Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN INFRASTRUKTUR TANDAS

SEKOLAH SERTA KESELAMATAN MURID

1.0 PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Taman Klang Jaya meupakan salah satu sekolah yang ada di
dalam kawasan Parlimen Kota Raja dan telah wujud sejak tahun 1983. Sekolah ini
menampung pelajar lebih daripada 1000 orang murid yang terdiri dari pelbagai kaum
serta latar belakang kehidupan. Terdapat murid yang belajar dari Tahun 1 hingga Tahun
6 serta murid Pra sekolah dan Pendidikan Khas. Justeru itu kemudahan infrastruktur
serta keselamatan dan keselesaan pelajar merupakan salah satu agenda yang paling
penting bagi pihak sekolah. Sekolah kondusif akan menjamin keselamatan dan
pencapaian murid akan meningkat . Sehubungan dengan itu pihak sekolah terpaksa
mengambil inisiatif untuk menambah baik kemudahan tersebut.

1.1 RASIONAL

1. Kemudahan yang sedia ada telah terlalu lama dan telah rosak serta tiada
peruntukan oleh Pihak Kementerian Pendidikan untuk kos pembaikan dan
baikpulih.

2. Memudahkan pengawalan murid agar keselamatan murid dapat diberikan


keutamaan serta menjadi fokus utama.

3. Kekurangan sumber dana untuk pembaikan kerosakan yang serta merta yang
memerlukan pembaikan yang segera.
4. Merupakan salah satu program yang dirangka iaitu program yang melibatkan
keselesaan murid sekolah iaitu Program Sekolah Selamat.

1.2 OBJEKTIF

1. Penambahbaikan infrastruktur sekolah yang telah lama tidak dibaiki agar tandas
yang sedia ada dapat menampung kadar penggunaan bagi murid yang ramai.

2. Menambah dana bagi perkara perkara yang memerlukan kos pembaikan yang
segera serta menambah infrastruktur untuk kegunaan murid seperti susur gajah.

3. Mencapai tahap sekolah yang berada dalam status sekolah yang selamat untuk
murid serta selesa dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah.

1.3 MATLAMAT

1. Menambah keselesaan kepada murid Sekolah Kebangsaan Taman Klang Jaya


dengan adanya kemudahan yang baik serta selesa dalam menggunakan
kemudahan yang sudah dibaikpulih.

2. Mencari dana tambahan dalam menyediakan sumber kewangan yang mencukupi


dalam penyelenggaraan banggunan serta kemudahan infrastruktur sekolah yang
rosak.
1.4 KUMPULAN SASARAN

Semua warga Sekolah Kebangsaan Taman Klang Jaya yang terdiri dari murid-murid
sekolah, Guru-guru, Pekerja dan Staf, Para ibubapa serta Penjaga murid Sekolah
Kebangsaan Taman Klang Jaya yang menggunakan segala kemudahan sedia ada seperti
tandas.

1.5 PERBELANJAAN

BIL. BUTIRAN KERJA HARGA KUANTITI JUMLAH


Kerja-kerja memasang paip air baru untuk
penyiraman air kencing di tandas menggunakan
01.
ABS pipe 3/4" sepanjang 17' termasuk kerja-kerja
berkaitan.
02. Membekal dan memasang Elbow 3/4" ABS pipe
Memasang saluran paip air dan tangki ke tandas
03.
sepanjang 25 meter termasuk kerja-kerja berkaitan.
Membaiki semua saluran paip dari paip utama ke
04.
flush air ( high laver) termasuk kerja-kerja berkaitan.
Membaiki Flush air dan mengganti mana-mana yang
05. rosak

06. Mengganti pintu tandas 29"x72"


07. Mengganti kunci pintu jenis Fuda lock
Mengganti saluran air "S" trape untuk singki air
08.
termasuk kerja-kerja berkaitan
Membaiki saluran paip pada singki menggunakan
09.
ABS pipe 1/2"
10. Kerja-kerja Mengganti stopper 2"
11. Kerja-kerja perpaipan tandas Guru
Kerja-kerja memasang pili paip baru di sinki luar
12.
bangunan termasuk kerja-kerja berkaitan.
Jumlah

DISEDIAKAN OLEH :
……………………………………..
(KHAIRUL AZHAR BIN MOHD DOM)
SETIAUSAHA
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK TAMAN KLANG JAYA

DISEMAK OLEH :

…………………………………….
(SYED FAISAL BIN HJ. SYED AHMAD)
YANG DIPERTUA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SK TAMAN KLANG JAYA

You might also like