Langkah Untuk Melakukan Tugasan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

JADUAL PENENTU TUGASAN

MPU3142 FALSAFAH DAN ISU SEMASA


SEM II 2021/2022

OBJEKTIF 1
Menjelaskan isu semasa berlandaskan ilmu falsafah berikut di bawah
dan cari perbezaannya dengan kefahaman anda berasaskan FPK atau Rukun Negara

Latihan aktiviti pembelajaran

1. Apakah ciri-ciri pemikiran berikut di bawah dan bagaimana menangani isu akhlak

a. Liberalisme
b. Sekularisme
c. Ateisme
d. Hedonisme

2. Apakah ciri-ciri pemikiran berikut di bawah dan bagaimana menangani isu kesejahteraan

a. Materialisme
b. Idealisme
c. Empiricisme
d. Positivisme

3. Apakah ciri-ciri pemikiran berikut di bawah dan bagaimana menangani isu perpaduan dan
kesetiaan raja dan negara

a. sosialisme
b. komunisme
c. Kapitalisme
d. Watan

4. Apakah ciri-ciri pemikiran berikut di bawah dan bagaimana menangani isu membangun potensi
menyeluruh dan bersepadu

a. Rasionalisme
b. Racisme
c. Humanisme
d. Modernisme
e. Pasca-moden

5. Apakah ciri-ciri pemikiran berikut di bawah dan bagaimana menangani isu Tahyul dan Falasi

a. Agnotisme
b. Theisme
c. Politheisme
d. Spirit/ spiritual
OBJEKTIF 2
Membentangkan secara berkumpulan tentang isu semasa berdasarkan aliran pemikiran utama
dalam pelbagai aliran falsafah

LANGKAH MEMBUAT TUGASAN PEMBENTANGAN

1. Perbincangan utama tajuk mesti dikaitkan dgn aliran pemikiran falsafah kemudian baru
dikaitkan dengan isu
2. Kaedah ini digunakan untuk tugasan pembentangan berdasarkan soalan yang diberi
3. Contohnya Langkah Satu mencari definisi, tokoh dan ciri aliran pemikiran falsafah contohnya
tajuk empiricisme
4. Langkah Dua mencari pengaruh empiricism iaitu dengan mencari ciri ciri khas yang boleh
mempengaruhi sesebuah kumpulan menyokong aliran pemkiran falsafah tersebut
5. Langkah Tiga mencari ciri-ciri aliran pemikiran yang menjadi punca atau factor yang
menyebabkan sesuatu kumpulan menolak atau menentang aliran pemkiran falsafah
tersebut
6. Langkah Empat mencari ciri-ciri aliran pemikiran falsafah yang mempunyai persamaan atau
perbezaan terhadap dasar kerajaan seperti Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Rukun Negara/
Falsafah Sejahtera
7. Langkah 5 mencari ciri-ciri khas aliran pemikiran yang mempengaruhi perkembangan atau
kemunduran dalam sistem ekonomi/ sosial/ politik/ Pendidikan di dalam negara
8. Langkah Enam mencari isu semasa yang bersesuaian dengan bidang yang dipilih jika sosial
carilah isu sosial, jika ekonomi pilihlah isu ekonomi
9. Langkah Tujuh kaitkan isu tersebut dengan ciri ciri aliran pemikiran falsafah yang dijadikan
perbincangan tadi
10. Langkah Lapan bincangkan amalan dan tindakan kumpulan yang dipengaruhi oleh aliran
pemikiran falsafah dan kaitkan dengan isu yang dibincangkan
11. Langkah Sembilan buatlah cadangan untuk menambahbaik isu tadi berdasarkan sama ada
falsafah pendidikan kebangsaan atau rukun negara atau falsafah sejahtera (Boleh 3 orang
pelajar)
12. Langkah Sepuluh Tunjukan cara perlaksaaan terhadap cadangan yang diberikan mengikut isu
yang dibincang sesuai dengan kehendak falsafah pendidikan kebangsaan @ atau rukun
negara @ atau falsafah sejahtera (Boleh 3 orang pelajar)
13. Kemudian buatlah slide
14. Kemudian carilah pembentang
15. Kemudian buatlah pembentangan dan divideokan
16. Kemudian setelah selesai buat video buatlah link youtube
17. Kemudian link tersebut hantar dalam telegroup atau masukan dalam mylearning
18. Buatlah latihan dan bentangkan pada minggu ke-10
OBJEKTIF 3
Menerangkan secara berkumpulan isu semasa melalui perspektif perbandingan falsafah sebagai asas
bagi menjalinkan dialog antara budaya

LANGKAH MEMBUAT TUGASAN LAPORAN REFLEKSI

19. Langkah Satu perbincangan hendaklah mengutamakan pandangan individu terhadap ciri-ciri
pemikiran falsafah yang mempengaruhi kumpulan atau kelompok yang menerima aliran
pemikiran tersebut contohnya empirisisme dalam pendidikan
20. Langkah Dua perbincangan hendaklah mengutamakan pandangan individu terhadap amalan
atau ciri-ciri pemikiran falsafah yang ditolak atau tidak dipersetujui oleh kumpulan atau
kelompok yang yang menolak aliran pemikiran tersebut contohnya menolak empirisisme
dalam pendidikan
21. Langkah Tiga perbincangan hendaklah mengutamakan pandangan individu terhadap polisi
pemerintah berkaitan dengan pemikiran tersebut contohnya empirisisme dalam pendidikan
22. Langkah Empat menerangkan contoh amalan atau tindakan kumpulan yang mengamalkan
aliran pemikiran contoh empirisisme dalam masyarakat
23. Langkah Lima menerangkan contoh kesan yang diperoleh setelah amalan tersebut
mempengaruhi budaya hidup contoh empirisisme dalam masyarakat
24. Langkah Enam memperincikan kesan amalan budaya contoh empirisisme terhadap ;
individu, keluarga, komuniti dan negara
25. Langkah Tujuh memberi cadangan penyelesaian daripada kesan pengaruh aliran pemikiran
contoh empiricism dengan menyediakan kaedah atau garis panduan pengamalan dalam
masyarakat atau negara dengan memilih sandaran dari Falsafah Pendidikan kebangsaan/
Rukun Negara/ Falsafah Sejahtera (Boleh 3 orang pelajar)
26. Langkah Lapan memberi cadangan penyelesaian daripada kesan pengaruh aliran pemikiran
contoh empiricism dengan menyediakan langkah-langkah pengoperasian yang seiring
dengan kehendak falsafah, samada; i. Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Rukun negara/
Falsafah sejahtera (Boleh 3 orang pelajar)
27. Kemudian hantar setiap laporan refleksi individu kepada kumpulan
28. Kemudian ketua kumpulan gabungkan menjadi satu dokumen
29. Kemudian hantar dalam mylearning atau email kepada hailan@umt.edu.my
30. Buatlah semakan dan teliti setiap refleksi yang telah dikumpulkan untuk dihantar pada
minggu ke-11 hingga minggu ke 12

You might also like