Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Tajuk 6

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana rakyatnya terdiri daripada
berbilang kaum. Setiap kaum hidup dengan harmoni untuk memastikan perpaduan
terpelihara. Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengukuhkan
perpaduan.

Tema: Perpaduan
Fokus: Langkah-langkah mengukuhkan perpaduan

Isi-isi: Langkah-langkah
- Ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak: bak kata bagaimana
acuan begitulah kuihnya. Semua perlakuan ibu bpa akan dicontohi oleh anak-anak. Oleh
itu, ibu bapa haruslah menjadi contoh yang baik kepada anak-anak dengan
menghormati budaya dan adat kaum lain dan tidak seperti enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing dan mementingkan kepentingan diri sendiri sahaja.
Natijahnya, perpaduan akan dikukuhkan dan perpaduan dalam negara akan dipelihara.
- Pihak sekolah wajarlah menganjurkan pelbagai program berkaitan dengan
perpaduan: Hal ini kerana murid-murid sekolah terdiri daripada berbilang kaum. Oleh
hal demikian, sekolah merupakan peluang yang baik untuk mewujudkan perpaduan
dalam kalangan murid. Sebagai contoh, pertandingan menghias kelas boleh dianjurkan
sempena Hari Kemerdekaan supaya para murid bagai aur dengan tebing untuk
menghias kelas. Tambahan pula, pihak sekolah juga boleh mengadakan pameran
tentang sejarah negara kita. Misalnya, pameran boleh menekankan kejadian 13 Mei
1969 sebagai satu pengajaran kepada murid tentang kepentingan perpaduan dalam
kalangan masyarakat. Jelaslah bahawa pihak sekolah memainkan peranan yang
domain dalam mengukuhkan perpaduan dalam negara kita.
- Media massa haruslah mempromosikan perpaduan. Sebagai contoh, video atau
gambar berkaitan dengan perpaduan boleh dimuatnaikkan di Instagram, Youtube atau
Facebook. Kesannya, pengguna media sosial akan sedar akan kepentingan perpaduan
dalam sesebuah negara. Hal ini demikian kerana kebanyakan masyarakat merupakan
pengguna media sosial. Oleh itu, mereka tidak akan menjadi seperti katak di bawah
tempurung dengan pengetahuan perpaduan.
- Kerajaan perlulah mengadakan kempen perpaduan. Hal ini dikatakan demikian
kerana kerajaan mempunyai kuasa untuk mengubah persepsi masyarakat. Buktinya,
kerajaan telah mengadakan program satu murid satu sukan dalam usaha memupuk
perpaduan dalam kalangan murid di seluruh Malaysia serta mencungkil bakat para
murid dalam sukan. Sesungguhnya, program ini telah berjaya memupuk perpaduan
murid-murid dengan melibatkan mereka dalam aktiviti sukan yang memerlukan
kerjasama antara para murid.

You might also like