukan masa minimum dan maksimum untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti
dalam projek.
• mengelakkan kelewatan dalam menyiapkan projek, kesannya meningkatkan kos
• Carta Gantt
• jadual perancangan yang dapat melihat perkembangan semua aktiviti projek yang
dipaparkan mengikut tempoh masa
Sumber
→ sebagai stok atau wang, bahan-bahan mentah, staf dan asset lain yang boleh digunakan dalam
organisasi supaya dapat berfungsi dengan efektif.
→ Sumber diperlukan untuk menjana hasil atau perkhidmatan.
→ Contoh: sumber kewangan, sumber manusia dan sumber teknologi
→ Perancangan sumber adalah tanggungjawab pihak pengurusan dan perancangan sumber yang baik
adalah untuk mendapatkan keputusan yang optimum.
→ Masalah yang dihadapi apabila kekurangan sumber ialah akan melambatkan masa untuk menyiapkan
projek, seterusnya mengakibatkan peningkatan kos projek.

Langkah-Langkah perlu diberikan perhatian untuk tujuan ini:


1. Memastikan ada pegawai atau unit yang memantau penjadualan sumber.
2. Menggunakan sistem baris gilir mengikut keutamaan projek (first come first served)
3. Memastikan keperluan projek diuruskan dengan teliti dengan mengambil kira sumber sedia ada
dan sumber kewangan yang diperuntukkan.
4. Mengadakan proses penjadualan aktiviti supaya seimbang dan boleh dilaksanakan sepanjang
projek dijalankan.

1.1.3 Proses Penyelesaian Masalah

Kumpulkan dan Tentukan Jana idea (hapus Jana


analisis data masalah halangan) penyelesaian

Buat Laksanakan Tentukan


Buat penilaian
penambahbaikan penyelesaian tindakan

You might also like