Kertas Cadangan Mini Green Screen Khalifah

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

GREENE SCREEN

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LANG,

42700 BANTING SELANGOR

KERTAS KERJA
PENYEDIAAN RUANG
“GREEN SCREEN”
KHALIFAH

Sekolah Kebangsaan Sungai Lang


42700 Bantingn Selangor
Telefon 60331677744
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LANG
42700,BANTING SELANGOR

KERTAS KERJA PROJEK MINI” GREEN SCREEN” KHALIFAH

1.0 PENDAHULUAN
Teknik Layar Hijau atau Green Screen Technique dalam rakaman dan penyuntingan video
adalah satu teknik digunakan apabila imej satu subjek/objek yang dirakam di satu lokasi ingin
dibuat supaya kelihatan berada dalam satu imej lain yang dirakam di satu lokasi yang lain.

Untuk membolehkan teknik Layar Hijau ini digunapakai dengan berkesan dalam penyuntingan,
teknik ini juga mesti diaplikasi terlebih dahulu dalam proses rakaman salah satu daripada dua
imej tadi. Caranya ialah dengan menjadikan Layar Hijau sebagai latar belakang salah satu imej
itu.

2.0 RASIONAL
Program ini dilaksanakan untuk memberi peluang kepada guru menghasilkan rakaman dan
penyuntingan dengan lebih berkesan dengan menggunkan Teknik layar hijau. Selain itu, para
guru dapat meningkatkan kemahiran menggunakan teknologi terkini dalam menghasilkan video
berkaitan pdpc agar lebih menarik dan profesional.

Projek ini adalah untuk :-

2.1 Pengubahsuaian ruangan pss kepada sebuah ruangan “Green Screen”/ Layar

Hijau bagi pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif dan berkesan.

2.2 Menyahut seruan pedagogi abad ke-21 bagi mempersiapkan murid menjadi “global

players” yang kompeten.

2.3 Mengutamakan kemenjadian murid selaras dengan PPPM

2.4 Menyokong penubuhan TV PSS Sekolah sepertimana yang telah diwar-warkan oleh

Sektor Sumber Teknologi Pendidikan JPN Selangor

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi pendedahan tentang Teknik layar hijau.
3.2 Memberi peluang kepada guru menghasilkan gambar dan rakaman studio secara
profesional.
3.3 Memberi pendedahan tentang penggunaan peralataan-peralatan yang digunakan
di dalam mini studio layar hijau.
3.4 Memberi pendedahan dan kemahiran dalam bidang ICT.
4.0 NAMA PROJEK

Kertas Kerja Projek Mini Green Screen Studio Khalifah

Gambar 01 Gambar 02
Pandangan bilik Shooting/Green Screen Mencungkil bakat dan mengajar murid-murid lebih
keyakinan diri
ketika berhadapan dengan camera dan
mengacarakan
sesuatu program.

5.0 JAWATANKUASA PROJEK

Pengerusi : Puan Rosnah binti Shafie (Guru Besar)

Naib pengerusi : Tn.Hj Jasmi bin Omar


Puan Zalina binti Jasman
Puan Rozitah binti Misbahun
Penyelaras Projek : Encik Sahrizal bin Amir

Setiausaha : Hjh Zarina binti Selamat

Bendahari : Pn Siti Hajjar binti Abd Razak

Ahli jawatan kuasa:

Pn . Noraien binti Baharun


Pn . Rozlinda binti Kader
Pn. Shofea binti Yaacob
Semua Ketua Panitia
ANGGARAN PERBELANJAAN JUMLAH
BIL BAHAN KUANTITI
(RM) (RM)
1 Set Softbox Lighting Studio Light 200.00 2 200.00
kit
2 Green Screen Backdrop Cloth 60.00 1 60.00
(3M X 6M)
3 Set Green Screen Backdrop 240.00 1 240.00
stand
4 Mikrofon cordless 100.00 1 100.00
5. Boom Mic stand 40.00 1 40.00
6. Webcam 100 2 200.00
7. Pa system 300 1 300.00
8. Set kerusi dan meja kopi 300 1 set 300.00

JUMLAH PERBELANJAAN (RM) 1640.00

6.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

7.0 SUMBER KEWANGAN

i. Wang PCG
ii. Jualan Yakult
iii. Sumbangan perseorangan
8.0 PENUTUP

Kertas kerja bertujuan memohon sumbangan kewangan bagi tujuan penyediaan bilik
Mini Green Screen Studio khalifah. Bilik ini merupakan platform dan pusat kegiatan bagi
semua aktiviti yang melibatkan seluruh warga SK Sungai Lang khususnya dalam semua
aktiviti yang melibatkan Pembelajaran Secara Digital (Digital Learning), STEM dan
aktiviti-aktiviti Pembelajaran berasakan Projek ( Project Based Learning).

Penyediaan Mini Green Screen Studio membolehkan pengajaran dan


pembelajaran yang dijalankan menjadi lebih kondusif dan berkesan. Selain itu juga, ia
sebagai menyahut seruan pedagogi abad ke-21 bagi mempersiapkan murid menjadi
“global players” yang kompeten. Bilik ini juga akan mengutamakan kemenjadian murid
selaras dengan PPPM melalui TS25

Besar harapan pihak sekolah agar modal insan yang dilahirkan ini cemer lang
dunia dan akhirat sejajar dengan hasrat dan impian Kementerian Pelajaran Malaysia.
Namun demikian, pihak sekolah menghadapi kekangan kewangan untuk merealisasikan
hasrat ini. Pihak sekolah memerlukan sumber kewangan dan kemudahan yang
mencukupi. Besar harapan kami agar pihak tuan dapat membantu sekolah kami dalam
bentuk sumber kewangan sebagai tanda sokongan kepada pihak sekolah dalam
membantu menyediakan pembinaan Mini Green Screen Studio Khalifah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................... ..................................

(ZARINA BINTI SELAMAT) (MOHD JASMI BIN OMAR)


GPM SK SG.LANG GPK PENTADBIRAN
Disemak oleh, SK SG.LANG

Disahkan oleh

...........................................
(ROSNAH BINTI SHAFIE)
GURU BESAR
SK SG.LANG

You might also like