Peraturan Penggunaan Surau Terkini

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERATURAN PENGGUNAAN, KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SURAU AL-HIDAYAH SMK SYED ALWI

1) Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam surau tanpa kebenaran guru.


2) Pengguna surau mestilah berpakaian menutup aurat.
3) Susun kasut di luar surau dan jangan dibawa masuk ke dalam surau.
4) Jaga kebersihan ketika berada di dalam surau dan selepas menggunakannya.
5) Jaga adab serta tingkah laku dari segi perbuatan dan perkataan ketika berada di dalam surau.
6) Dilarang tidur di dalam surau pada bila-bila masa.
7) Tidak dibenarkan makan dan minum di dalam surau.
8) Gunakan air dan elektrik secara berhemah. Elakkan pembaziran.
9) Jaga kebersihan bilik wuduk dan gunakan paip air dengan cermat. Pastikan paip air ditutup jika
tidak digunakan.
10) Jaga semua peralatan yang telah disediakan di surau dengan baik.
11) Simpan semua peralatan yang telah digunakan di tempat asal.
12) Simpan sejadah dan telekung di dalam almari dengan tersusun.
13) Pastikan suis lampu, kipas dan ‘air-cond’ dimatikan sebelum keluar.
14) Tutup semua tingkap dan pintu sebelum meninggalkan surau.
15) Jika ada sebarang kerosakan paip air atau elektrik sila laporkan kepada guru dengan segera.

“UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA DAN RAKAN-RAKAN ANDA”

You might also like